festive seasons

di sini, aidil adha

Sunday, December 31, 2006

Selamat Menyambut Aidil Adha dan juga welcome 2007!

Kiterang bejalan sakan semalam diwaktu tak sure raya hari Sabtu ke Ahad. Initially nak jalan saturday tapi takut raya jatuh pada hari tu. sebab aku buat kira-kira sendiri agaknya raya boleh jatuh on saturday. then hubby kata ada orang emel raya ahad. so okla, jumaat kita jalan, sabtu bole masak. tetapi rupanya kiterang salah..

a brief tour to oxford, then the posh bicester village and finally swindon.

balik dari jalan, aku mula prepared pape yang patut. masak sikit my version of nasi impit, plus yang anom kasi. then my very first experiment of kuah kacang. ada dah tu nak makan di pagi/tengahari raya, depends pada waktu kita bangun ehehehe aku tido je dah dekat pukul 4, hubby lak sampai ke pagi..

ye, memang bangun agak lambat. kiterang bersiap-siap dan had our raya brunch iaitu nasi impit dan kuah kacang sahaja sebab soto akan dimasak kemudian. lepas tu bejalan kaki pegi beraya kat rumah sawal n anom, makan bes dengan adanya menu seperti nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, lontong, n sate goreng. after been there dekat nak 2 jam, kiterang balik nak-nak aaqilah dah mula mengamuk. kiterang pon beriya mengajak orang datang rumah, maka aku balik ni nak mula masak le.

sungguh ekspres proses memasak sebabnya aku dah kata bole datang after isya'. untuk makluman semua, sekarang ni isya' pukul 6, jadi aku ada 2 jam setengah je gitu. peh aku rasakan memang sungguh ekspres.

petang yang fun untuk kiterang. sesekali aaqilah menjadi host ye, once in a while aaqilah seronok ada ramai orang kat rumah aaqilah. terima kasih bangat pada yang sudi datang..

dalam dingin subuh
hatiku terusik
kenang nasib diri di rantauan
terdengar takbir raya
menitis air mata
terbayang suasana permai desa

sob..sob..sob..


bookworm

a 'birthday', the final book and the last kiss

Saturday, December 23, 2006

2 days ago was our aaqilah's 6th month bday. kira bday le tu. cadangnya nak pegi city beli cake n food tapi hazy sepanjang hari, sejuk ooo 0 darjah.



then, titi msg aku dengan soalan ko dah tau apa title buku-7? ntah, mana la aku tau, yang aku perasan lately banyak gak artikel pasal buku-7 and j.k.rowling. jengjengjeng inilah dia Harry Potter and the Deathly Hallow. wow what a title. tak sabar tunggu mid next year, tak sabar nak baca tapi unbelievable surprisingly it's coming to the end. macam lotr trilogy jugak, nampaknya macam tade buku cerita lagi yang aku sangat looking forward after this huhuhu

kalau ada sesapa nak layan movie, apa kata try the last kiss. hubby yang suggested, tapi aku ingat busan, in contrary aku silap besar. sesuai di usia-usia begini.

foodelicious

food-cravings:edisi pancake

Thursday, December 21, 2006

Pancake with Maple Syrup and Cream

Sesekali ku rasa teringin hehe pancake with maple syrup and creme. very ideally for breakfast, dessert mahupun brunch. for me, aku nak recommend as a dessert sebab maple syrup ni sweet rasanya. tambah lak cream, emm sedap sedap. nak lagi bes, makanlah bersama hirisan pisang atau strawberi kalau ada, kiwi pon bole gak. kalau cam tropical climate tu kan, buah seperti pisang, even mangga pon aku rasa boleh aja. sedap pon sedap, sehat pon sehat =)

daily life

rempah ratus kehidupan

Sunday, December 17, 2006



hidup ni kalau mundane je dull jugak kan. once in a while, drama perlu diadakan atau ditakdirkan untuk ada supaya life kite more merrier. aku rasa hari ni bole tahan dramanya.

hubby pegi main bola pagi tadi. tho tido pukul 6.30 pagi, tekeja-keja dia siap nak pegi main bola jugak. takut gemuk katanya. aku lak tido pengsan sampai noon, as usual le tu. itu pon aaqilah dah bising-bising, mak wake up, wake up hehehe then, bersihkan aaqilah, kasi dia makan, masak bubur untuk aaqilah, reheat bihun last nite sambil tetiba rajin nak buat iced lime. tetiba hubby balik dan all of a sudden dia suggest keluar jejalan pegi city. ironinya aku dah citer-citer kat aaqilah nak bawak dia jejalan pegi kedai siam shops for groceries sket. duduk dalam rumah je jadi sengal jugak aku ni.

on the way to city, kiterang duduk dekat dengan satu couple ni. sweet je, teringat lak zaman memuda bechenta sakan dulu. sambil kiterang pon leka citer-citer, ada beberapa tense moments between them, gaduh-gaduh manja kut. kekadang tu dengar tinggi gak suara mamat ni, yg girl ni pon sayu je suara pujuk. bila turun bas mamat ni jalan laju ke depan. aku yang still dalam bas bising kat kenit, itu la lelaki bla bla bla merajuk le tu bla bla bla dominion le tu bla bla kasi lempang sket bla bla bla

bukannya apa, bila dah sekarang ni aku pon tergelak kalau teringat masa-masa camtu. muda dan kurang sabar. kalau sakit hati tu mulalah cakap yang bukan-bukan, nak kasi orang tu sakit hati juga. kesian jugak aku kat that girl. drama drama..

akhirnya the drama goes back backfired kiterang. on the way balik dalam bas aaqilah tetiba mengamuk. memula dia buat muka mencebik dia, jerit sket je. hubby memula tanggalkan carrier nak tenangkan aaqilah, aik lagi kuat dia jerit. mata dah start berair tuu. nak tambah drama, traffic kebetulan jem sebab orang dan kereta berasak-asak pulang dari tengok bola. aiseh, ni tak bagus ni.

bila aaqilah mengamuk sakan, aku dan hubby tau dia lapa, hubby suh aku kasi dia makan. aku lak reluctant, dalam bas yang agak penuh tu. sebenanya aku malu nak selak baju dan orang nampak =( air mata aaqilah dah mengalir-ngalir. jerit makin kuat. kiterang stop kat portswood, dengan harapan dia akan calm down since dia suka kalau berjalan dan lagi sejuk. tapi lain lak halnya, aaqilah tak stop menangis. sejuk, gelap, dan kiterang bertiga nampaknya kena jalan kaki balik rumah yang still jauh lagi.

aaqilah menangis, aku senyap dan sesekali dengar suara hubby. aku tau dia bengang sebab hesitation pasal kasi aaqilah makan tadi. yang aku lak dengan bengangnya tatau nak marah kat sapa. takkan nak marah kat aaqilah, dia lah kesian dalam drama ni. takkan nak marah kat hubby yang tamo naik bas cepat tadi. jadi marah je la kat diri sendiri.

lama-lama aaqilah pon tetido. dengan sejuk angin petang, aku pon cool off sendiri. terasa bersalah kat aaqilah, kat hubby sebab marah-marah and kutuk dia dalam hati. rasa bodoh sendiri.

jadi inilah drama kehidupan kiterang hari ni. dari gelak ketawa boleh jadi merajuk dan bermasam muka, and again, and again..

p/s: hubby, saya minta maaf ye..

happenings

good news and a market survey

Saturday, December 09, 2006

holla back,
we've reached a decision - untuk bisnes dengan lebih produktif!

ye, kenit and misha akan open semula end of the year order, insyaAllah. pada sesiapa yang never heard of this before, kitereang akan amik order kasut semula. last time was quite encouraging. parents aku yang datang sempena aaqilah, memasing balik dengan more than 10 pairs. first ayah aku, plus 6-8 pairs untuk family. then my mom, memang semua orang punya order.

but this time kiterang ingat untuk pergi lebih jauh. nak bisnes dengan lebih serius. it's time to seize this opportunity as part of our income, not only for shoe-luvs and fun anymore. jadi that's the reason of this post, as a market survey on stuffs that we gonna sell. aku pon tade idea adakah blog ini dibaca oleh kawan-kawan sahaja (kawan-kawan yang bz laktu hehe) atau blog readers di luar sana (perasan).

jadi sesiapa yang ingin menjawab survey ini, anda boleh menjawab dalam apa bentuk yang ada suka, short essay, bullet points, apa saja

  1. apakah barang yang most probably orang akan beli, brand name dan berapa yang anda willing to pay (diharap realistic number here)
  2. berapa lama anda sanggup tunggu for your order, soalan ni related dengan no.3
  3. delivery methods - sebelum ni buyers akan amik kat my house since derang ni sumer member-member baik yang besemangat nak amik order memasing.
this is just a market survey, which turns out to be something quite a fun to take to. seperti contoh, aku berminat nak jual handbags, tapi tak sure apakah brand dan price yang orang sanggup beli. yep, memang kat sini derang consider murah, since cheaper dari highstreet shops pon. tapi logiknya aku pike, and after conversion rate semua tu, tadela murah giler. jadi tu la aku nak tau.

cuma untuk kasut, seperti biasa sila tinggalkan pesanan anda di sini pon bole jugak. sbb previous buyers yang lain derang tau apa nak buat, saiz in cm, kasi pada kenit dan kalau ada korang punya wish kiterang akan carikan, kalu tak kiterang akan belikan.

harapnya sukses!

daily life

sengal, sebu, bebal

Thursday, December 07, 2006

aku dapat rasakan kalu lagi lama aku duk umah lagi tak produktif le jawabnya. duit tak masuk, kepala sebu, maybe makin naik badan agaknya. tapi bahagianya dapat tengok aaqilah membesa depan mata

jadual harian, tido very early in the morning, bangun dah dekat nak zuhur. sekarang ni zuhur masuk nearly pkl 12. selalunya hubby akan masuk tido lambat gile, kekadang dia tido pas subuh. aaqilah lak akan bangun paling awal, aku pon tak berapa sure pukul berapa selalunya depends pada pukul bape dia tido. mood dia di pagi hari memang bes, dia akan memain sorang-sorang sebab orang lain tamo bangun sampaila dia dah start bising. so selalunya by 11++ aku dah bersihkan aaqilah, kasi aaqilah makan dan main-main lagi dengan dia sebab dia selalunya getting sleepy balik.

quite funny bila kita dah duduk dekat dengan kedai ni makin malas plak rasanya nak pegi beli barang. sekarang kalau nak dapatkan groceries senang dah. makin senang dan suka hati sebab ada kedai siam near here. baik aku member dengan tokey dia yg suka panggil orang darling tu mana tau senang dapat diskaun. jap sebenanya tade diskaun le. dia panggil aaqilah doll.

cuma kali ni rasanya nak makan lebih variety. resepi tebaru yang aku sangat suka, soto ayam! kalau layan gordon ramsay's lak akan influence untuk masak western style, dengan presentation yang kewl. tapi sudah jadi style kita, makan hidang.

wat are these craps i'm babbling about? aduhh pening pening

daily life

immunisation day

Tuesday, December 05, 2006

yesterday morning i took aaqilah to uni's nhs for her immunization's appoinment. chee speaking london nampak hehehe

kesian aaqilah, bukannya satu, atau dua tapi 3 shots terus dapat. satu 3rd dpt/hib/polio kat left thigh, 2nd men C kat left thigh jugak and the new introduced injection untuk pneumococcal (ntah camne eja) kat right thigh plak. maka 3 kali jugak la aaqilah melalak. berabai air mata hari ni..

unlucky for us, ayah aaqilah takde sebab ada temujanji dia lak dgn supervisor dia. maka tadela satu lagi tukang pujuk aaqilah huhuhu

aaqilah juga dah pandai meragam. sepanjang hari nak bedukung, then aku kena le carry dalam baby bjorn. err buleh tahan jugak semangat ye..

aaqilah, aaqilah oo aaqilah

afters

Once upon a time: CENDOL stories

Saturday, November 25, 2006

Bebaru ni waktu aku melayan blog orang, ternampak gambar cendol pulut yang aduh, sedapnya.. jadi aku teringat bemacam-macam citer cendol yang kekadang bole buat aku senyum sorang

Cerita 1
Dulu-dulu kalau balik beraya negeri sembilan mesti sampai seremban. kalau dah sampai seremban mesti nak singgah minum cendol. kalau dulu-dululah cendol yang glamer kat seremban ni mesti india yang jual. yang sorong basikal dengan mesin ais dia tuu. ada satu aci tu kat depan pasar seremban, memang glamer sebabnya sket punya ramai orang queue nak beli. nak bungkus pon kekadang tak dapat.
tapi tu dulu, beberapa tahun yang sudah berlalu. aku pon dah semakin lupa dengan aci yang jual cendol depan pasar seremban tu.

Cerita 2
Kalu waktu berbuka zaman kanak-kanak dulu, once in a while mak aku buat cendol sebagai dessert. Aku akan pretend sebagai aci jual cendol tadi, main-main dengan orang yang nak makan. akibatnya kena marah le kalau cendol dan air gulanya meleleh-leleh dan bersepah-sepah. Tapi bes hehe

Cerita 3
Cerita cendol ni memang takkan bole lupa punya especially teringat cendol kacang merah. aku memang tak berapa gemar cendol yang berisi selain cendol, contohnya kacang merah. so ada sekali ni kat klcc, aku dan kawan dan seorang lagi kawan dengan awek dia. kebetulan couple ni pergi belikan. so inilah pesanan aku kat mamat yang pegi beli ni, aku tamo kacang merah tau, cendol saja. so mamat ni kata okla dan berlalu dgn girlfren dia.
tak lama pastu dia pon datang membawa drinks kiterang including cendol aku tadi. dengan excitednya aku pon menyudu nak makan. tapi aku pelik kenapa kacang merah je. sudu lagi, aik kacang merah juga. rupanya aku tatau apakah mamat ni dengar atau tak pesanan aku tadi, dia belikan cendol kacang merah takde cendol.
akhirnya aku beli cendol lain dan mamat ni tolong ngabiskan cendol kacang merah tade cendol tadi..

Harapan aku next time bila travel nak cari orang jual cendol nak-nak bila kita pergi ke bandar-bandar luar dari kl. lagi lama bandar tu, lagi tua orang jual lagi otailah dia hehehe ini hanya penaakulan aku ye..

kita jalan-jalan cari cendol!

BEWARE!!

Thursday, November 23, 2006

BEWARE!! Ini bukan kes musang berbulu ayam lagi dah..

A few months ago, kan aku penah cerita hadiah harijadi yang paling tak bes sekali aku dapat tahun ni iaitu surat hutang bil elektrik yang aku tatau menahu. So ini adalah the closing of whole stories. Apa yang korang patut berhati-hati tu bukannya apa, aku sendiri dah banyak belajar dari kes ni. Berhati-hatilah apabila memilih housemate.

Ye, orang memang bermacam ragam. Ada yang friendly, ada yang happy go lucky, ada yang pendiam, ada gak yang tak amik langsung peduli orang, pendek kata macam-macam hal la. Orang yang perlu diambil berat ialah orang yang ada kriteria sebegini:

  • pendiam nak mampos - bukannya apa dia simpan dalam hati tu kita tatau
  • takmo bercampur dgn orang langsung - dikhuatiri akan menyusahkan korang balik satu hari nanti.bukannya apa,kalu dgn kita yang biasa pon tak reti nak mingle, inikan dengan orang-orang yang tak dikenali dan sebagainya
  • orang yg tak reti nak responsible - susah oo especially kalu hal-hal rumah ada besangkut-paut dgn korang lagi
  • orang yang kuat berkira - bukannya apa,saje je letak
aku selalunya tak kesah sangat bila bab berkawan ni, jarangla nak judge person tu by the appearance.kita kawan dengan semua orang kan.dipendekkan cerita,hal bil hari tu akhirnya former housemets kat mesia kena jugak jumpa family minah ni sebab kerjasama dari minah ni amat mendukacitakan.nak menjejak tu je dah makan bebulan.mencecah 4-angka ooo,apa tak sikitnya..

aku kira firstly disebabkan kegelabahan campo kebengongan pegi serahkan duit bil kiterang kat tuan rumah.ni kes tak reti nak responsible terhadap rumah sewa la,seperti mentioned di atas.duit sewa rumah tak bayar,then tuan rumah lak pegi mengancam in the middle of nite dgn 4-5 kawan dia mintak duit sewa rumah dgn bagi notis sebulan mintak keluar.maka duit bil kiterang diserahkan dgn bil elektrik sekali,wtf.bukankah itu kebodohon dan kependek-akalan. duit bil lain kali tolong la pegi bayar kat pejabat pos,bukan serahkan kat tuan rumah yang dah nak mengamuk sakan tu.berasap kepala dia tu agaknya tenants asyik lari je,ni semua terjadi setelah kiterang balik malaysia ye.

pendekkan cerita lagi.memula abang minah ni kononnya bagi aku harapan palsu dalam seminggu nak tolong bayakan.uih baik tak bunyinya.lepas seminggu berlalu, aku pon coba minta penjelasan. bukanlah nak desak cuma nak follow-up je. hati dah berbunga ni. tapi aku mula dapat bunyi-bunyi pertuduhan dari family minah ni. katanya kita ni students suka tenyeh kredit kad bila nak balik for good tu.aiks??

apa yang membuatkan aku sangat sakit hati dan bengang dan marah dan memang darah tinggi aku dah naik dalam beberapa minggu ni.tuduhan-tuduhan yang tak related yang minah ni sampaikan dan abang dia smash kiterang satu-persatu.cuba korang relatekan dengan kegagalan dia membaya bil dengan alasan-alasan di bawah:
  • kononnya dia nak duduk rumah tu dengan aku je,sbbnya kiterang bedua masuk rumah ni memula sekali.then added 2 more nak kasi balance sket sewa rumah.bayangkan 600 pound nak baya 2 orang je??
  • dia kata broadband,telephone n digital tv kat rumah tu mengganggu dia study.seperti semua sedia maklum broadband adalah keperluan kita sebagai students kan.pastu yang kongsi baya tepon n tv adalah 3 orang saja,minah ngok ni tak termasuk.
  • katanya kiterang berparty mengganggu dia study lagi.seingat aku la,jamuan makan tu ada la.our defense,dia duk berkurung dalam bilik sahaja ye.
  • aku n fareeza pegi konsert ct nurhaliza kat london (in april) pon ada dikaitkan.mengong apa??
  • biggest accusation - KITERANG NI SHORT OF MONEY, AND MADE UP STORIES UNTUK MENGPAU DUIT DIA DAN KELUARGA DIA (abg dia ckp kat fareeza). takde bukti aku bayar bil tadela kiterang senang-senang je datang jumpa.
  • pendek kata menurut abg dia,kiterang ni lah yang bahlul dan adik tersayang dia tu je la yang pandai, studious dan baik je la.
kalaulah abg dia berkata begini bunyinya, u all settlela dengan my sister. ataupon i tak nak involve dan tak dapat nak responsible atas my sister's mistake, kan sedap sket telinga ni dengar.tadela hati aku pon berbunga-bunga.tadela aku nak menyumpah-seranah dengan hebatnya.tadela juga darah naik ke kepala.

seperti aku borak dengan fareeza,ingat nak upload la muka minah ni sini.tapi sewaktu mengarang entry ni,tersangat tak seleranya aku nak mencari balik gamba ada muka minah ni apalagi nak meletak kat blog aku ni. i strictly prohibit myself from putting her photo here!

komen sila la komen.

anime

hepi hepi 5th month!!

Tuesday, November 21, 2006



Hari ni Aaqilah 5 bulan. Rasa sekejap je masa jalan, tup-tup 5 bulan dah hehe

Sebenanya dah banyak hari aku nak post something tapi tade mood lak rasanya. Rasa malas sangat, tapi kalu layan Cardcaptor Sakura bole aja. Semalam aku beli choc cake sempena Aaqilah 5 bulan, tapi kiterang akan makankan dengan gembiranya..

Cepat-cepatlah Aaqilah, pandai meniarap hehehe

baru balik

Tuesday, November 14, 2006

assalamualaikum everybody,

yep, we're back in uk. kat sini dah start sejuk tapi alhamdulillah tak macam last year aku dapat tahan.last year rasanya sejuuukk sangat.

kali ni balik tade suasana sedih sangat.on the other hand, kelam kabut, penantian, dan rewards in the end. disebabkan flight yang overbook, dan kiterang volunteer untuk bagi seats (kiterang rasa ada orang yang lebih urgent dari kiterang) dan terima je offer emirates. sepatutnya balik at 1.30 am postponed to 940 am. kalu tak transit kat dubai jadi direct flight to london, heathrow lagi huhuhu kalu next yr kena bejimat cermat nak carik duit if nak balik beraya jugak, rasanya tak perlu lagi =)

kesian aaqilah, baru sehari pipi dah kemerahan balik.

oh ya, sebelum aku terus lupa nak wish le en haris kita ni kan, baru dapat baby last week on the 8th. tahniah le ye haris n anor. welcome to the parenthood, sesama le kita ye hehehe

kenangan aidilfitri 06

not so updates

Friday, October 20, 2006

Selamat menjalani ibadah puasa

Banyak sangat menda yang nak diceritakan, aku pon tatau camne nak put all together into a one small beautiful piece.tapi memang kali ni holiday yang bejalan sakan, especially pengalaman baru bawak aaqilah ke merata tempat.

Sampai klia, then semenyih, dari klang kita ke penang, wooo sini ada experienced somewhat unforgettable, eerie moments. tapi best remarks, ko pegi la ceruk mana pon kat penang, teh ais dia tetap best. aku sangat suka hehehe food yang variety, Cuma first nite punya dinner punya la tatau nak makan apa sampai order nasi lauk, apa laa tak mengambil kesempatan makan-makan kat penang betul la hahaha barbeque pon bes-bes, cayala kali ni ayam perapan tidak masin lagi, terima kasih bangat sama pemerap-pemerap ayam, hubby dan botak. Memang tak sempat nak jalan-jalan penang famous places, sebabnya masa satu, pastu jem teruk yang menyebabkan pembeli tiket patah balik waktu derang on the way to bukit bendera. Lupa lak bukit merah lake town waterpark, ermm tak bes laa. Tu la votes untuk lost world of tambun sangat kurang..

Balik dari penang, ke kuala terengganu kita, visit my nenek sebelah mak. Tak silap aku le kan, ada 2 tahun kut aku tak balik dah. And this visit’s also first time for hubby and aaqilah. Memang antara tujuan pon nak bawak aaqilah balik, sumer orang mau tengok. Sempat bebuka pose 2 hari kat sana.

Lepas ni kiterang gilir-gilir le klang and semenyih. Apa ye yang seronok?

  • Buffet mcd – memang aku dah tak larat nak makan. Among mr rm30s iaitu hubby (dia makan 7 ketul ayam, errr), sting, jin, sapa lagi.. azan maybe..
  • Futsal – for the first time ever, will bakat del piero gonna come out and reveal the unrevealing? Muahahaahahaa tapi memang seronok. Cheeehh kalu la gua buang je malu dan join hubby dulu-dulu isk
  • Raket raya – hubby beli his ultimatum nano speed 9k, isk lagi
  • Aaqilah – memang dengan adanya aaqilah ni bertambah ceria dan seronok hehehe

Namun apakan daya, we’ve only 21 days to go sob..sob..sob..

Di kesempatan ini kami ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba, 10 jari dihulur memohon kemaafan dari semua. also happy deepavali

Sesapa yang balik kampong jauh-jauh tu, have a safe journey yaa

so long, farewell

Monday, September 11, 2006

Bila banyak events tejadi dalam masa yang tak seberapa ada ni, rasa sgt time's flying. Tup-tup dah weekend. Tup-tup dah monday dah ni.Yehuuu..

Apa aku nak cakap.Ntah tatau nak cakap apa.Terasa bedebar-debar seronok dan agak nervous jugak,itu norma bagi aku la.

papepon,cya people in kl nanti.

Ciao

this is my sacrifice

Friday, September 08, 2006

this week spent at york was terrific.barula rasa seminggu ni begitu pantas je.kiterang gerak hari ahad,plannya sampai jumaat(today) sebab hubby pon habis conference dia.oi,takan nak duduk lelama,lagi lama lagi banyak spendingnya nanti..

tapi apa yang aku nak blog about masih lagi tiada cerita kecantikan york.begini..during aaqilah's 6 weeks cek-up doktor rasa yang alignment paha dia tak berapa seimbang.dia kata this happened too to other babies,lelama nanti ok.tapi untuk confirmkan yang tade pape,dia pon referkan kiterang ke hospital.punya baik la timing dia kasi,the appoinment was due yesterday(7 sept).pening punya pening pike camne nak buat, sini dah citer ari tu,aku kata kat hubby,tapela biar aku balik naik bas dengan aaqilah.maybe nanti datang balik.

setelah survey harga tiket,rupanya beza untuk tiket single dan tiket return cuma 3pound++ ish ish sayangnya beli memahal tiket single.tapela kite beli return kalu rasa larat,balik la ke york semula.kalau penat atau kemalasan melanda,lepak umah terus.tapi sesapa kenal aku pepaham je la hehehehe

jadi kiterang bertolak ke southampton hari kamis pepagi buta at 1.15am. aiyo,sejuknya,kesian aaqilah.aku dalam hati doa banyak-banyak,tolongla jangan dia run her amok dalam bas.matila aku kalu gitu.doa aku diperkenankan,syukur alhamdulillah bebanyak,aaqilah mengabiskan masa dalam bas dengan tido begitu bergaya.suka dia agaknya sejuk dan lagi satu bas tu bergegar sket-sket.dia cuma bangun at 5,makan dan matanya terus membulat memerhatikan lampu-lampu highway.kira berapa banyak lampu sepanjang jalan kut.even diagah kakak cina yang duk sebelah pon dia bantai suka.begitu baik mood dia =) sampai victoria london nearly 6.30,bus ke soton lak 7.30.aku pegi toilet tukarkan nappy dia.naik bas tido lagi,makan sikit dan sampai rumah pukul 10 pagi.appoinmentnya at 2.20pm,so sementara tu aku plan nak mandikan aaqilah,diri sendiri mandi,makan dan berehat..

tetapi plan aku tepaksa dipendekkan,dia bantai mengamok lak bila kat umah.aku teka sebab badan penat tu.memula taktik kasi makan,hampir tetido tapi sebab tekejut dia bantai mengamok.then taktik goyangan kaki,tido tapi ayam-ayam je.nangis lagi.then cuba lak taktik ayah aaqilah yakni pelukan kuat-kuat sambil menyanyi aaqilah's official song tapi langsung tak jadi.aku dah pening ni.1.45pm aku klua umah dan terus gi hospital.

syukurla tade pape pada hip dia setelah di ultra scan,alaa cam ultra scan baby sewaktu pregnant dulu.dapatla surat yang nak kasi gp aaqilah nanti yang mengatakan everything's fine.bole la balik mesia dengan senang hati.

balik umah,aaqilah bantai mengamok balik.aduuh aku pon pelik,plan nak kasi dia tido sedap-sedap atas katil tak berapa bejaya nampaknya.so aku decide je la nak balik york.call umah depan minta tolong antakan ke bas station dekat-dekat pukul 8.mak ayah aku menasihatkan agar berjaga-jaga,maklumla travel jejauh sorang-sorang pulak tu.aaqilah punya pasal,aku rasa jadi tumpuan orang jugak."oh,lovely" bila org nampak aaqilah hehehe tumpang kembang hidung jugak la

bas 11.30pm ke york plak ada problems,jadi kena naik lain bas route ke birmingham which dia singgah kat milton keynes untuk kiterang dapatkan bas to supposed destination.rupanya aaqilah ni suka naik bas ye,dia bantai tido nyenyak lagi.in fact dari naik keta syawal lagi dia dah start tido.ngantuk satu hal,penat mengamok satu hal.aku pon tumpang tido lena jugak..

4.20am,kiterang sampai york dan ayah aaqilah dah tunggu.aku rasa lega dan gembira tengok muka hubby.

yeah,aaqilah dan mak aaqilah berjaya buat trip-york-yang-gila dalam masa satu hari.tapi moments seperti ni priceless aku kira.tak dapat memana pon.

merci beaucoup aaqilah for being such a gud girl all tru the journey.

kisah paper bags

Thursday, August 31, 2006

this one habit of mine.tak berapa pelik tapi tak berapa baik err sebabnya agak mencirikan orang-orang pemalas hahaha apakah dia?sebenanya aku suka kumpul paper bags dan plastik-plastik dari barang-barang yang aku beli.memoribilia le kononnya..aku sure some of us juga suka simpan paper bags especially kalu beli barang yang bes bes

bukannya apa,semalam waktu hubby duk kemas-kemas barang,dia angkut sket punya banyak paper bags dan plastik dari dalam almari untuk dipilih dan masuk dalam kotak kiterang nak pindah.since dia tau nanti aku bising kalu main buang semua jadi dia tanya aku satu-satu mana kita nak simpan,mana kita nak buang.dan rupanya memang banyaaakkk sangat.itupon bila yang dah tinggal tu bole tahan jugak le ish ish

sambil dia duk pilih-pilih tu aku pon tepike,ni yang aku kata nak simpan ni apa aku nak buat sebenanya?kalau zaman aku sekolah-sekolah dulu bole gak isi track board ngan baju sukan untuk p.j atau kalu yang kecik comel-comel tu isi tupperware bekal makanan.agaknya silap-silap esok bila kiterang nak balik for good another selection process akan tejadi lagi,kali ni pilih nak masuk dalam kotak untuk bubuh dalam kontena plak.maka paper bags dan plastik terpilih aku lagi ni akan bawak balik malaysia le plak.elok je pas aku melamun tu,hubby pon tanya sebenanya apa awak nak buat dengan paper bags ni nanti?emm mungkin saya akan isi balik barang-barang yang saya beli dalam paper bag dia balik kut..

bukannya apa,aku rasa setiap plastik-plastik atau paper bag tu ada sentimental value memasing.mungkin yang ni aku bejaya beli something yang diidamkan.yang ni plak paper bagnya lawa bangat,sayang nak buang.yang ni pulak kertas dia keras,robust gitu.tapi sebenanya kita ni tak lepas dari rasa nak show off pon ada jugak.kalau orang nampak kita bawak paper bag sekian-sekian brand,rasa eksyen tu tipula kalu takde huhuhu ish sungguh tak baik niat itu.doa sangat dijauhkan dari rasa-rasa riak tu aminn

oh ya,selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-49 31 Ogos 2006

What the World Needs Now Is Love

Tuesday, August 29, 2006

What the world needs now is love, sweet love
It's the only thing that there's just too little of
What the world needs now is love, sweet love,
No not just for some but for everyone.

Lord, we don't need another mountain,
There are mountains and hillsides enough to climb
There are oceans and rivers enough to cross,
Enough to last till the end of time.

What the world needs now is love, sweet love
It's the only thing that there's just too little of
What the world needs now is love, sweet love,
No, not just for some but for everyone.

Lord, we don't need another meadow
There are cornfields and wheat fields enough to grow
There are sunbeams and moonbeams enough to shine
Oh listen, lord, if you want to know.

What the world needs now is love, sweet love
It's the only thing that there's just too little of
What the world needs now is love, sweet love,
No, not just for some but for everyone.

No, not just for some, oh, but just for everyone.

something to ponder

Sunday, August 27, 2006

Q: What boat that will never sink?
A: A friendship

treasure ur friends, cherish the experience that comes along
=)

pluto is dead

Friday, August 25, 2006

Kerja-keje perombakan akan dilakukan ke atas semua fakta regarding planets in all school and university textbooks, encyclopedia dan buku-buku sains.

sadly pluto is dead.pluto is no longer a planet because of its size,too small untuk didefine sebagai planet.discovered in 1930, kita ada 9 planet semuanya - Mercury, Venus, Earth, Mars, Jupiter, Saturn, Uranus, Neptune and Pluto.

Jadi apakah yang dimaksudkan dengan planet.
International Astronomical Union's (IAU) agreed certain aspects to qualify as a planet, a celestial body must be in orbit around a star while not itself being a star. It also must be large enough in mass "for its self-gravity to overcome rigid body forces so that it assumes a... nearly round shape, and has cleared the neighbourhood around its orbit."

secara automatiknya pluto disqualified sebab orbitnya itu oblong dan overlap dengan neptune's orbit lak.jadi sekarang pluto akan masuk kategori dwarf planet.

Aaqilah dan adik-adiknya bila sekolah nanti akan belajar yang hanya ada 8 planet mengelilingi matahari - Mercury, Venus, Earth, Mars, Jupiter, Saturn, Uranus dan Neptune.

source: bbc.co.uk

dealova

Wednesday, August 23, 2006

Ye,aku memang lama ketinggalan dah.

ni dah dekat setahun aku tak dengar mesian radio.last time ada juga kekadang layan hitz.fm ka, era ke online jadi tau le jugak lagu-lagu terbaru dari mesia atau lagu indon.kali ni memang tade langsung,sebabnya dah malas.sommore during pregnancy itu hari lagi elok aku dengarkan baby bunyi-bunyian lain contohnya bacaan al-quran hehehe sebabnya lelama aku dah tade masa sangat nak baca particularly bila dah start keje lagi la teruk time management tu (memang byk excuses duh). mak aku pesan ada 3 surah sgt elok dibaca during pregnancy

  • surah luqman - moga baby nanti bijak pandai sepertimana luqman al-hakim
  • surah maryam - moga mak baby senang deliver sepertimana maryam
  • surah yusuf - moga baby nanti cantik/elok rupa paras sepertimana nabi yusuf a.s
jadi bila teringat tu aku pasang je dan kasi baby dengar sekali, jadi mak ayah dia tumpang sekali.

balik pada citer asal, i just listened to dealova. sekali-sekala baca online local paper ada mention lagu ni, so aku sesaja search kat youtube. resultnya bagus bangat. sumer menda ada la pendek kata pon.hobi terbaru le ni hahaha

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu oh…
Kau seperti udara yang kuhela kau selalu ada
Tanpa dirimu aku merasa hilang dan sepi


peh dasat hehehe untuk hubby ",

.: eppy belated 2 months to aaqilah comey bulat bulat last monday luvs u vevery from both of us :.

siti oo siti

Tuesday, August 22, 2006

apa lagi berita paling sensasi di malaysia sekarang kalau bukan perkahwinan siti nurhaliza.secara tak langsung membuatkan aku pon teringin tengok live coverage tu,tho tadela suka sangat pon hehehe

bagi aku,selama ni aku neither fan nor hater siti.aku ok-ok je.lagu dia pon banyak gak yang aku layan hehehe (alemak mengaku lak hahaha).sebagaimana pepatah omputih beauty lies in the eyes of the beholder camtu jugak la seseorang tu pada mata orang lain.so dalam kes ni siti herself.pandangan itu subjektif.in fact kalau kita nak ikutkan dan dengar apa semua orang cakap mati tak terbuat jugak.tapi kalau aku dengar orang kutuk siti melampau-lampau tu tak berapa bes jugak telinga la hehehe

aku rasa kiterang (ye hubby n meself) termasuklah golongan yang tak suka itu bila dia menamatkan segala rumours dan speculations ari tu dengan menconfirmkan pilihan hati dia.yela dia ada 2 sides pon,suka atau tak suka siti kawen dengan dato k.selalu kita lupa, jodoh pertemuan itu di tangan tuhan,kita manusia hanya mampu merancang. so sesapa yang tak berapa suka,tak berapa setuju,sangat membangkang dan tidak tidak sebagainya boleh straight masuk dalam geng tak suka jugak la.

sebabnya apa,kiterang ingat siti akan end up dengan orang yang baya-baya dia jugak la,yang penting teruna seperti siti yang anak dara juga, cam fazley (again!) hahahahha aku teringat satu cerita waktu kiterang pegi konsert siti kat london last year.ada le geng2 makcik kat jpa tu begosip-gosip nampak sparks between siti and fazley.auw rupanya panahan itu ke orang lain rupanya.kalau tak fazley mungkin dengan old flame ka,high school sweet heart ka,abang angkat ka.begitu adanya..

lagi kes teringat.ada satu event mesian yang aku attend last time di mana kakak-kakak ni becerita le gosip siti nurhaliza.in their opinions,it's a wise decision and right choice made by siti.sebabnya bukan senang seseorang tu nak get close dengan siti.lagi derang ni cakap,he can guide siti,matang macam seorang ayah dan man enough to be a husband to somebody like siti.tapi tu la dia,duda is still a duda.

sangat tak ku sangka aku akan memblog pasal siti pulak.apahal pon,tahniah dan selamat pengantin baru.watch out ur anak-anak tiri yang bujang-bujang dan ensem-ensem itu hahahahahha

baklava

Friday, August 18, 2006

gara-gara mak aku waktu dia ada sini ari tu,aku jadi ketagih nak makan kuih ni as frequent as possible.kepada sesapa yang tak pernah rasa,meh aku citer sket.delicacy ni manis,maybe manis sangat pada sesapa yang tak berapa kuat manis.cam hubby,dia tak layan.so kalu beli aku makan sesorang dan share dengan aaqilah je hehehe (technically apa aku makan, aaqilah makan jugak )

originally from middle east,ada jugak yg kata dari greece atau turkey.tapi dari segi sejarahnya dan penaklukan kuasa-kuasa besar pada zaman tu membuatkan kuih ni pon merebak pembuatannya,pas dari satu tempat ke tempat yang lain.kenapa aku rasa middle east?satu sebab kat kotak mark n spenser ni tulis these middle eastern delicacies.satu lagi sebab aku dapat merasakan betapa banyaknya pengaruh timur tengah dalam mulut ni,rasa minyak sapi, butter, madu, dan variety of kacang - walnut, pecan, pistacchio antaranya.satu lagi aku teringat waktu kat edin dulu,first time aku makan kat umah sorang kawan aku ni.dia memang terer buat baklava.time tu aku sendiri tak dapat tahan kemanisan yang amat sangat.dan memang dia ni banyak darah dari timur tengah ni pon.lagi satu, dari the name itself, takkan takleh agak ye tak..


courtesy of allrecipes.com


Nampak tempting tak? Aku pon nak try sendiri le buat since rasanya tadela susah sangat bila tengok resepi. bole la aku n mak aku layan lak.ni asyik beli kat supermarket bole miskin jadinya,mahal gak le..

tapi kalu kat mesia aku pon tatau kat mana nak husya. sesapa kalu terjumpa, inform eh tenkiu tenkiu =) please please

cuci mencuci

Monday, August 14, 2006

Berhari-hari jugakle rupanya aku amik untuk pilih dan adjust gambar untuk dicuci.

Oh ya,kiterang nak cuci beberapa gambar untuk bawak balik.disebabkan aku ni tade keje nak buat sangat,jadi akula orang yg paling tepat untuk task ni.nak carik website online photo printing pon tadela straight forward.ciri-ciri utama,quality terbaik dan paling murah,juga credibility company terbabit juga diambil kira.tu tak tambah soalan-soalan dari hubby lagi,cun ke qualiti dia,bole pecaya ke website ni,bla bla yang membuatkan pemilihan itu semakin cumbersome.

Akhirnya kat sini la aku register dan sekarang ni duk tengah upload gambar.Aku tatau berapa lama nak siap,kalau la tau begini lagunya dah lama aku upload sket-sket.nak cukupkan quota punya pasallah.harapnya hasil yang memuaskan.

cepatla setel,nak layan theme hospital nih

post-natal appoinment

Friday, August 04, 2006

ari ni went to post-natal check and aaqilah's 6 weeks check.memula aku masuk dulu, ada sesi chat dengan GP,sesi checking yg berkaitan, sesi soal-jawab dan diakhiri dengan soalan berkenaan kaedah contraception yang kiterang nak plan.aku tersenyap,sebab bukannya pikekan kaedahnya tapi memikirkan bebetul maksud contraception tu..aduh ngek betul la.tapi cover baik punya dengan jawapan tak plan lagi pasal tuu (tho aku tau maksud contraception tu apa).

aaqilah plak biasala,cek-cek rutin dia.siap ada sesi ala-ala nak train jadi gymnast lagi.apa lagi,menjerit le dia,sakit agaknya. alhamdulillah,aaqilah sekarang dah 3.82kg,patut le kadar lenguh tangan aku makin pantas.

guess wat u can get for free?condoms and pills hahahahaha

looking for apple?

pancake pancake

Thursday, August 03, 2006

semakin menghampiri ke penghujung pantang aku,semakin sakan food-craving aku juga.last time waktu mak aku kat sini,dia tergelak bila aku mintak dia masakkan lempeng atau in englishnya pancake.hubby memula eksyen,tapi bila aku kasi idea dia makan dengan sambal ikan bilis,terus diordernya jugak.cuma lempeng kiterang tu simply tepung,a pinch of salt dan mix dengan air.bila masak tu greasekan pan dengan butter,baru la ada rasa lemak-lemak butter gitu..

tapi hari ni,aku sesaja try pancake resepi orang sini.kenapa aku cakap orang sini,sebabnya resepi dia aku amik dari website org putih hehehe ni sumer gara-gara anum citer kebes-an pancake kat little chef sampaikan derang ni drive ke bournemouth nak pegi little chef punya pasal.little chef ni restoran yang selalunya ada kat services,ala macam rnr kat tepi highway tu.

cuma hari ni aku layan dengan gula,seperti mana aku makan lempeng mak aku.pasni kita lebih banyakkan sesi ekperimentasi dengan toppingnya pulak =)

pic:: courtesy of bbc

Shiny happy people

Friday, July 28, 2006

Rasanya dah lama sangat aku tak memblog.

Bukannya apa memang aku tade citer-citer menarik atau event-event besar untuk diceritakan.Takpon hubby dah telebih dulu bubuh kat blog dia.Kenapa shiny happy people.Aku harap kiterang camtu jugak.Lagipon aku tengah layan Top 10 REM kat VH1 nih.Cuma aku tak berapa hepi dengan certain menda.

First thing,channel VH1 ni cam mangkuk sket.Tak berapa clear,ada bunyik-bunyik.Channel lain okie je.Dahle dengan tema bulan Rock Month menyebabkan aku malas nak layan since bunyi bising ni la.Dengan no 1 ialah lagu REM aku, Everybody's Hurt hehehe sediy gak kalu layan liriknya bebetul.Tapi zaman layan-melayan lirik lagu ni bagi aku dah agak berlalu.Zaman remaja to young adolescent lebih tepat aku rasa.Waktu ko mula rasa suka kat orang,then bercinta,then putus cinta dan sebagainya.Even kalau crush kat orang pon ada lagu tertentu hahaha been there done that.Each songs represents each feelings.Sekeras-keras hati seseorang tu pon mesti ada jiwa-jiwa juga.

Lepas tu aku tak hepi dengan notebook aku skang ni.Beberapa hari lepas,waktu aku tengah burn DVD tetiba notebook aku terus off.Notebook ni memang selalu tetiba turn off kalu temperature tinggi sangat.Tapi sebelum tu aku memang selalu complain kat hubby dah pasal punat cucuk power supply ni cam problem.Dengan bateri dah start kong(memang kong pon) lagi aku sakit jiwa.Ni pon aku dapat pakai berapa jam sangat,sebelum notebook ni akan off,sebab bateri akan discharge.Adeh sakit kepala rasanya.

Semalam kiterang gi London menguruskan Aaqilahnya registration and passport application dia.So dalam masa 2 minggu ni Aaqilah akan ada passport.Pastu balik mesia nanti bole la apply visa dia lak.Aku kira-kira masa yang ada sampai kiterang nak balik ni just nice je.Aku pon semalam dah cukup sehat nak bejalan jauh-jauh,then hal-hal Aaqilah pon bule settle just in time.Yela,nak dapatkan tiket Aaqilah pon kena ada passport.So dalam masa 2-3 minggu ni bole dapatkan tiket Aaqilah plak and then happily kiterang bole balik bercuti.Semalam berjalan jauh gile,penatnya tuhan je tau.Kesian lak tengok hubby harini dia kena gi uni lak buat keje-keje tertangguh dia.

Lagi satu aku tak berapa hepi ialah pasal kasut baru aku, Sprinter Sister yang aku beli last time.Pesanan aku untuk kawan-kawan yang ada kasut sama cam ni,(thanks to Jan and Sue, aku pon berkenan gak), silalah "membelasah" kasut anda so that dia cepat lembut.Leather shoe ni kalu first time pakai memang nanti lama kelamaan akan bagi anda satu perasaan, it's killing me.. sebabnya dia keras lagi tapi bila dia dah lembut dan mould dengan kaki kita baru la terasa bejalan dengan bare foot je.Lagi satu,kalau-kalau rasa nak jalan jauh dan lama-lama tu,kalu nak pakai gak,rasanya bawakla extra pair,manala tau dah tak larat ke hehehe

Waahh bila dah start menulis ni rasa macam-macam idea plak dalam kepala aku.Tapi till then,aku sambung semula..

Ciao people

hidden talent huhuhu

Friday, July 21, 2006

Your Hidden Talent

You are both very knowledgeable and creative.
You tend to be full of new ideas and potential - big potential.
Ideas like yours could change the world, if you build them.
As long as you don't stop working on your dreams, you'll get there.

cerita dalam pantang

Wednesday, July 12, 2006

hari ni aaqilah dah 3 minggu.sedar tak sedar je.health visitor datang visit hari ni,a second visit since last monday.sebab last week aku ada menyuarakan kerisauan pasal aaqilah tu macam jaundiced(kuning) jadi dia decided le untuk follow up.

hehe alhamdulillah,aaqilah dah gained 300gm lagi dalam masa seminggu ni.so skang ni dah dekat 3kg,patutla aku rasa cam dah berat sket hehehe cam bes lak dia, tido-bangun-makan-tido-berak-makan-tido..cuma dia dah mula pandai nak main-main,dah start nak berjaga malam.kadang taktik aku kasi dia bejaga siang jadi jugak bila dia tido je malam,kadang tu tak jadi..maka aku le sangap tamo bangun bila pagi.

since kiterang sendiri-sendiri je seblom ketibaan mak aku,maka aku berpantang pon ala kadar je.memula sekali kiterang dapatkan khidmat nasihat dari mesia.hubby made some calls to mak dia dan mak aku juga pasal apakah yang patut dia masak,apa yg bole dimakan,apa yg tak bole dimakan.nasib baik ikan bilis ari tu ada lagi,so dia gorengkan ikan bilis dan aku makan dengan nasi putih sama pepper.memula aku ingat nak makan byk fruits,tp menurut sumer org buah takleh makan.so tak makan le,cuma aku curik2 jugak kekadang.bukannya apa,aku risau aaa kalu-kalu susah nak poo nanti,seksa oo..

bila parents aku sampei,kiterang dah rasa senang sket.hubby pon tade tekeja-keja nak jaga kiterang dua,dia bole la tekeja-keja settlekan 9 months report dia lak.bekalan milo yang dibawak memang terus aku manfaatkan,bes rasanya dapat minum milo mesia balik.pastu cicah plak dengan biskut hup seng cream crackers import mesia gak,peh bahagia.hehehe mak aku pon tadela strict sgt,sebab dia kata kalu pantang bebetul,pasni-pasni kena jugak pantang beria.untuk aku lak,mesti la suka,tadela boring makan menda sama je.lagi jahat,aku selalu skip pakai stokin(kononnya claim panas,memang betul pon),pastu barut pon pakai petang ke malam je sebab mandi lambat.pendek kata memang sukati aku betul la..ish heharapnya tade pape la aku nih.

pastu nak jadi citer,last week aku dah ikut derang ni bejalan-jalan.sumer org punya la excited nak kuar bejalan-jalan,dan disebabkan aku tamo kena tinggal sesorang kat rumah aku pon ikut la sekali.lagipon pike aku akan mostly spend masa duduk dalam keta instead of jalan-jalan,so aku rasa ok la.hmm mak aku advised suh bawak baju extra,in case kesejukan.dan walopon matahari tegak atas kepala,aku pakai jugak cardigan yg dah dibawak tu.maka kiterang ke stonehenge n swindon..tp bila derang gi portsmouth lak 2 hari pastu,aku dah tamo ikut.tapela..malas nak naik turun tren..

apa lagi ye.baru teringat,health visitor yg datang tadi advise klua le bejalan-jalan to get some fresh air.dia kata kang kena cabin fever lak..


gambar aaqilah yang aku baru amik je tadi.. =D

ITALY IS THE WORLD CHAMPION

Monday, July 10, 2006

first sekali,mestilah gue nak ucapkan CONGRATULAZIONI kepada squadra azzurri

setelah bertahun-tahun menjadi pengikut yang bole tahan setia,akhirnya hari ni aku bole tumpang gembira dan tumpang senyum jugak.satu perasaan yang surreal,maklumla dah bertahun-tahun asyik kalah je.90' tak berapa ingat,tapi aku ingat kalah le.94' kalah final penalti.98' kalah penalti lagik.2000' euro uih sakit hati kalah bila lagi 30 saat lagi nak celebrate kemenangan dah.2002' kalah golden goal lagik.2004' euro group pon tak lepas.jadi rasa kalah tu dah lali le kata orang

wat's the best described about this final?dramatic?busan?unpredictable?predictable?

memetik sepatah kata dari marcel desailly..empty feeling.ye,kiterang pon rasa camtu jugak.aku rasa semi against germany tu lagi penuh perasaan,spectular dan itula team italy yang aku hoped dan expected to see today.sedih gak tengok zidane kena sent off,apala agaknya materazzi provoke ke dia tu.suka tu mestila suka italy menang,tapi ntah aaa,kesukaan tu tak penuh je.lagipon lantak le,aku bukannya italian pon ahahahaa

again,tahniah ITALY.jugak tahniah aku goes to hubby,sebab menang liga kengkawan.maklumlah pengalaman jadi manager cm bertahun-tahun tu tak sia-sia le ye

bola itu bulat

Wednesday, July 05, 2006

ye,bola itu bulat.apa-apa boleh jadi.

fenomena world cup dah menghampiri peaknya.first semi-final tadi menyaksikan italy melangkah ke final dengan bergaya(ye ke hehe) dengan menundukkan host germany 2-0 hasil gol-gol di masa tambahan.apesal aku tulis bahasa camni pon pelik isy isy gembira le tu =)

finally the better team won dan aku kira italy deserved untuk final spot.harap-harapnya senyum panjang sampai ke telinga le lagi.

akhir kata selamat berjuang di final ye.forza azzurri!!

rahmat pertama

Wednesday, June 28, 2006

betullah kata orang,anak is a turning point dalam hidup kita..anak is not just a
blessing.selain dari perkara yang menggembirakan,anak surely can make people change.

kan aku byk tulis dalam beberapa entry,kiterang still rasa muda untuk ada baby,then
rasa tak cukup matang untuk carry more responsibilites(hehe of course baby comes
with bigger responsibilities),bla bla bla something related dengan muda,kawen,cepat
sangat,bla bla bla camtu aaa.rupanya menda-menda yang tulis sebelom ni sekarang aku
kira bole masuk dalam kategory 'craps'.sebab time tu kiterang tak experience lagi
this miraculous turning point tu.

sebabnya bila aaqilah lahir,aku rasa 26 is just fine to have a baby.malah aku respek
banyak-banyak sama lain-lain parents yang even younger dari kiterang.to have a baby
tak perlu la tunggu macam-macam hal,kecuali kena tunggu kawen dulu la,kalau tak
disaster jadinya.from the moment she born,sikit-sikit kepentingan diri sendiri tu
mula pindah ke dia.hehe pelik tak pelik aku cakap cenggini lak kakaka quote dari
hubby,sepenat-penat dan sengantuk-ngantuk kena bangun bila tengah sedap tido tu,dia
takkan tuka fo anything dalam dunia ni,yap betul la tuu..ish bagi aku tido tu sangat
precious,pantang dikacau.selagi bole aku nak maxkan waktu tido.tapi aaqilah punya
pasal,bole jadi tahan.cuma pastu kalu dia dah start bejaga,samada kiterang begilir
yang tido atau kalu turn aku mesti tesangap-sangap sket hehehe aku kira ini adalah
rahmat pertama..

gradually kita akan jadi matang.sebab kematangan kita banyak belajar dari pengalaman
dan persekitaran.dengan kedatangan orang baru,mungkin kemahiran money management tu
akan bertambah baik harapnya.more responsibilities membuatkan kita a more responsible
adult kan.secara tak langsung a better person plus hidup kita bila dah umo-umo begini
yang stagnant aje bertambah lively dan more meaningful.hubby taught me to be a more
passionate person.aaqilah showed me some of my hidden soft sides..

untuk dua orang yang penting dalam small circle hidup aku

Saat aku bertemu dengan dirinya
tak terasa hatiku kian terbawa
Merona merah jadinya
karna tatap matanya

Setiap aku melihat...dirinya
Ingin rasa hatiku memiliki dia
Sungguh aku ingin dapat
Memiliki dia

karena dia cantik
karena dia indah
karena dia kamu

Ku suka kamu, kusayang kamu
sungguh kumau memilikimu
Ku suka kamu, ku cinta kamu
Janganlah ragu memiliku

Setiap aku bertemu dengan dirinya
semakin terpana diriku menatapnya
Semua kerisauan itu kurasakan padaku

p/s:seda tak seda,aaqilah dah seminggu =) mwahs mwahs

I'm a SPOILER

Wednesday, June 21, 2006

Kalau Haris dengan rumusan setiap phase, aku rasa seronok jugak kalu dapat spoilkan mood para managers yang ada(pada sapa yang baca blog gue je la hehe)

Update terkini yang aku dapat.

  1. England - mungkin sumer orang tau yang Gerrard tak diturunkan,begitu juga Peter Crouch.[4'] Peter Crouch masuk ganti Owen yang tetiba injured
  2. Portugal - ye hampir sumer managers mesti ada at least sorang player Portugal, Scolari cakap ada 5 orang players yang akan direhatkan - Cristiano Ronaldo, Nuno Valente, Costinha, Deco dan Pedro Pauleta.Kalu kena titik 30-0 pon dia kata tamo masukkan sesapa dari senarai ni.

Aku rasa ni je kut so far.Nanti akan diupdet lagi ye hehehe kepada semua managers,selamat berjuang huhuhuhuhu

where do i belong??

Monday, June 19, 2006

semalam,aku pergi ke bbq mesian family kat sini.since last week,anum(neighbor depan umah) ajak kiterang pegi,dan ada lagi satu family invite jugak,so aku pegi la.terasa macam nak making new frens gitu..hubby tak pegi,dia tengah bz nak siapkan 9-month report dia.so aku sebagai sole representative.

majlis bbq tu dibuat kat satu rumah malaysian ni,abg ni not a student.dengarnya dia antara top management dalam british american tobacco co,dan kawasan rumah dia nice bangat,ala-ala wisteria lane.yela,mana tak besar,garden dia bole menempatkan almost 30 to 40 adults kut..

sebelom pergi aku ada perasaan yang aku akan sangap.mm bole tahan jugak la.most of the malaysians there aku tak penah nampak apa lagi jumpa.yang aku kenal bole kira dengan jari.so aku cuma sengih-sengih dan salam-salam sambil ikut anum.malu tu malu jugak la tapi belasah je la.aku could sense satu macam pandangan pelik derang bila some of them got to know that we've been here for 1/2 year already.typical typical..aku rasa lega bila ternampak kak chom,ada jugak orang nak borak.

majlis dimulakan dengan orang lelaki semayang asar n baca yasin,some of the ladies joined too dan ada jugak yang mulakan dengan makan.aku join geng makan hehehe aku amik beehun,mash potato and udang panggang.ayam nampak tempting tapi besar sangat potongannya,tapi aku amik jugak,nak rasa which aku end up tak abis pon.tho memula rasa lapar tapi macam tak bole nak makan.kalu hubby ada mesti dia dah melantak sakan,nak-nak ayam bbq.

ada jugak lucky draw,dengan aku menang satu.sungguh tak sangka keluarga effirul dapat lucky draw.derang ni siap ada amik gamba kenang-kenangan,maklumla ada beberapa family nak balik mesia for good dah.daripada ramai2 yang aku kenal-kenal tu hampir sumer tinggal kat area mesian tinggal,broadlands.orang tu neighbor orang ni,dia tu tinggal flat atas dia ni.patut aa tight..

apa yang bole aku concludekan.dari mula lagi aku rasa aku tak belong dalam community ni,ntah la tapi mungkin masa tak sampai lagi?aku sendiri ngak sure.memang rasa agak isolated bila kita baru kahwin dan baru nak ada anak,tapi still quite young both to them and ourselves.aku kira aku la wife paling muda,sampai orang ingat aku ni budak undergrad.sumer orang macam kakak pada aku,apa lagi nak rasa macam kawan.some friendship bole berjaya macam kakak dan kawan dan memang i'm struggling.

being 26,aku rasa tak belong to memana group.undergrad jauh sekali,family tak tercapai lagi.aku pon tak rasa nak terlalu rapat sangat kut.dari pengalaman beberapa bulan kerja ni,aku rasa comfortable dengan how 'well' aku mingle dengan orang kat opis.sama jugak,lepak dengan orang yang jauh lagi tua dari aku pon ada,sebaya aku pon ada jugak..even younger dari aku pon ada tapi aku selesa dan senang.getting to know one of mesians sini,dia selalu lepak library buat kerja dia buatkan aku miss family aku kat mesia.sbb kakak ni macam maklang aku,openness dan kewl.nak-nak orang seremban,lagi laa..

aku sangat-sangat thankful yang hubby is my greatest friend,my besfriend.sebab dia aku sentiasa rasa punya kawan..

ranking terkini

Thursday, June 15, 2006

=) Untuk seketika aku rasa di awangan, top of the world


Tade la menda sangat pon sebenanya.since kiterang main fantasy premier league ni,aku sentiasa berada among bottom teams.sebaik saja world cup started itu hari,memula tu aku duk kat tengah-tengah table,then terus turun,turun dan turun lagi.memula ok la,rasa ada geng kat bawah tu,tp bila rosicky mengamuk sumbat 2 gol ari tu,terus teambodo jauh meninggalkan sumer orang.hubby maintain je top 3-4.

ok,ok too soon untuk eksyen meraikan peningkatan sendiri sekarang ni.aku pon bukanla nak brag,cuma kasi can le aku menikmati moment ni sebentar aje..hehehe esok malam definately kedudukan akan bertukar punya,tapi wat de heck..merasa jugak gue kat atas wakakaka

Italy-Ghana

Tuesday, June 13, 2006

Bak kata Azan,malam ni bole tido senyum..

Apa lagi kalau bukan pasal bola.Akhirnya game yang aku tunggu-tunggu since june 9th ari tu akhirnya kicked off this evening.Tunggu sket punya lama rasanya,tapi bila game started je,aku tend untuk jadi depress.Nak-nak hubby yang tolong 'cheer' kat sebelah,cheer apa kemenda?? =P

Azzuri kali ni yang penuh semangat,cuma berterabo sket awal-awal tu.Kalaula Ghana ada finishing,aku rasa bungkus kut hahahaha totti tetap totti,kalau macam dia main tadi tu seperti dia admitted before game yang dia cuma at 70-80% form sebenar,aku wonder camne kalau dia di tahap sebenar?

kite tengok esok malam camne plak,world cup semakin panas.

French Open 2006

Monday, June 12, 2006


Courtesy to espn

Even tho sekarang demam WCup, aku tetap tak melupakan 'kemeriahan' French Open yang officiallynya tamat hari ni dengan Rafael Nadal defended his last year's crown. Same goes to women's title, justine henin-hardenne juga mempertahankan kejuaraan (hehehe rasa cam klaka plak bm aku)

Aku tak berapa tengok sangat women's final semalam,berebut channel dgn hubby.Tapi men's final hari ni entertaining jugak.

p/s: aduuuh penat bangat dengan england punya komen tak abis-abis.pantang ada game,pantang ada extra masa sket..busan busan

adieu sob..sob..

Saturday, June 10, 2006

cuti aku sudah bermula..

hari yang sangat aktif.since aku sampai opis,bole dikatakan tade masa aku nak mengcheck emel berkali-kali,baca blog orang,sangap atau tido-tido ayam.banyak plak menda nak kena setel sebelum blah ni.

morning break ari ni kat satu cafe(nuffield theatre cafe) yang aku tak penah pegi,cosy dan tak bising cam kat s.u.s.u cafe.sebenanya kiterang hari ni pegi celebrate another member of bopcris punya bday,adam yang aku rasa tak sampai 18 lagi kut.rob dengan suprisenya belikan aku sebekas hashbrowns,punyala banyak.hehehe terharu dah aku di pagi hari ni.

lupa nak citer,semalam ada meeting dengan satu mamat consultant ni berkenaan projek kiterang.since aku nak blah,kerja-kerja aku yang sepatutnya pass ke iss most probably tak jadi sebab iss telalu banyak commitment lain.untuk julung-julung kalinya aku berjumpa programmer yang macam kenit.dressing style cam kenit.yang ironinya dia pakai kasut ala-ala design pelotas dengan tag vegetarian shoe.hubby cakap kewlnye mamat tu.

memang power pon.in fact soalan-soalan dia related to kerja-kerja kiterang dah tunjukkan berapa tiang jauh aku ni ketinggalan.beribu-ribu tiang gamaknya.kalu aku baru terkedek-kedek buat webmacro dalam masa 4 bulan ni,dia dah 7-8 tahun.yang buat aku rasa kecik cam semut bila dia cakap dia among early teams yang telibat dengan development webmacro nih.aku pon cek le sini,memang dia salah sorang core developers pon...ggagagagagagaa dia plak suprise bila ada orang approach dia dengan projek yang apply webmacro sebab ni first time dia.

bebalik pada citer hari ni.tengahari tadi aku ada lunch date dengan susanna.aku bawak nasi tomato dgn ayam masak merah.susanna plak bawak mexican style apa kemenda aku telupa nama dia,makan dengan crackers atau nachos.siap ada dessert lagi,strawberry with cream.kesimpulannya kenyang bangat..muchas gracias susanna

apa lagi?dengan tak disangka-sangka aku dapat hadiah baby dari christine(one of top manager sini) dan knitted bag dari verna.dlm bag tu ada knitted cardigans(2 lagi) dgn baby hat yang comel comel..ish terharunya aku takleh nak digambarkan dengan kata-kata.terus rasa nak buat karipap bebanyak kasi hantar sket ke opis next week hehehe pastu kad yang sumer orang sign..auw,aku akan miss sumer ni..

harapnya cuti ni temporary je la..

p/s: world cup just kicked off today.adale teman kiterang kat umah hehehehe layanle bola at 2,5 and 8..ish ish

BOPCRIS lunch + bdays celebrations

Thursday, June 08, 2006

Sempena meraikan birthdays dua orang kuat kat opis aku,satu my generous bos,dr julian ball (Tuesday and he's off) and verna acres(wednesday) kiterang satu opis 17 orang ni beramai-ramai celebrate kat salah satu pub sini.

This week's gonna be my last week before taking breaks for some period,aku pon tak sure berapa lama hehehe kalu bole aku nak balik keje as soon as possible,kalu bole laa.jadi aku amik opportunity ni untuk join my only lunch dengan sumer orang dan amik gamba.tho it's double bdays celebrations tapi tade la ada cakes apa lagi acara tiup lilin nih.sumer orang just amik peluang ni untuk lepak beramai-ramai.

tapi nak makan apa tu perkara yang quite depressing bagi aku.memang banyak menu berasaskan ayam tapi takleh makan le.apa yang tinggal,tak veggie tuna le jawabnya.so i had tuna panini and spicy potato wedges,bole laaa tahan lapa.ada 2 org chinese ni siap layan chicken satay lagi ish ish ish tp tetap takleh lawan satay kat kajang hehehe

petang on the way balik,aku singgah kat satu thais grocery shop sini,nak tau apa aku jumpa?hehehe ikan keli ye kawan-kawan.pike punya pike,budget punya budget..tak kira beli jugak,sebab aku tau ada orang sangat suka nanti.ye,pujian penuh bebakul-bakul semalam akakakakakaa

Nak dinner apa??

Wednesday, June 07, 2006

Nilah yang aku akan pikekan setiap hari,terutamanya dah dekat-dekat nak balik kerja. nak makan apa?nak masak apa?apa paling senang? nak makan nasi ke?

lately,aku admit yang mula rasa muak makan nasi.hubby cakap dia dah lama dah,tapi makan je la since chefnya bukan dia.bukan takut gemok ye kawan-kawan.cuma aku rasa nak makan sup-sup gitu.seperti biasa la,kalu kedai makan atau kedai mamak tepilih kat belakang rumah ni tape la,perkara nak makan apa tak jadi hal punya.tapi subjek nak makan apa kadang-kadang membuatkan otak aku terbeban sebab chef terhormatnya diri sendiri jugak..hubby cakap, "dah ada chef terhebat dunia kat rumah,saya rasa awak je la orang yang paling layak untuk masak.kang saya masak tak sedap awak jugak kecoh.." huhuhuhu ada ka?

thanks to hubby,the brilliant idea came solely from him tonite.aku saja je tanya-tanya dia nak makan apa eh,tetiba dia kata hokkien prawn mee cam kat little penang.hmm aku tepike bole gak buat kut.kepada sesapa teringin nak try,bole mencuba kat little penang,mid valley.ala,lupa plak nak amik gamba,kalu tak bole letak snapshot sini hehehehe

tapi esok the same big Q akan main-main balik dalam kepala..sigh

30 hari menunggu cinta

Friday, June 02, 2006

Sekarang ni nampaknya musim tade citer,especially kiterang pon baru balik dari jalan-jalan sakan carik outlets.

Being a parent at 26(blom lagi tau) adalah something beyond our expectation.kiterang sentiasa rasa cam muda je lagi nak jadi parents.maybe some part of us that are still childish.maybe jugak sebab tak rupa cam dah 26(ya Allah dah lebih suku abad dah aku).sentiasa rasa tak mature enuff untuk carry more responsibilities hehehehe

tapi dari dulu aku harap bole dapat baby dalam umo 20-an,so bila kiterang dah 40 nanti budak tu dah masuk sekolah menengah ke.bila menda ni akan jadi dalam masa terdekat ni rasa cam tak percaya la pulak.

shopping barang baby bole tahan fun jugak,lagi banyak duit ada lagi fun,seperti biasa money tu constraint utama.kiterang prepare ala-ala kadar je,aku rasa le.ikutkan hati aku nak suh mak aku je yang bawak dari mesia,cam clothing set,bedding set,dan yang sepatutnya.punyala kedekut hahahahaa tapi pike-pike balik baik standby le sket,first baby mesti aa enthusiast nak prepare kan.lagipon kalu tak sempat nak tunggu mak tesayang sampai camne,jadi baik kita siapkan pape yang patut.since aku pon dah keje penat-penat(chee) untuk baby jugak hehe bahagian dia mesti ada.cam sini cakap,kiterang prepare ikut logic dan budget kiterang,maklumla hidup on our own kat tempat orang nun jauh di sini.begitu adanya..

oh ya,sebenanya dari semalam lagi aku dah tulis entry ni,halfway le tapi.cuma malas bangat nak layan blog sampai hubby dah put his entry ahead aku.jadi kalu citer lebih kurang sama,aku tak tiru dia ye.cuma aku impress dgn keseriusan entry dia kali ni dan terharu huhuhu dengan lagu dia bubuh tu.this morning,dia ckp lagi 30 hari awak.dia mula rasa nervous.dia tanya aku camne?sebenanya aku tade tepike sangat at the moment,maybe sebab pikekan keje-keje yang perlu disetelkan by end of next week.apart from that,aku ok jugak bukan besedia mentallynya la,tp gembira jugak nak tatap dan membelek rupa sapalah yang kuat baby inherits nanti hehehee seronok jugak eh?

by the way aku harap tak telambat sangat untuk wish antara 3 orang yang menceriakan hidup aku selama ni,sorang dari zaman aku kanak-kanak ribena lagi,sorang dari zaman secondary skul dan sorang lagi zaman degree.sapa itu??

  • ita - epi belated bday,much much luvs,mwahsssss bebanyak.semoga seronok prepare untuk ur big day nxt yr.
  • aja - belated congrats di atas graduasi ahad lepas hehehe aku tau byk lambat.. congrats!congrats!semoga terus excel degree nanti
  • sue - belated congrats jugak di atas graduasi 2 hari lepas hehehehe murah rezeki ait

Jalan-jalan cari barang

Tuesday, May 30, 2006

Weekend yang memenatkan tapi fun bangat!

Since kat sini cerita dengan penuh details,ye sampai 4 siri lagi,hari ni adalah salah satu cuti kat UK ni,Spring Bank Holiday.maklumlah sini tak banyak cuti cam kat mesia.aku pon baru je dapat gaji jumaat lepas,so kiterang dah plan nak buat trip ke ikea memulanya,then tambah beberapa outlet kalu sempat.ada 3 tempat tujuan kiterang.hubby dah citer panjang lebar kan,jadi aku nak concludekan je..


BICESTER VILLAGE, OXFORDSHIRE

  1. Seperti forecast BBC, hari sabtu tu hujan renyai-renyai sepanjang hari. Quite chilly le jugak.
  2. Being amongst early birds memang seronok,orang tak ramai.
  3. Even tho at least 30% discounted dari recommended retail price(r.r.p) tapi tetap tak mampu.
  4. Rasanya ni le outlet untuk posh brands, such as Dior, Furla, Hugo Boss pon ada, La Perla, aa Tag pon ada..
  5. Diesel, Polo Ralph Lauren, Timberland pon tade duit mau spend gak,sayang duit huhuhu
  6. Sports brand cuma ada Adidas and Puma je
  7. Outlet yang cantik dan situated jauh dari town..damai je
  8. Camper confirm banyak designs yang pig skin lining.Tensen tak tensen,tengok chinese and mat saleh sorang lepas sorang try and beli.pelotas yang cun tu la banyak babs,saiz aku limited choices.sale dia tempting, kalu ko beli 3 pairs and more bole dapat more than 70% dari rrp.aduuhh..


IKEA WEMBLEY-BRENT PARK

  1. Map instruction yang haram kejadah takleh pakai.susah oo nak carik ikea
  2. Tak penah lagi rasanya aku tengok ikea besepah-sepah cam kat jaya jusco during sale season.
  3. bole tahan seronok jugak cari barang baby =)
  4. nampaknya hubby lagi tere dari aku nih hehehe
  5. karipap ikea kat ikano tu tade kat sini,obviously hehehehe kalu ada pon kiterang takleh nak melantak jugak,ayam tak halal..
  6. Counter yang apparently lagi banyak dari kat mesia tapi aduuhh bapak long queue dan lama..err mungkin aku tak penah ada kat ikea waktu-waktu peak kut


McARTHURS GLEN OUTLET-SWINDON

  1. Dari segi bilangan kedai dan brands lebih kurang cam kat portsmouth.
  2. nike dia kecik sket,kasut-kasut yang lagi bes especially untuk tuan punya kaki bapak besar.kalu saiz average portsmouth got better choices.
  3. aku rasa kalu naik public transportation nak-nak train ada sket susah untuk reach outlet ni.naik keta lagi senang.
  4. professional cookware(minat terbaru aku hehe) dia besar bangat.tefal dia sangat bes hehe
  5. biggest covered outlet in uk,jadi tak usah risau hujan atau panas
Pendek kata,jangankan kiterang berdua hepi,ada lagi beberapa orang nun di mesia sana tersenyum girang gembira.kiterang berharap korang puas hati ye.oh ya,feel free to klik here for more pictures

Liga Kengkawan-Fantasy Premier League

Tuesday, May 23, 2006

Anda dah demam?

Demam apa lagi yang aku maksudkan kalu bukan demam World Cup,demam yang normally terjadi sekali dalam 4 tahun.macam tahun lompat lak.

Kali ni event besa-besaran dunia yang berlangsung di German,3 times winner of the cup itself.Ayah aku salah sorang fan oo,siap penah claimed yang tu 2nd hometown dia, =P. Tapi tu zaman keemasan derang,sekarang ni more on younger players yang tatau le dia sendiri tau ke tak hehehe sori,sori gurau saja Hubby, sudah tentu joga bonitonya,awal-awal lagi claimed team dia tak terkalah.myself,hehehe forza azzurri bebeh

okie,bebalik kepada apa aku nak citer ni kan,aku dpt invitation dari botak untuk join fantasy football, to be more precise ligakengkawan.alaa, cam championship manager lebih kurang. selection players bergantung pada satu fixed amount berapa kita bole spend.biasala,makin star players tu makin mahal le harga dia..

kenapa aku tamo reveal team aku lagi.satu sebab,nanti ada orang-orang ni akan kata aku tiru padahal sumer orang nak yang tebaik kan kan kan hehehehe lagi sebab aku punya pengetahuan bola ni tadela tere pon,setakat tau-tau camtu je.aku ni tau pasal team azzurri je,waktu nak select players pon aku pening tatau dia kiri ke kanan ke,kira nasib baik le aku tau nak letak tengah ke tak akakakakakaaa punya le teruk..jadi main belasah campo belaja-belaja sambil curik sket-sket dari hubby.tapi aku study sendiri balik tau,tadela main buboh je..

pendek kata bila tak berapa tau sangat ni,busan le jugak selection aku nih.tapi untuk kasi italy tetap ada representative dalam team,maka aku buboh le pakcik marcello sebagai team manager huhuhuhu tade player italy ni rasa tak meriah le

tak lama lagi..

Sunday, May 21, 2006

Ari ni udah 20hb May.kalu ikut perkiraan,hmm adalah dalam 6 minggu lagi,err kut.jgn tanya kat aku berapa bulan,atau berapa minggu sebab aku sendiri lost hehehe cuma tau 30++ weeks..so kalu lagi 6 minggu tu,tepat-tepat hari ni 34 weeks.wuuu diri sendiri tak sangka OH!!

aku rasa tak penah citer sangat more in details pasal baby.ada pon,snapshot sket-sket tu adalah.kiterang pegi first scan baby waktu 19++ weeks,unfortunately tak nampak lak sexnya.so kira tawakal dan seprise tunggu le baby klua nanti.rupanya tuhan itu maha penyayang,kiterang dapat lagi opportunity untuk scan.by the way,kat sini scan baby free sekali je,which is normally scheduled in 19 or 20 weeks of pregnancy.kalu nak request bole tapi kena bayar la,dalam 80-100 pound gitu.gambar scan baby tu harga dia 5 pound.

kenapa aku kena scan lagi.my last cekup(week ke-30) was a bit worrying situation,tho dr tu kata tade apa yang patut dirisaukan.perut aku nampaknya kecik sangat,jadi dia set up kan scan appointment.sekarang ni nampaknya dah 2 kali pegi scan,still tak dapat nak pastikan sexnya.dan tak silap aku,lebih-lebih lagi sekarang dan lepas ni dah makin susah nak nampak sex baby.aku tetap ada next appointment lagi,kadang rasa penat dah pegi hospital nih.baby punya pasal,tape la.so far,alhamdulillah,a happy baby katanya.bila aku citer kat my mom,dia kata aa cam mak dia kecik-kecik dulu la.kalo hyper tu tak heran,ke mana tumpahnya kuah kalu tak nasi jugak.sebut pasal tumpah,kuah,nasi teringat member aku dulu tak pepasal makan nasi bandung,sebab air bandung bungkus dia tak sengaja melimpah masuk dalam pinggan nasi hehehehe pasal perut kecik tu,most probably sebab aku ni super petite orangnya(especially kat sini).pasal ni,aku pon tak dapat nak kasi further komen..mungkin cara pemakanan sini,mungkin aku sendiri tak amik supplement sangat,mungkin aku sendiri tak banyak makan.papehal pon,doa-doa moga baby sehat walafiat.

tinggal lagi 2-3 minggu aku keje.sebolenya aku mau stay as long as possible.satu nak setelkan bebetul keje-keje yang tinggal ni,satu lagi xtra income le.world cup pon lagi 3 minggu.anda dah demam?aku dah 2 kali demam,last sekali bebetul balik dari roma hari tu teruk jugak rasanya hahahhaha.kudos tu hubby tesayang sebab kasi penjagaan yang terbaik sekali =)

perihal 14th may

Monday, May 15, 2006

source: http://www.juventus.it/

Congratulazioni! to Vecchia la Signora for it's 29th Scuddeto.akhirnya juve berjaya mempertahankan the championship for the 2nd consecutive year.Walopon lead Milan 10 points sebelom ni, still kena tunggu sampai final day untuk championship. Ni sumer gara-gara inconsistency,scandals dan memacam hal lagi.Bowed out to Arsenal during Champion's League quarterfinal,10points reduced to only 3,dan recently skandal-skandal membabitkan top management sampai sumer resigned.

Selain itu,semoga masih berkesempatan untuk wishing Happy Mother's Day especially mommy dearie dan mak in-law juga hehe

ku kelaparan

Friday, May 12, 2006

macam mana perut bunyi kalu waktu lapa?

bila lapar-lapar begini,aku rasa satu sistem badan akan jem.memula perut akan hanta satu impulse ke otak yg kata dia rasa tak bes,weakening.otak identify dulu apa dia,then return yg perut dah 0.next, graduallynya akan kasi isyarat pada semua organ dan anggota badan yang lain yang tenaga dalam badan semakin lemah.mungkin silap haribulan alarm dah bunyi, signalling yang anggota badan dah tak larat nak buat pape keje pon.

pe menda le aku merepek ni setan?okie,makan time =)

as usual,aku ni thinking ahead of time kinda person(yela tu..).dah dalam kepala pike malam ni nak masak apa.bihun sup satu!!

say alhamdulillah first..

Monday, May 08, 2006

hari ni kiterang made another installment payment,2nd last punya installment.
last week terasa agak kaya,maklumlah scholar jpa masuk nampak no yang cun bangat,4 angka.dalam account aku pon nearly 4 angka.cuma rasa kaya pada nombor,hakikatnya duit tu ada yang lebih berhak,uni la apa lagi..

walopon dah dua kali aku dapat gaji,perasaan senang hati itu lebih kepada how we managed to settle our debts.kalo diingat-ingatkan balik,kiterang pon kurang pasti kemana duit tu pergi?nampak le kat mana sket-sket,kat kaki ada,kat muka pon ada,kat cover body memasing tu ada jugak,masuk perut yang kemudian proses n klua balik tu banyak jugak.oo situ rupanya hmmm

memula aku start keje dulu,terbayang sudah di depan mata yang kiterang rasa kaya sket.kaya ke?tak jugak sebenanya.what i mean is i thought that we now can afford to buy stuffs which fall under pleasant to have but are not essential,contohnya ipod.tu contoh pembelian yang kemudian hari akan nampak.mana aku spent duit 200pound nih,"ooo ipod" tu contoh.jadi nampak kan.

sebenanya yang paling penting,kita ni selalu terlupa to express our gratitude to whatever we've been blessed and granted.katala aku ni tak kerja,mana agaknya nak carik duit extra untuk kehidupan kiterang ni.jangankan ada a lil extra macam sekarang,tadela extra-extra kasut yang beratur tu,makan yang enak-enak dan penuh nutritions,beli baju,apalagi macam-macam angan-angan.at least tak payah mintak kat ayah aku huhuhu tu dah satu kesyukuran =)

sampaikan lately,aku mula mimpi untuk pakai hp balik,orang sini kata mobile hehehehe cuma apa yang membuatkan aku tak berapa berkobar satu malas nak tambah hutang,satu lagi tade hp yg bisa buat aku tegila-gila.so far sony ericcsonnya design pon tak wow sangat,tatau perlu atau tak aku amik 3g hp,aku ada hati kat 02 mini xda tp mahal sgt..ntahle..siap ada some of offered packages,korang bole dapat free xbox 360 or flat screen tv or ipod video 30g..sampai camtu dia..kalo nasib baik,ada hp bes n offer bes,memang sangat bes bes bes

sebelum tu,alhamdulillah..

Parents-to-be

Tuesday, May 02, 2006

Sedar tak sedar kita hari ni dah masuk May.Erk,kejap je masa berlalu..

Kalo ikutkan due,kiterang ada lagi 2 bulan.Bulan ni jugak kalo ikutnya my final month,tp most probably dan kalo bole aku akan datang lagi until early June(nak carik duit lebih kononnya).Tapi kalu dah tak larat kang,tadela..

Shopping baby stuffs ni agak pening jugak.Rasa cam sumer menda penting,tu kena beli,ni kena beli.As I've mentioned in earlier entry kan,tak murah oo rupanya.Ada lagi cara-cara lain untuk mendapatkan dengan harga lebih murah seperti carik kat carboots,tengok-tengok ad, etc.Kiterang memang tatau carboot sini kat mana sebabnya diberitahu tempat tu reachable by kereta je.Sampai sekarang masih tak berpeluang,mungkin satu hari nanti.

Rasa hari ni cam bole tahan miskin.bukannya apa,makan nasi laukkan sambal ikan bilis dengan kentang je.Ayam habis,ikan habis,buah pon habis,telur juga habis,sardin pon tadek dah.hubby sebok tahap hidung,kiterang tak dapat nak klua beli groceries..








Gambar sekadar hiasan

Someday

Sunday, April 30, 2006

Someday
When we are wiser
When the world's older
When we have learned
I pray
Someday we may yet live
To live and let live
Someday
Life will be fairer
Need will be rarer
And greed will not pay
God speed
This bright millennium
On its way
Let it come
Someday

Someday
Our fight will be won then
We'll stand in the sun then
That bright afternoon
'Till then
On days when the sun is gone
We'll hang on
If we wish upon the moon

There are some days dark and bitter
Seems we haven't got a prayer
But a prayer for something better
Is the one thing we all share

Someday
When we are wiser
When the whole world is older
When we have learned
I pray
Someday we may yet live
To live and let live
One day, someday
Someday
Life will be fairer
Need will be rarer
Greed will not pay
God speed
This bright millennium
Let it come
If we wish upon the moon
One day
Someday
Soon

One day
Someday
Soon

All 4 One-The Hunchback of Notre Dame OST

p/s: eppy belated bday(29.4) to my dearest lil sis(tak little sgt dah),kike harizah hehehe

mr plumber

Wednesday, April 26, 2006

Life is like a box of chocolate.You never know what u gonna get next.

Hidup ini umpamanya putaran roda.Kejap kat atas,kejap kat bawah.

Apa yang aku cuba perkatakan ni.Bila hidup kita ni stagnant je,boring jugak kan.Setelah setel dengan hal-hal bil,life kiterang mula agak balance balik.Ditambah dengan keceriaan last week,kerja-kerja yang not bad,hmm rasanya hati nak senang sket.

Cheis,ada menda lain plak.Sink dapo kiterang ada blockage.Memula flow air slow je,pastu kiterang pon cuba untuk jolok dengan besi panjang dengan harapan penurunan air akan berlaku dengan elok kembali(apa punya ayat??).Ler,langsung tak jalan.Jangankan ok,seemed that it went worse.

Some other techniques that we've already tried:

  • beli 1st mr muscle,a chemical product that's suppose to clear the blockage.
  • berjaya bukak satu daripada jerangkap sampah bawah tu tapi still tak jalan.kiterang tak cukup tools untuk bukak main jerangkap sebenanya.
  • beli more powerful mr muscle tapi =(
Nampaknya esok kena call housing manager,buat report.Nampaknya kena tunggu khidmat professional jugak

jalan-jalan kota metropolitan

Sunday, April 23, 2006

semalam yang memenatkan tapi bes bes

an unsurprisingly planned trip jalan-jalan to london.tiket bas yang lagi mahal dari this coming sabtu punya tiket tapi bila lagi nak merayau dengan kawan-kawan.aku tengok hubby eppy je since kawan dia ada sini.dengarnya ada lagi kawan dia is coming minggu ni,so eppy lagi dia.aku?? tumpang epiness dia dah le.his frens are my frens too..

semalam punya rayau-rayau,kiterang tried not to repeat it next week,excluding some of other wajib places macam malaysian hall(selera sendiri) and oxford street.memula sampai kiterang tunggu min n effa kat starbucks tp went a lil bit confused sebab ada 2 starbucks.satu tu cam mini starbucks,probnya both dekat dengan entrance victoria station.sambil tunggu sambil minum hot choc.hubby dengan eksyennya pakai tshirt dgn sweater adidas dia je,lepas dia tgk forecast.walhal sejuuukkk tho matahari bersinar dengan gagahnya..

sesampainya min n effa,kiterang terus gerak ke portobello market.kali ni aku blaja satu menda baru.rupanya dari notting hill pon bole sampai portobello market tapi dari arah belakang,as we started off with antique market first.last time aku turun kat ladbroke grove dan start dari sebelah lain.sedar tak sedar jauh jugak jalan.kat sini ada satu kedai makan mesian ye,nama dia makan.kiterang sumer dah makan situ kecuali hubby.tengok je tapi tak singgah.tak kebulo lagi..geram je aku tengok buah tapi tadela beli sangat pon.ikutkan hati aku nak bawak balik sotong ke southampton hahahaha cuma yang frust sket,aku tak dapat carik kain yang cun nak buat baju raya tahun ni..

bila tunggu tube nak ke next pitstop baru la terasa sakit-sakit kaki ni.jauh sebenanya jalan kat market tu.sumer orang pon dah mula kebulo..kiterang gerak ke malaysian hall dengan harapan bunga-bunga dapat makan best dan alhamdulillah dapat.akhirnya,dapat jugak aku menikmati kuetiaw goreng yang kutunggu-tunggu selama ni.visit yang ke-3.hubby terus memberikan komentar-komentar lawak dia,betapa puas hatinya aku dapat kuetiaw goreng nih.tapi sebelom tu,sumer orang teliur bila nasi goreng min sampai..nampak bes!!

pastu since tade tujuan sangat,maka kiterang pon menuju ke hard rock cafe.aku pon tak penah sampai lagi ni.seperti biasa,hard rock ni memang suka duduk kat tempat-tempat tersorok sket.nasib baik tak susah sangat nak carik.tade beli apa pon,rasa sayang duit lak hehe

lepas tu,menuju le kiterang ke oxford street,since tatau nak gi mana dah.nak jejalan kat park pon penat rasanya.seblom balik lepak minom sambil rehat kaki kat area victoria station..puh,lega rasanya..

nampaknya masa belalu dengan pantas sekali.seda tak seda it's nearly departing time.seketika terasa cam kat mesia,setelah buat starbucks situ cam kiterang punya.aku rasa kiterang cakap punya kuat,tu tak masuk laki2 orang ni gelak lagi..bila klua dari kedai baru teseda,hmm bukan kat kl..

sedih gak rasa nak balik.pasni tatau berapa bulan baru jumpa kekawan balik.pape hal pon,credits to min n effa sebab sesama lepak.huhuhuhu jeles derang nak balik kl dah.

kiterang?tunggu lagi beberapa bulan..insyaAllah

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images