perihal sale
Wednesday, December 31, 2008dah lama aku mendengar tentang kegilaan hari sale such as boxing day la, designer sale la, outlet sale gila laa, tapi jarang sekali dapat menyaksikan satu. sale outlet yang ajaib rasanya pernah rasa tapi dah lama takde nak-nak bila harga barang naik ni. high street sale sewaktu boxing day selalunya aku dengar orang cerita je lah.
boxing day kiterang dah pergi dua kali, mungkin murah pada sesetengah orang tapi tak seperti yang kiterang harapkan. mungkin kiterang yang terlalu berharap pada benda yang tak mungkin. atau kalau kau memang dah aim pada designer stuffs dan menyimpan duit sekian lama, it's worth for the wait.
jadi akhirnya pada hari sabtu lepas sehari selepas boxing day, kiterang mencuba nasib di kota fesyen london. lagipon ayi pon nak balik pada malam 27 tu jadi kira ok laa ke london dan petang tu kita terus ke heathrow. sewaktu lalu depan harrods (mall paling posh) sewaktu hampir 10.00 pagi aku nampak orang dah mula queue. kiterang menjadi pelik kenapa perlu beratur seawal pagi semata-mata sale?
kemudian baru aku faham kenapa derang ni sanggup beratur di pagi hari. bila hampir semua designers off up to 50% kecuali lolo vitu*, jadi mana lah semua orang yang serupa vultures ni tak kelaparan darah. sebutlah apa saja, mat yakob, miaw miaw, gakki, cd lagu, caknel*, apa saja seperti darah membuak-buak. jadi adakah aku juga serupa vultures? sendiri jawab le ye.
kesimpulannya jika punya duit dan berkeinginan barang designer di mana butiknya di malaysia pandang malu-malu saja, ye memang ada hari di mana anda akan bertukar menjadi vulture.
(aku pon sama wawawawawa)
* bukan brand sebenar
0 comments