Day 06 A taste of spring/autumn
I will always love you, and make sure that you'll be in safe keep babe hahaha
Day 07 Where I'd rather be
Apparently I've had the birthday dinner at the same place as last year, and probably in the coming years since the choice is mine.
Day 08 Hobby
Apart from dslr and instax camera which is the latest member to my photography clan, personally I think iPhone camera takes quite stunning photos :)
Day 09 Dark
It's actually the liquid electric repeller.
Day 10 My fave part of the day
Auwww seeing sufi smiles the very first thing in the morning wakes you up instantly. Stronger than coffee :)
Day01 Something purple
Day02 In my hand
Day03 Shapes
Day04 Good together
Day05 Not mine
I wasn't really on a particular colour but I just loved the fabric and it happened to be purple for my husband's reception.
After nearly 9 years and 3 daughters
He still can fit in the baju melayu, but i need to shed some pounds here and there to get back in that kebaya shape haha although that kebaya was tailored a bit loose than my actual measurements.
ok, next.. 2nd day, keep on posting ;)
april has arrived, yeah!!
for those who doesn't know me well, i've always got something special for april. i used to buy a lot of magazines in april during my younger years. don't be surprise if there's a spending splurge in april, but i guess i've slowed it down as years go buy.
so, this year's april i guess i'm up for a challenge - photo a day challenge by fat mum slim. i've seen some of friends got themselves signed up, and it looks fun to me. so get ready for april's photo bombardments. a photo a day based on a daily theme sounds easy but human nature, we tend to get bored after a while. i'll pray to stick until the last day of the month, and will post a compilation, let's do it!!
*latest news*
lately i've started to develop a new unhealthy habit which is drinking coffee after 10pm. hence, my sleeping pattern has slowly changed, again, as i only feel sleepy around 2 am. less than 2 months ago, i was so desperately needed this since sufi chose to stay awake up until 3 or even 4 in the morning. but now, hers is improving unlike in my case, the new 'burung hantu'.
the moment aku putuskan untuk tukar plan, secara tak langsung the consequence dan juga outcome berubah. sms dan call pijah tak dapat, aku terus gerak pergi bukit damansara. walaupun dah lambat nearly 15 minit kat sekolah aaqilah, trafik sesak macam waktu budak-budak balik sekolah. takde empty space untuk parking plus hari panas membuatkan hati aku juga panas. sekali aku terlepas cakap, oh aku ni malang. ok, wish granted very soon.
akhirnya aku nampak area kosong nun jauh dari sekolah. ok takdela jauh sangat tapi sila layankan saja citer nih. aku pon tak pernah parking kat area ni, so i drove slowly to park. rasa macam tak cukup rapat dengan tepi jalan so dari penglihatan aku yang memang rendah ni, aku redah aje, sampai tiba2 aku rasakan tayar depan termasuk dalam something hollow. erk alamak, aku try reverse rasa tayar spin. ke depan pun tak dapat, so aku keluar dan check apa jadi. rupanya tayar depan kiri masuk lubang tepi jalan man-man saiz tayar kereta. puh rasa malang kat dahi aku sangat obvious ni. nak nangis pon ada.
aku masuk kereta, cuba untuk calm down dan thanks to smart phone aku google bengkel in the area. macam takde je. masa semakin berjalan so aku rasa better jemput aaqilah dulu dan fikirkan option yang ada. on the way walking back to the car, ada sekumpulan pakcik-pakcik ni aku terasa nak bertanya. derang pon point out nearest bengkel maybe in hartamas area, or bangsar. so aku pon rasa bolehla try call adn elok je nak gerak derang tanya kenapa. apa lagi aku pun terus bukak cerita pasal kereta stuck. sikit lagi rasa nak mengalir air mata memandangkan suara aku dah start bergetar. derang offer nak tengok so apa lagi bagai ngantuk disorongkan bantal aku pun lead the way.
within the next 10 minit kereta pun berjaya keluar dari lubang jalan dengan very minor wrecks, at least pada mata aku la. rim ada kesan calar sikit tapi sekali pandang memang tak perasan. so far driving aku rasa macam ok lagi. dalam keadaan yang sangat down itu, aku memang sangat thankful kerana ada lagi strangers di sekitar yang masih boleh diharapkan pertolongan. out of desperation, i came seeking for help from a group of strangers. hanya Allah saje yang dapat membalas kebaikan pakcik-pakcik tadi, amin..
so lunch nasi kosong dengan ikan goreng berdua dengan aaqilah kat bawah wisma rnd, kes dah lambat dan lauk banyak habis.
what if i stick to the original plan?
what if i managed to meet pijah after plan changed?
what if this, and what if that?
daripada memikirkan kemungkinan, baik aku mengambil tauladan dan pengajaran..
i don't know how the thrills and excitement of blogging went kaput.
it just stopped and that's it.
until today, when i was trying to recall something that i've posted before. there i have it and all of a sudden the excitement and thrills slowly came back. the blog looks clean, all thanks to the white background. although the font looks small, thank God i still have not much problem reading them.
since the last post, i've always felt that nothing much happened and to share. the list of readings has significantly decreased over the years. i wasn't interested in things anymore, i felt that work and family life have consumed most of my energy yang tak seberapa ni. the life itself has become routine, weekend is more like a commitment and to be honest, once in a while not really looking towards it.
sometimes the small things around you make the life much more appreciated and sweeter.
hey hasniza, welcome back and let's enjoy this ride again =)
minggu yang baru berlalu ni hectic dan adalah salah satu yang paling memorable untuk tahun ini nampaknya.
tak ingat nak mulakan dengan hari apa, tapi minggu lepas memang busy. training untuk framework dan sampai ke penghujungnya di malaysia, lepas ni sambung dengan trainer tu dah balik pune. masa yang sama, derang ni dah mula bagi assignments dan kerja sebenar, yang menyaksikan aku balik pukul 9. i'll come to that a bit later.
minggu telepas rezeki untuk bercuti free. oklah, tak free 100%, at least accomodation sudah ditaja. caranya kau register your number, then stesen radio tu akan call. kalau kau jawab seperti yang sepatutnya blaa blaa blaa, ye dapatlah hadiah. kalau jawab hello, takde lah can. aku dah praktis tau beberapa hari macam mana nak jawab in case mendapat panggilan. dan ternyata perangkap psikologi memainkan peranan di sini. derang akan call when you expected it to happen the least. disebabkan aku terkejut dengan deringan phone aku yang sangat kuat itu, aku menjadi kalut lantas terus terlupa pasal apa yang aku dah praktis beberapa hari tu. maka terlepaslah peluang nak ke ??? sepanjang hari aku teirngat-ingat, memang rasa tak puas hati laa. saya sudahlah lama berangan nak ke island ni tau.
oo patutlah test aku macam har*m hari tu. aku ada test, i did really really bad. bertambah laa saya down huhu.. macam bong*k je rasanya.
mendapat pujian dari master subra, dia kata tendangan aku very good =) eh betulkah apa yang aku dengar tu hahahaha
hari jumaat tu aku balik lambat gile, ohhh gilalah..
semoga minggu mendatang ni sangat murah rezeki dan sangat senang sekali, aminn....
bola 1, bola 1, 2, 3
this is my first attempt, updating blog via email. sungguh backdated dan kampung sekali i nih. dahle lepas update tu takleh nak view live plak tu, ipodku pon tidak bercharge. ipod ye, bukan iphone, saya tidak punya iphone. mujur ada wifi yang boleh kutumpang, dapatlah meninjau fb sekali sekala.
cerita pasal iphone kadang-kadang aku jeles dengan o.h. especially bila aku in the middle of somewhere, dan dengan tiba-tiba juga desperately need something in the middle of somewhere. ye, aku rasa aku juga sudah menjadi technology dependant, sesuatu yang aku cuba avoid.
aku pernah travel dengan kawan-kawan sebanyak 3 kereta kat uk dulu. aku rasa our car was the only one without gps, dengan cabaran mencari accomodation di satu ceruk di tengah malam adalah sangat mencabar bila kau berpandukan map. even kiterang kalau travel selalunya refer pada map, ye mencabar dan sangat pening kepala bagi kes orang yang takleh baca dalam kenderaan bergerak macam aku ni. bila kau bergaduh laki bini blaming on each other's faults, itulah priceless dan memorable. atau kau baca map terbalik semata-mata mengikut north, ya itulah memorable. atau juga bila certain pages hilang sebab anak dah koyakkan, eii rasa nak makan tangan budak tu pulak. alaa beli je la map baru, bukannya mahal pun.
oh, aku masih busy dengan training during lunch hour plak tu. walaupun lapar, tapi bila mengantuk tu tetap tak boleh tahan, sleepyhead.
let see if this works
bismillah..
last week on andrew zimmern's bizarre food
singapore
dalam questnya mencari makanan yang unik dan bizarre di seluruh dunia, antara eaterie yang dilawati oleh pakcik botak ni ialah big d's kitchen. menurut owner, dia specialize in peranakan food, resepi turun-temurun yang diwarisi oleh familinya. alaa nama supnya yang super pekat aku tak ingat, contains animals internal organs all mixed up together. direneh dalam 2-3 hari gitu. kemudian akan dimakan bersama sejenis balls iaitu hati babi bungkus.
skripnya lebih kurang laa ye
------------------------------------------------------------
a.z - and what do you call this?
b.d - hati babi bungkus
a.z - hati babi bangkus (dalam pelat american accentnya)
b.d - menceritakan bahan-bahan dan cara membuatnya.. bla.. blaa..
bila tiba time makan, mestilah dia nak try the balls first kan.
a.z - the most bizarre name it got in the world, but tastes unbelievably good.
-----------------------------------------------------------
aaqilah - qiyah nak
moi - hish mana boleh, haram..
pengaruh tv, semua nampak macam sedap. sampai aaqilah pon mintak sama.. kalau bergedil or meatballs tak pulak dia heran, heh.
semalam, biasalah kalau borak-borak mesti melalut punya. aku tak ingat cerita pasal apa, tapi ada kena mengena dengan counterfeit. aku citer kat o.h pasal guiliana & bill, yang mulanya aku ingat dia tau, but then he kept asking sapa?
o.h: sapa bill ni?
me: bill rancic la, the apprentice 1 punya winner tu
o.h: rancangan apa awak tengok ni?
me: giuliana & bill aa, 712 (dan dengan gembiranya aku cerita)
o.h: saya rasa macam nak cancel je, bukannya tengok.
me: (very persuasive konon) jangan, jangan. saya tengok 711, 712, 715
o.h: awak ni memang takde kerja. bby, go get a job la.
me: ler, kan ke saya memang takde keje. kadang-kadang sebab tulah saya bergaduh dengan aaqilah di siang hari (kes 613 vs 711 muahahaaa)
o.h: bby seriously, pergi cari kerja
oh here comes the hard part, choosing a good school for your kids.
we've been searching the right school at the right location and hopefully not so much to spend on her monthly fee. apa yang pening, kat mana kita nak hantar cik aaqilah kita ni?
o.h is in the um/pj area, moi area prima saujana, kajang for a while sampai kerja yang akan buat aku tak boleh kata no. uncertainty is one thing to o.h, that shouldn't be counted in. we think there's some schools in saujana impian area seems brilliant, and how repetitively i mention to him that i won't be around long enough.
besides the point, there's a more important matter, the school itself.
settling down, maka bilakah akan settled down?
aku rasa masih belum juga habis, macam tak habis-habis je. serupa jugaklah macam kotak-kotak baju aku yang o.h dah put aside tepi katil cantik-cantik itu hari. adalah 3 kotak, tapi isinya dah macam apa ye, memang demotivated huhu.. tapi kan untuk pengetahuan saudara-saudari, saya sudah berjaya melipat dan mengemas segala macam baju seluar itu hampir habis. ada sikit lagi untuk masuk balik dalam kotak dengan label "winter clothing" yakni baju super tebal yang kalau saya pakai mesti orang ingat betul atau tak perempuan ini? ya Allah, memang banyak baju aku rupanya, memang tak patut pergi shopping dah huhuhu.. jadi camne aku nak buat ni ;) nak bukak booth kat flea market tak sampai hati pulak rasanya. satu ada ke orang nak baju yang macam outdated je, satu lagi aku akan merasa sangat sedih untuk berpisah dengan kamu-kamu semua. tapi kalau kamu cek label ada orang nak beli je kut heheheheheehee
rumah pon segala kerja-kerja pertukangan dan pemasangan bolehlah dikatakan sudah siap. kalau orang nak datang pon tak malu sangat la haha tetap ada lagi yang tinggal dengan barang-barang kecik. aish ada jugak yang tinggal ye. o.h selepas kerja-kerja keras ni terus proposed side business.
bebaru ni o.h ada saja-saja cerita, saya amik kereta baru lah camne? then aku reply, boleh tunggu sikit lagi tak. maka dia pon menjawab, bby terimalah hakikat, kita settling down ni. bukan aku tak terima hakikat, tapi once hidup dan settled down, apa yang aku tak suka ialah life akan jadi stagnant. akankah? hmmm..
oh Tuhan, kemanakah hilang agaknya semangatku yang sangat berkobar-kobar dan bertenaga pada satu masa dulu? aku takmo jadi dull.. tolong!!
cerita 1
budak-budak ni demam bersama-sama. hidung berair alhamdulillah getting better. demam pun makin baik, tinggal batuk je lagi. level eleh aaqilah naik sikit, tapi dia jadi less aktif dan bila napping di siang hari lagi lama. natalia pulak marah-marah sebab hidung sebu agaknya. lepas makan ubat batuk/selsema dua-dua lalok..
cerita 2
bebaru ni aku call wisma putra nak tanya pasal borang w natalia. borang w ni ialah macam official surat beranak untuk kita register as warganegara malaysia, yang kita kena buat first sekali then baru bole proceed untuk pape proses, contoh nak apply passport. nak jadi cerita, less seminggu dari sebelum kiterang balik ari tu, boleh pulak orang high commision london tu terperasan ada typo kat borang w natalia, tak pepasal natalia ni jadi tua setahun (as in 2008 when it should be 2009 pada dob dia). setelah berjaya diconvincedkan aku post balik ke london tapi entah macam mana kiterang tak sempat nak dapat balik. setelah jejak menjejak, last sekali aku dapat tau yang borang w tu dah on the way ke malaysia, cuma sekarang tak confirm dah sampai ke belom. yang aku rasa agak depress dan quite upset dan juga sepatutnya aku kena expect wat can you exect from gov servant. minah yang tak berapa helpful, tak berapa friendly juga dan at some point aku rasa macam tengah nak bergado pon ada. atau dia memang camtu? atau dia yang rasa aku macammana impression aku towards dia? atau aku yang syak wasangka tapi apa pon hasilnya tak memberansangkan.. aiseh..
cerita 3
ada cerita besar sikit masa lagi. kita tunggu confirmation dari tuan empunya diri la dulu ye ;P
cerita 4
takde orang panggil interview pun huhuhuhu
cerita 5
apa hal dengan template aku nih? tak pepasal ada error plak, dem..
demikian adanya..
5 out of 29.. maknanya ada 24 lagi.
ye, itulah jumlah hari yang wajib aku ganti puasa pada tahun ini. pergh, boleh tahan jugak.
so far dapatlah dalam seminggu tu 1 atau 2 hari aku ganti puasa. sikit-sikit jadi takdelah semput menjelang puasa tahun depan pulak, insyaAllah.
tapi yang ruginya dalam minggu ni, nampaknya 0. hari isnin kononnya nak makan nasi lemak ikan sembilang lenggeng dan plan nak gi swimming. sampai lenggeng dah pukul 10, nasi lemak pun habis. lepas tu pulak baru la ada orang cakap isnin pool tutup untuk maintenance. chet.. rugi 1 hari.
selasa tu pulak kononnya plan nak gi swimming disebabkan tertangguh hari isnin tu. pun tak jadi jugak sebab tak sempat. maklumlah dalam kepala aku ni sendat lagi padat dengan agenda-agenda sendiri, aaqilah dan natalia.. memang rugi lagi 1 hari.
hari rabu akhirnya dapat jugak beberapa agenda dilaksanakan, seperti menghantar budak-budak ni pergi immunization dan swimming, walaupun agenda alamanda kena cancel.
hari khamis ada agenda lasagna pulak, sebabnya aku dah berjanji poyo nak buat malam tadi (as in rabu malam khamis) tapi aku pulak pergi mengekor o.h melepak jumpa kawan lama dia. bukannya apa, temankan dia je kan, kesian driving sorang-sorang kat semenyih tu hahahaha
kita usaha lagi minggu depan ye ;)
i began to listen to this channel when i was in a car with my sis. lagu yang dia tengah main tak silap - nirvana. eh channel apakah yang akan main lagu yang tidak orang main lagi. then aku suggest pada o.h, dan feedback dari dia quite encouraging.
tak banyak ads. lagu yang memberangsangkan. lagu yang takkan keluar radio, itulah yang kiterang define. tapi bukan hit terkini ye. siang-siang banyak slot interviews yang makan masa macam dlm 30 mins, then follows by 3-4 lagu. weekend pulak malam-malam dia tak pepasal broadcast epl matches.
it's bfm or b is apparently for bisnes. 89.9
mata gatal,
hidung gatal,
sakit tekak,
selsema,
achum achum,
resdung??
allergic?
biasalah aku kalau kat sini, aku tau aku tau ada bunyi mengada tapi itulah hakikatnya. memula aku nak gi oversea dulu seriously aku agak bimbang kalau nanti-nanti bersin tak henti-henti. siap bawak segala ubat-ubat sinus related kang kronik saya jugak susah. tapi alhamdulillah, hidung tak gatal, mata terang, bersin pun jarang-jarang.. ooo itu laa ubat dia kut huhuhu
ahhh gue tensen. plan jangka pendek nak gi buat facial resdung. plan jangka panjang, apa lagi melawat doktor la jawabnya untuk treatment dan obat-obatan.. hmm
swine flu, h1n1 watever you call it
mamat teammate sebelah aku ni, yang kiterang selalu borak-borak kosong dan bergelak ketawa tak sihat baru-baru ni. siap boleh buat lawak, hopefully it's not swine flu.
lepas dia balik rumah tengahari isnin tu, sampai hari ni dia tak datang kerja lagi. doktor dia kata in case swine flu, kuarantin kat rumah sampai fully recovered. concern gak dia dengan aku, suruh pergi jumpa gp. so far orang lain within the bay area masih sihat. pening kepala dan risau gila advisor dari school of psychology (projects kiterang, maka main financial support dari situ) sebab sekarang kiterang mengejar release dateline pada awal ogos.
all work and no play makes jack a dull boy
aku tensen betul dengan kulit aku sekarang. sebenanya mungkin aku yang malas jaga hahahaha jadi jangan salahkan produk okie. jeragat atau bintik-bintik hitam (aiyo aku tatau apa nama dia) semakin bermaharajalela ni. pastu kulit macam agak dull lagi menampakkan aku ni makin dull. duh..
aku geram ni kang abis laa (diri sendiri juga).. apa yang habis? poket sendiri juga huhu
reaching 36
sebenarnya belum lagi tapi next week bakal masuk phase yang agak mendebarkan. once you reach 36 weeks, expect the unexpected, chewah. baby sudah matured untuk keluar, samada dia tak sabar-sabar nak keluar atau takmo keluar. aaqilah itu hari 38w+4.. kita tengok yang ni camne pulak, are u gonna break kakak aaqilah's record or u gonna stay put?
oh ya, since next week will be my 36 weeks, maka next week ialah sesi birth chat dengan midwife.
sekejap je kan, aku pun macam tak berapa percaya ;P
doakan semua sihat dan selamat amin..
lately jangankan budakbijak, aku rasa banyak blog sudah mula menyepi. hear you me super duper busy, there she goes juga busy dan bila di rumah rasanya sudah tidak punya idea dan kuasa juga tenaga untuk blogging.
kadang-kadang ada cerita atau idea yang tiba-tiba ada. aku dah tulis half way but then, idea diminished dan terus lenyap begitu saja. kadang-kadang bunyi macam poyo pon ada. kadang-kadang terasa nak tulis technical stuffs, tapi hehehe aku tak rasa orang yang sebegitu. gosip artis aku tak minat, baca tu okla. cerita sports kan kadang-kadang ada. asyik gambar food tapi resepinya sikit punya malas nak letak hahaha..
okla, lately memang saya ini cepat penat. balik around 5++ dan sofa atau katil ialah destinasi pertama kalau boleh bila sampai rumah. once dah baring, kalau tak napping alamatnya memang susah nak bangun. akhirnya aku sudah mula merasai keberatan muatan berlebihan. jalan pun tak selaju dulu. itupun pada mata sesetengah orang, aku masih aktif ke sana sini..
lagi satu cerita, for the first time ever aku membeli maternity top. waktu aaqilah dulu aku banyak pinjam tshirt other half. kali ni terasa macam nak bergaya sikit, boleh la kan hehehe.. cuma aku je yang tak berapa comfy, nanti peyutnya sangat obvious. errr at least orang tak assume aku buncit ekekeekekeke
later people..
Nampaknya sekarang ni berebut channel dengan aaqilah. dia dengan cbeebiesnya, kiterang nak tengok french open.
hari ni nadal main. tengah aku duk flipping channel, aaqilah pun tak henti-henti dengan demandnya. tapi nasib baik ada bbc iplayer muahahaha jadi semua orang dapat fair and square. cuma once habis dalam 15 minit (depends pada cerita) aaqilah akan bising-bising sebab cerita dah habis. rasanya tak macam youtube yang kau boleh buat playlist. lepas nadal setel, turn roger federer lak. nampaknya satu hari ni kita melayan tenis le ye.
most program kanak-kanak kat channel cbeebies ni berbentuk educational dan less cartoons. nama pun program kanak-kanak kan. walaupun certain watak-watak dia yang kiterang rasa macam nak 'lempengs' sahaja, tapi itulah yang budak-budak ni suka. lagi getik, lagi suka nampaknya. kadang-kadang tu bila tiba-tiba apa yang keluar dari mulut aaqilah tu kiterang jarang sebut, rupanya dia pick up dari rancangan dia. cuma yang merisaukan aku sikit, dia ingat southpark tu pun rancangan untuk dia jugak huhuhu.. itu memang ayah aaqilah dah banyak kali kena sound..
Je suis désolé aaqilah, il est français ouvert pour un autre tour de 2 semaines. tv est la nôtre
notakaki: err lepas ni musim confederation cup plak ;P
current mode: fatigue
aku rasa minggu ni antara minggu yang paling busy. dengan back to back appointments aku dan aaqilah, juga termasuk aktiviti wajib dan optional.
meh ingat-ingat balik. isnin rasanya macam biasa, tade pape.atau aku sendiri yang dah terlupa apa aktiviti luar biasanya? hmm oh ya kononnya nak bid farewell kat satu kakak ni yang nak balik for good, turns out yang dia dah selamat sampai kat klia. ish aku ni boleh tersalah hari plak. dah le tu dengan konfidennya aku siap citer kat orang isnin plak tu, nasib baik kat sorang je. beg berat gile, dengan pc dan juga kamera. o.h gelak-gelak je dengan tag punyala semangat. dan juga happy birthday buat en md hisma =)
hari selasa juga macam biasa, tapi sakit kepala di tengahari membuatkan aku jadi malas. tapi rupanya ubat sakit kepala ni senang saja, pergilah makan lunch, insyaAllah sakit kepala anda akan tenang. tapi disebabkan aku dah tercerita kat o.h akan plan malas aku iaitu balik awal maka dia pun dah jadi semangat lantas mengajak aku 'bermeeting' di ikea. jadi aku cakap kat budak-budak ni husband saya ada meeting dan cabut around 4pm. setiap kali nak balik aku akan sentiasa bersemangat untuk sambung kerja kat rumah later, yang selalunya hangat-hangat tahi ayam saja. penat dan sakit kaki merayau kat ikea, tapi mula-mula sekali kita makan hotdog veggie untuk recharge tenaga. walaupun plan asalnya nak beli ayam/daging sahaja tapi macam mana boleh sesat sampai ikea, itu aku tak berapa pasti muahahahaaaa. tapi bila sampai asda, malangnya set thigh and drumstick ayam yang aku selalu beli tu dah habis. maka dengan muka penyek aku terima je la set drumstick yang ada (kes tak makan drumstick, mengada tak). malam tu kiterang berdinnerkan bihun ala-hailam yang cair, layan ooo (kes tak pernah buat). rahsianya, mestilah di kala kelaparan, apa sahaja jadi super sedap =D
hari rabu pulak bangun awal tapi aku terlambat dari biasa. sebabnya dah janji dengan cik puan durra nak ke sale mark and spencer celebrating 125 years. dalam kepala dah terbayangkan macam-macam tapi huhuhu, biasalah kalau kau expect lebih-lebih sangat. nak tengok apa yang aku beli silalah ke sini hehehe lebih kurang cuma aku tak beli air tin tu je ye. komen o.h kenapa awak tak beli mug ni banyak-banyak. hmm aku tak sure boleh buat ke tak ye, most people amik satu item up to 5 items yang berjumlah 5p. pastu terus gi kerja. petang pulak tunggu o.h datang since dia ada meeting around 5 dan terus balik dengan cik puan kecik. sampai rumah terus mulakan proses memasak sebabnya malam tu aku nak gi tengok theater pulak hehehe. balik sampai dekat pukul 10, makan nasi dan melepak. lepas-lepas tu paham-paham jela, tidur pon sedap je. bila pagi bangun rasa tak larat..
hari ni aaqilah ada appointment mata kat hospital at 4. jadi maknanya aku cabut terus la tu. sebab selalunya procedure dia lama jadi tade sebab rajin aku kena balik ke lab. baik balik dan sambung kerja kat rumah saja hehehe
esok o.h ada mentioned yang dia ada meeting lagi around 3 camtu. ada harapan aku balik tengahari dan tak balik ofis balik, maknanya work from home again =)
oh i can't wait for the arrival of saturday, and then sunday and monday. monday is an extra day's off, yahoo.. saya mau spend masa tidur, dan bangun lambat. alangkah indahnya..

