argh-gila

kisah si klutzy

Monday, March 31, 2008

esok masuk bulan baru lagi, laju sungguh masa berlalu. when april comes does it mean a celebration? waktu kecik2 seronok le, dah masa-masa sekarang ni tade la rasa pape sangat. rasa makin tua je ada la huhuhu

last weekend tade la happening sangat, happening sket-sket je. saturday aku gi makan-makan keluarga mesia kat sini. the hubby duk umah sorang-sorang, keje tak siap-siap. dahle this weekend nak bejalan lagi. kenapa all of a sudden aku rajin nak pergi? one of the reasons sebab aku tolong marinate ayam last minute. then sesaja nak bawak aaqilah jumpa other tots dan main sama-sama. lagipon itu hari aku rasa cam bes je nak pegi makan-makan, since aku pon dah lama tak jumpa orang sangat.

i'll make this short. wheather tak bes, hujan started pouring since afternoon. angin plak kuat ya amat sampai khemah nak terbang. aku tak dapat nak makan sangat sebab aaqilah not really in her good mood. at least kalu ayah dia ada bole gilir-gilir. last sekali aku melepak dalam rumah nani since 1 lebih sampai le ke petang, and it's still raining. rasa nak makan tu ada tapi malas nak amik kat luar dan aku tamo drag aaqilah dalam hujan-hujan tu. wait, kenapa laa aku tak mintak tolong orang je huhuhuu memang lupa. tapi melayan teh susu dan apam balik sewaktu hujan sambil listening to other moms gossipping memang seronok. aku? tumpang gelak je la hahahahaha

so semalam aku pon dengan rajinnya mengganti pose yang last sekali. memang le sabar menengokkan the hubby makan chips dengan aaqilah dengan perut aku yang menyanyi-nyanyi. dem, why does it look so tasty and tempting altho it's only a chips, whyy??? aku plak bila pose-pose ni nafsu nak makan memang bergelora. teringat lagi oreo jadi aku pon try plak another resepi oreo cupcakes with cream cheese filling. nanti aku upload gamba tengok korang-korang sumer join drooling ke tak hehehehe actually aku nak buat as a bday gift wen ernie came last time tapi aku sangat penat dan tak larat as the result from berjalan sakan.

oh ya, time difference sekarang ialah 7 jam sahaja. masa dah ditambah lagi satu jam since siang awal dan lagi panjang, errr if i'm not mistaken. and aku buka pose semalam without realizing that i need to adjust my azan clock as well. yela, pc clock memang le automatically updated but all other manual clocks kenala manual sendiri. dem dem.. dahle aku accidentally cut ibu jari sewaktu nak memotong semalam, seronok borak le nih. ada kawan aku datang melepak sat semalam, kejap je aku toleh kat dia dan zappp. dan aku tengah pose lagi ok. sebab ada member jadi aku tough sket, sambil menahan pening. alamak aku dah nampak bintang-bintang, first thing came racing in my mind was jangan pitam. then camne pose aku ni, so jangan pitam.

after a while i felt better dan lepak-lepak sambil tunggu azan maghrib. bila azan tu the hubby dan zied pon hushed me makan. cepat, cepat buka awak. aku pon melahap le cupcakes kongsi dengan aaqilah. alhamdulillah. then sambil citer-citer dan gelak-gelak tu dalam 1/2 jam kemudian zied berkata, eh dah pukul 7 pon terang lagi ye. omg, waktu maghrib?? the hubby pon rushing checked his azan clock dan bertanya, eh daylight saving ni kena tick tak? memang lepas dia adjusted there you go, maghrib sebenanya tak seawal yang aku buka pose tadi. huk alaa, aku berusaha tak pitam but end up buka pose awal sejam..

yee itu la ceritanya..sekian

kerana aku tecedera, so our dinner semalam all the credits deservedly goes to the hubby. air asam awak memang power bby hehehe

over the rainbow

bahasa menunjukkan bangsa

Thursday, March 27, 2008

berburu?

semalam aku dan effirul citer-citer dan tetiba dia bertanya, awak rasa apa derang nak buat kat cardiff?

entah macam mana bole terkeluar perkataan 'berburu' instead of memburu e.g berburu binatang. komen the hubby, awak ni, bahasa melayu makin teruk, nak kata makin tere english tak jugak. huhuhuh adakaa

aku ni plak selagi tak rasa salah (altho selalu salah), selagi tu refuse untuk mengalah. hasniza, belaja-belaja laa mengalah pulak, aiyoo. then aku googled untuk cuba prove yang aku tak salah penggunaan tapi tak jumpa, jadi aku assumed bm aku memang makin teruk.

but this morning i found a link to kamus dewan bahasa. here is the result,
















jadi aku tidaklah salah kan? =)

lepas ni, rajin-rajinlah membaca tak kesah la bahasa apa pon dan jugak rajinkan bertanya. aku kira darah penulis yang mengalir dalam badan the hubby tu memang kuat, both bahasa melayu dan english dia bagus, both bahasa pasar dia pon tak kurang hebat juga hehehehe

happenings

veni. vidi. vinci

Wednesday, March 26, 2008

watalong entry here

jadi aku rasa takpela tak citer panjang-panjang sangat. trip to bath and country side sight seeing itu hari memang seronok dan mengujakan mata. saujana mata memandang, ye btul. tapi kalaula matahari klua lagi mesti view lagi cantik..

dua-dua sides all along the way mostly padang, farms dan old style buildings. bunga kuning yang macam dalam citer dilwale tu pon nak berbunga nampaknya. aku rasa mid april ni bila bunga dah naik memang cantik. nantila akan aku begambar cam ala-ala dilwale tu jugak hehehe. yang pasti aku rasa aku yang tenggelam dalam padang tu kut. ada sekali tu bila nampak farmhouse, bby tu graham punya farm. graham mana plak ni? rupanya dia buat lawak tapi salah orang, alex coxon of blur sekarang ni dah jadi farmer, beli farm dan apparently stays in countryside. after that, aku terus teringat-ingat country house..

live in a house,
a very big house, in the country,
watching afternoon repeats,
and the food he eats, in the country..
country house - blur

all in all, very nice trips. the visit to mulberry outlet, kata the hubby kena beli sebab nak datangnya sket punya hassle. tapi saya tak mampu lagi, bicester a better place lagipon it's an outlet. cuma nak kenal tempatnya dan nak tengok bape banyak offernya yang aku rasa lebih kurang je dengan bicester. tak taula kalu dia ada jualan borong sekali-sekala. tak dapek laa nak pegi, jauh sangat dan rasanya 1 cukup laa kut kalu ada tu. clarks village bila kedai kilang clarks yang tutup due to trading laws, apakah maknanya.

breathtaking bath. untuk jalan-jalan, recommended. untuk tinggal area ni pon ok je aku rasa. bristol pon dekat kalu nak keje hehehe, dan aku rasa bath pon banyak je jobs agaknya. probably next time bole masuk roman baths, which is semestinya tak free. kali ni kita amik gambar dari luar and visit the souvenir shop je dulu. quoted ernie yang dengan semangatnya mencarik perkataan sesuai, "building architecture yang sexy aku rasa." the hubby sangat suka, "next time kita bawak orang datang sini, it's a definately must".
p/s: sori la, apparently muka aku je banyak sini =)


happenings

liga fantasi - edisi euro 2008

Thursday, March 20, 2008

musim bola kembali lagi, err not until june to be precise..

next week ada banyak game frenly panas sempena euro 2008 ni. aku baru je join fantasy league kat uefa dan setup team sendiri nak kasi betambah panas,panas,panas. in the last world cup edition, aku rasa aku dapat top 5,ntah le tak ingat no bape (2 or 3 kut hihi) tapi panas tak panas sket lagi nak menang tu huhuhuhuhu. in fact aku pernah top the league. silap strategy sket dan terus membolehkan team kenit(aku pon hengat le apa ke namanya) lead and eventually won. so tadela ngek sangat aku ni ye tak walopon team aku initallynya penuh dengan italians. rules dia kata only 3 players from one country, so kena le alter balik.

so kengkawan, marilah join ramai-ramai dan kasi panas LIGA KENGKAWAN during euro2008.

pada sesapa yang lain terasa nak memberikan cabaran, bole la komen tinggalkan emel address ye as soon as possible sebab liga akan bermula starting with next week's friendly games ok. thanks.

daily life

not again

Tuesday, March 18, 2008

this morning i've been asked the same question again, where are you originally from with the thought (probably) that i might be indonesian.

apparently that engineer pakcik is from indonesian parentage, dutch colony and later moved to holland. ni kan a dutch company, memang ramai dutch keje sini. and so i explained to him my origin, and he greeted selamat pagi.

most people that i met tot that i'm indonesian, or the second guess would be filipino. siap ada filipino ni cakap tagalog plak dengan aku sekali tu. salamat po.

question: indonesian sangatkah mukaku ini?

afters

kerana pose, inilah jadinya

Monday, March 17, 2008

dah dua hari ni aku duk ganti pose. dah lama nak pose tapi asyik telupa la, pastu takleh la, jadi baik aku setelkan sebelum maghrib lagi lambat. tak sanggup rasanya ganti pose waktu summer. subuh 3am dan dawn at 9pm.

so hari ni kiterang berdua je kat rumah. the hubby went to soccer tournament nun di warwick, dan aku pon pose. biasa la pose-pose nih, nafsu makan tu sentiasa begelora huhuhu aku teringatkan beskut oreo yang aku beli ari tu, dan sesaja google resepi bes. huuih the images of those scrumptious oreo cupcakes/oreo cheecakes got me drooling. teruk sungguh..

aku mula bajet dalam kepala apa ingredients yang ada, dan agak problem bila butter ada sket je. camne nak buat cupcake tu. ikutkan hati memang aku dah gerak gi supermarket carik butter dan shopping groceries sket tapi memikekan nak angkut kereta aaqilah turun tangga, satu kerja gak tu. kalu laa the hubby ada sekarang nih sighh

tetiba aku teringat aku ada satu resepi yang doesn't need butter but veggie oil. tapi problem lain lak, minyak masak aku pon agaknya dapat 1/2 cup je, olive oil banyak le. pike punya pike, aku rasa go for it. terus aku kluakan sume menda dan buat, sebenanya aku alter sket resepi mengikut apa yang ada je laa, in terms of veggie oil nih.










my sukati-style oreo muffin
2 cups tepung 1 cup veggie oil (in my case nih 1/2 cup veggie oil + 1/2 cup melted butter) 1 cup susu 1 cup gula 2 eggs 1 tsp garam 1 tsp sodium bikarbonat 2 tsp baking powder 1 tsp vanilla extra - up to u, choc chips, pisang, cherry, oreo pon bole *mix all, bakar 180 celcius dalam 10-12 mins or sampai masak.

good luck!!

daily life

this isn't a wishlist

Wednesday, March 12, 2008

as mentioned in my previous entry, my besfren of 15 years (uish,time flies) is coming over on a bisnes tip and also bejalan, bila lagi. tetiba aku teringat, is it ok to ask her favor for some stuffs delivery?

most possibly ni je la, harapnya. to ernie, thanks sangat ye hehehe to mak, in case tebaca kat blog, bole la salin apa yang patut dibeli hehehehehe

ade ke menda penting yg aku miss??

by the way, i am still working on my list to be compact and minimal but very optimal. here it goes:

  • milo 3-in-1 instant - kite seisi keluarga layan bangat
  • biskut oreo - had difficult time to find, oreo cheese cake anyone?
    dah jumpa, dah jumpa hehe
  • bawang goreng - mesian the best
  • maggi - essential
  • cili kering - new in the list sebab nak abis dah ni

foodelicious

sambal sotong yg enak

Tuesday, March 11, 2008

aku on the way dari amik kopi ke meja bila tetiba teringat sambal sotong nasi lemak. aduuhh tangkap leleh..

sambal sotong nasi lemak especially guna sotong kembang adalah amat masyuk. cuba bayangkan, sebungkus nasi lemak panas-panas, buka perlahan-lahan, walaaaa nasi yang berasap, then ikan bilis, kacang, telur aku preferably tade sebab aku tak makan, then itu dia sambal sotong, bungkus lak dalam daun pisang.. aku ni memang imaginasi tinggi aa

aku rasa macam nak kirim sotong kembang tu je, dapat sotong kering pon jadi la. mak aku penah cakap, makan banyak-banyak sambal sotong tu bukannya elok, dia letak banyak pengawet. sotong kering tu dijemur untuk prolong jangka hayat guna kan. tapi memandangkan aku dah berbulan-bulan tak makan, my assumption is quite safe jadi apa salahnya hehehehe. cuma it's risky sebab sotong ni baunya tajam semacam dan aku takut akan menangkap deria bau anjing imegresen tu je. kang jadi kes plak. nanti aku consider dulu laaa..

by the way, bahan bacaan tambahan, hakikat minyak hehehe

cheers

happenings

malaysia decided 2008

Monday, March 10, 2008

aku takde kat semenyih untuk mengundi kali ni. kalu ada, the probability to go voting is most likely high. kepada sesapa yang tatau, the 2004 ari tu pon aku pegi mengundi (kes kena paksa huhuhu)

tapi sebelom tu nak citer sket. kat mana pendirian aku sebenanya nih? up uptil today, i still can't have an ultimatum decision. i was brought up in both families parted different ways especially during musim-musim persidangan dan lebih panas lagi election day. my dad's side was actively involved in umno, as opposed to my mom's side adalah keluarga pas. aku pon tinggal dalam area kl/selangor yang sememang tradisinya umno/bn but to be more specific sangat dekat dengan markas pas taman melewar. rumah aku kat gombak tu dulu-dulu sangat meriah bila menjelang musim persidangan, musim persidangan umno dengan family sebelah lenggeng. lepas tu bila pas bersidang pulak arwah atok n nenek aku datang melepak dari terengganu. time tu takyah gi dengar kat dewan, dekat2 umah aku ni pon bole je dengar dengan agak jelas. time tu memang seronok sebab ada pasar malam yang memang meriah tapi orang punya ramai tak ingat laa. time persidangan umno pon orang berniaga memang meriah tapi memikekan traffics dan lokasi pwtc tu aduuuhhh malas betul.

mungkin sebab ni aku jadi undecided, as i've seen and experienced both. although not much, somehow aku pon dapat impaknya sikit-sikit tu lalu menjadikan aku malas nak amik kesah dan malas involve politik. family sebelah ayah lebih lenient, tolerable dan lebih friendly. sebelah mak aku lak lebih strict, pious dan aku sangat ingat akan kegarangan arwah atok dulu. tapi sekarang atok sebelah ayah pon dah tak aktif politik disebabkan faktor usia yang tak berapa mengizinkan. dalam adik beradik ayah aku pon maklang aku je yang tinggal aktif berpolitik, ada yang join mostly tak. ada yang sokong oppositions tanpa berbelah bagi (kes gov sumer salah), ada yang more openness opposition. ayah aku plak, hmmm aku pon tak bape sure je rasanya. dia pon mingles with both parties, he praises both and he does commented both. mak aku cakap atas pagar kalu kes gitu.

jadi dalam pilihanraya yang baru je lepas, resultnya adalah sangat beyond wat we expected (aku dan kenit). we always talk about the oppositions should win more seats in the parliamentary and now it happened. in fact the 2/3 majority normally won by bn in the last elections was denied. aku harap those who won lepas ni akan kerja dengan sebaiknya dan berhemah dan kotakan janji dengan perubahan. walopon bukan major lagi tapi at least benefits the people. sangat looking forward apa akan jadi dengan selangor.

i admit, those people who have their beliefs are much better than i am. at least on the deciding day, i take part because i hope that my one vote can impact some changes, even it's a slightest one.

daily life

as long as it matters

Wednesday, March 05, 2008

this month we gonna have another visitor yeppee

besfren aku is coming over as she's on a bisnes trip (ish ish envy u hehe) in london. jadi dia pon plan nak spend more days, katanya birthday treat. aku pon nak plan seplais seplais le gini hehehehe

last nite we had an early dinner, i think it's before 8 wen i tidied up the mess aaqilah made. biasa le dia tu, makannya tak seberapa tapi yg besepahnya paling seronok dilihat. everytime after dinner, the hubby akan bising kat aaqilah, aku rasa dia pon tak paham lagi tu hahahahaa then kiterang layan champions league the match between ac milan n arsenal. it's man u - lyon on the other channel dan tesangatla tak beminatnya nak tengok. aku tau budak yo-yo-poyo tu mesti belagak gile since he took man u to the next round. apa raaa ac milan, outplayed and outwitted. tonite, i'd like to see how inter and roma turn the game to their advantages. walopon aku rasa in ur face to inter last week muahahahahahaa or will italy have no reps after this in this year's champs league? we'll see.. ah bosanlah kalu gitu jadinya

harapnya hari ni jadila plan poyo aku yang tak jadi semalam. semangat jangan hilang dulu okie

ari ni mau dinner apa ye hmmm

mari makan

tribute to choc cake

Monday, March 03, 2008

this entry is a tribute to my skill-tak-seberapa dalam dunia masak-memasak

sempena kedatangan orang baru insyaAllah petang ni hehehe aku teringat dan terasa nak citer la sket pasal aku dan the new baby nih. ada satu masa dulu-dulu di zaman sekolah, neighbor dekat rumah bagi la satu kek cokelat nih, uih sedap dan mak nida (neighbor, nida tu anak dia) dengan baik hatinya kasi resepi kat mak aku. mak aku juga dengan rajinnya used to go to kelas bakery dekat area rumah jugak dengan satu auntie nih yang sememangnya ada kedai kek or bisness kek camtu aaa aku tak bape ingat sangat dah, ni waktu sekolah rendah lagi. kelas buat kek cokelat jugak uih sedap sedap. after that mak aku sekali sekala buat untuk kiterang, tapi combination, kek resepi lain, topping resepi lain. lepas tu jadi kek spesel di hari raya.

aku plak memang minat sangat dengan cokelat + biskut + bakery. seingat aku rasanya, aku mula try buat kek waktu form 1 or form 2 kut. time tu semangat abis-abisan. lepas tu ada kawan aku kasi idea, dia kata nak order la dan tanya bape agaknya. tak mahal aku rasa, tak lebih rm20 rasanya aku amik sebijik. kira ok la kan, cam extra income untuk budak sekolah. buat 2 biji pon rasa kaya dah tu. dah le modal sumer mak support, aku buat tapi duit jual kek kira hadiah sumer aku dapat hehehehe. time tu seronok, cuma satu je aku komplen sket. aku selalu ayat-ayatkan mak aku beli kenwood mixer cam dalam tv tu. bigger bowl and speedy mixer. cam begaya la aku rasa. then mak aku jawab balik, esok awak dah besar beli laa satu huhuhuhu huk ala, aku nak buat kek sekarang ni..

tapi tu la kan, prodigous starter blooms early but it's not an easy job to maintain (mak aih perasan tak hengat). cam ronaldo yang skang duk injured je, cam tu jugak le aku pon. sebab dah tere awal sangat (chee tere tu, sungguh perasan) sekarang ni jadi malas dan hanya bejogging di atas padang sewaktu match. kalu raya menjelang tiba, aku selalu dapat request buatlah kek. huih kemalasan jugak huhuhu bukannya apa, buat kek tu aku rasa tade hal, ok je. tang topping dia tu, aduuhhhh sejam to 2 jam jugakla lenguh tangan duk mengaco dengan api yang slow itu. aku selalu cakap, kalu ada assistant a.k.a kuli bole la buat, yet alasan lagik. aku rasa patut jadi cam del piero, walopon dah tua tapi tetap effektif sebab talented and gifted hahahahaha

i strongly feel i'm coming back sooooooonnnnn hehehehehe

ups and downs

wat is priceless

Thursday, February 28, 2008

semalam aku sangat tensen bila tetiba aku tengok mesin kopi dah sealed off. arrgghh lapa lapa lapa ngantuk ngantuk ngantuk.. memang lebam gak le pagi semalam. dozy je.

tapi bila dapat email explained pasal mesin kopi tu aku rasa daripada free biarlah ramai-ramai tak dapat sakit. sebabnya bebaru ni derang found out yang mesin ni dah contaminated, level of bacteria present was above an acceptable standard. TETAPI, e.coli dan coliforms were not present dalam sample yang dihantar ke lab. eii seram bila teringat berapa cups aku dah telan ??

memula orang banyak anta reports dan komplens pasal mesin selalu breaks down. lepas tu rasa kopi atau tea atau hot chocolate ada sedikit cam haram. ada 3 lokasi mesin yang aku tau, oddly 3-3 bole rasa tak sama padahal sumer tu computerized. walopon macam-macam, taste of drinks tu aku rasa still acceptable to most people, convinient sebab within opis je dan the no 1 factor is free. minumla sebanyak mana pon.

jadi freebies dah tade, kena le spend sket untuk kopi nun di cafe sana huhuhu.. aku rasa cam nak bawak kopi sendiri le pasni, tapi kena carik tumbler dulu le jawabnya

duit bole dicari untuk beli kopi ye tak..

daily life

lately..

Monday, February 25, 2008

Lately aku selalu bangun lambat. The bus comes around at 6.35, by 6.30-6.31 aku mesti kena klua rumah. Aku rasa first two three weeks, aku akan bangun before 6, dalam 5.50 then 5.55. Then bila dah dah pandai budget dalam pukul 6 plak. Ada sekali tu lambat dalam 6.15 tapi managed untuk naik bas jugak. Kelam kabut yang bole tahan.

Jadi begitula, aku ni makin lama makin liat nak bangun pagi. Tapi tak dapatnya nak besiap dalam suasana aman damai. Kalu sempat tu ada la mekap sikit-sikit. Kalu tak sempat tu tade la. Subuh kat opis ada laa dalam 2-3 kali. Jadi sebagai balasan untuk orang bangun lambat, aku kena tinggal bas last week. Elok-elok depan mata bas pegi dengan lajunya. Mujur bas stop depan rumah, so aku naik atas balik minum air panas.

How long do you guys normally take to get ready in the morning? Aku rasa sejam- to 45 mins is just nice. Mandi relax, then semayang dengan lebih khusyuk, breakfast, makeup sket, etc.. Kalu anak nak anta nursery lagi, lagi kena amik masa lebih nak prepare tuu.

Recently, to be precise semalam hehehe kiterang ada le masak-masak sket dan panggil kawan-kawan datang makan. Ada orang tanya sempena apa? Sempena pindah rumah baru yang kiterang masuk back to last September kihkihkih alaa sesaja seronok-seronok masak, then seronok-seronok cam gathering gitu. aku seronok tengok orang seronok makan sampai rasa kenyang hehehe. yela the host bz, tak sempat sangat nak makan. the hubby tolong aku bakar ayam, so aku rasa dia dah bole dinaikkan pangkat chef ayam tandoori. eh, dia jugakla tukang marinate ayam, aku tukang campak-campak je. hats off to u chef ayam..

malam tadi kiterang tido dengan lena sebab kekenyangan dan kepenatan. aku rasa aaqilah bangun sengih-sengih pukul 2 kut, dia main sorang sebab our turn plak to tido pengsan hehehhehehe

merapu

the day i gossip

Thursday, February 21, 2008

ada satu orang dalam team aku nih, sangat teringin aku nak jumpa dia. bukannya apa, the level of his fussiness is so high that makes me want to strangle him sometimes hahahaha

yes, he's him. basically the team i'm working with is in a small scale, dulu ada 6 skarang tinggal 5 since sally, my manager's secretary left awal tahun ari tu. jadi 2 kat southampton, aku and clive, the rest sumer kat eindhoven (NXP-IT headquarters sini la babes hehehe). since the first day i started, clive already mentioned about this one particular guy.

very fussy, very attentive to details, quite sensitive hmmm, easily annoyed, mostly karakter pompuan ye tak. so when i meet guys with these characters it seems that they're more difficult to handle. sebab tu aku teringiiin sangat nak jumpa face to face, sapalah yang rajin emel aku nih dengan questions, komen-komen, proposals, list job yang panjang. the most recent, the 3 of them have to review documents and web stuffs and guess who's the first to respond. of course it's henk with a very long list yang buat aku naik pening tengok. tapi sebenanya kan in a good way it teaches me to be very detailed too and helpes me a lot in doing my jobs.

this morning clive came with some good news. henk is really pleased with me hehehehehe pleased tak pleased, all the above are true and i won't take them back.

ups and downs

my proposal

Wednesday, February 20, 2008

uh lapanya. pagi-pagi selalu masalah gini, lapaaa

setelah checked menu it seems ada macam-macam kat cafe so i headed to cafe to buy myself good to eat. tetapi malangnya, nampak cam tade pape je. i went back and forth looking at the food they had, hmmm tade yg bole dimakan. makcik cashier tu perati je. and finally with guts i asked if they have hash brown today. dia pon explained, hari jumaat memang derang serve macam-macam as in full breakfast set, sebab derang ni suka proper breakfast, lepak-lepak n chill. but why only on friday, why??? aku rasa aku tau kenapa hari jumaat je ada

so eurest cafe this is what i'd love to propose. please sell hash brown everyday at least if you can't have what half on the friday. in stead of only bacon and sausages, how about adding fried bread and baked bean and hash brown. let's call it breakfast set only for 99p which you can get cup of coffee or tea + 2 or 3 watever of your choice. (sebenanya ni cafe uni punya breakfast style hehehe) please consider please please please (aku tau kalu mintak nasi lemak, roti canai, bihun goreng mesti tak dapat punya)

jadi apa aku dapat? one piece yucky choc cake (80p, wat you'd expect??) from vending machine and kopi laa apa lagi

memang benci btul bila lapa dan aku tak bawak bekal dan kena betahan at least sampai 11.30 dan kena depends only on hot drinks.

daily life

steve nash di mini asian games

Monday, February 18, 2008

how did we spend last weekend?

aaqilah dan maa spent time kat rumah je sebab weekend bebaru ni ada mini asian games kat uni, untuk asian students which took place on sabtu dan ahad. macam-macam games ada, the hubby seperti biasalah, join basketball. dia kata badminton kurang minat, since mesian team dah fully occupied dan dia rasa dia cam lin dan, unbeatable..

walopon asian, tapi tak silap aku team the hubby main ni ada import sorang black, so dia kata team dia basically all chinese and 2 blacks. satu memang black lagi satu white trash (he referred to himself), macam eminem dalam 8th mile akakakaa kiterang tak dapat nak menyaksikan all the magics since duk umah. yela nak masuk sports building tu kena baya, nak-nak aku ni dah le bukan uni student. aku sure aaqilah seronok punya dapat berlari-lari dalam tu, tapi bayangkan kalu dia dah start bosan dan penat, kalu dia lari ke ayah dia sambil jerit "aaayah! aayah!" kang camne agaknya. tapi kan aku rasa, dia dah bole behaves dengan strangers hehehe tapi kalu depan kiterang, uissh ngadaaa.

so sabtu noon tu kiterang pegi portswood dulu, sopping barang-barang umah sket dan juga melawat charity shops mana tau ada barang baik. aku ni memang lemah dengan buku cite yang melambak kat charity tu jadi angkut satu, satu je la kan. kat umah ni dah ada 5-6 yang aku tak baca pon lagi ahahahahaa bila nak start ni pon tatau le. bukannya apa, murah pon dan mostly in mint condition.

the hubby punya game starts at 5pm. with best wishes from aku and aaqilah, dia pegi main dengan semangat membara. sebabnya dia rasa this year derang punya good chances nak gi final and win.

lebih kurang pkl 10 camtu dia balik accompanied with his gud fren yang main volleyball kat asian games tu. so aku tanya camne, dia kata derang stucked at the semi with one 1 point deficit. yang volleyball tu plak lost all 3 games, so tak lepas nak gi semi. kira senasib le dua orang nih. aku tried to console, fight le korang kalah 1 point. dia kata tak jugak,bole menang tadi tapi last minit mamat tu sorang tapi lay up tak masuk. aiseh sayangnyyyaaaaa. frust tak frust, aku nampak dia tekenang lagi tuuu.

teringat game basketball yang the hubby main waktu kat itm dulu, the time derang lawan the favorite bisness skool. sangat entertaining dan intense. we were only trailing 1 or 2 points from behind until the last minit when somebody shoot 3 points dan memotong bisness. gile besorak budak-budak tak ingat hehehe

jadi awak jangan tekenang sangat. untuk awak dan aaqilah enjoy!!



p/s: sorry for my language, sangat crap tskk..

argh-gila

manga le plak

Friday, February 15, 2008

nampaknya aku dilanda demam, demam nak kumpul bleach buat koleksi plak dah huhuhu

baru je aku rasa hidup ni dah aman dan tenang, dan tak rasa nak beli pape. ish kalu le the hubby tau, mesti kena gelak atau ayat-ayat biasa aku plak dapat. lately, tahap stress aku naik sket bila dengar citer-citer nak beli itu, nak beli ini sampai aku rasa the hubby pon tau yang topik ni 'panas'. dia rasa aku ni tak kewl dah.

bukannya apa, it's so overwhelming and the same really stressing bila one-shot one-time purchase nih. kehendak kita memang endless dan kita yang kena letak full stop dan disiplin diri sendiri kan. jadi camne aku nak sampaikan atau tunjuk kat the hubby menda ni bila aku sendiri takleh buat? memang next monthnye credit card statement aku tamo tengok, sakit kepala aduhhh aaqilah please picit eh

recent wishlist - it's just bleach manga up to latest volume

merapu

si pendek

Thursday, February 14, 2008

i hate seeing myself from the back. last nite the hubby showed me a photo he took as i was standing during cooking and i hated it..

aku rasa dari belakang i look the pendek and plump-plump.obviously giving birth almost 2 years ago changed my figure especially if you know where i mean. mmm patutla nampak debab je..

tapi lately aku selalu rasa yang aku dah gained some weigths.ok jugakla tapi aku nak proportionate elok-elok je. sudahlah si malas nak work out, ada hati nak let nature take its course huhuhu. bila tanya the hubby, dia kata mana ada gemuk. walopon rasa berisi, tapi still can fit in jeans aku hehehehe atau jeans aku kah yang expanding?

mengada-ngada ah aku nih.

perempuan dan isu berat badan, tak sudah-sudah

argh-gila

photography geeks

Monday, February 11, 2008

one of my passions is photography. i know it's kinda trendy nowadays and with the help of digital technology and availability of digi cam, everybody can take photos easily.

i started playing with camera since sekolah rendah due to the esposure from family. could'nt helped myself from getting nosy when seeing people taking pictures, i didn't want to be in the photo but the one who hold the camera. aku selalu rasa, i look hideous in the photo (sampai le sekarang) and the one who's taking photos is much way cooler hehehe in fact, i did asked for a camera if i scored all a's during my upsr.

ada orang tanya, sebab aaqilah ke kiterang beli kamera or sebab suka amik gamba. we looked at each other because from my part, i would never expect to get such a question. yela, obviously aaqilah is one of main parts why we spent on cameras. sayang kan bila travel tade kamera. atau bila ada menda menarik untuk dishare bersama.

even the hubby is so into photography sekarang. his ebay list was mainly on shoes is now abruptly getting replaced with lenses. aku rasa dia pon technically better sebab rajin mengkaji itu dan ini. aku plak malas huhuhu but we'll see..

from a photo it tells many stories =)

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images