mental blok?
Wednesday, December 03, 2008aku rasa macam suffering from mental blok le lately.
sebabnya bila nak mula blogging je terus kosong. aku akan renung je skrin tapi takde idea datang. padahal blogging je kan, sikit punya unlimited skop ko boleh tulis.
jadi aku nak mulakan blogging dengan cerita apa aku buat hari ni. pagi ni aku join chatting/discussion/breakfast free group orang-orang yang akan meninggalkan nxp. tade menda pon aku citer, saja nak jumpa since ni minggu terakhir kan. kira macam formalnya aku bagitau aku nak blah dah. lagipon dapat air free. nak makan free pon boleh tapi takkan nak amik bacon roll/mince pie pulak.
sepanjang hampir sejam tu aku rasa aku cuma cakap tak sampai 5 ayat kut. lain-lain aku cuma dengar, senyum dan gelak-gelak je. mana ayat-ayat yang macam sedap tu aku cuba untuk ingat, boleh laa diapply di masa akan datang. macam satu terapi, kata manager aku. mendengar, berkongsi dan meluah rasa pada satu grup people yang lebih kurang nasib dengan kita iaitu orang yang diberhentikan/memberhentikan diri secara sukarela.
bayangkan dah kerja selama 30 tahun dan tiba-tiba satu hari kau berhenti. macam satu kejutan kan. jadi tru grup ni aku berpeluang untuk mendengar rentetan pengalaman dari job hierarchy yang berbeza juga. ada yang dari general admin. ada yang senior engineer. ada manager. dan aku mewakili generasi setahun jagung-eksekutif level.
nampaknya idea baru tiba-tiba muncul. tunggulah dalam entri akan datang, aku akan cuba dedikasi sedaya upaya blogging tentang apa aku dapat sepanjang kat sini. takdelah signifikan mana tapi sekurang-kurangnya satu memori dan kinda like reminder pada diri sendiri. aku nak jugak tersenyum sendiri atau ooh aaaahh bila baca blog sendiri satu hari nanti ;P
haaa dapat satu entri, no?
0 comments