locked up

Thursday, March 12, 2009

bagaimana kuatkah sense of emergency seseorang itu? berapa kuat instinct hati yang merasakan sesuatu tak kena dan apakah yang pertama-tama sekali kau akan bertindak? sila lihat situasi di bawah ini;

wife anda sudah berjanji akan berjumpa anda di luar bangunan tempat anda meeting pada sekian-sekian waktu. dengan beria-ria wife anda mengatakan akan datang lebih awal sebab saja nak bawa anak berjalan-jalan. tiba waktunya dia tak datang-datang, batang hidung pun tak nampak. seperti yang anda maklum, wife anda itu memang seorang yang lambat dan tak suka menunggu. waktu berdating dulu pun andalah yang asyik menjadi tiang lampu dan girlfriend then berlari-lari menggelabah an mulutnya asyik sori sori sori setelah anda sendiri dah malas nak kira berapa lama dia buat anda menunggu. referring to the options below, apa yang akan anda buat? sebelum itu, anda sudah call rumah dan handphone wife macam nak gila, dan sangat pelik dia langsung tak angkat.

a, terus menunggu di bus stop, forever.
b, cuba melihat di tempat yang dia plan nak pergi, seperti contoh kompleks sukan. kalau tiada, anda akan balik menunggu di bus stop, forever.
c, menunggu lagi sehingga 10-15 minit dan terus balik rumah, mana tau ada sesuatu terjadi
d, ..... ada idea kreatif?

percaya atau tak hari ini aku terkurung dalam toilet thanks to aaqilah. chee nak salahkan aaqilah jugak tu. waktu kejadian o.h pergi meeting kat uni, dan aku dah berjanji nak jumpa dia before 5 untuk pass aaqilah kat dia. mak aaqilah nak gi swimming le bebeh dengan geng besukan dia at 5. dengan semangatnya dah siap husya kat mana boleh dapat cap dan goggle murah-murah, dan dengan rajinnya ke city centre laa tengahari tadi. punya lah harapan tinggi menggunung nak mengasah skil kuak lentang hari ni. kesianlah kat swimsuit yang baik terlipat dalam luggage, kasi can lah dia beraksi.

jadi dalam 4.15 gitu aku masuk toilet untuk melaksanakan pape yang patut, dan nak amik wuduk sekali. sekarang ni aku ada sedikit hangin dengan tabiat terbaru aaqilah, dia sangat suka buka pintu toilet once aku or ayah dia masuk. sambil tersengih-sengih ingat comel dan perasan orang akan suka tu dia buka pintu dan terus menunjukkan enthusiastnya nak tengok apa orang tengah buat. pintu toilet ni sangat rapat dan memang takde gap langsung dan recently kiterang ada problem dengan kuncinya. kunci dah loose dan kalau kau turn locked memang satu kerja nak cuba bukak tu. so far kiterang tak pernah terkurung dalam toilet dan to prevent that, o.h telah took off kunci toilet. semenjak aaqilah ni dah semakin tinggi dan sampai untuk memulas handle, memang dia sangat sukalah.

jadi berbalik kepada cerita, sebaik saja aku masuk toilet dia pon terus pusing handle. jadi cepat-cepat aku turn sikit kunci, jadi tadelah orang mengacau. realizing that, lagi vigorous dia duk cuba untuk pulas handle sampai pintu terbuka. aku pulak sengih-sengih suka yang aaqilah tidak berjaya untuk mengacau pada hari ini. lepas 3-4 minit camtu, tiba-tiba baru aku teringat. oh jangan, jangan JANGAN!!! my worse nightmare came true, kunci telah loose dan aku memang bakal terkurung nampaknya. aku jerit-jerit panggil aaqilah mintak tolong dia tolak kunci dari luar so that aku boleh pulas handle untuk bukak pintu. mungkin dia ingat aku marah agaknya, dibantainya menangis pulak dan lepas tu panggil ayah.

seperti yang aku expect, dekat-dekat pukul 5 tu handphone aku mula berdering-dering. aaqilah pulak kejap menangis kejap senyap kejap gelak ketawa tengok tv. handphone dan phone rumah berdering-dering silih berganti. aku pulak memang tengah berasap dan gradually layan mood pulak. mula-mula marah kat aaqilah, lepas tu marah kat diri sendiri kenapa gatal-gatal kunci pintu. alih-alih lepas tu o.h pon jadi mangsa sebab kenapa setelah sekian lama tak balik-balik rumah. dan obviously plan nak swimming 's fading..

pukul 6 camtu aku dengar orang bukak pintu. cepat-cepat aku panggil dan ketuk-ketuk pintu toilet. o.h memang suprised dengan apa yang actually terjadi. komen dia, sebab ni ke awak tak gi swimming? watttt?

setelah 1 jam 45 minit akhirnya aku berjaya dibebaskan dari toilet.

swimming, next time la kut. satu lagi, kalau nak kunci pintu toilet make sure ada adult kat rumah huhuhu

You Might Also Like

2 comments

  1. hehehe rasa kelakar pun ada, rasa kesian pun ada, rasa takut si aqillah buat2 apa2 ke dapur ker aper, nasib baik laa tak masak air ker aper atas dapur. Be careful laa next time, hehe alya pun dah pandai pulas tombol pintu

    ReplyDelete
  2. Sungguh sadis cerita itu. nasihat saya, belilah permainan pintu tandas di toyrus berhampiran.... kekekekekke.

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images