hasniza "hash brown" hisma

Friday, November 14, 2008

aku ni sangat suka akan makanan berasaskan kentang, bole kata hampir apa saja bentuk masakan dan cara aku akan makan. french kries, hash brown, kentang dalam sup, gulai, kari, roti kentang pon aku suka, pizza topping pon aku selalu letak kentang (selalunya masak seperti inti karipap), mash potato, kentang bungkus, etc etc. who doesn't kan?

setiap jumaat kat cafe ni selalunya serves full breakfast, telur, cendawan goreng, hash brown sebagai extra selain roll, sosej dan bacon yang hari-hari ada. maka aku akan mengambil kesempatan ini mentapau 2-3 keping hash brown.

tiba-tiba pagi ni aku teringat zaman aku waktu kerja uni dulu. bole kata hari-hari aku duk layan hash brown kat kafe uni tu. yelah saya ni lapar dan apa lagi yang eatable. lainlah kalau tiba-tiba cafe serves nasi lemak, roti canai atau kuih muih pulak kan, mestilah aku rasa macam menang loteri atau cafe management dah taken over by malaysian?

disebabkan hari-hari aku layan hash brown maka aku dapat nickname hasniza 'hash brown' hisma.

moment terharu sebelum aku blah, colleages aku buat surprise dengan satu pack penuh isi hash brown (10 - 15 tak silap). bole tahan mengah nak habiskan. tapi kalau ada coklat lagi sweet heehehe

teringat la pulak..

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images