Eid Adha

Wednesday, January 11, 2006

Selamat Hari Raya AidilAdha semua.Nampaknya untuk kali kedua aku berhari raya kat nun jauh di tempat orang,cuma kali ni ada company senasib beraya di perantauan..

Even dah besar-besar gini perayaan raya haji tu tak terasa sangat dah,maklumlah kalo kat Mesia pon cuti satu hari je,tapi satu menda yang aku rasa tak miss mesti ada makan-makan raya tho tak semeriah Aidilfitri.Last year,kiterang sambung raya haji dengan pegi kelas di waktu pagi,nasib baik ada gap sampai petang bole pegi makan-makan kat umah kakak-kakak dan abang-abang family.Sampaikan sembahyang raya pon aku tak pegi,sebab tengah kelas.Begitula adanya..

Tapi tahun ni,kiterang berdua beraya dengan melawat hospital lak dulu.Last week hubby ada appoinment untuk tuberculosis,dia kena amik satu test ni,Heaf Test nama dia.Test ni untuk check samada dua BCG jabs yang kita amik waktu budak-budak dulu tu effektif lagi ke tak.Caranya dia macam tembak kat lengan kita ni(which aku tak kena buat hehehe),then dia suruh datang the next weeknya untuk tengok result.Kalau (+) tu rupa dia macam gegelang rounded by small red dots,maknanya jabs kita dulu tu ok lagi,otherwise kena la cucuk lagi gamaknya.So lepas seminggu campo berkat raya-raya ni hahaha resultnya (+). Lepas tu kiterang jalan kaki pegi city centre,sebab ari tu hubby dah janji kali gi outing nak beli cawan kat mns ehehehe sebiji 50 pence,aku amik la 4 biji dengan pinggan lagi 3 biji..teringin jugak nak beli barang-barang rumah ni kat satu kedai ni,habitat tapi alaaa mahal tak mampu lagi even ada sales pon..barang-barang dia cun.

Lepas tu merayau-rayau,aku dari ari tu mau beli iron,kiterang pegi la argos,belek punya belek katalog kat argos tu ada orang tu pegi la beli sony discman yang dia kata offer at 15 pound.tengok gamba macam bes,lepas bincang punya bincang dia pon baya dan beratur nak amik barang.bila dah dapat tu,alaa rasa frust je orang tu sebab dah le tade kotak,lepas tu in reality tak secun gambanya,tade adapter dan rasa tak worth je,in fact kalu nak tolak kat adik aku $100 pon dia tamo tu..terus kiterang pegi refund balik dengan alasan we not really happy with the product,dapatle 15 pound balik hehehe

sebelum balik,singgah asda dan beli ayam(ye kat sini ada ayam halal) dan beberapa groceries yang dah abis dengan niat malam ni nak makan makanan ala-ala raya,nasi minyak hehe..

disebabkan penat tak cukup tido semalam,aku gi bantai tido petang ke malam sampai 3 jam.hubby pon tetido waktu dia tengah layan movie..niat nak masak nasi minyak dengan ayam masak merah diganti dengan sambal udang sahaja,bole la tu dah 2 bulan kiterang ni tak makan udang tau huhuhu

awal pagi raya at 2 in the morning called family kat mesia dulu,mak aku tanya la nak masak apa?dia ingatkan aku ada bawak nasi impit dengan kuah kacang itu hari tapi rupanya tade..memang akhirnya nasi impit tiada,kuah kacang pon jua,nasi minyak tak jadi,ayam pon tak jadi,next time ya..


You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images