tales of two cities

Thursday, January 19, 2006

cousin yang sebaya aku nak kawen this friday night..

awal pagi-pagi tadi aku mengambil kesempatan tho malas mulanya,call mesia.memula aku call mak aku.dari malas nak citer panjang-panjang(sebab tendency aku untuk begayut) akhirnya 40 minit jugak hehehe seronok aku dengar mak citer pasal cousin aku nih,dengan adik aku dah pegi tolong-tolong derang from a day before.mak cakap dela call aja suh datang tolong-tolong..hmmm another long hmmmmmm aku terbayang kalaula aku kat sana time-time gini.dengan gelak-gelak aku cakap gini,"yela,jaja dah tade,aja le pulak"..tapi aku bepiker sebenanya..one deep thought.
lepas tu tetiba aku rasa nak call cousin aku plak.so aku pon call la dela,since no dia je aku ingat.betapa seronoknya suara dia aku rasa,waktu jawab tepon.aku terus rasa seronok.lepas tu sedar tak sedar tepon pas ke sorang sorang,dela,inah,along,dela balik,aja lak,nenek aku pon sempat,finally aja before we hung up.

kiterang memang dah lama tak contact sesama sendiri.maklumla semua orang dah besar-besar,dah ada life sendiri.aku dulu yang selalu melepak sana pon lama gile dah tak pegi sg penchala.last time we met was on my wedding day.inah tade sebab termiss flight.call jarang,sms pon jarang,jumpa apatah lagi..

tapi apa yang aku sedar lepas phone call tu yang kiterang sebenanya tetap rapat.still rasa bonding cam adik beradik tu tetap ada..tu yang buat aku lagi miss mesia,especially bila ada gathering besar camni..huhuhu

sampaikan aku bangun tido sangat rasa cam hari jumaat..dan terbayang je apa yang tengah jadi..

musim-musim kawen-tunang 2006 bermula

Friday, January 13, 2006

dua malam lepas,waktu aku dan hubby tengah tunggu nasi masak nak dinner,tetiba kiterang dapat satu surpise call dr mesia.hubby suh aku jawab sebab dia tgh busy betulkan tali seluar dia.so aku tengok nombornya secara lalu dan terus jawab.

me: hello
titi : hello,ni aku ni titi
me : eh,hi titi (suaraku tengah tekejut ni)
titi : titi said something,aku tak berapa dengar
me : oo,ko dah amik buku harry potter ye
titi : ape lak harry potter,aku nak tunang la lagi 10 hari

salah satu event besar yang pertama yang akan terjadi tahun 2006 ni.event kawan tunang dan cousin kahwin.oh ya,cousin aku ,inah is getting married too.majlis resepsi dia jatuh pada hari yang sama dengan titi tunang nanti,venue pon dekat-dekat..congats!congrats to inah + remy, titi + chern. =( well,ni la event-event yang memang aku nanti-nantikan,dan sedihnya tak dapat le nak datang dan meraikan besama-sama..aku suka makan nasi minyak orang kawen..

seperti yang aku notice,titi's engagement news dah juga diuar-uarkan di blog kawan-kawan,dengan beberapa pesanan untuk titi dan not forgetting jin hahaha aku pon sebenanya ada juga becerita menda-menda sama dengan hubby,aku rasa lebih kurang jugak dengan apa yang kawan-kawan lain duk gossip bila relate dengan 2 org ni hehehe mungkin ada tak masuk lagi satu nama?wallahualam..

dan botak jugak yang mesti tengah sebok prepare untuk hari besar dia,aku doa-doa semoga bahagia ke anak cucu,enjoy le masa-masa bujang yang tinggal ni hehehehe kiterang tengok dari jauh je..

untuk titi juga,eeh ko dah nak tunang ye =)

Eid Adha

Wednesday, January 11, 2006

Selamat Hari Raya AidilAdha semua.Nampaknya untuk kali kedua aku berhari raya kat nun jauh di tempat orang,cuma kali ni ada company senasib beraya di perantauan..

Even dah besar-besar gini perayaan raya haji tu tak terasa sangat dah,maklumlah kalo kat Mesia pon cuti satu hari je,tapi satu menda yang aku rasa tak miss mesti ada makan-makan raya tho tak semeriah Aidilfitri.Last year,kiterang sambung raya haji dengan pegi kelas di waktu pagi,nasib baik ada gap sampai petang bole pegi makan-makan kat umah kakak-kakak dan abang-abang family.Sampaikan sembahyang raya pon aku tak pegi,sebab tengah kelas.Begitula adanya..

Tapi tahun ni,kiterang berdua beraya dengan melawat hospital lak dulu.Last week hubby ada appoinment untuk tuberculosis,dia kena amik satu test ni,Heaf Test nama dia.Test ni untuk check samada dua BCG jabs yang kita amik waktu budak-budak dulu tu effektif lagi ke tak.Caranya dia macam tembak kat lengan kita ni(which aku tak kena buat hehehe),then dia suruh datang the next weeknya untuk tengok result.Kalau (+) tu rupa dia macam gegelang rounded by small red dots,maknanya jabs kita dulu tu ok lagi,otherwise kena la cucuk lagi gamaknya.So lepas seminggu campo berkat raya-raya ni hahaha resultnya (+). Lepas tu kiterang jalan kaki pegi city centre,sebab ari tu hubby dah janji kali gi outing nak beli cawan kat mns ehehehe sebiji 50 pence,aku amik la 4 biji dengan pinggan lagi 3 biji..teringin jugak nak beli barang-barang rumah ni kat satu kedai ni,habitat tapi alaaa mahal tak mampu lagi even ada sales pon..barang-barang dia cun.

Lepas tu merayau-rayau,aku dari ari tu mau beli iron,kiterang pegi la argos,belek punya belek katalog kat argos tu ada orang tu pegi la beli sony discman yang dia kata offer at 15 pound.tengok gamba macam bes,lepas bincang punya bincang dia pon baya dan beratur nak amik barang.bila dah dapat tu,alaa rasa frust je orang tu sebab dah le tade kotak,lepas tu in reality tak secun gambanya,tade adapter dan rasa tak worth je,in fact kalu nak tolak kat adik aku $100 pon dia tamo tu..terus kiterang pegi refund balik dengan alasan we not really happy with the product,dapatle 15 pound balik hehehe

sebelum balik,singgah asda dan beli ayam(ye kat sini ada ayam halal) dan beberapa groceries yang dah abis dengan niat malam ni nak makan makanan ala-ala raya,nasi minyak hehe..

disebabkan penat tak cukup tido semalam,aku gi bantai tido petang ke malam sampai 3 jam.hubby pon tetido waktu dia tengah layan movie..niat nak masak nasi minyak dengan ayam masak merah diganti dengan sambal udang sahaja,bole la tu dah 2 bulan kiterang ni tak makan udang tau huhuhu

awal pagi raya at 2 in the morning called family kat mesia dulu,mak aku tanya la nak masak apa?dia ingatkan aku ada bawak nasi impit dengan kuah kacang itu hari tapi rupanya tade..memang akhirnya nasi impit tiada,kuah kacang pon jua,nasi minyak tak jadi,ayam pon tak jadi,next time ya..


new year party

Monday, January 09, 2006

semalam,for the first time kiterang pegi edwina's new year gathering.antara sebab kenapa derang delay gath ni yela sebab students still on vacation dan tak balik-balik lagi dari kampung memasing..aku rasa kalau derang buat jugak 1.1 ari tu ada berapa kerat je datang..memang ada berapa kerat je datang semalam pon..hmmm

weekend minggu kiterang baru sampai ari tu,sebenanya dah ada party untuk newcomer,tapi kiterang malas nak pegi since malu-malu segan,maklumlah baru 2-3 hari je sampai sini.sampai subwarden datang bilik invite kiterang pegi tapi disebabkan dia nampak betapa sleepy headnya kiterang ni dia pon cakap tape la..lagipon tatau nak bawak apa..

so,kiranya baru semalamla kiterang baru nak kenal-kenal neighbors sini.aku tau flat depan ni dah kosong since mexican depan ni pindah ke flat lain yang satu floor dengan aku gak.leakage prablem katanya..neighbor sebelah no 13 ni tak penah nampak gak.kiterang cuma kenal talal kat flat 1 sebab dia tolong hubby sort out menda-menda waktu kiterang memula sampai ari tu.pastu jin and san,couple cina yang pindah masuk sebulan pas kiterang,satu floor dengan kiterang(tak sure berapa,19 kut).pastu subwarden momoh sebab beberapa kali jumpa dia mintak kunci.pastu ada beberapa familiar faces yang kiterang angguk-angguk,senyum-senyum je kalo-kalo la terjumpa..

kiterang beli kek dengan apple juice nak bawak pegi perty tu.sampai kat lounge nearly 6.30,aku agak surprise sebab tade orang..pastu datang momoh angkut extra meja nak letak makanan,hubby pon tolong dia sekali.kejap tak lama tu,jin ngan san pon sampai..alamak,takkan ni je kut tskk kiterang pon borak-borak la dengan sumer yang ada.momoh tetiba time tu menjadi seorang yang concern dan friendly,hubby pon cakap kat aku,eeh baik lak dia ni tetiba..

bila kerisauan kiterang makin naik dan rasa 'kalo tak dtg pon tape',tetiba masuk lagi satu couple.yang partnernya pompuan cina terus borak sakan dengan momoh.mamat tu datang approach kiterang sambil perkenalkan diri dia.'hi,i'm vans' dan salam dengan semua orang.yang kelakanya rupanya couple ni lah neighbor kiterang,yang duk kat flat 13..after some time,dia tanya la kiterang sumer ni dari mana,dengan pastu hubby tanya where u from?another seprise aku rasa,oh i'm from italy,but my mom is indonesian.then dengan tak disangka-sangka hubby terus declare,oh my wife suka italy.dia sebok nak gi italy..dengan couple cina tu pon excitedly terus citerkan pengalaman derang gi rome..aku pon excited gak sebenanya hehehe terus bisik-bisik kat hubby nanti kita mintak tips tau hehehehe oh ya,yang pompuan cina duk borak sakan dengan momoh tu girlfriend dia..tak lama pastu dia datang borak kat couple cina tu..

aku rasa jam dah pukul 7.tetiba datang lagi satu couple dengan kawan derang datang bawak pizza.hubby tanya aku,kita bole makan tak pizza tu bila jap je pastu sumer orang bzkan diri sendiri mengisi cawan dan pinggan memasing.aku rasa tak bole nak-nak bila ada sausage,bab-bab daging ni sensitif sket..aku tau hubby terliur bila dia tgk pizza tu,nak-nak lagi kiterang ni agak lapar.aku makan kentang masak chinese style,kek sendiri dan chips dengan bercawan-cawan apple juice yang kiterang sendiri bawak.hubby tak kasi aku minum pepsi walopon aku teringin nak minum sket hehehe last-last aku terasa sangat full dengan apple juice nih..yang klakanya ramai ingat kek yang kiterang bawak tu aku yang baked hahahha kek mark n spencer memang bes!!

borak punya borak sampai tak sedar le yang time flies.aku tgk jam,eeh pkl 9 dah.masa untuk berangkat pulang..

malam semalam kiterang mengenyangkan diri dengan nasi putih,ikan masin masak sambal,telur goreng dengan bayam goreng belacan..

peh,cam kasi menu kat kedai makan je hehe



there and back again

Monday, January 02, 2006


WELCOME 2006,Happy New Year everybody!!

Aku tau,lately entries aku penuh dengan craps je hehehe aku tengah ketandusan idea.Since aku duk umah tak buat apa,jadi memang ni telah memberikan impact sedikit sebanyak kepada perkembangan mentality sendiri (dem,apa aku cakap ni)

Okie,sebenanya bukan ketandusan idea yang aku nak citer,my early intention ialah untuk share dengan semua orang seseorang punya kegembiraan and of course, full satisfaction demi cinta dia hahaha ye,dia always works very hard to make me clear yang ni sumer
for the luv.. aku kadang-kadang bukan tak paham,sebab aku ingat eventually menda yang penah kita gilekan ni akan faded until one day we let it go.. tapi untuk dia,tapela.. selagi ada luv itu dan most importantly dari segi financialnya, bole afford ke tak?

























- he liked, he tried, he queued, he paid, he got paperback! -
for full story, here



My uncle datang, jadi mak aku mengambil peluang untuk tolong bawakkan barang yang aku request hari tu. aku sebenanya at first call mak mintak tolong kalau-kalaulah dia rajin untuk poskan sket food, tapi since pakca aku fly ke london hari tu, dia cakap bole je. maka,mak aku isi la penuh-penuh satu beg kecik yang dia kata tak berat sangat,padahal ummm bole tahan sakit belakang hubby tolong bawak,kesian dia aku tengok..tapi belakang dia sakitnya immediately hilang bila beli kasut,aku tau tuuu..

Sekian,adanya..


geram geram geram

Thursday, December 15, 2005

Aku geram betul. Ni dah masuk kali ke-3 or 4 aku takleh main FF7, sebab nanti dia stuck before prompting windows error message. Untuk kali terakhir aku main tadi, terus aku cek out berapa harga FF XI hahaha hangin hangin

Tapi my dearest hubby telah solvekan problem bodoh tu. Rupanya memang FF7 bila main kat Windows XP akan encounter problem bila sampai Chocobo Race, which he pronounced it as Chochobo hehehe kiut kiut Tak sangka, orang yang tak main FF langsung cam dia bole kasi aku main balik.. Tenkiu so so much.. Sebenanya aku memang dah patah hati tadi uhuhuhuhu

Hubby citer ada kawan aku beli FF XI dulu harga dia RM400,uih mahal betul..Tapi mesti waktu tu baru klua, mesti cam hot cakes lagi.. Aku jumpa kat Amazon less then GBP1o.00..Hehehe tapi aku rasa aku akan punya masalah lain plak kot, graphic card tak power la... =(

Nasi goreng cina

Wednesday, December 14, 2005

Aku sebenanya tak berapa pandai masak nasi goreng. First time belaja masak nasi goreng dulu, pakai perencah nasi goreng Adabi.. yep, perencah nasi goreng Adabi antara perencah yang tersedap, cuma mak aku cakap rasa sangat belacan dia. So bila aku masak aku suka put in some cili boh, kasi pedas rasa dia.. Sebab aku rasa tak berapa sedap nasi goreng aku, so concentrate lebih pada masak lauk je hehe

Bila dah tinggal sendiri-sendiri ni, hari-hari makan nasi putih dengan satu atau dua main course pon rasanya bole muak jugak. Jadi untuk tak hari-hari makan nasi putih, aku selang-selangkan dengan pasta ke, masak sup atau tomyam yang bole makan dengan bihun ke...atau nasi goreng. Pasta senang je, beli spaghetti sos dan customize sendiri. Dah siap tu, eat while its hot.. jangan lupa kalo ada grated cheese, tabur atas pasta kita tu.. wallaaaa berasap-asap..

Luckily I enjoy cooking so much. Dalam banyak-banyak menda bagi la aku masak, insyaAllah beres. Dan hubby selalu tolong basuh pinggan hehehehe tenkiu tenkiu sebab tu saya setuju kawen dengan awak huhuhuhuhuhu gurau-gurau je.. Maklumlah dalam dunia yang semakin maju dan laju nih, perempuan nowadays ramai yang tak suka masak. Careers consume most of our time. Lagipon kalau kat Malaysia, kedai mamak 24 jam lak tu tumbuh macam cendawan lepas hujan. Gerai-gerai dan kedai-kedai makan tak susah nak jumpa. Maybe kalau aku kat KL sekarang ni pon, akan selalu makan kat luar agaknya. Yelah selain tolong orang kita kasi maju berniaga, bole la merasa camne crapnya derang ni masak (kalau yang crap tu maksud aku).. Average makan dua orang ari ni agaknya berapa, kalau kedai mamak tu 2 orang dalam RM 10 boleh dapat kan.. Lagi satu, aku kira affordable sebenanya untuk kita selalu makan luar. Ternyata banyak tolong kita-kita yang penat balik kerja then nak masak pulak atau sememangnya kita malas atau tatau masak?

Sebenanya masak tak susah. Asalkan rajin untuk cuba sure jadi punya. Aku pernah baca artikel kat majalah dulu, Lelaki ni prefer wife dia pandai masak atau rajin masak. Ada this one guy cakap, saya tak kesah dia tak berapa pandai masak sebab kalau dia rajin masak dia akan rajin cuba.. Macam kes kiterang nak tanak kena la masak sendiri sebabnya faktor halal haram makan tu la. Other than that, aku kira makan luar hari-hari macam kedai kebab (halal ye), atau fish and chip bole menyebabkan kiterang miskin lepas ni. Tak berbaloi.. Lagipon muntah aaa hari-hari makan sandwich, uwek.. Kalau dah perut melayu tu, perut melayu la jugak..

Sementara aku dah citer panjang-panjang ni, meh sini aku sertakan satu resepi nasi goreng cina yang aku baru try hari ni, taken from mesra.net (Tenkiu so much).. Alaaa, nasi goreng je =)

Bahan-bahan:

200gm nasi putih
1 biji bawang putih (diketuk dan dihiris)
2 biji telur ayam (dipukul sehingga sebati)
80gm isi ayam (dipotong halus)
20 gm mix veggie
Minyak untuk tumis
1 tsp kicap cair
1 tsp minyak bijan
1 tsp serbuk lada putih
Garam dan perisa secukup rasa

Cara:
Panaskan kuali dan masukkan minyak sehingga betul-betul panas. Masukkan ayam seketika dan toskan ayam sampai minyak turun.

Panaskan semula kuali, kemudian gunakan minyak menggoreng tadi dan masukkan telur. Kacau cepat-cepat supaya telur berderai.

Kemudian masukkan bawang putih dan goreng sehingga garing. Masukkan nasi, ayam, kicap cair, lada putih, mix veggie dan garam secukup rasa.

Kacau sehingga sebati sampai nasi berderai baru masukkan minyak bijan dan kacau seketika.



++ Cuba jaya ++

new look

Tuesday, December 13, 2005

Ho ho ho WELCOME WELCOME to my new blog. Untuk ntah kali keberapa aku tukar template dengan harapan aku tak bosan tengok blog sendiri..hehehe mesti orang ingat aku syok sendiri? hmm kinda ;)

Memula ingat nak tido-tido ayam jap,tapi peliknya mata tak bole pejam. Hubby kata aku dah banyak sangat tido,betul jugak tu. Sebenanya aku tengah frust, tengah syok-syok layan FF7, tetiba windows error prompt..uwaaargghh!! terus sangap. aku surf internet, rasa mata aku dah sakit dan berair, tu simptom ngantuk..tu yang masuk bilik ingat nak nap jap..

Tetiba aku rasa semangat blogging kembali. Lalu aku pon google, blog template.. hehehe aku pon try and error beberapa template yang rasa-rasanya bole tahan,konon-konon kewl la tu. Tetiba besemangat, hubby kata uih tak sangka awak leh jadi seseronok camni hahaha layan punya layan,dekat 5.30 dah, maghrib pon belum lagi..

alamak,patutlah perutku bebunyi-bunyi..hari makin malam,masak belum lagi..ari ni mau masak apa ye??

semoga aku terus semangat, amin..

wat a beautiful life, of mine..

Tuesday, December 06, 2005



aku baru je abis baca latest updet dr hubby tesayang ekekekeke klaka lak rasanya.tp menci ah,sebelum aku rasa nak tulis dulu,dia dah buat dah.tapi,entry ni bukan nak tiru dia,cuma dari view aku je.. =)

sambil tv tu duk tayang germany dalam world cup season,sambil aku duk heran kenapa laa germany je dia tayang ari ni..sambil tu jugak aku duk gelak baca hear u me oh ya,dia tayang germany je most probably sebab jumaat ni undian world cup kut.aku agak je la.. sambil tu aku pon pelik gak kenapa kenit tak balik-balik lagi,sebab dia cakap he'll try asap.kata nak gi print kat lab then library je.mungkin lepak browse buku atau print byk papers kut.maklumlah target sekarang nak anta paper by next february..

sebenanya dah lama dia menyatakan kebosanan hidup kat sini as well as phd life nih..bila aku tanya tak best ke buat keje-keje scientist nih,particularly research stuffs.katanya bes, mencabar..tp the fact yang dia rasa keje-keje dia tu somehow lead to nowhere tu upset him much..aku paham,penah rasa,penah buat menda yang sama..cuma aku tau keje-keje dia lagi susah,burden dia lagi berat.tho kita kat sini speak english,tapi tatau kenapa rasanya english kita dengan english mat saleh ni maksudnya lelain,kita paham lain,dia paham lain.. macam dulu aku selalu heran,aku tak berapa paham greeks speak english,tapi anyhow english akan paham..same goes to learning language,camne someone tu boleh menguasai beberapa bahasa,which eventually made me realized one thing: ada certain bahasa ni came from the same root..camtu la lebih kurang wakakakaka

memang betul aku tengah berjoli-joli lagi kat umah.tatau kenapa this time around aku malas nak klua bejalan-jalan.aku cakap kat kenit, kali ni memang aku tak tahan sejuk. agaknya datang kali ni dah sejuk,jadi badan lambat nak adapt. lepak umah je.masak.makan.layan tv.main games.tido.baca buku cerita.indah tak hidup? hahahahaha lagi indah hidup ni kalau buat semua menda di atas dan duit masuk poket jugak, in fact memang pon hahahaha tetapi teramat indah kalau duit yang banyak terus masuk poket. somehow aku kena keje gak pas nih. nak stay fit. nak shopping sakan since impian terbaru kiterang, pegi semua outlets kat uk. last time gi portsmouth, memang best.rupanya ada lagi outlets lagi besar dari kat portsmouth, lagi besar impian kiterang dan lagi banyak duit kena save nih. tu la aku kena keje,kalo tak camne nak gi short honeymoon nih dan shopping dan shopping dan shopping dan jejalan

ayah aku once said, phd ni tough,awak kena support dia all de way..


OUR 1st month

Monday, October 24, 2005



taken from my kawen's collections.betul-betul tarikh hari ni,genap sebulan dah lepas we officially got married.gembira,learning from time to time.kawen is one of those undescribable experience,.. dearest awak,happy our 1st-month!!bole la kan,sebab nak tunggu first anniversary lambat lagi tu..

much luvs.. =)

kfc today,wat's tomorrow

Wednesday, October 12, 2005

sekarang aku rasa cam semangat je nak blogging hehe dia camtula ikut musim,ada musim rajin,aa musim semangat poyo,ada kekadang tu musim lirik lagu.tapi selalunya,mengikut norma-norma biasa adalah musim si pemalas.yang poyo kejap lepas baca blog orang,then blank je cam tade citer

sedar tak sedar je kita dah seminggu puasa.kalo last wednesday,aku buka puasa tepi bus stop kat seksyen 7 belakang itm(due to accident),hari ni maybe a nice place to eat in kj area.mana lagi kalo bukan kfc-a place where i want to be,la la aku pon lupa lagu theme kfc tu.kalo nak diikutkan sangat,sejak besar-besar ni aku bukanlah lagi fanatik kfc apa lagi adik aku kat umah tu selalu order kfc sampaikan kekadang aku yang tukang amik order ni nak muntah hahahaa tapi apa salahnya ari ni makan kfc,sometimes the less thing u want is the most thing u'll enjoy.kiterang emangnya ada plan untuk mentapau kfc,wen suddenly our fren sms and ask where to today?kenit pon tanya ok tak?the more the merrier and after some discussions took place we decided it to be kfc in kj hahaha how funny this'd be,one rare entry with decisions on where to eat awak saya tak berlagak pasal nak termuntah kfc tu,memang betul hari-hari adik saya nak makan kfc.. oh ya,there's a gathering plan,hope a really kewl place serves good food..

aku kira masa semakin pantas tinggalkan kita.sedar tak sedar kita dah sampai weekend,and then satu minggu baru untuk kita tempuh,kemudian dan kemudian.ye,kita makin besar dan dewasa.kalo dulu kita bole lepak dengan kawan-kawan minum petang atau supper lewat malam,sekarang satu demi satu kawan kita akan tinggalkan kita.nak tanak,kita akan kena tinggal juga disebabkan proses-proses normal yang memang terjadi.kawan pindah,kawan kawen,kawan dah ada family dan more responsibilities..itu kitaran dalam roda hidup,bukan roda impian..

since last time witnessing azan's happiness of becoming new proud father to his baby twins,we sometimes talked bout babies hahahaha tatau le bila,tapi aku nampak kegembiraan,kebanggaan dan kebahagian kat azan.sampaikan ada citer detik-detik cemas kelahiran,tumpang seronok aku baca hehehe

ish teringat karipap yang digoreng garing,panas-panas nyam nyam,dan juga golekan ayam kfc di dalam pinggan burp sesama kita

Ramadhan datang lagi

Monday, October 10, 2005

it's been a while since my last entry just few days from tying the knots.within beberapa waktu nih,lotsa things happened,which some are good,and some are not so good grrr

salah satu events besar yang akan terjadi dalam hidup kita ni,happen to most of us,dah selamat dah untuk aku dan kenit.when i was younger,i expected it to be happened before i left 25 hehe kenapa ye?aku cakap sebab nak ikut sunnah nabi haha padahal aku rasa aku cakap ikut suka hati.konon tanak kawen lambat sangat as biologically aku ada berapa tahun je before 35 tahun.referring to my medic frens,at the age of 35 and over,the chances of you getting retarded kid is increasing..kalo aku kawen at 25,aku ada 10 tahun masanya untuk kenit and misya juniors hehe whom all are lefty and righty insyaAllah kan =)

talking about babies,a good fren of mine since dip,mr azan and bahyah telah selamat dikurniakan baby twins yang chomey chomey belaka,from pictures taken by azan's hp camera.congratss setahun kawen terus 2,so sesapa yang mahukan any tips bole la contact tuan punya diri hehehehe tahniah tahniah tahniah lagi

ada orang cakap kawen ni kan pembuka rezeki.tapi kan so far,ada beberapa insiden tak bes asyik kena kat kiterang.hari first pose,waktu tengah seronok-seronok bawak balik makanan beli kat stadium,kiterang accident kat seksyen 7.insiden which happened just an hour before magrib,terus buat seksyen 7 lagi sesak.kesian kenit..tambah sakit kepala dia..agak-agaknya lepas ni kiterang makin senang kut,amin amin

camne dengan aku?so far sehat alhamdulillah,a one-must-asked question whenever i met anybody.sehat?sehat aku jawab.apakah sinonimnya hahaha yelah kalo tak sehat,sakit-sakit camne nak pose?camne nak jaga hubby,walopon pada kenit dia yang jaga aku lebihnya hehehe aku pon rasa gitu gak.so far oklah,tadelah senang sangat,tadela nak kata susah sangat..kena la pandai-pandai komunikasi 2 hala,yela aku dah ada 2 families..

aku hangin betul la,tak dapat lagi nak upload gambar..sori sori guys,till next time ait

i'd like to take this opportunity wishing all Selamat Menyambut Ramadan dan Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa..Selamat dan semoga kita diberkati dan dirahmati..

hari hari terakhir

Tuesday, September 20, 2005

walaweh,title tu aku rasa possible to catch up people's attention kut hehe hari-hari terakhir apa?macam-macam orang leh interpret.sebenanya banyak yang aku leh citerkan..

firstly aku rasa hari-hari terakhir as bachelor,atau orang melayu call it as anak dara.aku errr tak berapa gemar perkataan tu,tatau kenapa.ANAK DARA.ye,a single word that symbolize singlehood,or those who are not married yet,a.k.a legally commit to somebody.aku sememangnya dari budak-budak lagi tak berapa gemar bila dengar bila mak aku and sedara mara atau neighbors atau kawan-kawan mak aku bercerita sesama derang,ooo dah anak dara ye,bla bla bla..pastu dengan topik wajib,bila-bila lagi.aku memang malas nak menjawab dan cuba lari as jauh as possible.sekarang ni,especially sekarang ni,sewaktu aku tulis entry nih,rasa tak percaya yang the event tu ialah hujung minggu ni je.

then hari-hari terakhir secara mandatorynya aku duduk dengan parents aku.how do i feel?emangnya aku rasa eppy nak tinggal dengan future hubby nih,tapi kan.. rasa sedih sebab masanya dah sampai.lepas ni aku dah tak bawah responsibily of my dad dah.dia pulak amik alih.transition which is slowly fall on us.bole lagi ke agaknya aku nak mengada-ngada dan gatal-gatal manja kat mak aku.selama 25 tahun ni aku rasa tak penah cukup,almaklumlah aku ni stubborn dan ego sket jadi tak senang nak tunjuk perasaan sendiri =P

lagi hari-hari terkakhir untuk buat sesuka hati aku.untuk bangun lambat walopon hari-hari kena leter(kes tak keje),then malas-malas sesuka hati.walopon i'll be joining somebody soon to wake up late,or maybe very late hahaha(sebab dua-dua tak keje)tapi tadela suka hati sendiri.nak ikut kepala sendiri sangat camne?disebabkan selalunya my stubborn head lead to irrational decisions,normally memang menyusahkan jadi belaja-belajalah dengar cakap orang kan

sememangnya banyak boleh aku tulis pasal hari-hari terakhir ni.sesapa punya experience pon tau-taula kan..

aku pandai masak tau(perasan!!)

another phase

Thursday, September 08, 2005

nampaknya memang lama sangat aku tak updet blog.buktinya aku sendiri dah tak tengok,baca,layan blog sendiri.bukannya apa,sebab rasa malas dan tak semangat nak becerita.at one time aku rasa memacam stuffs dalam kepala aku mintak klua dan nicely susun.so orang yang baca(kalau ada)akan seronok dan aku jugak bisa tersenyum jua hehehe

tho not so many things happened lately,something happened too..maksud aku a BIG thing,yang akan tukar hidup aku pasni,bisa tukar.bole refer kat hear u me korang akan paham.straight to the point,i'm getting married.getting married,satu phase yang satu masa dulu aku cakap cam senang je,well sebenanya tak kut.aku rasa tak senang,tapi bole jadi tak sesusah to some of us expect it to be.sekarang,aku maybe tak rasa sangat,in time aku akan jadi gelabah.satu masa dulu ada orang penah cakap,kawen is another level dalam relationship kita with somebody,yang menyatakan kasih sayang dan menyatu padukan cinta chewah aku tulis menda camni hihihihi

apa yang aku harap,untuk jadi isteri yang terbaik,untuk sayang,cinta dan jaga dia sebaik-baiknya,untuk berada dan jadi orang kuat tak kira masa susah senang,to always support him,untuk masak sedap-sedap biar aku jadi the best chef in our world,to accept him for plainly being him,dan aku doakan untuk kerahmatan,kesenangan,kasih sayangNya untuk kita semua.Amin...

a good start for me eh

note:italy won last nite thanks to hattrick by luca toni and in form winger mauro camoranesi

Thursday, July 21, 2005






How to start blogging back?how to get into the mood??

Guess this would be ok if I put this lyric here,since I do that whenever I wanted to.it’s like a taktik, making ur post looks full of stuffs hahaha

I don't need to be anything other
Than a prison guard's son
I don't need to be anything other
Than a specialist's son
I don't have to be anything the birth of two souls in one
Part of where I'm going, is knowing where I'm coming from
I don't want to be
Anything other than what I've been trying to be lately
All I have to doIs think of me and I have peace of mind
I'm tired of looking 'round rooms
Wondering what I've got to do
Or who I'm supposed to be
I don't want to be anything other than me
I'm surrounded by liars everywhere I turn
I'm surrounded by imposters everywhere I turn
I'm surrounded by identity crisis everywhere I turn
Am I the only one who noticed?
I can't be the only one who's learned
I don't want to be
Anything other than what I've been trying to be lately
All I have to do
Is think of me and I have peace of mind
I'm tired of looking 'round rooms
Wondering what I've got to do Or who I'm supposed to be
I don't want to be anything other than me
Can I have everyone's attention please?
If you're not like this and that, you're gonna have to leave
I came from the mountain
The crust of creation
My whole situtaion-made from clay to stone
And now I'm telling everybody
I don't want to be
Anything other that what I've been trying to be lately
All I have to doIs think of me and I have peace of mind
I'm tired of looking 'round rooms
Wondering what I've got to do
Or who I'm supposed to be
I don't want to be anything other than me
I don't want to be

Don’t misjudge me,I’m not a fan of ONE TREE HILL.dulu orang cakap one tree hill pon aku Tanya balik apa tu??Cuma aku rasa lagu ni,a rite song at the right moments *wink*

Life as we know it

Tuesday, June 21, 2005

heylo,the odd feelings of writing came all of a sudden.aku tau,it's been a very long time i didn't write anything.balik-balik cover dengan lirik lagu,which is lame to certain people.u'r not being original for not putting ur own thoughts.it's just that the transition that i've been tru lately,makes me a boring person kut =(

how can i define the term of 'boring'.bila ko rasa monotonous as life passes u by,bila tade apa yang excite ko,camtu kut.rasa macam losing my ideas,cam my muse is vanishing.i really do enjoy other people's writings,and it's very encouraging.then,when i started typing 1,2,...3 words,aku mula rasa lost.i envy those who can write good stuffs in their unik ways,especially with the strong vocabs and languages both in malay and english.tapi apa paling penting i guess is the idea itself.kalau tade idea camne nak tulis,tade nak tulis,apa pon tade kan??

dari mana idea datang?for some people whom encountered many obstacles, ups and downs in life,there are many stories to tell which we can share among us.some come from reading lotsa stuffs.some are just so lucky that they born talented.linguistics pada aku,is not an easy stuff.aku ingat waktu sekolah my malay language subjects were bad,even now.senang cakap,aku tak pandai bahasa-bahasa ni,dat's why i tend to copy others hehehe aku ada problem dgn bab copy-mengcopy ni,which i'd prefer to keep it to myself.kalu tanya sekarang,siapakah penulis yang aku suka layan?hahaha dat's the problem of being adolescent,malas nak membaca even text books(tu pon dah tepaksa).the last story book that i enjoyed so much,angels and demons.kalau the last text book that myself baca,errr apakah?

apa masalah aku ni?emm this is the adult life that perhaps i'm not ready to encounter yet.it's like i'm waiting for some miraculous events that eventually take me somewhere.but dun be stupid la hasniza,nothing will ever happen unless u do something,bold to take the action that lead to the start of something.

some might find this really boring kut,aku tau aku tau.

if u wanna be somebody
if u wanna go somewhere
u better get up and pay attention


AL-FATIHAH untuk salah seorang kawan kenit,whom i met for the first and sadly final time last year during their futsal tournament.Allah lebih sayangkan dia..aminn

Thursday, June 09, 2005


eiffel Posted by Hello

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images