when she visits

Tuesday, November 18, 2008

monthly visit oleh kawan baik aku since aku berumur xx selalunya tidak berapa comfy. aku pon tidak berapa pasti kenapa. adakah kerana fizikal? atau diet yang tak berapa sihat? atau memang terjadi pada orang-orang terpilih? tapi yang pastinya menyakitkan dan kadang-kadang menyeksakan.

aku pernah tanya doktor. doktor kata adakah awak suka minum air batu? jawab aku bole tahan jugalah doktor. maklumlah hari panas. dia kata itu salah satu penyebab, ais menyebabkan otot mengecut dan menyakitkan terutama waktu kawan baik mula sampai nak-nak 1-2 hari pertama. jadi katanya kurangkan dan kalau bole avoid terus untuk waktu tertentu. ok, aku pon ikut.

ada jugak orang cakap, once dah pregnant dan bersalin nanti semua sakit akan hilang. aku pon percaya. mungkin sebab sakit nak beranak itu something beyond apa ko bole bayangkan jadi in comparison sakit nak beranak dan period pain adalah bagai langit dan bumi. malah dengan naifnya aku pecaya semua sakit akan hilang.

tapi hal lebih kurang serupa masih terjadi bila kawan baik datang visit. mungkin tak sekronik dulu seperti muntah-muntah. kadang-kadang memang khidmat pakar mengurut tulang belakang en effirul sangat diperlukan juga.

orang yang bercakap itu berdasarkan pengalaman mereka sendiri. tapi dalam kes ni tak berapa applicable kat aku nampaknya. atau aku sendiri salah intepretasi?

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images