argh-gila

kesiannya

Wednesday, December 31, 2008

sungguh aku kesiannya pada si dia ni
aku cuma ada yang no 2, kiterang masih berkira-kira nak tambah family ke-3 atau tak..
mungkin harga akan turun cam gila?

amin..

argh-gila

perihal sale

Wednesday, December 31, 2008

dah lama aku mendengar tentang kegilaan hari sale such as boxing day la, designer sale la, outlet sale gila laa, tapi jarang sekali dapat menyaksikan satu. sale outlet yang ajaib rasanya pernah rasa tapi dah lama takde nak-nak bila harga barang naik ni. high street sale sewaktu boxing day selalunya aku dengar orang cerita je lah.

boxing day kiterang dah pergi dua kali, mungkin murah pada sesetengah orang tapi tak seperti yang kiterang harapkan. mungkin kiterang yang terlalu berharap pada benda yang tak mungkin. atau kalau kau memang dah aim pada designer stuffs dan menyimpan duit sekian lama, it's worth for the wait.

jadi akhirnya pada hari sabtu lepas sehari selepas boxing day, kiterang mencuba nasib di kota fesyen london. lagipon ayi pon nak balik pada malam 27 tu jadi kira ok laa ke london dan petang tu kita terus ke heathrow. sewaktu lalu depan harrods (mall paling posh) sewaktu hampir 10.00 pagi aku nampak orang dah mula queue. kiterang menjadi pelik kenapa perlu beratur seawal pagi semata-mata sale?

kemudian baru aku faham kenapa derang ni sanggup beratur di pagi hari. bila hampir semua designers off up to 50% kecuali lolo vitu*, jadi mana lah semua orang yang serupa vultures ni tak kelaparan darah. sebutlah apa saja, mat yakob, miaw miaw, gakki, cd lagu, caknel*, apa saja seperti darah membuak-buak. jadi adakah aku juga serupa vultures? sendiri jawab le ye.

kesimpulannya jika punya duit dan berkeinginan barang designer di mana butiknya di malaysia pandang malu-malu saja, ye memang ada hari di mana anda akan bertukar menjadi vulture.

(aku pon sama wawawawawa)

*
bukan brand sebenar

argh-gila

the hidden talent

Thursday, December 25, 2008

pengalaman ice skating buat kali pertama dalam sejarah

dah banyak kali ajak other half tapi asyik delay saja. jadi bila ayi datang aku ingat nak ajak dia join sama. resultnya seperti di bawah, memang aku sorang je layan, ayi pon malas. jadi sorang tukang photographer, sorang jadi manny aaqilah. silap, sebenanya ada sorang tu yang nak ikut aku sangat-sangat tapi malangnya syarat tak cukup (as in umurnya, tinggi dan saiz boot). sebab itulah muncung dan mendung saja mukanya.

mula-mula sampai memang macam malu-malu kucing gak sebab orang agak ramai. lepas derang ni asyik gelak-gelakkan aku jadi rasa macam tercabar pulak. terus queue beli tiket dan queue amik boot. dalam hati macam surreal dan nervous. seriously aku tak pernah skating dan hanya berharap pada pengalaman roller blading lebih 10 tahun lepas. sila baca betul-betul, bukan pengalaman roller blading 10 tahun tapi last sekali pengalaman ialah lebih 10 tahun lepas. gile berkarat huhuhu

2 kali jatuh..

jadi aku rasa takdelah malu sangat kalau berniat nak layan seround dua kat sunway pyramid lak =)

hari ni aku sakit-sakit badan


the hidden talent
Originally uploaded by budakbijak


the furious face
Originally uploaded by budakbijak


balancing
Originally uploaded by budakbijak


gaining momentum
Originally uploaded by budakbijak


rockover and bite
Originally uploaded by budakbijak


ice queen?
Originally uploaded by budakbijak

thoughtful me

everlong

Sunday, December 21, 2008

lately tak pasal-pasal blogging mood datang di pagi hari hehe. senang pon senang cik kecik sebok tengah lena diulit mimpi.

lately juga aku dengan begitu rajin dan semangat duk mengganti puasa. sementara maghrib around 4pm dan aku melepak kat rumah tak buat apa sangat. kalau kerja boleh tahan jugak laa temptations di sekeliling. itu tak cerita betapa sejuk dan ngantuknya ko rasa sebab tak dapat layan air panas seround dua tiga dan seterusnya.

lately juga bila aku bangun sahur tu aku punya sikit difficulties nak tido balik. kalau dulu tadehal je, sahur dan in fact sementara tunggu subuh tu pon aku boleh napping kejap. mungkin sebab lepas makan agaknya. aku cuba baring-baring nak tidur tapi kepala sarat fikirkan macam-macam pulak haisshh

baru-baru ni buat pertama kalinya aku terpaksa open a dispute kat ebay. kadang-kadang bila ko menang item ada le sesekali buyer atau seller buat hal cam haram sket. dalam hal aku ni, entah kenapa itemnya tak dapat-dapat. aku selalunya kalau beli barang, memang akan cuba bayar secepat mungkin sebab nak dapat barangnya juga secepat mungkin. seminggu tak sampai, dua minggu tak nampak lagi. masuk tiga minggu aku pon pelik. emel dah 3-4 kali tanya apa cerita ni? tapi pelik juga sellernya senyap je. aku perasan laa kat overall comments dia ada negative feedback 3-4 tapi should be ok la rasanya. tak fair la kan nak judge people based on 3-4 negative feedbacks out of beratus-ratus. lagipon memang dia dah siap-siap cakap disebabkan kebusy-an dia memang dia akan ambik up to 7 days untuk shipping barang. aku tak kisah sangat la tu. tapi kenapa laa ko menyepikan diri langsung? jadi akhirnya kes ni favor pada aku dan paypal return duit balik. ini pon dengan baik hati sampai sekarang aku masih tak tinggalkan feedback untuk seller ni lagi walaupon dia deserves untuk negatif tau.

semalam kiterang saja-saja buang masa pergi outlet terdekat dengan rumah. hmm ok laa, tadelah bes gila pada kiterang punya level bes. takde beli pape jugak, aaqilah dapat kasut baru setelah buat taktik tanak bukak kasut selepas try. hampir habis satu kedai dia melarikan diri. ada beberapa top comel-comel tapi aku berharap lagi untuk turun tuu. overall biasa saja lah. high street sale much more better kut. shopping ni macam satu terapi bila tension la pulak. beli dulu, camne nak bayar/hidup kemudian kita fikirkan muahahahahahahaa (kepada sesiapa yang masih teguh hatinya dan belum terjebak dengan ini madness, janganlah anda-anda meniru perangai buruk saya ini huhuhu)

doa aku dengan kedatangan tahun baru yang sedar tak sedar tak sampai dua minggu ni, hari-hari gemilang sang suria turut menerangi dunia kiterang di musim sejuk ni. sekarang ni matahari macam malu-malu kucing saja. satu dua hari macam gerimis sikit-sikit..

amin..

argh-gila

saya percaya pada hot deals

Wednesday, December 17, 2008

tak senang nak mencari deal sucker seperti di bawah, hampir 70% dari RRP. dari yang aku baca, ramai mengatakan telah sold out di kebanyakan tesco. untuk kali kedua aku pergi dan yeay ada lagi 3 ekor. seriously hari ahad lepas macam dah sold out. yang lebih senyum lebar di pipi ialah mak aaqilah. kenapa ye? aku pon kurang pasti =) mungkin sebab registered trademark yang popular seperti in the night garden tidaklah murah hehehe

sapa yang suka lebih ni?

notakaki: ye kiterang memang suckers. sanggup bersusah payah mencari barang baek dan murah murah murah


concentrating
Originally uploaded by budakbijak


upsy daisy
Originally uploaded by budakbijak


igglepiggle
Originally uploaded by budakbijak

teringat semasa dulu

revertigo

Tuesday, December 16, 2008

dalam banyak-banyak benda yang boleh dibeli, given duit yang maha banyak, kaya macam mana seseorang tu pon takkan boleh beli masa yang sudah berlalu. mungkin ko boleh mendapatkan pertolongan plastik surgery untuk tetap kelihatan muda tapi bolehkan kembali to the exact same time when you look young, beautiful and perky?

contohnya bagi aku, certain lagu senang untuk membuat aku revertigo. tiba-tiba kedengaran le lagu a kan yang sangat aku hafal dan suka satu masa dulu, haii macam time machine aku rasa kembali ke zaman lampau. terasa di zaman sekolah. terasa di zaman nak nampak kewl. teringat belajar minat-minat orang tu dan orang ni. terasa kembali tomboy dengan menggalas beg raket nak pergi main tenis cam kewl. teringat belajar macam mana nak jadi kewl. jadi adakah aku rasa aku kewl waktu itu? sekarang aku rasa untuk menjadi seorang yang kewl ko tak perlu beria-ria menunjukkan betapa kewlnya ko. jadi adakah sekarang aku ini kewl? hai entahlah ye hehehehe

berbalik pada cerita lagu tadi, selalunya lepas aku dengar lagu a tersebut, terus teringat lain-lain lagu dari band tersebut. depends la kan, kalau band, bandlah. kalau artis solo, artis solo lah. aku menjadi rindu dan terus semangat mencari dan memunggah koleksi cd yang ada dan sememangnya dah masuk kategori vintage dari dekad lalu. aku akan layan dan layan dan layan macam budak sekolah tengah sibuk hafal lirik lagu. siap hangguk-hangguk kepala kalau perlu. sesekali riak muka menampakkan perasaan orang yang sedang khusyuk.

dulu waktu budak-budak aku cukup tension bila ayah aku pasang kaset d'lloyd dia dalam kereta (tak suka punya pasal jadi aku tak kesah kalau eja pon salah). then dia menyanyi-nyanyi syahdu sambil mengusik-usik mak aku. sekarang aku faham, sebabnya dia revertigo dan terasa berada di zaman muda yang manis. d'lloyd adalah zaman dia. pink mungkin dari zaman kita tapi pink floyd adalah dari zaman ayah aku juga. tapi aku tak minat pink, bagi aku lagu dia entah hapa kebenda.

tapi hanyalah tahan untuk sekejap waktu sahaja. adakah aku nak kembali ke zaman itu? tak jugak kut. mungkin untuk membetulkan something something pada certain period of time tapi worth ke? yang pasti hari ni akan menjadi comletely different kalau aku memilih jalan-jalan yang lain di waktu aku kena buat keputusan. apa jadi pada lagu? setelah habis 1-2 round cd aku menjadi bosan dan dan bersyukur dengan hari ini dan punya banyak koleksi lagu kewl kekekekeke eh takdelah banyak mana, gitu-gitu jugak. band itu band itu jugak sebabnya zaman sekolah jangan harap parents aku begitu murah hati nak membelikan cd lagu dan semestinya aku sengkek. beli buku tape tapi nak mintak cd lagu? watt??

being around kawan-kawan dari zaman 10-15 tahun lepas aku rasa aku tetap orang yang lebih kurang sama. cara yang lebih kurang sama, gelak besar lebih kurang sama. ye ke? hmmm yang pasti aku rasa makin kurang bercakap.

daily life

blank mode

Monday, December 15, 2008

bila aku dah tak kerja dan duduk rumah ni, nampaknya blogging idea pon jadi stagnant dan langsung tak maju ke hadapan. agaknya aku ni terlebih relax kut. atau perkara yang aku buat menjadi sangat rutin dan sangat biasa, tade apa yang menarik untuk bercerita.

aku akan cuba untuk blogging satu hari satu entri.

tapi sebelum itu, minta maaf jika itu tak dapat dilaksanakan. maklumlah idea ni kadang ada kadang entah ke mana

ups and downs

ada apa dengan handphone?

Monday, December 15, 2008

walaupun selalunya aku tak kisah sangat tapi nampaknya perlu juga la

contohnya hari ni aku nak pergi ke city centre. other half yang baru tidur pukul 9.30 tadi plan nak gi main bola. seperti biasa lah tu, aktiviti mingguan dia. mula-mula memang bercadang nak pegi groceries shopping pagi-pagi jadi sempat laa aktiviti bola dia yang selalunya mula around 2. tapi macam dia tanak bangun je jadi aku rasa pergi dengan aaqilah berdua pon ok kut. aaqilah pon sekarang ni rela hati jalan kaki sebab tak mau naik kereta dia pulak.

lepas merayau-rayau berdua kiterang pon balik dan sampai kat rumah dalam pukul 3 lebih.

sewaktu dalam toilet aku dengar telephone ringing. cepat pulak dia ni habis main. jadi aku berlari keluar untuk menjawab telefon. rupanya other half kat city centre mencari kiterang. dari asda ke tesco dan gunwharf quay.

aku rasa dah hampir setengah tahun tanpa handphone. sekali sekala nak hantar sms boleh pakai handphone other half. lagipon tak selalu guna.

untuk memakai handphone semula nampaknya aku kena kerja untuk membayar bil bulanan.

quizzical

perihal temuduga

Wednesday, December 10, 2008

di zaman-zaman susah dapat kerja ni bila ada panggilan temuduga macam opportuniti emas.

lebih kurang seminggu sebelum temuduga
aku dapat sms dari nhs. sms ye yang berbunyi tahniah ada message untuk aku sila cek emel. wah kemain excited bila tau ada interview. jam-jam itu juga terus konfirm kedatangan.

tapi sebab aku agak busy aku jadi ingat-ingat lupa dengan temuduga tu. kononnya masa seminggu nak spend dengan mengulangkaji juga tak menjadi. apa laa yang nak kena baca kan?

sehari sebelum temuduga
masih bermain-main dengan aaqilah, dan napping. oh silap, setengah hari kiterang keluar shopping untuk raya.

pagi temuduga
bangun pagi around 8 lebih sebab tiba-tiba rasa takut dan gelabah datang. alaa apa nak jawab test ni kalau tak tau apa. selak buku apa yang patut. ada aku mention tak ada praktikal test? ye ada praktikal test. aku tanya other half apa agaknya sebab dia banyak kali ambil praktikal test sewaktu interview. mungkin programming skill agaknya kata other half. atau demo apa-apa yang patut sambungnya lagi. ah benci btul aku memikirkan kemungkinan programming test, kantoi busuklaa jawabnya. lepas menghabiskan sepanjang pagi menggelabah studying method aku (40% adalah membaca blog orang, cek emel dan baca menda mengarut), aku iron baju dan bersiap-siap untuk pergi temuduga di hospital yang terletak northwest dari rumah aku ni.

2 hari selepas temuduga
diorang kata result akan tau dapat/tak dalam masa 2 hari ni. benci betul laa perasaan ternanti-nanti. kalau tak dapat, lagi failed interview untuk simpanan rekod peribadi, dem. otherwise, alhamdulillah.

selalu lepas interview kita sendiri boleh rasa akan kebarangkalian outcomenya berdasarkan macam mana dan apa kita jawab, responds dari tukang temuduga dan riak wajah diorang. alaa somehow kau boleh tahu sendiri right right. dari pengalaman aku yang dapat kerja, aku dapat tau akan outcomenya dalam hari yang sama juga. lepas tu tukang temuduga dah kasi hints macam dia nak hire aku kerja. lagi banyak kau rasa apa sepatutnya kau jawab begini dan begitu lagi slipping away laa chances nak dapat kerjanya.

jadi macam mana? kalau hari ni tetap takde jawapan, konklusinya another failed interview untuk simpanan rekod peribadi.

thoughtful me

salam aidiladha

Sunday, December 07, 2008

salam aidiladha buat semua, buat family yang sentiasa dirindui, buat kawan-kawan yang jauh di mata..

sini juga bakal menyambut aidiladha pada hari isnin. aku tak perlu minta cuti sebab sememangnya dah terus cuti sampai satu period yang tak diketahui. ada rezeki soon, alhamdulillah. rezeki tak datang lagi, alhamdulillah juga.. ada le tuu nanti..

daily life

sedangkan lidah lagi tergigit

Friday, December 05, 2008

aku ni jenis tak mahu kalah nak-nak kalau aku rasa aku betul. err ye ke?

family aku selalu pesan particularly mak aku, katanya jangan laa duk melawan saja cakap suami. pada pandangan derang hampir semua benda kiterang boleh jadikan gaduh bodoh. maknanya tak pasal-pasal nak bertekak dah walaupon perkara terbabit langsung takde kena-mengena.

kadang-kadang bila aku dan other half bercerita biasalah kalau ada buff kan. kadang-kadang cerita tentang fakta, sejarah, geografi atau hiburan aku selalu rasa aku betul. mesti lah ada masanya aku salah tapi aku tak kira, kalau aku betul aku nak other half acknowledge yang aku betul. huish boleh tahan ego keji jugak rasanya.

macam semalam aku mention yang lately aku teringat ada satu lagu bpr (kapaknya wakakaka).

me: tiba-tiba saya teringat seribu tahun takkan mungkin. saya rasa lagi sedap dari keunggulan cinta (dari sinar mata) -> aduuh sungguh kapak
o.h: (gelakkan aku..) ada le dalam rock (as in movie)
me: ye ke ada, jom layan malam ni, (sambil menyanyi-nyanyi aku tenggelam.. dalam ye suara aku memang tak sedap aku sedia maklum)
o.h: (gelakkan aku lagi) apa awak ni tu bukan lagu tu

nampaknya ada perselisihan pendapat
me: betullah apa
o.h: bukan
me: tak percaya? jom youtube
o.h: itu seribu tahun takkan mungkin
me: wattt? 

jadi persoalannya:

  1. dia dengar atau tak aku cerita apa
  2. jadi di sini, sapa yang betul?
  3. korang tak rasa yang entri ni sia-sia sahaja ke hehehehe

quizzical

kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

Thursday, December 04, 2008

apa saya dapat sepanjang kerja sini:

  • free stationaries (untuk kegunaan ofis ye, bukan peribadi atau bagi laki sendiri sebab nak jimat duit)
  • free printing service (again, sama nota di atas)
  • shopping sukati sikit sebab dapat gaji (related ke?)
  • peluang nak speaking, maklumlah kat rumah saya cakap bahasa melayu. saya tak pandai english, other half selalu gelakkan pronounciation saya tau, dia kata saya kampong..
  • peluang makan ntah apa kemenda omputeh masak, yang halal dimakan tau
  • bangun awal pagi sebab nak pergi kerja awal pagi. kalau tak agaknya pukul berapa hahaha
  • merasa naik bas pengangkutan awam oleh kompeni selain Uni. tapi rupanya sekarang bas uni pon dah kena beli. ilmu network bas saya pon bertambah.
  • beberapa buku free. well, saya pon tatau sapa punya, mungkin mamat yang saya gantikan tu. rezeki le kan, kalau tidak pon saya tak rasa saya beli kut.
  • peluang panggil manager dan seniors dengan nama saja di depan muka, bukan seperti mengumpat di belakang hahaha.
  • manager saya belanja kiterang dinner ari tu ;)

sekian, terima kasih

p/s: dedikasinya laa sangat

quizzical

mental blok?

Wednesday, December 03, 2008

aku rasa macam suffering from mental blok le lately.

sebabnya bila nak mula blogging je terus kosong. aku akan renung je skrin tapi takde idea datang. padahal blogging je kan, sikit punya unlimited skop ko boleh tulis. 

jadi aku nak mulakan blogging dengan cerita apa aku buat hari ni. pagi ni aku join chatting/discussion/breakfast free group orang-orang yang akan meninggalkan nxp. tade menda pon aku citer, saja nak jumpa since ni minggu terakhir kan. kira macam formalnya aku bagitau aku nak blah dah. lagipon dapat air free. nak makan free pon boleh tapi takkan nak amik bacon roll/mince pie pulak. 

sepanjang hampir sejam tu aku rasa aku cuma cakap tak sampai 5 ayat kut. lain-lain aku cuma dengar, senyum dan gelak-gelak je. mana ayat-ayat yang macam sedap tu aku cuba untuk ingat, boleh laa diapply di masa akan datang. macam satu terapi, kata manager aku. mendengar, berkongsi dan meluah rasa pada satu grup people yang lebih kurang nasib dengan kita iaitu orang yang diberhentikan/memberhentikan diri secara sukarela.

bayangkan dah kerja selama 30 tahun dan tiba-tiba satu hari kau berhenti. macam satu kejutan kan. jadi tru grup ni aku berpeluang untuk mendengar rentetan pengalaman dari job hierarchy yang berbeza juga. ada yang dari general admin. ada yang senior engineer. ada manager. dan aku mewakili generasi setahun jagung-eksekutif level. 

nampaknya idea baru tiba-tiba muncul. tunggulah dalam entri akan datang, aku akan cuba dedikasi sedaya upaya blogging tentang apa aku dapat sepanjang kat sini. takdelah signifikan mana tapi sekurang-kurangnya satu memori dan kinda like reminder pada diri sendiri. aku nak jugak tersenyum sendiri atau ooh aaaahh bila baca blog sendiri satu hari nanti ;P

haaa dapat satu entri, no?

demam oh demam

h.i.m.y.m

Tuesday, December 02, 2008

korang pernah layan how i met your mother tak. sila laa, strongly recommended =)

argh-gila

black friday sale (konon)

Monday, December 01, 2008

baru-baru ni kiterang asyik dapat emel tentang jualan potongan kat apple store samada online atau offline (kedai) sempena hari jumaat hitam (black friday). kat us ni macam satu tradisi sebelum hari kesyukuran (kalu salah tolong betulkan tq) tapi nampaknya tahun ni dah macam berjangkit hingga ke sini plak. 

sikit punya hectic kat yahoo us aku tengok berlumba-lumba retailers iklan sale!sale!sale! since dah beberapa kali diiklankan, maka kiterang ada sedikit menyimpan harapan dan angan-angan pada jualan murah yang diuar-uarkan dek apple. macam biasala kiterang 2 orang ini memang orang kuat berharap dan berangan pada jualan luar biasa.

apa dapat? balik dengan perasaan kecewa dan hampa juga. tapi sebelum itu other half dah mention jualan sale online tadela bes sangat. paling up pon sampai 17% je. ek leh 17% je ke. kalau 71% aku rasa apple store tu pon mesti dah licin.

tapi apa yang aku bangga ialah aku hampir tergoda tapi dapat menahan nafsu gila. ada orang gila tu sikit lagi nak tertewas dengan godaan apple-sentuhan. lagi sorang berjaya merationalkan orang gila itu dengan soalan-soalan yang sukar dijawab. paling senang soalan, "nak buat apa?" pon diam takde jawapan konkrit yang dapat dilontarkan semula. 

mungkin bila ada rational plan itu boleh dibawa kehadapan semula in the future =)

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images