Inilah akibatnya

Friday, March 31, 2006

Akhirnya aku kena musibah jugak,outcome of template-changing nih.Aku tatau berapa banyak kali dah main tukar templates,sebabnya aku cepat bosan.

Sebenanya sebelom aku tukar yang current nih,dah 3 kali kut aku tuka tempates.Memula tu experimental saja.Bila aku tengok tak berapa bes je,aku tuka ke previous one.Tapi sebelom tu,better take safety precautions first.Aku copy-paste template lama kat notepad supaya bole undo yang baru.

Tapi tu la,tatau camne aku copy-paste yg mengakibatkan 1/2 codes je ada.lepas tu aku dahle tak save template lama tu,jadi habis links dan extra-extra aku sumer hilang.Maybe I got confused with 2 templates.Maybe terdelete some of de codes accidentally.

Jadi harapnya ni lah template yang akan stay lama punya

Terasa glamer

Friday, March 31, 2006

Ari ni terasa bole tahan glamer jugak muka aku ni.

On de way balik umah,bas yang aku naik ni quite full,so aku berdiri je la.dekat-dekat dengan aku berdiri tu,aku noticed ada sorang minah mesian,jadi seperti biasa aku akan senyum sengih sket.Keadaan tak mengizinkan untuk aku dan dia borak-borak.Aku ni selalunya friendly je,so asal ada orang nampak peramah aku pon ok je.Kadang tu orang lain tu yang senyap,jadi aku tak becakap sangat..

Lepas 2/3 stops,aku nampak dia macam nak turun.Sebab aku berdiri dekat dengan dia duduk tadi,jadi secara tak langsung kiterang dah dekat.Dia tego aku,tanya mana "akak" tinggal?Dalam hati,aku quite surprised pasal dia tau aku lagi tua.Pastu dia mengeluarkan ayat yang sungguh tak kusangka,"saya penah tengok akak kat fotopages,akak dah kawen kan?"

Terasa glamer lak hehehe

my 90th post

Saturday, March 25, 2006

Sedar tak sedar ni dah post aku ke 90 hehehe even tho aku kena titik beberapa tiang dgn hubby dalam jumlah posts,tapi tapela.kadang rajin,kadang malas.kadang kalo semangat nak tulis tapi tade citer.biasa la tu.sick cycle carousel.

This week has been a very busy week,produktif untuk development.last week aku ada meeting dgn one of the managers on wat shud i have for a visit this week.since then,aku stop dgn webmacro jap dan concentrate dgn home portal nih.

Tapi nasib baik visit ni postpone ke next week.Semalam la aku rasa teruk sangat.Untuk kali ke berapa ntah,aku balik pkl 6 lagi.Aku tatau kenapa,dalam satu minggu tu,mesti akan ada satu hari yang paling down,my unlucky day.This one unlucky day sucks everything out of me.akan jadi a lil bit moody.sampaikan aku rasa,keje balik penat-penat,dahtu kena masak lagi huhuhu sorry bby..hormon imbalance le tu.

So untuk next week visit,aku kena tunjuk demo,dan discussion session.Dengarnya dalam 3-4 orang.Ntahle aku pon tak sure.Since started working back nih,aku rasa laju je.Masa jalan dengan laju je.Pace aku nak tangkap sumer menda pon kena laju jugak.Aku jalan kaki pepagi nak keja bas pon bukan main laju lagik.Memula pike tensen je,risau pon ada.Tapi hubby sentiasa cakap,satu,satu la..Pelan pelan awk bole keja punya.

Hari ni memang menyenangkan,a relaxing one,dan menggembirakan.Keje settled.It's my first payday =) dan jugak our 6th month annivesary kawen.Memang niat di hati tu nak belanja hubby fine dining,tapi tatau nak pegi mana.Tapela,last-last kita fine dining kat umah makan ayam dan double cheese burger dari star fried chicken.sedap jugak kan.Next time kita call delivery pizza plak,tandoori delight sedap oo.Kalo upon collection,bole dapat buy 1 free 1.

"Happy 1/2yr Anniversary bby =)"

Bumi mana tak ditimpa hujan

Tuesday, March 21, 2006

Aku rasa aku ni disayangi,sebab tu tuhan kasi test sket.Setelah sekian lama kiterang punya problem dengan financial due to salah kasi bank account info tu,bebaru ni barula lapang hati sebab bank account's problems sorted out.Tapi kalo hubby sorang-sorang je yang merasa susah,tak fair gak kan.Akhirnya last friday it's my turn plak.

Tere tak tere derang ni,bil aku yg beralamatkan umah edin dulu sampai ke umah soton.Macam mana derang jejak aku kat sini pon,tak dapatla aku kasi jawapannya sebab aku pon tatau.Maybe dari bank info kut,sebab aku dah updet ke address soton.

Bil elektrik yang tertunggak berbulan-bulan ni memang maha membebankan.Hampir mencecah 500 pound.Ikutkan hati aku yang kering,memang aku nak buat dek.Tapi kalo derang ada bank info aku,aku tamo le seboleh-bolehnya tejadi pape kat account aku tu.Dahle dah berapa kali kena charge sebab overdraft.Since aku nak duk sini lagi beberapa tahun,mati la gue huhuhuhu =(

So aku dah buat a few calls ke sana-sini menjejak remaining former housemet aku yg still ada kat edin.Tapi memang cam gampang.Dahle tade contact no,tak join orang satu hal.Bole dikatakan totally lost.Berdasarkan another x-housemet yang lain,derang ni(ada 2 org)siap dah tinggalkan duit untuk future bill sebab dimintak dek kawan lagi satu ni.

Aku tamo baya bil sesorang huhuhuhu
Ada idea??

Aku sudah tidak kering lagi

Sunday, March 19, 2006

Nampaknya kebanyakan baju-baju yang ada ni dah tak berapa sesuai untuk dipakai especially gi keje.Kalo dulu aku tak berapa kesah kalo baju pendek hehehe tapi sekarang ni nampaknya tak bole le camtu..

Datang sini dulu aku bawak 3 helai jeans,satu tu maternity jeans yang beli kat jusco dulu.Tapi even sampai sekarang selua tu telampau besar,ye ye aku tau nama pon maternity jeans.Tatau le sebab kaki aku kecik sangat ke(maksud aku particularly untuk selua macam ni),atau pinggang kecik ke,atau sebab biasanya aku ni pendek sangat untuk seluar normal woman.maklumla aku kan petite orangnya hehehe perasan!!

Lepas tu aku ada beli selai jeans waktu first time pegi portsmouth dulu.lowered,sampai aku yang tak suka pakai belt ni kena beli satu.ni le satu-satunya jeans yang aku bole pakai sekarang.lain-lain sumernya akan bermasalah kat pinggang walopon butt,peha tadehal lagi..aku senak duh..

So sekarang nak carik slua pinggang getah atau nice maternity trousers dengan baju-baju yang lebih sesuai.Maybe skirt ke selai dua,kat sini nak pakai maternity dress tu cam tak berapa ngam lak.lagipon aku hehehehehehe Tapi today niat nak carik baju kat portsmouth bertukar lak dengan shopping kasut adeh.Tapi hari tu hubby kata nak belikan kasut yang lagi comfortable, kesian katanya tengok aku ke hulu hilir dengan camper leper tu..Ada gamba uploaded kat fotopages gue hehe

This ain't another wish list..

bapak mahal oo

Saturday, March 18, 2006

gelas juve v seluar bola arsenal

Kurang dari 2 minggu lagi,one of the most awaited games for european soccer will take place.apakah dia?iaitu quarterfinal round untuk champions league.seblom derang cabut undi untuk determine sapa lawan sapa aku ada ckp kat hubby,harap-harapnya juve lawan arsenal.dia replied,mestila juve menang.sebenanya bukan begitu,tula satu-satunya chance yang aku ada untuk tengok juve live kat tv hahahha unless juve pegi final.since arsenal is the remaining english team left,probability utk kua tv tu aku rasa tinggi.

Tetiba petang tadi hubby bagi satu cadangan yang super duper bes dan aku tak tepike pon.dia kata since bday aku (frens,bday aku ye hehe) pon dah tinggal berapa hari je lagi,dia nak bagi le aku hadiah tengok juve live kat sini.mungkin lifetime punya opportunity.dengan semangatnya aku pon cek out le online..

Oh ya,last yr pon juve travelled to uk waktu quarterfinal match derang against liverpool.ade aku tepike nak gi tgk,tapi locationnya,dan harga tiketnya membuatkan aku rasa tgk tv lagi bes.back to arsenal-juve nih,lepas aku cek tiketnya sangatle mengecewakan.paling murah aku jumpa berharga 200 pound.tp yg kelakanya tiket juve-arsenal kat turin nanti paling murah approximately 30 euro,kan bapak jauh bezanya tuu.kalo ko duduk kat belah side arsenal,lagi mahal oo.tiket punya mahal bole cecah nearly 700 pound.tatau camne derang ni gila beramai-ramai tengok bola kalo sebegitu mahal huhuhu tapi tak silap season pass lagi untung.pastu game-game kecik bole la dapat murah bagi duit derang.bagi duit kiterang,hmmm tape la ye..

Tapi logik le kan,dahle game besar,pastu involving 2 antara kelab ternama kat benua eropah ni.tu pasal le bubuh harga memahal.tapi online ni takleh caya sangat,cuba pegi beratur panjang-panjang kat stadium,tengok berapa agaknya bole dapat??

dream dream dream

Thursday, March 16, 2006

Nampaknya aku dah ada angan-angan baru,mesti le related to beli barang.Antara yang masuk dalam wish list aku yang hubby kata aku gile

  1. Digital SLR camera
  2. Kenwood Food mixer
  3. Ipod
Bila la nak kaya nih huhuhu angan-angan minah jenin je la aku nih

anime

Ranma-kun

Wednesday, March 15, 2006



Satu-satunya anime yang aku rajin download,Ranma 1/2.Sapa yang layan akan tau le kekelakarannya dan betapa banyak kali aku sanggup ulang tayang untuk gelak sendiri balik.Sebenanya,aku tak sure bila first time tayang kat mesia,tapi yg pastinya first time for me was in 2003.

Aku rasanya tak keje lagi time tu.Satu petang waktu magrib (during 7-8pm),aku tenampak le adik aku,ayi tengah duk seronok gelak-gelak tengok tv.aku pon datang le dekat,ler tengah layan katun rupanya.cam budak kecik.tapi dia balas balik,cam gampang je pastu sambung gelak-gelak balik.chess aku pon nak join gelak-gelak jugak,dapat gak release tensen tak dapat keje lagi plus masalah-masalah peribadi hehehehe

Since hari tu,aku pon jadi pengikut setia jugak.asal pukul 7 aku dah tepampang depan tv.pastu aku dapat tau ada repeat keesokkan harinya at 11-12.oh ya,anime banyak ditayangkan kat axn,cool bangat.lepas tu pukul 6-7 ada lagi repeat.kadang-kadang tu sebab suka sangat particular episode,sanggup tgk sampai 3 kali.bila dah start keje,pkl 7 selalunya mesti dah ada kat umah unless tumpang ayah aku pegi keje.sampaikan ayi plak cakap,wah ko ni bukan main lagi..

Kenapa aku suka sangat?Selain kelaka yang lawaknya kekadang tu lawak biasa tapi cara persembahan dia(chewah) + lawak-lawak spastik yang pandai,it touches emotion too.Aku rasa anime yang agak romantik jugak.Teenage boy yang sejati tp bole betuka jadi pompuan yang seksi bila kena air.Fiance yang comel tapi tomboy keras dan ganas.Ayah yang bole betuka jadi panda,dan banyak lagi characters yang complicated menjadikan satu anime yang meriah.

Now aku ada lagi satu follower yang sanggup tunggu aku siap download tp sendiri malas hehehe katanya dia dl movie,aku dl le ranma.Seeing him madly laughing buatkan aku rasa bahagia dan bangga 8)

Aku harap I'll be patient enuff to complete my collection.Maklumla saiznya bukan ikan bilis je.



Birthday meanings

Tuesday, March 14, 2006

Is Your Birthday day 7 of the Month?

Your Life:

You are sensitive to changes around you but your feeling is hardly expressed. You hate exaggerations. Under your quiet personality, you are rather stubborn and self-centered. These qualities are the force behind your extreme persistence.
Your Love:
You have enormous courage to please your lover. Your relationship often progress quickly.

Huh?Wallahualam..

There I go

Sunday, March 12, 2006

We meet again.

My one week training sudah habis,yela nama pon one week.mamat german yang didatangkan khas tu,klaus balik petang semalam.sebaik saja dia melangkah klua,aku dan rob sesama pandang dan terus melepaskan nafas lega hehehe.aku dengar bopcris baya mahal oo.last week julian ada mention yang bila klaus datang nanti jangan lupa untuk tanya seberapa banyak yang boleh.memang aku bantai sesuka hati,even to me some might be sounded stupid,yet it's a learning process kan.

Memang selama klaus ada kat sini since monday morning,kiterang keje non-stop.dia akan switched from rob to aku all the time.masa break memang terasa santai.sebenanya aku pon antara paham dengan tak berapa paham je explanation dia.aku tanya kadang-kadang tu sket je,tapi bejela-jela jawapan dia.kadang tu aku rasa cam itik ckp dgn ayam.yela,sebagai foreigners aku dan dia pike straightly from bahasa memasing dan translate cakap english.tapi english dia memang bagus.vocab dia kuat.cuma intonasi,pronounciation plus ascent mungkin pelik sket.bila dia cakap dalam german,mak aih laju betul.satu lagi aku notice,germans ni memang punya disiplin dan super workaholic.hahahha ntah2 aku cakap pon derang ni paham tak paham.in my case,lupakan soal nak cakap tiru ascent mana,cakap pon still beterabo huhuhu..

Tapi dengan training yang seminggu ni,aku concludekan sebagai sangat helpful.banyak menda dapat belaja plus macam kelas revision pon ada jugak.klaus tu tesangatla penyabar melayan kiterang,dengan soalan-soalan,ajar lagi,macam private tutor rupanya(perlu diingat,dah baya mahal-mahal tuu).lab kiterang tu makin meriah dengan kedatangan iss staffs dan juga ecs(yg ni aku tak sure).sebab ramai yang berminat dengan projek ni,yang derang claim tak penah dibuat lagi.

Sebenanya projek apa?aku tak penah citer lagi kan.department kiterang ni,digitisation department bertanggungjawab terhadap buku-buku atau sumber-sumber lama beratus-ratus tahun dulu untuk diterbitkan electronically contentnya untuk reference umum particularly to historian,librarian,students dan orang-orang yang berminat..lepas derang scan buku-buku ni sumer,derang akan buat indexing yang akan disimpan dalam format xml.kiterang punya responsibility plak macammana public bole access sources ni.

Semalam sambil lepak-lepak minum tea during tea break sempatla aku melayan jamie's italy.hari tu memang ada intention nak beli tapi asyik tangguh-tangguh,sampai la sale pon habis. aku rasa kena beli ni, presentationnya bagus, resepinya simple dan pretty straightforward. since aku suka jugak italian food ni n(dan cooking), manala tau bole menambah kepandaian aku dan ilmu di dada di dunia memasak. nanti bole serve during our coming-open house in the future ke =)

Blogku yang buruk

Wednesday, March 08, 2006

Aku rasa bosan dengan blog aku yang rasanya sunggoh buruk ni.
Disgusting uh,melampau tu rasa camtu..

Apa citer?Tade menda sangat.Normal life seperti orang lain.Cuma minggu ni agak busy untuk aku.This is my only third week in the library yet aku rasa macam dah lama.To be frank,aku suka kerja kat sini.Environmentnya.Bos yang baik.Colleaguesnya.Scope kerjanya,hmm seronok aku rasa.Depress ye jugak bila mengenangkan
"PROGRAMMING" itu.Satu term yang adalah satu nightmare bagi aku selama ni.Tapi so far alhamdulillah.I'm becoming more optimistic,rasanya..

Minggu ni sebok dengan training untuk web development.As a new member,banyak aku kena coupe dalam masa tak berapa nih.Nak ingatkan menda ni,nak keja menda tu.Tapi overallnya aku rasa agak enthusiast dengan menda-menda ni hehehe

Memula hari tu waktu Julian(bos gue) introduce aku kat sumer orang,dia duk kata our java guru.Aduh,tensennya aku rasa.Bila aku kata tadela,dia kata aku modest lak.Lantakla.Bertahun ni aku struggle nak belaja java,nampaknya jodoh btullah.

Mujur hubby bukan keturunan java juga =)

Kasut!Kasut!Kasut!

Monday, March 06, 2006



Knitted baby shoe untuk baby (colleague aku kasi hadiah)
Adorable =)



Ni kasut untuk mak baby ke hehehe
Apa kata ayah baby??



Apa dia??

Bulan Sejarah Wanita

Saturday, March 04, 2006

Got this from my luvly sister,sempena hari memperingati Bulan Sejarah Wanita(ada eh?)

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh
ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa,tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun,harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh"
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk
yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu
hatinya – tempat dimana cinta itu ada."

Setiap Wanita itu Cantik.

Tenkiu so much =)

daily routines

Friday, March 03, 2006

Nampaknya sekarang ni jadual aku berubah dengan drastiknya.Dulu,tido at 3, atau 4 paling awal 2 kemudian bangun subuh at 6.30 then tido lagi sampai ke tengahari.Nak bangun pagi-pagi tu,alahai..punya la seksa.Bangun-bangun je makan sket,sambil tunggu ayam,ikan untuk masak.Kalo hubby gi uni,aku kat umah main game,atau layan tv,atau tido lagi hahaha

Sekarang,by midnite aku kena masuk tido,otherwise esok susah nak bangun.Bangun subuh at 6 so that aku bole tido lama lagi.Jam bunyi at 7.40,tapi aku hanya bangun pkl 8.Siap-siap by 8.45 mesti kena kua rumah dah nak dapatkan bus at 8.50++

Selalunya sampai lab dalam 5min after 9,ok la tu,working hours aku from 9 to 5.sampai lambat 5 minit,baliknya cepat 5 minit akakkaka yela since musim tak berapa busy bolela,kang esok2 mau kena stay jawabnya.

agaknya style english ni keje based pada cara pemakanan derang jugak le.masuk je 10.30,it's morning break time.maka aku pon join le beberapa org colleagues sini bejalan ke piazza cafe(tempat lepak student) untuk have a cup of hot drink,selalunya aku layan coffee atau tea je la.kalo lapar aku beli hash browns 2 ketul.aku tatau le apa pandangan orang,this one petite asian girl lepaking dengan 4 orang mat sallehs.selalunya aku dengar je apa derang ni citer,kalo orang tanya aku jawab,kalo kelaka aku gelak.nak join tak reti nak celah,lagipon derang ni cakap laju,kadang aku angguk-angguk je pon,ntah paham ntahkan tidak hahaha

balik lab pukul 11,sambung balik keje.selalunya kejap je mata aku ni bulat,lepas setengah jam layu balik.sambil tu aku tak sabar-sabar tunggu 12.30 ke atas sebab lunch break.selalunya aku tunggu sampai pukul 1 lebih baru pegi.aku dapat 1 hour break,cam part-timer dapat 1/2 hour break(aku baru tau..)kadang lunch dengan hubby,dia datang temankan aku makan,kadang aku lepak makan kat staff room,join je sesapa dr department aku yang ada.so far,aku rajin jugak le masak nasi ngan lauk lebih waktu dinner,esok bole tapau.kadang tu goreng nasi,nak jimat le katakan.ada jugak aku spend beli chicken tikka yang dibungkus dalam roti pitta(halal ye),tapi aku rasa agak mahal.ada jugak aku dan hubby lunch kat star fried chicken tapi mahal la nak buat hari-hari.

depends at wat time aku lunch,selalunya sebelum 2.30 tu aku mesti ada kat lab balik.kalo bosan dah tahap sampai hidung,masa yang paling ditunggu-tunggu ialah pukul 3,tea break plak.haa tu la,aku rasa asyik break dan makan je.kiterang akan lepak kat staff room,3rd floor having another cup of coffee tea lagi.kat sini lagi murah,tea=10p,coffee=20p,squash=8p,biskut=5p. masa yang diperuntukkan adalah 1/2 jam,sama dengan morning break.

sampai lab around 3.30.aku balik at 5,apa-apa hal pon memang style orang sini balik keje pukul 5.apa lagi,cabutlah!!

balik umah kluakan apa nak masak untukdinner dan lepak-lepak.masak,makan,layan tv,tido dan begitula routinenya,hari-hari.

Well,sebenanya inila kehidupan yang sehat ye tak..?

p/s: yehuu italy melanyak germany 4-1 ;)

chain game - 4 bla bla bla

Thursday, March 02, 2006

sue telah mentag aku,dan aku pon excited jugak nak main QA nih hehehe obviously aku ni tade keje+nak sronok-seronok juga.maklumla,kepala penat le..

4 jobs
1.waitress [my very first experience]
2.praktikal trainee [kira juga ke?]
3.data entry
4.programmer cabuk

4 movies i luv
1.lotr-the return of the king
2.shakespeare in luv
3.cinderella man
4.ali setan akakakaka

4 places i've lived
1.gombak [miss gombak]
2.shah alam
3.semenyih
4.edin

4 tv shows i luv to watch
1.will n grace
2.scrubs
3.masak biskut/kek during raya festive
4.sports semestinya

4 places ive been on vacation
suda lama tak pegi vacation
1.roma
2.langkawi [we're de only adults]
3.umbai [makan2 yang memang bes]
4.barcelona

4 blogs i visit daily
1.kenit's
2.botak's
3.haris's
4.azan's,etc..

4 favorite foods
aku sangat suka bab ni =)
1.pasta
2.ani sup utara's kuetiaw sup
3.nasi lemak
4.cendol

4 places i'd rather be
1.my bed
2.makan place
3.parent's home
4.kl

4 albums i can't live without
camne ye,suda lama ngak layan
1.padi's sesuatu yang tertunda
2.lifehouse's no name face
3.nirvana's
4.melly's

4 vehicles i've owned
1.basikal satu masa dulu
2...hopefully an mpv ke..
3...
4...

4 people i'm gonna tag
1.kenit
2.botak
3.azan
4.anor,dan sesapa saja yang sudi
hehehe aku saja je letak list ni tho aku paham sangat apa akan jadi

up 30sen

Wednesday, March 01, 2006

aku baca paper semalam,katanya harga minyak kat mesia naik sampai 30sen/liter.aku citer kat hubby,dia kata mak aiii mahalnya.ye,aku dapat bayangkan orang blabbering,mengeluh pasal menda nih..

aku tengah tebayang ayah aku camne laaa agaknya.dahle dia hari-hari travel from place to place becoz of his works.jap kang kat gombak,pastu klang,kang tau-tau putrajaya,kena stop by subang.jangankan ayah aku yang travel hehari tu,orang lain yang travel dari umah ke ofis pon sama.public transportation mesti naik harga.lepas ni barang-barang plak naik harga lagi,dengan alasan harga minyak shoot up.kadar inflasi,naik.

since dah lama tak pakai keta,in fact aku tade keta pon sebenanya,hence kiterang pon tak peruntukkan lagi untuk kereta.cuma baya monthly installment je.sini,tak silap hubby penah citer,minyak tak sampai 1 pound/liter.first thing first,jangan convert ke rm dulu.salary sini kite bole dapat berapa kita bole dapat kat mesia jugak,more or less,selalunya less laa.kalo software engineer,atau programmer,atau adik-beradik dia tu tak silap aku bole earn macam kat mesia juga.groceries tu aku rasa reasonable..

pendek kata aku turut bersimpati..

oh ya,esok ada banyak friendly games which also include italy-germany.

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images