afters

edisi eksperimentasi

Monday, March 30, 2009


fried bihun hailam-style, originally uploaded by hasniza.

pizza - chicken tikka masala, originally uploaded by hasniza.

devil's food cupcake, originally uploaded by hasniza.

aaqilah and cupcake, originally uploaded by hasniza.

is it good aaqilah?, originally uploaded by hasniza.
takdelah all one shot in a day. koleksi bulan mac lebih kurang macam tu. and that answered why we spent slightly higher this month hehehe jangan marah, semua dah masuk perut, selamat..

daily life

be creative

Friday, March 27, 2009

apa yang aku boleh buat dengan sebiji kobis saiz comel?

  1. kobis goreng campur
  2. kobis goreng sos tiram
  3. kobis masak lemak
  4. kobis di dalam tomyam
  5. salad kobis
  6. sup kobis as in sup sayur
  7. ...

kat rumah ni, hanyalah aku yang makan veggie. o.h memilih. aaqilah kena guna taktik baru makan. jadi kalau beli memang man-man sorang makan agak-agak dalam 2-3 minggu, well it depends pada vitality sayur tersebut. kalau beli celery memang sampai lebam nak kasi habis.

tapi sekarang ni kulit aku problem sikit, kering yang nyata. ada advice yang aku dapat, 2L air everyday + cranberry juice. jangan abaikan ye

quizzical

unacceptable and unsupported

Thursday, March 26, 2009

-- to whom it may concern,

since i enhanced the blog template, i now able to change the layout without having much to look into the code.

one of the features that i added is the google adsense with the hope that i could generate like few bucks once in a while. so i registered and added the gadget. that's all.

however after i verified my adsense account i got an email saying that my application was unacceptable. this is due to the language i'm using on the blog is unsupported.

now google adsense, will you review my application again?

does it matter anyway hahaha

footnote: setelah lama tidak berblog dalam english, ada rasa sedikit awkward

sitcom

the one smile

Monday, March 23, 2009

jangan tension-tension ye, whoever..

hahahaha mengong

flickr

happy mother's day

Monday, March 23, 2009

happy mother's day atau selamat hari ibu.

aku mendapat sekotak cokelat, grazie awak. aaqilah pulak dapat aiskrim sebatang, dah lama dia berangan nak makan aiskrim sampai susah nak minta dengan dia. aiseh tak amik plak gamba budak comot dan aiskrim.

kalau tak kenal maka tak cinta. kalau tak experience maka tak rasa. aku tau, aku tau dulu aku ni memang boleh tahan sedap mulut main cakap ikut logik kepala sendiri. ye, sebab itu aku kurang emphaty kerana kurang perasaan dan hati.

mak aku cerita kecik-kecik dulu, tak sah kalau takde yang tumpang atas meja waktu nak makan. ye di mana-mana sahaja. katanya aku ni cepat tangan dan super excited. dapat aku bayangkan akan tahap kesabaran tu. aku kalau menjadi peserta mtv boiling points, memang dah lama fail. letak la aaqilah situ plak, haish..

sayang mak.

jadi aku tujukan buat mak aku dan juga mak mertua, dan tak ketinggalan mak, ibu, mama, umi, mummy di luar sana..








argh-gila

si gatal tangan

Sunday, March 22, 2009

inilah dia orang gatal tangan..

aku spent masa hampir seharian membetulkan masalah-masalah bodoh kat blog ni. kalau aku spend kat grails mana la tau dah tere kut. sebenanya aku sesaja je tukar template (again), setelah agak lama juga dengan previous template. saja nak nampak clean and crisp. disebabkan previous template tu dah lama aku pakai, jadi aku takleh nak upgrade blogspot template disebabkan xml incompatible, rasanya. nak belek satu demi satu code, tak sanggup mata ini

mula-mula masalah image, berterabur tahap sakit mata. ok, tape. aku checked satu-satu balik entry boleh tahan penat gak. sayang nak remove pon, sebab ada banyak gambar-gambar lama yag membahagiakan hehehehe

satu masalah bodoh dah selesai. next!!

oh ya btw kalau ada sesapa yang browse blog aku dari tengah hari tadi uk time (mesia lebih kurang malam dah), kalau ada la kan, mungkin korang kena login as invited reader hahaha. should be back on blogging world by now. major overhaul itulah pasal.

sejuk mata memandang.. hmmmm..


botanic garden wales, originally uploaded by hasniza.

quizzical

unwanted gift

Saturday, March 21, 2009

korang rasa apa patut aku buat, return item atau simpan je.

setelah berhutang hadiah birthday selepas 1/2 tahun, akhirnya aku berjaya mendapatkan hadiah bday untuk o.h. first reaction dia ialah berapa awak beli ni? setelah penat didesak, last-last aku cakap la roughly berapa. tak jadi suprise la kan.

dia kata tambah sikit lagi dapat ultimate hadiah yang diidamkan. ada banyak reasons sebenanya pada dia kenapa dia tak berapa excited. katanya dia bukan orang jam seperti aku. selain itu at the time being spend some money unreasonably adalah tidak wise. respond aku pulak kalau tak suka kita return je la, dapat duit balik. alih-alih decision di tangan aku, up to aku nak return atau simpan je. pada aku kalau suka simpan. kalau rasa macam berat hati tu kita pulang je. hmm atau aku boleh jual later? we'll see..

nampaknya "i must register" untuk hadiah birthday o.h seperti mana pada dia, "i must register for ur bday gift"

agak-agak korang, kalau dapat ni suka sampai menangis terharu tak? hahaha

daily life

niat suci

Friday, March 20, 2009

dah berapa minggu asyik delay je lagi niat suci nak studi tu. aku selalu rasa kalau kat rumah aku akan punya baaanyaak masa untuk buat macam-macam, tapi turn out hape pon tade. memang dah selalu jadi camtu, jadi aku tak expect much dah hahaha

sekarang ni aku patutnya belajar dan baca pasal grails. ape kemenda alah ni? binatang ke, fashion trend ke, cupcake comel terbaru ke? semuanya pastilah salah. untuk brief intro boleh klik sini, kalau dah bertambah minat lagi tu, silalah klik link yang atas tuu..

tapi sebenanya kan, aku ni tak start keje pon lagi due to hal-hal visa. selagi tak dapat, selagi tu derang tak tengok, selagi tu tak dapatlah nak proceed dengan proses kerja. maka bertambah lamalah derang tak dapat nak berkenalan dengan aku muahahaha

mujur derang sudah sedia maklum dengan kesiputan home office. maklumlah bukannya sikit-sikit pendatang yang derang nak kena proses, macam-macam jenis application nak kena handle.

come on semangat semerah padi!!

syiok sendiri

permintaan mengada

Thursday, March 19, 2009

tiba-tiba aku rasa nak mencari sehelai maternity jeans yang cantik.

aku ada sehelai dan aku rasa nak tambah lagi satu. jeans yang biasa aku pakai so far bolehlah masuk lagi, cuma dah mula rasa senak. hari tu o.h dengan baik hati ada hadiahkan aku sehelai trousers, cuma aku rasa belum masa lagi. apahal pun kalau jeans aku dah susah nak button aku ada sehelai backup yang pinggangnya memang agak besar. tak silap waktu aaqilah dulu aku boleh pakai up to 5-6 months.

aku memang selalu bermasalah mencari seluar baik jeans, seluar kerja, sport attire etc. bukanlah sebab kurus sangat, pendek sangat pon ye jugak. selalunya kalau nak cantik aku cari budak punya size. tapi kalau nak merasa office wear yang cantik kenalah invest lebih sikit untuk size yang memang terhad.

haha ini sebenarnya lebih kepada nafsu mengada ;P



cantik kan. saya juga mau..

quizzical

deep sleep dreaming

Sunday, March 15, 2009

apakah sebab-musababnya kalau kita bermimpikan sesuatu perkara yang sama berulang kali? masih boleh masuk kategori mainan tidur lagi ke atau sesuatu yang ingin diberitahu atau something from masa silam yang still haunting? atau mungkin satu kerja yang tak selesai kut..

seperti contoh adalah satu ketika tu aku asyik mimpikan makcik-makcik jual nasi lemak sewaktu aku membesar. dari zaman tadika, sekolah rendah sampai ke area taman koperasi bila aku pindah rumah ke taman melewar satu lagi. mungkin kerana aku teringat, mungkin juga aku dah masuk kategori rindu mesian food tahap maksima. yang sangat aku ingat nenek nasi lemak comel yang buat karipap pusing garing yang sangat-sangat aku suka. katanya kat mak aku, aku ni teliti kalau memilih karipap. yelah nenek, saya mau yang garing. kemudian aku teringat kat kakak-kakak nasi lemak taman koperasi yang sambalnya kaw. kadang-kadang aku berharap derang ada lagi jual nasi lemak, satu hari nanti aku nak gi beli..

mimpi yang sangat aku tak suka ialah mimpi tiba-tiba aku akan sit for major exam. sangat mengacau perasaan dan minda. dah berapa banyak kali aku mimpi nak amik spm balik atau paper final uni, kadang-kadang tu sampai aku sendiri tatau ini betul-betul ke atau dalam mimpi. terlupa pulak nak pinch diri sendiri ye tak. next time aku cuba. tapi aku rasa ni sebab perasaan bersalah atau incompleteness. atau sebenarnya aku tidak let go sesuatu benda jadi macam mana nak face forward dan move on.. atau, mainan tidur semata?

selain itu mimpi yang cukup annoying, ialah mimpi jatuh dari tempat tinggi. kalau macam bungee jumping memang menyampah, kecut perut toksah cakap. aku rasa kena try sekali la bungee jumping ni, mana tau tak mimpi dah..

hahaha nak tergelak pun ada, ada sekali tu aku tengah tidur dengan aaqilah. tiba-tiba dia merengek, terus duduk dan angkat tangan macam melambai. yang tak tahan, siap cakap goodbye. ni mesti affected dari rancangan budak-budak dia la ni akakakaka

oh how i long for the deep sleep dreaming... zzzzzzzzzzzzz

argh-gila

locked up

Thursday, March 12, 2009

bagaimana kuatkah sense of emergency seseorang itu? berapa kuat instinct hati yang merasakan sesuatu tak kena dan apakah yang pertama-tama sekali kau akan bertindak? sila lihat situasi di bawah ini;

wife anda sudah berjanji akan berjumpa anda di luar bangunan tempat anda meeting pada sekian-sekian waktu. dengan beria-ria wife anda mengatakan akan datang lebih awal sebab saja nak bawa anak berjalan-jalan. tiba waktunya dia tak datang-datang, batang hidung pun tak nampak. seperti yang anda maklum, wife anda itu memang seorang yang lambat dan tak suka menunggu. waktu berdating dulu pun andalah yang asyik menjadi tiang lampu dan girlfriend then berlari-lari menggelabah an mulutnya asyik sori sori sori setelah anda sendiri dah malas nak kira berapa lama dia buat anda menunggu. referring to the options below, apa yang akan anda buat? sebelum itu, anda sudah call rumah dan handphone wife macam nak gila, dan sangat pelik dia langsung tak angkat.

a, terus menunggu di bus stop, forever.
b, cuba melihat di tempat yang dia plan nak pergi, seperti contoh kompleks sukan. kalau tiada, anda akan balik menunggu di bus stop, forever.
c, menunggu lagi sehingga 10-15 minit dan terus balik rumah, mana tau ada sesuatu terjadi
d, ..... ada idea kreatif?

percaya atau tak hari ini aku terkurung dalam toilet thanks to aaqilah. chee nak salahkan aaqilah jugak tu. waktu kejadian o.h pergi meeting kat uni, dan aku dah berjanji nak jumpa dia before 5 untuk pass aaqilah kat dia. mak aaqilah nak gi swimming le bebeh dengan geng besukan dia at 5. dengan semangatnya dah siap husya kat mana boleh dapat cap dan goggle murah-murah, dan dengan rajinnya ke city centre laa tengahari tadi. punya lah harapan tinggi menggunung nak mengasah skil kuak lentang hari ni. kesianlah kat swimsuit yang baik terlipat dalam luggage, kasi can lah dia beraksi.

jadi dalam 4.15 gitu aku masuk toilet untuk melaksanakan pape yang patut, dan nak amik wuduk sekali. sekarang ni aku ada sedikit hangin dengan tabiat terbaru aaqilah, dia sangat suka buka pintu toilet once aku or ayah dia masuk. sambil tersengih-sengih ingat comel dan perasan orang akan suka tu dia buka pintu dan terus menunjukkan enthusiastnya nak tengok apa orang tengah buat. pintu toilet ni sangat rapat dan memang takde gap langsung dan recently kiterang ada problem dengan kuncinya. kunci dah loose dan kalau kau turn locked memang satu kerja nak cuba bukak tu. so far kiterang tak pernah terkurung dalam toilet dan to prevent that, o.h telah took off kunci toilet. semenjak aaqilah ni dah semakin tinggi dan sampai untuk memulas handle, memang dia sangat sukalah.

jadi berbalik kepada cerita, sebaik saja aku masuk toilet dia pon terus pusing handle. jadi cepat-cepat aku turn sikit kunci, jadi tadelah orang mengacau. realizing that, lagi vigorous dia duk cuba untuk pulas handle sampai pintu terbuka. aku pulak sengih-sengih suka yang aaqilah tidak berjaya untuk mengacau pada hari ini. lepas 3-4 minit camtu, tiba-tiba baru aku teringat. oh jangan, jangan JANGAN!!! my worse nightmare came true, kunci telah loose dan aku memang bakal terkurung nampaknya. aku jerit-jerit panggil aaqilah mintak tolong dia tolak kunci dari luar so that aku boleh pulas handle untuk bukak pintu. mungkin dia ingat aku marah agaknya, dibantainya menangis pulak dan lepas tu panggil ayah.

seperti yang aku expect, dekat-dekat pukul 5 tu handphone aku mula berdering-dering. aaqilah pulak kejap menangis kejap senyap kejap gelak ketawa tengok tv. handphone dan phone rumah berdering-dering silih berganti. aku pulak memang tengah berasap dan gradually layan mood pulak. mula-mula marah kat aaqilah, lepas tu marah kat diri sendiri kenapa gatal-gatal kunci pintu. alih-alih lepas tu o.h pon jadi mangsa sebab kenapa setelah sekian lama tak balik-balik rumah. dan obviously plan nak swimming 's fading..

pukul 6 camtu aku dengar orang bukak pintu. cepat-cepat aku panggil dan ketuk-ketuk pintu toilet. o.h memang suprised dengan apa yang actually terjadi. komen dia, sebab ni ke awak tak gi swimming? watttt?

setelah 1 jam 45 minit akhirnya aku berjaya dibebaskan dari toilet.

swimming, next time la kut. satu lagi, kalau nak kunci pintu toilet make sure ada adult kat rumah huhuhu

happenings

'i make a wish' time

Tuesday, March 10, 2009

pay attention people =D

sempena birthday saya yang akan datang, saya dah register seperti list di bawah, jadi silalah ke kedai yang terpilih ye. jangan rebut-rebut setiap sorang satu ok. sila dapatkan details dan brand daripada yours truly muahahaha

terima kasih diucapkan






nak kena lempang ke hasniza? *evil laugh*

tapi sebenanya, kalau dapat suprise seperti yang ini pon sangat priceless dan flattering.. sangat comel dan yang pasti sangat sedap

daily life

the last name

Saturday, March 07, 2009

nampaknya hari ni adalah hari aku dan aaqilah bersenang-lenang dua orang. bersenang-lenang, no?

o.h ke manchester kerana pertandingan bola sepak apa ntah, ada banyak sangat tahun ni sampai aku keeps on repeating the same tournament, tempat je lain. jadi dengan semangat berkobar-kobar bagai pagi tadi dia bergerak bersama-sama team mates yang lain. kenapa kiterang tak ikut? selain seat yang sangat limited, aku pon tak sure apa nak buat sepanjang satu hari kat sana. kejar aaqilah dari masuk padang bola, mungkinlah kut.

nasi ayam dinner malam tadi banyak lagi. cereal juga dah top-up. minuman cereal milo aku pon banyak lagi (bungkusan dari malaysia + ernies' treat). jadi hal-hal makanan sumer alhamdulillah. melepak la kat rumah layan cbbees nampaknya ni huhuhu sampai ke petang karang. lepas tu dia nak aku duduk sebelah melayan lak tu, amboi tak jadi kerja laa saya..

akan tetapi malam ni, jangan lupa akan sambungan movie of the night yang kita layan last saturday, si?


p/s: alaa, aku ni memang backdated sket ;P

quizzical

new miserable experience

Thursday, March 05, 2009

dulu-dulu aku suka duduk termenung tanpa memikirkan sesuatu yang serius. suka lepak di luar balkoni sambil tengok bintang. sangat suka bila hujan turun lebat. banyaknya rahmat yang Tuhan bawa. sangat suka melepak di kedai memak melayan teh ais dan selebihnya melayan gosip.

kesimpulan: aku sangat suka punya masa untuk diri sendiri.

aku teringat akan conversation dengan teman baik recently. macam-macam ceritanya, dari gosip kawan-kawan, cerita zaman hijau sekolah dan cerita tentang diri masing-masing. kata orang masa untuk catch up. walaupun teman baik kategori platinum (pinjam istilah other half), tapi masa dan kesibukan diri lantaran tuntutan kerja dan peribadi menyebabkan masing-masing seperti lost contact. hakikatnya aku tak pernah lupa dan tau mana nak carik korang semua nanti =)

teman: ko ada menyesal kahwin di umur muda?

aku: to be honest tak. tak menyesal dan tak kisah. bahagia ye tapi bolehkan aku tetap dengan lifestyle dulu?

sama-sama gelak besar.

aku faham dan boleh bayangkan kehidupan di malaysia. sama-sama kerja dari awal pagi hingga lewat petang. aaqilah duduk sekolah dan nursery. unlike sini yang aku selalu komplen susah sangat masa untuk berdua-dua, tapi nanti aku dapat bayangkan situasi yang lebih kurang sama. masing-masing sibuk dengan kerja sampaikan satu hari nanti anak-anak dah besar dan kita sendiri dah meningkat umurnya. balance yang kita sendiri kena figure out macam mana.

aku bukanlah seorang full-time housewife yang baik jauh lagi perfect. itu aku tak dapat bayangkan..

p/s: sekadar entry title. tidak begitu miserable keadaannya.

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images