enjoy food

foodoosh : edisi murtabak dan kari ayam

Friday, July 31, 2009

recently aku teringat dan teringin nak makan murtabak.





ada orang pernah cerita pada aku, ada sorang kakak tu buat murtabak pakai roti prata. cuma masa tu aku tak pay attention betul-betul camne dia buat dengan roti prata, seriously aku ingat masukkan inti di celah-celah layer roti prata. tapi bila nak buat, wat and how?? sebabnya bila instant roti prata tu dah lembut macam mana nak tarik layer dia kan kan kan..

jadi aku bubuh sikit minyak atas roti dan cuba untuk tarik kasi roti lebih lebar dan nipis. macam orang buat roti canai, cuma takde tebar-tebar, saya tak pandai! agak-agak nipis tu letak atas pan yang panas (tapi api kecil), letak mixture telur + inti murtabak dan tutup mengikut saiz dan bentuk yang anda ingini. masak atas api yang kecik dengan minyak sapi (kalau banyak memang cepat muak) sampai bawah garing dan cantik kaler coklatnya. then flip murtabak anda. dah masak dan garing cantek (cakap cantek sambil thumbs up memuji masakan sendiri) bolehla diangkat dan dihidang bersama kuah kari atau kuah bawang macam orang jual kat mesia tu.

ada juga orang pakai kulit popia. bolehla siapa-siapa cuba pulak kan.

pasal inti murtabak, boleh buat mengikut citarasa sendiri, nak pakai resepi inti karipap pun boleh. up to you, sardin, ayam, daging, lamb, apa saja!

jadi next time boleh stock up inti karipap banyak-banyak, then pakai roti prata jadilah murtabak, dengan kulit popia jadi mini samosa, dan kalau rajin buat karipap pusing. haaa how smart is that =)

komen o.h:
  1. murtabak awak mewah gile (ye banyak daging)
  2. murtabak awak tak rasa murtabak saya tau sebab apa. sebab pakai inti karipap..

argh-gila

brussels the capital city

Thursday, July 30, 2009

o.h: kenapa orang lain cakap brussels kurang best?
me: seronok je, besar pun besar.

ern: best la
o.h: mungkin orang lain tanak shopping. jangan tak shopping korang

me: ye aku memang ada intention nak shopping baju murah. solden solden solden

ern: ye ke (nada tak percaya) ???

----------------------------------------------------------
o.h: tanyala kenapa dia sebok nak gi antwerp?

ern: kenapa kau nak pergi antwerp?

me: saja, itu kan capital city (dengan muka konfiden, tapi salah sebenanya haha)


mereka tidak percaya.. aku ini orang geografi haha






argh-gila

Brugge

Thursday, July 30, 2009

me: aku nak pergi brugge
ern: kenapa kau nak pergi brugge?
me: most people cakap cantek gile (ye, memang cantik) pastu seafood sedap

sebenarnya

  • seafood mahal, jadi kiterang decide makan kat brussels saja
  • naik kereta kuda surprisingly dalam 35 euro, approximately dalam 35 minit
  • brugge lebih pricey dari brussels
  • cantik, bersih, dalam sehari boleh setel ;)








parenting

everybody's got to learn sometime

Wednesday, July 29, 2009

dalam banyak-banyak benda, aku hampir terlupa pasal checklist baby dan beg hospital, duh..

sebenarnya barang-barang baby dah ada, ada la beli sikit-sikit. nak kata pakai aaqilah punya ada la jugak, tapi mostly baju newborn dan 6 months ke bawah kat mesia. since aku pun dah ada pengalaman, ada jugak lessons learnt yang aku harap tak repeat this time around. contohnya tak usah excited lebih beli baju kecik-kecik banyak sebabnya baby cepat membesar hihihi common sense eh. pastu tak usah excited lebih juga beli baju cantik-cantik, kerana yang paling sesuai ialah body suit dan sleep suit. kalau nak beli baju cantik-cantik boleh jugak, tapi tak usah banyak nanti tak terpakai. macam aaqilah dulu eventually pakai sleepsuit hospital punya sebab rupanya baju cantik dia tak berapa sesuai. maka teruslah ayah aaqilah mencari sleep suit kat hospital jugak (sebenarnya aku sendiri ingat-ingat lupa, padahal baru 3 tahun)

untuk the mom pun kena update juga. nipple cream yang aku pakai waktu aaqilah dulu dah expired, jadi kena beli baru. tapi aku beli tube kecil sikit, sebab itu hari pun tak habis. err barang-barang during pantang nampaknya kena tunggu sikit hari, samada poslaju dari mesia atau dibawa itu aku tak dapat pastikan lagi. apalagi eh, oh ya jangan lupa maternity pad ok.

apa lagi yang tinggal agaknya. baby crib yang comel bole tak hehehe aaa apa lagi cik hasniza oi, kemas barang masuk beg la. dan jangan lupa bawak kamera ok kali ni.

flickr

never say NO

Tuesday, July 28, 2009

never ever say no no no to someone, something you hardly know.


selipar crocs, most expensive selipar in recent years..


jangan tau kutuk saja, mana tau satu hari kau kena berterima kasih pada yang kau kutuk dulu huhuhu kiterang selalu mengkondem crocs, banyak kali jugak ;P design la, ntahapa la, itu la, ini la. plastik la. tak worth money la.

tapi bila kau desperate yang amat, maka kenalah pay harga yang kau tak rela itu. lepas itu terus mood aku getting better, muka happier dan in fact kurang cranky terus.

inilah dia ubat sakit kaki, sebelum itu jangankan kaki melecet kat belakang, tapak kaki rasanya mencucuk-cucuk. i couldn't distinguished if it's came from my extra baggage or it's normal from the excessive walking activity.

see, i tell you..

daily life

siri cerita pendek

Thursday, July 23, 2009

swine flu, h1n1 watever you call it
mamat teammate sebelah aku ni, yang kiterang selalu borak-borak kosong dan bergelak ketawa tak sihat baru-baru ni. siap boleh buat lawak, hopefully it's not swine flu.
lepas dia balik rumah tengahari isnin tu, sampai hari ni dia tak datang kerja lagi. doktor dia kata in case swine flu, kuarantin kat rumah sampai fully recovered. concern gak dia dengan aku, suruh pergi jumpa gp. so far orang lain within the bay area masih sihat. pening kepala dan risau gila advisor dari school of psychology (projects kiterang, maka main financial support dari situ) sebab sekarang kiterang mengejar release dateline pada awal ogos.

all work and no play makes jack a dull boy
aku tensen betul dengan kulit aku sekarang. sebenanya mungkin aku yang malas jaga hahahaha jadi jangan salahkan produk okie. jeragat atau bintik-bintik hitam (aiyo aku tatau apa nama dia) semakin bermaharajalela ni. pastu kulit macam agak dull lagi menampakkan aku ni makin dull. duh..
aku geram ni kang abis laa (diri sendiri juga).. apa yang habis? poket sendiri juga huhu

reaching 36
sebenarnya belum lagi tapi next week bakal masuk phase yang agak mendebarkan. once you reach 36 weeks, expect the unexpected, chewah. baby sudah matured untuk keluar, samada dia tak sabar-sabar nak keluar atau takmo keluar. aaqilah itu hari 38w+4.. kita tengok yang ni camne pulak, are u gonna break kakak aaqilah's record or u gonna stay put?
oh ya, since next week will be my 36 weeks, maka next week ialah sesi birth chat dengan midwife.
sekejap je kan, aku pun macam tak berapa percaya ;P

doakan semua sihat dan selamat amin..

thoughtful me

frailty?

Tuesday, July 21, 2009

being pushy?

i hate being pushy, because i hate being pushed by others. tapi kadang-kadang dalam hidup kau kena being pushy, otherwise orang akan ambil kesempatan.

ada dalam beberapa kes, orang akan datang minta dan merayu favor dari aku. seperti biasa sebab aku ni baik hati orangnya (saya tak sampai hati) aku akan tolong, walaupun tak banyak tapi sikit akan diusahakan. huh ni dah macam mengungkit pulak, langsung tak dapat pahala. nope, aku cerita ni dari rentetan pengalaman sendiri, as a reminder untuk diri sendiri dan mungkin others.

aku rasa banyak juga aku tolong kasi pinjam duit. nak dapat balik tu, hmm toksah cakaplah macam mana seksanya. banyak kes tak dapat pon. nak kata aku ni senang? tak jugak tapi mostly akan terjadi bila aku mula nak merasa senang. ada orang yang senang pulangkan, sangat alhamdulillah. ada yang macam buat-buat lupa dan needs to be reminded everytime, dan aku kira beruntung la orang-orang itu sebabnya aku ni benci untuk meminta-minta. ye memang hak kita tapi kalau orang tak kasi apa lagi kita boleh buat? takkan semua transactions nak ada black and white, jadi in case something bad happens, there's a proof and see you in court. jadilah kita orang yang berkira pulak kan. dan aku hate being that person as well. mungkin kat dahi aku ada tertampal, saya orang baik hati sila datang jumpa untuk pertolongan..

atas dasar percaya dan baik sangka, aku percaya (almost 100%) pada apa saja orang cakap. aku punya boundary dan limit, selagi within that aku boleh bersabar. adakah aku orang yang bersabar? ironically tidak.

syukurlah aku punya other half yang lebih tegas particularly hak-hak sendiri. dia yang akan menjadi reminder aku dan selalu mengingatkan aku yang mudah lupa ini. sebenanya aku tidak lupa, tapi bagi masa ;P macam aku selalu cakap pada o.h, to forgive, most definately yes. to forget, most probably not.

kata o.h, mungkin awak orang yang jarang rasa susah, sebab itu awak tak kisah. aku diam saja.

macam ni lah, biarlah orang layan kita macam mana sekali pun, kalau boleh jangan buat kat orang lain. jangan lupa Allah itu maha adil dan maha kaya. jangan lupa juga hidup ibarat roda yang berputar dan kau boleh turun ke bawah secara tiba-tiba. at least hati tak susah dan sakit mengenangkan kenapa ini dan mengapa begitu.

thoughtful me

Will we think about tomorrow like we think about now?

Friday, July 17, 2009

pagi ni atau hari ni,

jangan buat lawak konvo atau graduasi unless tuan punya diri yang buat lawak sendiri. pagi-pagi lagi o.h buat lawak bertanyakan kenapa aku tak siap-siap lagi, padahal dah dekat pukul 9. semalam pulak tanya kalau aku dah siap iron shirt dan suit dia. aku? layankan je hehehehe

since aku sendiri masih berulang-alik ke highfield (main campus) maka aku dapatlah saksikan kemeriahan majlis konvo. walaupun tak sebesar dan as grand as in malaysia, tapi majlis konvo tetap majlis konvo. smart and proud faces of parents and families apalagi orang yang nak dianugerahkan. adat istiadat dan majlis yang sangat simple, no loud background music apalagi ucapan oleh vc alone yang makan masa 2 jam. o.h pernah masuk dalam dewan attending his friend's grad 2 years ago (free tiket) dan dia cakap dewannya kecil saja. memang kalah sangatla dengan dewan seri budiman atau dewan-dewan kat malaysia. orang yang berucap pun (aku tak sure sapa, mestilah orang kuat uni) pun berucap paling lama, adalah dalam 15 minit ini pun aku exaggerate. most guys will put suit on them, hensem.. heheheh dahle mat saleh ni tinggi-tinggi. o.h cakap itu hari kalau dia pergi mungkin nak pakai baju melayu dan sampin koleq dia hahahahahaa kalau suit dia nak pakai tie koleq dia yang aku sure dia tak bawak (eh ada ke dia cakap ni?)

kalau tidak sekarang ni agaknya aku dalam dewan dan tunggu o.h's turn nak snap gambar, dengan perasaan bangga dan bunga-bunga dalam hati. o.h pulak, those who knows him well faham-faham sajalah hahahhahahaha kebotakan kepala dia akan dicover baek punya oleh doctoral cap..

argh.. aku sendiri sedih nak sedikit bitter tak dapat nak celebrate the official kejayaan o.h. orang boleh cakap alaa yang penting lepas phd, tapi to be frank, sakit gak hati bila kau missed submission deadline dalam 1-2 hari huhuhuhuhuhuhuhu

argh-gila

i'll stay with you

Thursday, July 16, 2009

siapa kata adult tak cranky macam budak-budak? silap tuu..

kalau budak-budak mula cranky, mungkin dia mengantuk atau letih jadi dia mula buat perangai. atau dia tak dapat apa dia nak. atau boleh jadi dia nak attention kita.

tapi macam mana kalau orang besar (oh tak tergamak nak guna orang tua haha) yang mula cranky? sebab-sebab di atas juga boleh diapply dalam most cases, tapi in certain cases mungkin boleh jadi lebih kompleks. tapi asasnya tetap sama.

aku notice ada certain period dalam setiap bulan, senang cakap pms la. memang aku akan cranky. antara sebab, graf mood yang fluctuates cam orang gila, then selalunya aku akan mengalami kejang perut, peha, pinggang yang menyeksakan. even sampai sekarang tapi sudah turun level mild, tapi tetap uncomfortable kan.

recently angin aku pun macam tak berapa menentu. kadang tu sepoi bahasa saja, kadang tu puting beliung. even the slightest and smallest things boleh annoys aku yang selalunya easy breazy je (ye ke..~)

macam semalam aku terjatuhkan coin 1 pound dalam changing room waktu nak gi swimming, uuu memang snap. hilang lesap macam asap. atau bebaru ni staff kad aku bengkok dan menyebabkan chip rosak, memang sangat bersabar. dahle lepas tu nak inform travel office (sebab ada lagi balance 2 minggu monthly pass) opis pulak tutup. lepas tu pakcik bas suruh aku bayar tambang jugak walaupun dah tunjuk receipt monthly pass tu. lepas tu geram dengan aaqilah yang secara automatiknya akan muntahkan balik apa yang aku suap bila dia notice ada yang dia tak suka e.g veggie. atau bila o.h dengan straight forwardnya tak kasi aku minum kopi dan kata aku degil. aku tau niat dia baik tapi bila aku mula cranky, aku rasa semua benda macam piling up atas kepala. maka bila sampai satu tahap memang macam gunung berapi huhuhu samada aku mengamuk atau tak pasal-pasal menangis..

atau kata orang ini hormonal during pregnancy..

doa aku banyak-banyak, janganlah affect baby =( amin

tiba-tiba aku teringat ferrero rocher..

precious

once upon a time

Monday, July 13, 2009

dalam banyak-banyak benda yang boleh dihadiahkan pada orang yang kau in a serious relationship, adakah orang terfikirkan cd lagu?

time student dulu, mahal tu cd lagu, in fact sampai sekarang pun tetap rasa mahal lagi, kalau tak takkan la aku rajin mendl secara tidak sah sekarang ni. jadi cd lagu ni macam special occasion la gitu.

  • cd hadiah pertama - less than 3 months after we're in serious phase. kiranya hadiah bday yang serius tapi belum serius gila ( as in tak spent banyak mana). ada orang terharu gile, sebabnya inilah first ever cd ori yang dia ada


  • saja kasi, maklumlah jauh dan windu huhuhu


  • hadiah super special, hehehehe spesel edition - deluxe edition bonus disc.. sanggup tak makan..(chee penipu)

lepas ni cd aman damai penenang jiwa pulak. niat nak kasi, bersama-samalah kita mencari ketenangan dan kedamaian rohani.. amin ;)

precious

personal sketch book

Friday, July 10, 2009

like a big kakak to aaqilah (can i tell whether my blog is masculine or feminine hehehe)

di entri yang ke 502 akhirnya dapat aku wish there.she.goes long live and rajin-rajinlah lagi berblog, jangan stop bercerita walaupun banyak yang merepek. ada entry yang super panjang, ada yang serupa facebook status, ada juga entri lirik lagu yang menurut o.h cheating gile. watever pon, dah menjangkau 500!!

sebenarnya aku sendiri tak sedar dah 500, macam surreal pon ado. yela kan, 500 tu macam banyak, tapi secara logik dalam masa nearly 5 tahun ni the number itself macam believable kan. itu pon tak blogging hari-hari kalu tak haaa amek aku..

macam-macam cerita ada. suka ada, duka ada, bitter ada, proud moments, senang susah.. cerita makan-makan, geli aku nak baca balik pon ada, cam getik pon ada gak haha.. macam personal sketch book lebih kurang.. ada orang pernah cakap kat aku, dari blog kau boleh kenal orang itu macam mana. jadi aku ni macam mana? hahahaha takde lah aku tidak expect korang untuk jawab ye

miss blog, terima kasih

enjoy food

happy 501

Thursday, July 09, 2009

musim summer adalah musim orang berbbq, sambil berkelah-kelah di taman atau tepi pantai. bila lagi nak merasa panas matahari ala-ala malaysia, cuma less humid maka kuranglah berpeluh.

date: 05 july 2009
venue: k.fiza's back garden yang comel

satay spesel oleh chef fizza dan mon ayam tandoori




aaqilah seronok nak join, comot di muka bukanlah special effect ye, itu akibat budak nakal bermain arang



mems and kids



sesi membakar mestilah kerja enciks. di mana ada aktiviti menarik, di situ pasti ada little missy


p/s: after nearly 5 years of blogging (ish tak sangka), happy 501th entry to there she goes hihi


kawaii

ubat sakit kaki?

Wednesday, July 08, 2009

kasut comel pengubat sakit kaki particularly tumit =D




recently saya sudah tidak berapa larat untuk jalan kaki macam orang gila lagi. jalan kejap dah kena duduk rest. serius sakit nak-nak tumit, yang aku rasa pressure terhadap berat yang bertambah. kadang-kadang kena jalan terjengkit-jengkit huhuhu kata o.h mungkin aku kena beli kasut untuk orang tua, yang punya soles yang lembut gitu especially untuk pejalan kaki macam aku..

thoughtful me

passport renewal

Friday, July 03, 2009

semalam aku gi renew passport, sedar tak sedar dah nak expired dah end of this month. setel satu perkara.

checklist untuk passport renewal: or boleh refer sini

  1. Applicant must come personally with their passport and complete Form A (IM42).
  2. Original Malaysian Identity Card (I.C)+ One Photocopy of each side of the I.C.
  3. 2 (Two) Passport Photos (Blue Colour Background, Full Face Facing the camera and decent dress (No bare chest). (3.5 cm x 5.0 cm)
  4. New Passport application form is available at our office at £ 0.25 pence each.
  5. Cash Payment of £ 50.00 per 32 pages passport and £ 100.00 per 64 pages passport.
  6. All applicant must come to the Immigration Office between 09.00 am to 12.00 pm to get the queue number.

ni untuk 18 tahun ke atas ye.

tapi rupanya sudah ada service mengambil gambar di jabatan imegresen malaysia sekarang, cuma sorry saya tidak tau berapa. jadi kepada sesiapa yang tidak sempat mengambil gambar, jangan risau-risau boleh aja ambil di sana.

sebabnya aku lately boleh tahan kalut dan busy sangat sampai tak sempat amik gambar. so sehari sebelum aku pergi husya la kat portswood tapi sampai 15pound apa cerita kan. satu lagi kedai sudah ada review yang boleh tahan teruk dari kawan aku. jadi tawakal sajalah dan pergi ke london sambil cari-cari kedai gambar atau mana-mana kedai yang menyediakan perkhidmatan bergambar ni. sini memang ada banyak photo instant booth tapi malangnya berbackground putih (since visa, passport, lesen dll requires white background). jadi sewaktu on the way mengikut jalan suka hati sendiri ke embassy aku stumbled upon satu pharmacy kecik yang menyediakan perkhidmatan gambar instant. once aku cakap nak gambar passport, terus mamat tu kata malaysian dan mengeluarkan kain latar belakang biru. cayalah!! lepas tu harganya adalah one third dari kedai ludicrous portswood. tak ke banyak sangat bezanya tu. tapi sebenarnya bila sudah masuk kes last minute cam aku ni, aku kira ni adalah rezeki. in fact kalau dia charges more or less dengan harga yang aku tanak bayar in the first place, apa lagi aku boleh buat. tak sanggup rasanya return to london next time semata-mata nak renew passport lagi.

dengan current conversion, adalah less dalam 11-12 ringgit..

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images