pengalaman pertama saya bisnes kuih raya
alhamdulillah agak encouraging dengan 2 jenis kuih raya dan sebiji kek. tersengih-sengih sampai ke telinga para pekerja semua selepas mendapat gaji. mrs presiden dan miss v.p senyum biasa je, dengan quote, "kalau kite berdua je buat mesti kaya gila" hahaha para pekerja jangan terasa ok, next year kita buat lagi with additional kuih
extra note untuk forward ke tahun depan. kena lebih sistematik dan managable. ni terutama untuk kes modal yang sedap keluar je. bakal ada ahli kongsi lelap setelah tengok hasil dari tahun ni. kita kena juga giat memulakan seawal puasa. last minit, aiseh sangat penat.
sebagai konklusi, tiring but very exciting. semangat entepreneur yang umpama tidur sudah dikejutkan.
dearest all, many thanks for your orders and supports. tempahan kuih dan kek adalah untuk sepanjang tahun, suitable for all occasions.
cheers =)
Salam Ramadhan semua
Finally, they're here. So sorry for the delay, I've got some problems with my broadband connection. Well, I truly hope that you'll enjoy the food as much as how good they look here.
We will schedule the delivery for you (within Klang Valley only) and additional costs may be included via postage.
Any enquiries do not hesitate to contact me;
e.hasniza@gmail.com
+60176386097
RM27/50pcs
RM27/50pcs
RM20/container, about 60-70pcs per container.
RM20/container, about 60-70pcs per container.
RM40/1kg
one of the best kept secrets in the little kitchen of ours,
for enquiries do not hesitate to contact me;
e.hasniza@gmail.com
017 638 6097
it's coming soon..
=)
agaknya dah berapa banyak kali aku repeat lagu yang sama sampai terasa pulak sedih menjelang raya disebabkan melodi dan lirik dia yang menyentuh hati dan perasaan.. uhuhu
aku duk melayan blog kat google reader aku, then stumbled upon satu blog ni citer jem gila kat karak highway semalam. ya, semalam karak highway jem gila sampai dinasihatkan untuk tidak sama-sama meramaikan majlis congestion kat highway tu. dah le highwaynya berbukit-bukit selalunya ada saja kereta yang berasap. jangankan kereta, kepala driver keta pon berasap sama..
tahun ni nampaknya tidaklah aku melalui karak highway, juga tidak tahun lepas. rasanya last sekali was in 2007, balik beraya kat kampung mak aku nun kat kuala terengganu sana tuu. masa perjalanan: 7-8 jam depends pada keadaan trafik. sejak beberapa tahun kebelakangan ni jem kat karak highway tu makin menjadi-jadi. aku tak ingat tahun bila, tapi waktu tu highway yang bypass sampai kuantan tu tak siap lagi (dem aku memang tatau nama ye) beratur laa kereta-kereta nak balik kampung ni hampir sepanjang perjalanan dari karak tu sampai kuantan disebabkan single lane. puh dah duduk melepak kat rnr dekat berapa jam pun tak surut-surut jugak. bila nak balik kl balik toksah cakap la karak highway tu. jadi kalau insaf silalah menggunakan laluan alternatif yang lain.
tiba-tiba di pagi-pagi buta ni aku teringatkan zaman budak-budak aku dulu balik kampung. mak aku kampungnya terengganu, ayah aku pulak negeri sembilan yang perjalanannya less than 2 jam dari gombak. time nak balik beraya memang antara yang paling seronok, mostly disebabkan travelnya. itu yang seronok kampung jauh-jauh bagi aku la. boleh dikatakan kiterang balik dua-dua hampir setiap tahun mengikut giliran mana raya dulu. jadi memang at least setahun sekali memang akan travel jauh (jauh tu 400++ km one way).
apa yang seronok ye? ayah aku prefer untuk drive di malam hari dulu-dulu sebabnya nanti kiterang semua tidur dan dia boleh drive dalam suasana yang aman damai. lagipun kereta tak banyak sangat compared to siang hari. biasala bila berjalan jauh, macam-macam hal kiterang ni. mula-mula main baik je, dah bosan main mesti bergaduh punya. lepas tu sesi leteran dan kemudian tertidur penat. then kiterang sangat teruja bila sampai paka sebabnya ada api seumpama api olimpik. ini sebenarnya area kilang penapisan petroleum laa. nak-nak bila kau lalu di malam hari, sangat cantik.
juga seronok bila singgah makan. kadang-kadang mak aku pun bernostalgia bila singgah kat tempat makan zaman muda-muda dia dulu, e.g area kuantan yang serius aku tak ingat nama. yang aku kagum, rasa masakannya sama je dari zaman dulu sampai laa sekarang, menurut mak aku dan deria rasa seingat aku. kat area kuala terengganu tu pulak memang banyak tempat makan besh dan shopping juga besh especially bila kau bawak local dan cuba menjadi local. kiterang dengan slang yang obviously fail dan berterabur ni selalunya toksah cakap banyak la ye hahaha
mungkin kena belajar cara-cara paling optimum untuk memenuhkan satu hari dengan visit rumah sedara-mara bila esok pagi kau nak bertolak balik dah. rumah wajib saja dah ada at least 5 kut.
sori ini edisi balik kampung jauh. next time aku citer version lenggeng pulak hehehehehe
awat laa aku bernostalgia nak-nak di pagi raya ni? raya ialah perfect excuse untuk tiba-tiba kau bernostalgia dan menunjukkan lebih emosi. raya juga masa untuk kau beringat-ingat dan musim untuk ziarah-menziarah. raya juga penuh dengan keinsafan dan kau akan rasa betapa lucky dikelilingi famili tersayang dan betapa senang dan blessednya hidup.
korang, kirim salam kiterang kat famili sana ye..
aku? officially musim pantang hampir ke penghujung =D
Salam lebaran =)
aaqilah would like to wish everybody Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfiti =)
for more and many thanks to anom
menyambut lebaran di tempat orang adalah satu pengalaman julung-julung sekali. dan ini adalah kerana memang tak dapat nak balik. it wasn't so bad to be truth.
kat sini adilfitri diraikan sehari awal dari mesia, iaitu 30hb september 2008. hari isnin tu aku pergi kerja macam biasa, tade plan juga nak balik awal. walaupon rumours ada mengatakan macam ada harapan raya jatuh pada selasa. kiterang pon tade prepare pape lagi untuk masak-masak. kalau raya hari rabu, esok baru nak beli dan masak. kalau raya esok nak tanak hari isnin kena jugak masak.
balik rumah je aku pon discussed dengan the hubby persuading him pergi kedai beli pape yang patut. cakap pon tak berapa convincing jadi request pon tak berapa nak layan. last sekali agaknya sebab dia terpike dan kesian jadi dia agreed. bagi list pape yang patut so he off walked to the halal shop.
aku cuma plan nasi impit + kuah kacang + rendang ayam. the hubby made his personal request of rendang daging. aku pike ok jugak since bahan-bahannya sama cuma divide elok-elok between ayam dan daging. jadi lepas buka, solat maghrib dan lepak-lepak depan tv aku pon memulakan kerja-kerja memasak. biasalah, preparation proses as in mengupas, membasuh, menghiris, dan sebagainya took most of the time. after that, menumis dan mula merendang bersama-sama the assistant. in between the big boss aka miss aaqilah keluar masuk dapur requested cookie laa, nak susu laa, pointing out cutlery laa dan last sekali mengamok nak tido. aku pon rasa bole tahan flat (balik kerja -> masak buka -> confirmed esok raya jadi kena masak raya). rasa cam superwoman lak huhuhu. to all superwomen out there, very good job!! i always amaze how well you manage time and juggle between work, home, kids and stuffs.
aku pon tak sure pukul berapa setel dan terima kasih pada my assistant yang tolong mengacau rendang. tak sempat punya pasal, aku tido before 1 dan bangun around 4.30 for the kuah kacang. paling tensen kulit pon tak kupas lagi. errr i hate this job, mengupas kulit kacang. 3 hours later, alhamdulillah semua settled. jadi aku pon mandi-mandi dan siap-siap nak pergi semayang raya (which turned out tak sempat jugak) aaqilah pon elok je bangun awal jadi sementara dia tengah gedik-gedik semangat nak ikut aku yang dah cantek ni maka siapkan dia sekali dan kiterang pon pergi makan-makan raya yang dianjurkan mesian community kat sini. happening jugak. sangat bulat mata aaqilah ternampak bouncy castle yang ada kat luar hall ni. paling tensen dan sayang aku tak bawak kamera pulak huhuhu.
lepas jamuan sini kiterang gerak ke rumah pertama untuk beraya iaitu en basheer dan pn jerina. menu yang first time untuk kiterang di pagi raya, putu mayam served with curry or brown sugar. aku sangat excited memandangkan dah bertahun-tahun tak makan putu mayam. the hubby was excited to try both.
lepas tu gerak ke satu lagi rumah iaitu en sawal dan pn anom. kat sini kuah lodeh dan rendang ayam. satu lagi menu yang konfirm tade kat rumah hehehee. memang kenyang. lepas the hubby layan game raya (pro-evo le) satu dua round kiterang pon gerak balik. malam ni turn rumah en effirul plak.
balik rumah sempat lagi untuk aku buat kek. memang nak buat ye untuk raya tapi semalam tak sempat. terasa happening bila orang datang beraya. aaqilah punya seronok bila ayah dia bukak pintu dia yang meluru kluar greeted dulu. sungguh terkinja-kinja keseronokan bila orang datang beramai-ramai ke rumah aaqilah.
terima kasih daun keladi.
ye begitu laa serba sederhana kiterang menyambut aidilfitri tahun ini. tahun depan kita balik beraya insyaAllah (cuma tataulaa short stay or otherwise hehehe)
semoga kita sentiasa mendapat kerahmatan dan kemuliaan di kedatangan aidil adha yang mulia kali ni.
first of all,tomorrow morning is already raya here and i'll be celebrating from the office. kerja bole tahan banyak, keje keje keje huhuhu however, since working hours aku yang makin shorter currently, aku akan balik by noon. so sempatle beraya kat rumah dan agaknya beraya 1,2 rumah after that. most definately aku nak pakai baju kurung le esok, my first ever attempt to opis hehehe
oh ya, niat di hati semalam nak puasa hari ni tapi kan, apakan daya as pompuan. tapi tape, insyaAllah next year bole pose lagi.
aku rasa raya kali ni tak dapat masak sangat kut huhuhu tengokla camne karang, kalu sempat bole pergi cari kacang buat kuah kacang untuk esok. nasi impit bole buat malam ni (kalu rajin *evil grin*).
kuuus semangat, baru je sorang mamat programmer ni mengewish aku eid mubarak. mana tak tekejut, aku tengah ralik dengan lagu. beriya aku off, then dia assalamualaikum, eid mubarak to u. tenkiu tenkiu.
-eid mubarak
Selamat Menyambut Aidil Adha dan juga welcome 2007!
Kiterang bejalan sakan semalam diwaktu tak sure raya hari Sabtu ke Ahad. Initially nak jalan saturday tapi takut raya jatuh pada hari tu. sebab aku buat kira-kira sendiri agaknya raya boleh jatuh on saturday. then hubby kata ada orang emel raya ahad. so okla, jumaat kita jalan, sabtu bole masak. tetapi rupanya kiterang salah..
a brief tour to oxford, then the posh bicester village and finally swindon.
balik dari jalan, aku mula prepared pape yang patut. masak sikit my version of nasi impit, plus yang anom kasi. then my very first experiment of kuah kacang. ada dah tu nak makan di pagi/tengahari raya, depends pada waktu kita bangun ehehehe aku tido je dah dekat pukul 4, hubby lak sampai ke pagi..
ye, memang bangun agak lambat. kiterang bersiap-siap dan had our raya brunch iaitu nasi impit dan kuah kacang sahaja sebab soto akan dimasak kemudian. lepas tu bejalan kaki pegi beraya kat rumah sawal n anom, makan bes dengan adanya menu seperti nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, lontong, n sate goreng. after been there dekat nak 2 jam, kiterang balik nak-nak aaqilah dah mula mengamuk. kiterang pon beriya mengajak orang datang rumah, maka aku balik ni nak mula masak le.
sungguh ekspres proses memasak sebabnya aku dah kata bole datang after isya'. untuk makluman semua, sekarang ni isya' pukul 6, jadi aku ada 2 jam setengah je gitu. peh aku rasakan memang sungguh ekspres.
petang yang fun untuk kiterang. sesekali aaqilah menjadi host ye, once in a while aaqilah seronok ada ramai orang kat rumah aaqilah. terima kasih bangat pada yang sudi datang..
dalam dingin subuh
hatiku terusik
kenang nasib diri di rantauan
terdengar takbir raya
menitis air mata
terbayang suasana permai desa
sob..sob..sob..