rugi.. rugi..
Thursday, November 12, 20095 out of 29.. maknanya ada 24 lagi.
ye, itulah jumlah hari yang wajib aku ganti puasa pada tahun ini. pergh, boleh tahan jugak.
so far dapatlah dalam seminggu tu 1 atau 2 hari aku ganti puasa. sikit-sikit jadi takdelah semput menjelang puasa tahun depan pulak, insyaAllah.
tapi yang ruginya dalam minggu ni, nampaknya 0. hari isnin kononnya nak makan nasi lemak ikan sembilang lenggeng dan plan nak gi swimming. sampai lenggeng dah pukul 10, nasi lemak pun habis. lepas tu pulak baru la ada orang cakap isnin pool tutup untuk maintenance. chet.. rugi 1 hari.
selasa tu pulak kononnya plan nak gi swimming disebabkan tertangguh hari isnin tu. pun tak jadi jugak sebab tak sempat. maklumlah dalam kepala aku ni sendat lagi padat dengan agenda-agenda sendiri, aaqilah dan natalia.. memang rugi lagi 1 hari.
hari rabu akhirnya dapat jugak beberapa agenda dilaksanakan, seperti menghantar budak-budak ni pergi immunization dan swimming, walaupun agenda alamanda kena cancel.
hari khamis ada agenda lasagna pulak, sebabnya aku dah berjanji poyo nak buat malam tadi (as in rabu malam khamis) tapi aku pulak pergi mengekor o.h melepak jumpa kawan lama dia. bukannya apa, temankan dia je kan, kesian driving sorang-sorang kat semenyih tu hahahaha
kita usaha lagi minggu depan ye ;)
0 comments