deep sleep dreaming
Sunday, March 15, 2009apakah sebab-musababnya kalau kita bermimpikan sesuatu perkara yang sama berulang kali? masih boleh masuk kategori mainan tidur lagi ke atau sesuatu yang ingin diberitahu atau something from masa silam yang still haunting? atau mungkin satu kerja yang tak selesai kut..
seperti contoh adalah satu ketika tu aku asyik mimpikan makcik-makcik jual nasi lemak sewaktu aku membesar. dari zaman tadika, sekolah rendah sampai ke area taman koperasi bila aku pindah rumah ke taman melewar satu lagi. mungkin kerana aku teringat, mungkin juga aku dah masuk kategori rindu mesian food tahap maksima. yang sangat aku ingat nenek nasi lemak comel yang buat karipap pusing garing yang sangat-sangat aku suka. katanya kat mak aku, aku ni teliti kalau memilih karipap. yelah nenek, saya mau yang garing. kemudian aku teringat kat kakak-kakak nasi lemak taman koperasi yang sambalnya kaw. kadang-kadang aku berharap derang ada lagi jual nasi lemak, satu hari nanti aku nak gi beli..
mimpi yang sangat aku tak suka ialah mimpi tiba-tiba aku akan sit for major exam. sangat mengacau perasaan dan minda. dah berapa banyak kali aku mimpi nak amik spm balik atau paper final uni, kadang-kadang tu sampai aku sendiri tatau ini betul-betul ke atau dalam mimpi. terlupa pulak nak pinch diri sendiri ye tak. next time aku cuba. tapi aku rasa ni sebab perasaan bersalah atau incompleteness. atau sebenarnya aku tidak let go sesuatu benda jadi macam mana nak face forward dan move on.. atau, mainan tidur semata?
selain itu mimpi yang cukup annoying, ialah mimpi jatuh dari tempat tinggi. kalau macam bungee jumping memang menyampah, kecut perut toksah cakap. aku rasa kena try sekali la bungee jumping ni, mana tau tak mimpi dah..
hahaha nak tergelak pun ada, ada sekali tu aku tengah tidur dengan aaqilah. tiba-tiba dia merengek, terus duduk dan angkat tangan macam melambai. yang tak tahan, siap cakap goodbye. ni mesti affected dari rancangan budak-budak dia la ni akakakaka
oh how i long for the deep sleep dreaming... zzzzzzzzzzzzz
0 comments