quizzical

please mr postman

Friday, November 28, 2008

waktu kecik-kecik dulu, aku nak sangat dapat surat. hari-hari posmen datang surat utk en hisma jugak. bukan setakat satu tapi dua tiga kadang-kadang tu lebih lagi.

tapi ayah aku cakap camni, tade besnya dapat surat banyak-banyak ni. lagi banyak dapat lagi bole rasa sakit kepala ada la. kenapa pulak nak sakit kepala, dapat surat seronok apa. dia pon tunjuk, ni bil telefon, ni pulak hutang bank, reminder bla bla. hmm btul ke? tak percaya laa aku. aku rasa waktu dapat surat dari kelab colgate sangat gembira rasanya.

betul la, sekarang ni takde surat maknanya aman damai sikit. melainkan online purchase lain-lain surat tidak membawa khabar indah. nak-nak kalu surat yang tiba-tiba sampai bisa bikin sakit kepala.

hari ni aku dapat surat kategori tiba-tiba. alaa apa menda laa nak kena baya, atau notis pasal aku baya kredit kad lambat itu hari ke?

jeng jeng jeng. aku nampak perkataan good news. aa aku menang cabutan bertuah?

oo rupanya halifax naikkan kredit limit. ler itu kaa.

apa lagi, moh selfridges kita muahahahahaa

over the rainbow

yesterday once more

Thursday, November 27, 2008

disebabkan banyak sangat berfikir akan kemungkinan tu dan kemungkinan ni lah yang membuatkan aku selalu tak kemana.

pengalaman mengajar jika buat tanpa berfikir dulu selalu menjerat aku dalam situasi yang menyakitkan hati dan kepala. in fact, kat mana aku sekarang boleh dikatakan somehow result dari buat tanpa berfikir panjang. atau mungkin aku ni yang sangat curious tentang macam-macam benda (quote the hubby).

ye, di mana kita berada sekarang bertitik tolak dari aku. aku yang punya semangat adventurous yang berkobar-kobar. aku yang konon asalnya nak mengubat hati luka lara. aku yang inginkan cabaran. aku yang nak buat lain dari yang lain. aku yang sentiasa ingin melihat dan menjelajah dunia. aku yang tidak mahu hidup ini monotonous. 

itu aku yang dulu. sekarang aku yang ini sudah punya lebih responsibiliti. aku yang hari ini kena berfikir dengan lebih matang, waras dan tenang. 

jadi salahkah aku? part of the blame, ye. 

quizzical

kehidupan manusia biasa

Tuesday, November 25, 2008

minggu depan ialah minggu terakhir saya di nxp.

terima kasih pada colleagues yang sudi prihatin, aku selalu mendapat soalan future plan dan muka agak simpati. terus terang aku takdela rasa teruk sangat. yela, aku ini kontraktor cabuk saja. sedia faham dan maklum.

memang lepas ni takdelah sesenang sebelum ni. in fact kiterang pernah rasa lagi teruk. tapi aku tanak jadikan duit sebagai a-must. aku rasa lebih baik fikir begini, kalau ada alhamdulillah, kalau takde that's ok, kalau susah sangat nanti boleh dicari. dalam masa sekarang dengan job market tak menentu, visa yang dah nak expired lagi berapa bulan ni dan apa akan jadi up until tengah tahun depan, susah nak buat long term planning. kata hidup macam student, semuanya evolve pada masa ini dan esok lusa. nak fikir panjang ke depan hmmmmm aku pon tak berani nak kata.

sebetulnya aku rasa gembira dan lega jugak. lepas ini the hubby boleh bekerja macam kuda nak-nak dalam bulan 12 ni. aku pon dah plan nak buat macam-macam. side projects, kelas programming, kelas bahasa asing, melayan si tampuk manggis bila ada masa. kesian dah lama dia duduk tersorok bawah bantal huhuhu

mari kita tengok hangat si tahi ayam atau memang semangat maju jaya

argh-gila

AZZURRI - SELECAO

Thursday, November 20, 2008

saya dan dia..

dulu waktu berangan-angan zaman berchenta, cerita tentang masa depan memang lebih sedap di mulut dari hakikat realitinya. nama pon berangan. honeymoon nanti kita celebrate kat san siro atau delle alpi as for ronaldo (inter) dan del piero (juventus).

seiring dengan masa berlalu, footballers datang dan pergi silih-berganti. kalau sebut ronaldo hari ni pon orang akan ingat christiano ronaldo. this is the real ronaldo i'm talking about, Ronaldo Luis Nazário de Lima or better known as ronaldo.

kemungkinan besar kelibat-kelibat yang kita harapkan takde kut. memanglah bukan inter vs juve tapi ini even a bigger game, bigger than ever. tapi demi opportuniti yang mungkin sekali ini sahaja seumur hidup maka apa kata the hubby kita pergi? jomlah. hadiah birthday saya ok??

quizzical

when she visits

Tuesday, November 18, 2008

monthly visit oleh kawan baik aku since aku berumur xx selalunya tidak berapa comfy. aku pon tidak berapa pasti kenapa. adakah kerana fizikal? atau diet yang tak berapa sihat? atau memang terjadi pada orang-orang terpilih? tapi yang pastinya menyakitkan dan kadang-kadang menyeksakan.

aku pernah tanya doktor. doktor kata adakah awak suka minum air batu? jawab aku bole tahan jugalah doktor. maklumlah hari panas. dia kata itu salah satu penyebab, ais menyebabkan otot mengecut dan menyakitkan terutama waktu kawan baik mula sampai nak-nak 1-2 hari pertama. jadi katanya kurangkan dan kalau bole avoid terus untuk waktu tertentu. ok, aku pon ikut.

ada jugak orang cakap, once dah pregnant dan bersalin nanti semua sakit akan hilang. aku pon percaya. mungkin sebab sakit nak beranak itu something beyond apa ko bole bayangkan jadi in comparison sakit nak beranak dan period pain adalah bagai langit dan bumi. malah dengan naifnya aku pecaya semua sakit akan hilang.

tapi hal lebih kurang serupa masih terjadi bila kawan baik datang visit. mungkin tak sekronik dulu seperti muntah-muntah. kadang-kadang memang khidmat pakar mengurut tulang belakang en effirul sangat diperlukan juga.

orang yang bercakap itu berdasarkan pengalaman mereka sendiri. tapi dalam kes ni tak berapa applicable kat aku nampaknya. atau aku sendiri salah intepretasi?

quizzical

somewhere only we know?

Tuesday, November 18, 2008

I walked across an empty land
I knew the pathway like the back of my hand
I felt the earth beneath my feet
Sat by the river and it made me complete

Oh simple thing where have you gone
I'm getting old and I need something to rely on
So tell me when you're gonna let me in
I'm getting tired and I need somewhere to begin

I came across a fallen tree
I felt the branches of it looking at me
Is this the place we used to love?
Is this the place that I've been dreaming of?

And if you have a minute why don't we go
Talk about it somewhere only we know?
This could be the end of everything
So why don't we go
Somewhere only we know?

daily life

masa lepak aaqilah

Monday, November 17, 2008

kalau dulu hafal lirik lagu (tapi aku dah lama tinggalkan ye), sekarang hafal nama karakter dalam rancangan kanak-kanak dan kalau perlu hafallah sekali lagu dalam rancangan tu sekali. baru la bole nyanyi bersama-sama

sebenarnya tadelah sampai perlu menghafal. nama pon rancangan kanak-kanak, obviously lagunya pendek-pendek. tapi ada rancangan aaqilah ni karakter boleh tahan banyak, nama pon boleh tahan pelik-pelik. aku selalu kena gelak dengan the hubby sebab asyik salah sebut.

ada 2 rancangan aaqilah to date.

in the night garden



pada aaqilah semuanya pakka walaupon kiterang rasa dia favor igglepiggle. maa aaqilah yang sebenarnya suka igglepiggle. yang kaler creamy milky white tu lah makkapakka, yang aaqilah panggil pakka itu. igglepiggle berwarna biru yang sentiasa memegang selimut merah. dia sentiasa tidur di dalam perahu, yang menurut ayah aaqilah main transportation igglepiggle untuk sampai ke garden.

yes my name is igglepiggle

teletubbies

sangat obvious sekali aaqilah menunjukkan favorite-nya LaaLaa. aku rasa mungkin sebab dekat dengan nama dia. mungkin dia rasa dia seperti laalaa dan laalaa seperti dia agaknya.

budak-budak zaman sekarang.


Sunny Day
Sweepin' the clouds away
On my way to where the air is sweet

Can you tell me how to get,
How to get to Sesame Street

enjoy food

hasniza "hash brown" hisma

Friday, November 14, 2008

aku ni sangat suka akan makanan berasaskan kentang, bole kata hampir apa saja bentuk masakan dan cara aku akan makan. french kries, hash brown, kentang dalam sup, gulai, kari, roti kentang pon aku suka, pizza topping pon aku selalu letak kentang (selalunya masak seperti inti karipap), mash potato, kentang bungkus, etc etc. who doesn't kan?

setiap jumaat kat cafe ni selalunya serves full breakfast, telur, cendawan goreng, hash brown sebagai extra selain roll, sosej dan bacon yang hari-hari ada. maka aku akan mengambil kesempatan ini mentapau 2-3 keping hash brown.

tiba-tiba pagi ni aku teringat zaman aku waktu kerja uni dulu. bole kata hari-hari aku duk layan hash brown kat kafe uni tu. yelah saya ni lapar dan apa lagi yang eatable. lainlah kalau tiba-tiba cafe serves nasi lemak, roti canai atau kuih muih pulak kan, mestilah aku rasa macam menang loteri atau cafe management dah taken over by malaysian?

disebabkan hari-hari aku layan hash brown maka aku dapat nickname hasniza 'hash brown' hisma.

moment terharu sebelum aku blah, colleages aku buat surprise dengan satu pack penuh isi hash brown (10 - 15 tak silap). bole tahan mengah nak habiskan. tapi kalau ada coklat lagi sweet heehehe

teringat la pulak..

over the rainbow

note to the ode

Thursday, November 13, 2008

saya sangat terharu dan ada sedikit rasa bersalah

takku sangka previous entri mendapat feedbacks dan komen yang mengharukan in terms of contents dan numbers, rasa macam glamor kejap hihihi. very flattering.

tapi lepas tu rasa bersalah mula datang (sikit la). adakah gaya aku tulis tu menampakkan serius dan bermasalah sangat? insyaAllah keadaan masih ok.

oh ya, nampaknya ada besar kemungkinan bulan 12 ni ialah bulan melepak dan back to housewife. (menjawab soalan ko jue hehehe)

terima kasih tak terhingga semua

thoughtful me

perlu ke aku skeptikal

Wednesday, November 12, 2008

antara menda yang paling aku tak suka pasal ofis ni ialah lokasi.

okla, kena naik 2 bas aku bole terima. nak tunggu pon tadela lama sangat. lagipon aku selalu dapat excercise dengan cara gini, kejar bas bila lambat (seriously aku lari), jalan kaki ke bus stop yang tadela dekat dan bangun awal pagi-pagi (tade kena mengena sangat pon).

kenapa aku tak berapa suka akan lokasi ini. ofis aku ni terletak di area kawasan yang bole boleh tahan dodgy. walaupon betul-betul sebelah motorway (cam highway) tapi kalau area pon dodgy maka orangnya paham-paham saja la, if u know wat i mean.

orang biasa aku tak kesah sangat, yang aku sikit tensen ialah budak-budak kecik dan remaja ni. dengan fizikal aku yang macam budak lelaki baru nak akil baligh, agak-agak sapa aku di mata derang ni.

kes pertama, aku penah sekali kena sexual harrass dengan pakcik loser yang bertanyakan aku tentang willy dia. walaupon aku paham apa dia cakap tapi untuk mengelakkan pape aku cuma geleng-geleng macam pendatang asing yang tak paham english. nasib baik dia blah tapi stigma itu mengerikan. rasa nak nangis tapi tape kewl kewl. ada beberapa kali aku terserempak waktu jalan kaki nak ke opis tapi aku buat muka semasam dan segarang bole dan jalan dengan laju-laju.

kes lain lebih banyak involved budak-budak kecik kurang ajar ni (tak baik cakap anak orang gitu). aku tapaukan veggie pizza untuk the hubby dalam bekas makanan tu kan. lepas tu ada laa 2-3 orang lepak kat tepi jalan dan lepas tu konon-konon tanya kat aku jam pukul berapa. bila cam aku layan tu cepat-cepat dia rampas bekas kat tangan aku tu. tapi aku berjaya ngelak dan bekas terselamat. tapi macam kesian pulak kan, jadi aku bagi je. lepas tu aku macam menyesal kenapa laa tak letak serbuk cili banyak-banyak. eh macam tak ikhlas plak haha

penah juga aku kena harass kat bus stop tu. derang cakap apa kemenda ntah dan ketuk-ketuk kat bus stop tu. kang aku lempang derang tu ada ramai, aku plak sorang-sorang je. tapi tape sebagai seorang waras dan lagi matang obviously, aku buat dek je. kejap je lepas tu derang ni pon blah jugak. saja nak menyakat tade kerja.

hari tu aku terserempak dengan gang budak-budak remaja tade haluan. derang semua dah duk pandang-pandang dan macam nak make a move. aku sangat bersyukur time tu sebab ofis depan mata je. ini kes tetinggal wallet dan tiket bas jadi nak tanak aku kena patah balik.

semalam pulak ada budak kecik ni main besi panjang. waktu aku lalu tepi dia aku tatau laa apa dia nak cakap dan cepat-cepat aku gerak ke bus stop dekat roundabout. pasal tu aku telepas 2 bas, aiseh.

entahlah kan. apa la yang aku bole buat pon selain sentiasa bersedia dan buat tak reti je. bila perlu berlakon lagi pendatang tak paham english. kadang-kadang aku kesian akan budak-budak yang macam tade haluan ni. masa depan yang tatau camna, apa nak buat, apa nak jadi. aku pretty sure dalam masa beberapa tahun je lagi bole nampak couple budak-budak tolak stroller, itu pon kalau the fathered one nak amik part of tanggungjawab. umur baru 15-16 (average) dah kena besarkan anak pulak. habis camne pulak dengan baby tu, lagi kesian kan. nanti membesar jadi la kurang ajar. tak citer lagi kes jenayah, gangstarisme, underage pregnancy, etc etc cycle sama yang akan berulang dan berulang dan berulang..

ada berapa minggu je lagi kena tahan

argh-gila

sentimentalism dan melankoli

Monday, November 10, 2008

sindrom sentimentalism ialah apabila anda mempunyai rasa sayang sangat pada harta-menda sehingga menyukarkan untuk get removed barang kerana pada anda setiap menda mempunyai sentimental value dan estetika yang tersendiri. dan kalau anda bole recall balik setiap sentimental value on setiap barang/benda anda bolehlah dirumuskan mempunyai sindrom sentimentalism ini.

aku juga tidak terkecuali mempunyai sindrom yang disebut di atas. mungkin tidak dapat recall balik dengan terperinci tapi aku sentiasa rasa setiap barang precious in its own way. apa lagi kalau susah nak dapat atau one of its kind. tapi sapa tak sayang kan.

yang menjadi masalahnya ialah apabila barang sudah lebih muatan (dalam kes ini ialah tempat simpan). aku mula tepikir akan keseriusan sindrom aku ini bila the hubby sudah mula iklan-mengiklan jual barang dia baru-baru ini. dengan semangatnya the hubby menunjukkan his convincing pr skill dan betapa persuasive dia bole jadi. sebenanya bukan setakat lebih muatan tapi yang lebih utama ialah kerana isu gawat. macam-macam pakej yang ditawarkan oleh the hubby dalam usahanya itu.

dalam banyak-banyak barang aku tak rasa ada wat can i call is mine. barang-barang hak milik bersama ada lah. in fact the hubby ada juga involves dalam jual-menjual kasut dan some of his clothes and stuffs kat ebay. pon aku tak pernah buat. dari segi percakapan dia tu kemungkinan besar sebelum kiterang balik for good hampir semua furniture utama is going too.

in order to keep minimal and less maintenance of course we got to get rid of stuffs. bole juga dijual jika second/third value masih tinggi. tapi itulah masalah aku, rasanya susah utk let go barang-barang sendiri. betul ada banyak kasut tapi rasanya yang tu masih bole guna. betul juga ada beberapa handbags tapi rasanya tiap satu mungkin sesuai untuk certain occasion dan event. betul ada banyak baju/jeans tapi ada orang nak ke. sayang sayang sayang. betul bole bisnes barang sendiri tapi aku lagi suka menurunkan ke family. sebabnya aku mau make the opportunity untuk orang lain merasa pakai. mungkin kerana mereka tidak punya kesempatan membeli. mungkin juga elaun tidak cukup kerana bersekolah lagi. mungkin juga kerana kurang kemampuan. murni gak niat aku nampaknya hehe

tapi entahla dalam keadaan kewangan akan datang ni, mungkin kena let go juga..

quizzical

lagi tagging game

Saturday, November 08, 2008

lama betul tak ditag orang, this tagging game oleh fishball, saya excited hehehe
jadi mengikut peraturannya seperti berikut:

  1. Put The logo in your blog


  2. add a link to the person who is shared it with you
  3. fishball.is.me

  4. Nominate at least 7 other blogs
    • anom
    • anor haris
    • apple april
    • diana mama adam
    • haza
    • ireen
    • ju h
    • nurul ramly
    • ratna
    • err mana lagi kawan-kawan pompuanku yang mempunyai blog
    • yang lelaki kalu mau pon bole juga hihihi

  5. Leave a message for your nominee on their blog
  6. dah buat

ok besambung second part of the tagging game

be honest
law and order

  1. Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!.
  2. DON’T change your clothes, DON’T fix your hair…just take a picture.
  3. Post that picture with NO editing.
  4. Post these instruction with your picture.
  5. Tag people to do this
  6. saya mau tag orang-orang di atas juga

recent photo snapped with webcam saja hehehe. teka siapa di belakang? saya di depan kekeke

argh-gila

love komik

Thursday, November 06, 2008

sekarang semacam satu rutin sambil baring-baring nak tido tu layan citer dulu. lagipon aku sengaja tutup lampu supaya dapat mencepatkan lagi proses nak tidokan cik aaqilah ni. tapi rupanya dia main-mainkan aku plak, asyik keluar masuk bilik. kadang-kadang tu aku yang tetido dulu tak seda mana aaqilah pergi. ayah dia cakap dia yang selalunya masuk tido sendiri when the time comes. most of the time aku bejaya tidokan dia.

lately aku duk melayan kindaichi shounen no jikenbo, anime adaptasi daripada manga with the same title kut atau dalam alih bahasanya ialah penyiasat remaja.

aku mula melayan penyiasat remaja sewaktu zaman diploma dulu. asalnya cousin aku yang bawak ke rumah dan tertinggal, aku pulak tengah cuti dan belek punya belek langsung jadi ralik. lepas tu terus cari kat kedai, siap cari kat kedai komik. antara kedai yang aku ingat ialah kat sg wang plaza tingkat 3 atau 4. situ macam comic heaven. tinggal ada duit saje untuk dispend kat komik. bila dah dapat selalunya muka penuh ceria, hati berbunga-bunga lebih dari orang bercinta. rasa-rasa la kan, banyak juga aku dah spent kat komik dulu. dan aku memang jenis orang yang buat koleksi, suka sebab ada koleksi komik dan bole baca ulang-ulang. jadi nampak kan duit tu hala ke mana.

aku agak bersetuju sebab komik bahasa aku jadi semakin pasar hahaha. walopon pasar, the good thing is aku pick up bila dah besar, bukan di waktu bahasa malaysia yang menentukan gred spm anda atau semasa belajar membuat karangan. in fact waktu sekolah rendah dulu nak baca gila-gila pon kena sorok-sorok, kalau tidak kena marah dan kena buang. dah le time tu aku budak minang tengah hot.

aku rasa kiterang masih tetap berangan dengan koleksi lengkap slam dunk. mungkin hadiah harijadi atau anniversary hehehehe

argh-gila

i want one

Thursday, November 06, 2008


apesal laa ko ni mahal sangat, tak ku faham.
yeay, real zero, juve due

argh-gila

my juve mug

Wednesday, November 05, 2008

menjelang pertemuan real madrid-juventus malam ni, chee konon haha

as roma dengan jayanya membelasah chelsea 3-1 semalam. aku tengok pon lagi 1/2 jam nak abis game. roma-juve, roma-juve, akan selalu buat aku teringat kes mug juve. sebenanya tade la kes sangat pon, tapi teringat akan kefanatik-an dan jati diri loyal tak berbelah bahagi supporter bola di itali.

italians memang diketahui fanatik akan football, dan sangat team spirit. biasanya derang akan support team kampung halaman sendiri, which can be applied everywhere. seperti contoh, former colleague aku dulu berasal dari birmingham maka secara tradisi satu keluarga dia penyokong aston villa.

cerita aku pulak macam ni. 2 tahun lepas sewaktu kiterang on the way balik dari roma dan tengah queue nak naik flight dan sepeti yang dijangka juga kena tahan dengan pakcik imegresen. biasalaa foreigner. dia pon amik bagpack dari the hubby dan mula memeriksa. satu-persatu barang dari dalam beg dia belek dan mana dia rasa nak tengok dengan detail dia keluarkan. dalam beg tu pon tade pape sangat, cuma kiterang isi dengan souvenir bola yang baru je beli kat fiumicino airport ni seperti stokin inter dan mug juve aku yang the hubby letak kat atas sekali. tiba-tiba dia cakap no-no sambil kluakan mug aku dan berlakon nak buang dalam tong sampah. lepas tu dengan tak semena-mena plak the hubby jawab 'alessandro del piero' sambil tunjuk-tunjuk aku. then dia pandang aku dan cakap 'del piero' dalam slang itali yang memang sedap aku dengar ;D shortly after that, dia masukkan barang dalan beg dan handed over to kiterang sambil cakap ok. yela kalau dibuatnya dia side lazio, mungkin souvenir as roma aku pon dapat nasib sama and vice versa. dan kalau dia memang i giallorossi, agaknya dia dah peluk the hubby atau at least calet sket hahahaha

agaknya kalau kiterang kat turin mungkin pakcik imegresen berbangga adanya juve supporter satu dunia. memang ada niat nak visit stadio olimpico time tu tapi masa dan informasi tak cukup. mungkin satu hari nanti, mungkin juga..

turin, milan, udine, florence, and there goes the list

ups and downs

reality checks

Monday, November 03, 2008

i'm leaving nxp after one year and a half mostly due to economic situation today. 

although i've been bitching about leaving before, now it's time for real. i think the last 3-4 monts i did complaint quite a lot, so when my manager told rumours about group merger quite some ago it didn't really strucked me. i was kinda accepted my situation, it's a mixed feelings, sad, a little happy, relieved and a bit of pressure came later.

it's sad to leave such a nice and friendly environment, moreover i am so comfortable working here. a little happy and relieved when eventually i can go without feeling much guilty and most of my things-to-do are now crossed off my used-to-be-quite-long list. soon after that the pressure was quite immense realizing that our financial won't be as strong as before. 

job market nowadays quite tough and very competitive. sigh..

thoughtful me

this ain't a country life

Sunday, November 02, 2008

hari ni selepas lunch dan zohor kiterang ke city centre, jalan kaki saja. maklumlaa bas tidaklah murah dan city juga tidaklah jauh mana. tapi nak jadi la plak, hujan turun. mula-mula elok saja renyai-renyai, kiterang pon masuk klua mall jadi takde laa teruk sangat. kemudian ke mothercare dengan niat utama iaitu mencari kotak. last year kiterang berjaya mendapat kotak saiz-saiz stroller tuu kat mothercare jadi we went to try our luck for second time. yeay, kotak berjaya didapatkan. 
on the way balik aku rasa macam malas tapi tape tape kita jimat so jalan kaki. hujan makin lebat pulak tu. sepanjang 20-30 minit kiterang meredah hujan. aaqilah relaks je sampai tido sebabnya dia ada rain cover. ditambah kiterang baru belikan hat dan glove jadi dia rasa warm saja. at one point aku rasa nak pau je glove aaqilah, tanganku dan mula numb. hidung berair tapi sebab kena hujan pon ko takkan tau air hidung ke air hujan ke kekeekeke 

waktu berjalan tu aku rasa kesian kat diri sendiri pon ada. 

i'm a professinal cynic
but my hearts not in it
i'm paying the price to living life at legal limit

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images