everlong

Sunday, December 21, 2008

lately tak pasal-pasal blogging mood datang di pagi hari hehe. senang pon senang cik kecik sebok tengah lena diulit mimpi.

lately juga aku dengan begitu rajin dan semangat duk mengganti puasa. sementara maghrib around 4pm dan aku melepak kat rumah tak buat apa sangat. kalau kerja boleh tahan jugak laa temptations di sekeliling. itu tak cerita betapa sejuk dan ngantuknya ko rasa sebab tak dapat layan air panas seround dua tiga dan seterusnya.

lately juga bila aku bangun sahur tu aku punya sikit difficulties nak tido balik. kalau dulu tadehal je, sahur dan in fact sementara tunggu subuh tu pon aku boleh napping kejap. mungkin sebab lepas makan agaknya. aku cuba baring-baring nak tidur tapi kepala sarat fikirkan macam-macam pulak haisshh

baru-baru ni buat pertama kalinya aku terpaksa open a dispute kat ebay. kadang-kadang bila ko menang item ada le sesekali buyer atau seller buat hal cam haram sket. dalam hal aku ni, entah kenapa itemnya tak dapat-dapat. aku selalunya kalau beli barang, memang akan cuba bayar secepat mungkin sebab nak dapat barangnya juga secepat mungkin. seminggu tak sampai, dua minggu tak nampak lagi. masuk tiga minggu aku pon pelik. emel dah 3-4 kali tanya apa cerita ni? tapi pelik juga sellernya senyap je. aku perasan laa kat overall comments dia ada negative feedback 3-4 tapi should be ok la rasanya. tak fair la kan nak judge people based on 3-4 negative feedbacks out of beratus-ratus. lagipon memang dia dah siap-siap cakap disebabkan kebusy-an dia memang dia akan ambik up to 7 days untuk shipping barang. aku tak kisah sangat la tu. tapi kenapa laa ko menyepikan diri langsung? jadi akhirnya kes ni favor pada aku dan paypal return duit balik. ini pon dengan baik hati sampai sekarang aku masih tak tinggalkan feedback untuk seller ni lagi walaupon dia deserves untuk negatif tau.

semalam kiterang saja-saja buang masa pergi outlet terdekat dengan rumah. hmm ok laa, tadelah bes gila pada kiterang punya level bes. takde beli pape jugak, aaqilah dapat kasut baru setelah buat taktik tanak bukak kasut selepas try. hampir habis satu kedai dia melarikan diri. ada beberapa top comel-comel tapi aku berharap lagi untuk turun tuu. overall biasa saja lah. high street sale much more better kut. shopping ni macam satu terapi bila tension la pulak. beli dulu, camne nak bayar/hidup kemudian kita fikirkan muahahahahahahaa (kepada sesiapa yang masih teguh hatinya dan belum terjebak dengan ini madness, janganlah anda-anda meniru perangai buruk saya ini huhuhu)

doa aku dengan kedatangan tahun baru yang sedar tak sedar tak sampai dua minggu ni, hari-hari gemilang sang suria turut menerangi dunia kiterang di musim sejuk ni. sekarang ni matahari macam malu-malu kucing saja. satu dua hari macam gerimis sikit-sikit..

amin..

You Might Also Like

3 comments

  1. kalau datang gila, memang aku shoping barang dulu kemudian baru pening carik duit.. haehehe.. itu pon nasib baik jarang berlaku.. :D
    sana tengah gawat terok kan?

    ReplyDelete
  2. aku baru nak bertatih jer ngan ebay...dok usha brg2..tp x berani laa pulak nak beli....

    ReplyDelete
  3. fishballisme gawat.orang byk kena lay off.harga barang naik.orang kurang spending.

    durra kalu ko tak sure tgkla feedback dr buyer lain.kalau nak beli designer kena hati-hati.takut baya sum of money then fake plak.unless memang dia state situ fake.aku dah ada bintang biru =) tapi yang agak bahayanya ebay can be addictive hehehe

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images