perihal temuduga
Wednesday, December 10, 2008di zaman-zaman susah dapat kerja ni bila ada panggilan temuduga macam opportuniti emas.
lebih kurang seminggu sebelum temuduga
aku dapat sms dari nhs. sms ye yang berbunyi tahniah ada message untuk aku sila cek emel. wah kemain excited bila tau ada interview. jam-jam itu juga terus konfirm kedatangan.
tapi sebab aku agak busy aku jadi ingat-ingat lupa dengan temuduga tu. kononnya masa seminggu nak spend dengan mengulangkaji juga tak menjadi. apa laa yang nak kena baca kan?
sehari sebelum temuduga
masih bermain-main dengan aaqilah, dan napping. oh silap, setengah hari kiterang keluar shopping untuk raya.
pagi temuduga
bangun pagi around 8 lebih sebab tiba-tiba rasa takut dan gelabah datang. alaa apa nak jawab test ni kalau tak tau apa. selak buku apa yang patut. ada aku mention tak ada praktikal test? ye ada praktikal test. aku tanya other half apa agaknya sebab dia banyak kali ambil praktikal test sewaktu interview. mungkin programming skill agaknya kata other half. atau demo apa-apa yang patut sambungnya lagi. ah benci btul aku memikirkan kemungkinan programming test, kantoi busuklaa jawabnya. lepas menghabiskan sepanjang pagi menggelabah studying method aku (40% adalah membaca blog orang, cek emel dan baca menda mengarut), aku iron baju dan bersiap-siap untuk pergi temuduga di hospital yang terletak northwest dari rumah aku ni.
2 hari selepas temuduga
diorang kata result akan tau dapat/tak dalam masa 2 hari ni. benci betul laa perasaan ternanti-nanti. kalau tak dapat, lagi failed interview untuk simpanan rekod peribadi, dem. otherwise, alhamdulillah.
selalu lepas interview kita sendiri boleh rasa akan kebarangkalian outcomenya berdasarkan macam mana dan apa kita jawab, responds dari tukang temuduga dan riak wajah diorang. alaa somehow kau boleh tahu sendiri right right. dari pengalaman aku yang dapat kerja, aku dapat tau akan outcomenya dalam hari yang sama juga. lepas tu tukang temuduga dah kasi hints macam dia nak hire aku kerja. lagi banyak kau rasa apa sepatutnya kau jawab begini dan begitu lagi slipping away laa chances nak dapat kerjanya.
jadi macam mana? kalau hari ni tetap takde jawapan, konklusinya another failed interview untuk simpanan rekod peribadi.
2 comments
pendapat aku lah, kalau ko balik sini konfom senang dpt keja... :)
ReplyDeleteaku juga rasa untuk long term punya kl lagi senang
ReplyDelete