foodelicious

food-cravings:edisi pizza

Wednesday, January 31, 2007

if last week was a pasta week, this week it's a pizza week!

projek pizza alhamdulillah was quite a success. the recipe which i took from jamie oliver's was really easy and strongly recommended to try. the base was soft and once cooked, wasn't hard at all. i think it's because of the flour i've been using, super white bread flour. only wish that semolina flour could be found, barulah authentically italiano hehehe

our favorite toppings: chicken tikka and mincy meat, which both names are made up by me


The recipe

A
800g strong white bread flour
200g fine ground semolina flour or strong white bread flour
1 tbs fine sea salt
B
2 X 7g sachets of dried yeast
1 tbs golden caster sugar
around 650ml/just over 1 pint lukewarm water

1. Mix in yeast, golden caster sugar into tepid water. Biarkan beberapa minit.
2. Sekalikan A. Masukkan B tadi, gaul sebati. Then, biarkan at least 30 mins (room temp)
3. Uli dan bahagi doh kepada beberapa bebola, ideally 6 balls for this recipe.
4. Uli 10-15mins doh sebelum dibakar. Heat oven to 250 C.
5. Bakar 7-10 mins atau sehingga masak.


Enjoy

over the rainbow

khasiat dan sejarah ayat kursi

Tuesday, January 30, 2007

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid b sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t. sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a., Rasullullah s. a. w. bersabda,

"SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."


thanks che yah

over the rainbow

dari secangkir kopi

Friday, January 26, 2007

dari satu artikel yang aku jumpa bebaru ni, caffeine - can makes u smarter. selain tu dari one research kata caffeine may ease muscle pain too. dari preliminary research, a cup of coffee in the morning bole tolong redakan post-exercise muscle soreness.

dari apa yang aku baca nampaknya caffeine banyak advantages compared to major negative effects. the only thing i sure, caffeine makes u addicted. aku consume a lot of caffeine, coke, kopi, teh, cokelat pon ada small portion of caffeine le, dan aku memang addicted. contohnya, dulu tiap-tiap hari mesti pekena teh ais hehehe

ada juga artikel yang aku came across kata minum teh tanpa susu bole mengurangkan risiko cancer. tapi perlu diingat, tanpa susu ye. saye tak kesah, a cup of hot tea is my favorite too.

adakah aaqilah akan smarter sebab dulu waktu pregnant mak dia hari-hari minum coffee waktu morning break? jeng jeng jeng

bookworm

food-cravings:edisi pasta

Wednesday, January 24, 2007

nampaknya minggu ni bertemakan pasta. maklumlah, just bought myselft the pasta bible. kang kalu tak belaja nampaknya buku akan merajuk. lagi satu, aku kena habiskan double cream tamo membazir.

aku dah try satu resepi ni last sunday. hubby suka, aku pon suka. namanya fusilli with wild mushrooms. aku dah lama nak try pasta dengan creamy sauce, asyik-asyik berasaskan tomato je. hari ni pegi waitrose nak carik bahan sket tapi tak jumpa. parmesan yang kucari itu rupanya parmigiano reggiano. tapi mahallah kat waitrose tu, sebabnya imported dari italy. apparently not only clothes, shoes and handbags, cheese also expensive la. well, aku rasa bahan-bahan memasak italian imported nih sebenanya mahal, to me. tak percaya cuba carik mozarella kat giant berapa ringgit. itu baru kraft..

memandangkan tak beli parmesan itu tadi, maka dinner malam tadi fusilli with wild mushrooms, again. seriusly senang je nak buat, dan plus minus jadilah aku punya style. so sesapa yang teringin dan rajin tu how about a try?

bahan-bahan:
fusilli - boil sampai masak, ikut je instructions kat paket.
daging ayam - quite thinly sliced
garlic - cincang, bahagi 2
fresh thyme - tade pon tape
oregano
mushrooms
double cream
butter
olive oil
salt and ground black pepper


caranya:
1. panaskan sikit olive oil then tumis 1/2 garlic tadi sampai kuning. masukkan isi ayam, garam dan pepper. kacau sampai isi jadi putih (agak-agak dah masak le tu). ketepikan.
2. panaskan sikit olive oil dan masukkan butter sikit. masukkan mushrooms, goreng kejap pastu garlic, thyme, oregano, garam, pepper. kacau sampai mushrooms soft dan masak, then masukkan ayam tadi.
3. buang lebihan liquid dan masukkan double cream. boil sekejap dan seasonkan dengan garam dan pepper sesedap rasa.
4. fusilli yang dah boil tadi bubuh dalam bowl. bila cream sauce siap, tuang dalam bowl dan kacau.
5. tadaaa


facts and info:
1. rupa-rupanya mushrooms are scrumptious. selama ni aku tak suka cendawan hehehe
2. pancetta tu rupanya porks belly. euw
3. parmigiano reggiano is also parmesan.
4. bila masak cream sauce, mesti remove liquid yang belebihan tu. last time aku dah belaja. aku tak buang lebihan minyak then once dah masak sauce jadi bersebati. bila makan terasala ke-oily-annya.
5. fresh herbs are always better. kalu tade dried pon ok jugak hehehe =)


p/s: sori no pic's available. tak snap. anyway buon appetito!!

over the rainbow

fun-sucker vs fun-suker

Monday, January 22, 2007

ala, dia ada ke. kenapa dengan dia? malasla, dia fun sucker.

antara dialog aku penah encountered. aku tanya la orang, camne korang define. dia jadi seorang yang boring. then makin serius. senang cakap, dia suck the merriness lantas membuatkan sekitarnya jadi dull. bole paham ka ni?

sapa yang tak suka kalau orang kata kita a fun person, atau istilah yang aku main sukahati letak sini fun-suker. fun-suker is the antonym of fun-sucker hehehe sebenanya aku ni tolong merosakkan bahasa jugak la. ye, aku mungkin tak berapa appealing tapi mungkin punya attitude. to some people i'm a fun-suker atau was a fun-suker.

cuma lately kadang-kadang aku mula dapat label fun-sucker dah. it's not enjoyable anymore to talk to you. ko ni buat lawak je pon dah takleh terima. cepat terasa je.

adakah masa telah menjadikan aku seorang fun-sucker? atau kita dah tak bole terima bila orang make fun pasal kita. mungkin stupid stuffs dah tak jadi soothing ke telinga. mungkin jugak masa telah menjadikan kita orang yang semakin bertanggungjawab, jadi lotsa stuffs become our responsibility, then menda-menda merepek ni dah semakin push aside. tekanan perasaan dan tekanan pemikiran.

atau sememangnya aku juga seorang fun-sucker.oh no, i hope not..

movies

u jump i jump

Sunday, January 21, 2007

malam minggu malam movie. out of 350 yang ada, baru layan tak sampai 5 kut hahaha

last nite it was the pursuit of happyness. inspiring, momentous dan menyenakkan perut, terkesan! cuma part tak berapa puas hati bagi aku, kasi la ending yang lebih extravagant. yang lebih boom-ka-boom-boooommm. aku kasi 6.7/10 hehe what's the meaning of happiness in each of us? jgn give up untuk terus pursue, ye gitu lah..

mlm ni hubby nak tengok titanic. sapa tatau titanic tu dari era mana ye hehehe. came out at the crucial timeline of orang-orang baya aku ni, 18 tak silap. yap, lepas spm. klakanya aku tak tengok kat movie pon. parents pegi haji jadi kena jaga rumah. a quite lame excuse eh. leo di caprio memang really, really big le time tu. nasib baik ko memang tere belakon. anyway, aku memang ngak minat sama blondes.

aku pon bukanlah fan pon, tengok le sesikit tadi sampailah aaqilah dah bising-bising, nak tido le tu. tidokan dia dan here i am, updating my blog. hubbynye post dah dekat 250, aku 170 pon tak sampai lagi. tak gerak-gerak since last update hari tu aiyoo

berangan: designing blog templates woohoo

ups and downs

ku agak keciwa huhuhu

Monday, January 15, 2007

hate to admit this, personally i think that my english had been getting worse. senang citer, S.U.C.K!

by the way, didn't manage to convince them enuff to get the job last thursday. being extremely nervy during the interview sure not help eh, as i wasn't able to speak clearly and lots of, lots of craps. i even got the 'look' from one of the interviewer..

as a prove of my bad english, i only had slight idea on wat to write about and had been stucked since the last sentence finished. see, see

tape, tape. job hunting diteruskan. keep searching for the window of opportunity of mine.

merapu

my luck, tomorrow

Thursday, January 11, 2007

pagi ni time tengah lena tido tetiba phone's ringing. hubby angkat, then dia cakap, awak punya. aku pon quickly bangun. kepala rasa kosong. suara apalagi, tesangkut susah nak cakap. rupanya dari uni, ada job katanya. excited, tapi peningnya kepala tahap nak bepusing. yela, tengah tido tetiba dapat call camni. aku rasa dah screw job tu, sebab blank waktu dia tanya ape kemenda ntah, sampai skang aku takleh recall bab apa yang blank tuh. ntah-ntah minah tu ingat aku tak paham english, atau mute tetiba, atau semalam mabok?

noon. aku tengah tunggu asar. tetiba phone bebunyik lagi. dari orang yang sama rupanya. weheee ada interview esok. aku baru ingatkan ada can tak dapat job sebab pagi tadi punya pasal. terus dikabarkan berita baik tu kat hubby yang tengah tido. aaqilah yang tengah tido pon duk kena ciumsss..

jadi kononnya nak studi le sket-sket kasi preparations (alemak, blom lagi). aku cuma prepare apa nak pakai esok. tamo nampak too smart(smart kepala mesti!), tapi tamo gak nampak too shabby. kalu bole tamo nampak too young. lepas mandi petang tadi sebok aku duk punggah baju apa yang rasanya suitable. hubby gelak-gelak je, sambil kata beiya tul awak ni. kasut keje lak tade, tapela esok aku pakai pelotas je. at least better than snickers. antara aku nak perati esok, how casual are them?

my first alhamdulillah goes to the meeting tomorrow. amin amin amin, moga dapat job nih.

foodelicious

8 days a week

Tuesday, January 09, 2007

baru saje selesai dengan pembuatan air soya saya. sementara tunggu mendidih ni, rasa nak memblog lak, apalagi tengok hubby updet. selalunya idea datang lepas baca blog dia. oh tidak, saya tidak mencopy dia.

petang tadi saye ada idea pasal hari, yang saya summed up seperti di bawah ini:

  • hari paling favorite
    always friday. sebabnya hari last untuk kerje. setiap kali isnin, saya akan sentiasa looking forward to friday. sentiasa hari favorite since sekolah. lagipon orang pegi semayang jumaat, kalu sekolah pagi balik awal, kalu sekolah petang masuknya lambat. kalau balik kerja lak, bole relax je pikekan nak merayau ke mana.saye memang girl friday =)
  • hari paling tensen
    ahad! sebab esok nak pegi kerja/sekolah. wen it came to evening, saya semakin tensen, especially kalu tetiba teringat homeworks tak siap, baju tak gosok lagi. lagipon ahad tak berapa bes nak jalan-jalan. kat sini pon kedai bukak kejap je, 11-5.
  • my lucky day
    thinking of tuesday. selalunya terasa kerahmatan. normally, selasa dah settle down dalam week baru.
  • i feel fine day
    rabu,rabu,rabu..
  • monday blues
    yap, selalu terjadi..
I aint got nothin' but love girl
8 days a week
I love you
8 days a week is not enough to show I care


Addendum: citer pasal soya tadi. hampasnya bole dibuat cekodok. mix dengan tepung, bawang, cili potong, kentang ke, ikan bilis, makan semasa tea time, apakata dengan kopi. wehee

anime

everyday feels like sunday

Monday, January 08, 2007

my oh my. semalam hubby kata, saya rasa hari ni cam ahad. dah saya pon mereply, hari-hari saya rasa ahad. jadi apakah perkaitannya - saya masih jobless

lately kerja tetap saya ialah fulltime housewife. part time jugak, iaitu mendl anime dan melayan balik apa yang didl itu. quality control sebenanya. agak tricky i'd say, sebab saya mementingkan gamba dan audio yang bes bes. kalu file kecik saya sanggup carik lagi dan lagi..

anime terbaru, honey and clover 2. memang tricky sebab nak free. lepas tu banyak sangat ads yang menguar-uarkan gamba-gamba di mana perempuan memanipulasikan diri sendiri ni, totally turn off. if aaqilah depan pc too, kena tutupkan mata dia. pijah, sket lagi collection completes.

kenapa saya suka? somehow saya rasa connected. even sesapa juga.

merapu

Vanilla Sky

Sunday, January 07, 2007

Kenapa vanilla sky?

kebetulan last night yang untuk keberapa kali aku melayan movie ni sambil tunggu ugly betty, comedy sitcom adaptasi daripada betty la fea. apa yang aku nak citer bukanlah mainly pasal movie nih. first time dulu aku tengok rasa cam bes, tapi lama-lama pastu mmm jadi bosan jugak..

but why vanilla? comfortingly soft, warm, and rich in color.. camne dengan sky aku? aku rasa boleh tahan mendung je huhuhu

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images