love komik
Thursday, November 06, 2008sekarang semacam satu rutin sambil baring-baring nak tido tu layan citer dulu. lagipon aku sengaja tutup lampu supaya dapat mencepatkan lagi proses nak tidokan cik aaqilah ni. tapi rupanya dia main-mainkan aku plak, asyik keluar masuk bilik. kadang-kadang tu aku yang tetido dulu tak seda mana aaqilah pergi. ayah dia cakap dia yang selalunya masuk tido sendiri when the time comes. most of the time aku bejaya tidokan dia.
lately aku duk melayan kindaichi shounen no jikenbo, anime adaptasi daripada manga with the same title kut atau dalam alih bahasanya ialah penyiasat remaja.
aku mula melayan penyiasat remaja sewaktu zaman diploma dulu. asalnya cousin aku yang bawak ke rumah dan tertinggal, aku pulak tengah cuti dan belek punya belek langsung jadi ralik. lepas tu terus cari kat kedai, siap cari kat kedai komik. antara kedai yang aku ingat ialah kat sg wang plaza tingkat 3 atau 4. situ macam comic heaven. tinggal ada duit saje untuk dispend kat komik. bila dah dapat selalunya muka penuh ceria, hati berbunga-bunga lebih dari orang bercinta. rasa-rasa la kan, banyak juga aku dah spent kat komik dulu. dan aku memang jenis orang yang buat koleksi, suka sebab ada koleksi komik dan bole baca ulang-ulang. jadi nampak kan duit tu hala ke mana.
aku agak bersetuju sebab komik bahasa aku jadi semakin pasar hahaha. walopon pasar, the good thing is aku pick up bila dah besar, bukan di waktu bahasa malaysia yang menentukan gred spm anda atau semasa belajar membuat karangan. in fact waktu sekolah rendah dulu nak baca gila-gila pon kena sorok-sorok, kalau tidak kena marah dan kena buang. dah le time tu aku budak minang tengah hot.
aku rasa kiterang masih tetap berangan dengan koleksi lengkap slam dunk. mungkin hadiah harijadi atau anniversary hehehehe
2 comments
Senangnya kasik hadiah kat ko.. kasik set komik je la kan? :P
ReplyDeletebtw, kamu kena tag tau! haha
bleach please =D
ReplyDelete