busy bee
Thursday, May 21, 2009current mode: fatigue
aku rasa minggu ni antara minggu yang paling busy. dengan back to back appointments aku dan aaqilah, juga termasuk aktiviti wajib dan optional.
meh ingat-ingat balik. isnin rasanya macam biasa, tade pape.atau aku sendiri yang dah terlupa apa aktiviti luar biasanya? hmm oh ya kononnya nak bid farewell kat satu kakak ni yang nak balik for good, turns out yang dia dah selamat sampai kat klia. ish aku ni boleh tersalah hari plak. dah le tu dengan konfidennya aku siap citer kat orang isnin plak tu, nasib baik kat sorang je. beg berat gile, dengan pc dan juga kamera. o.h gelak-gelak je dengan tag punyala semangat. dan juga happy birthday buat en md hisma =)
hari selasa juga macam biasa, tapi sakit kepala di tengahari membuatkan aku jadi malas. tapi rupanya ubat sakit kepala ni senang saja, pergilah makan lunch, insyaAllah sakit kepala anda akan tenang. tapi disebabkan aku dah tercerita kat o.h akan plan malas aku iaitu balik awal maka dia pun dah jadi semangat lantas mengajak aku 'bermeeting' di ikea. jadi aku cakap kat budak-budak ni husband saya ada meeting dan cabut around 4pm. setiap kali nak balik aku akan sentiasa bersemangat untuk sambung kerja kat rumah later, yang selalunya hangat-hangat tahi ayam saja. penat dan sakit kaki merayau kat ikea, tapi mula-mula sekali kita makan hotdog veggie untuk recharge tenaga. walaupun plan asalnya nak beli ayam/daging sahaja tapi macam mana boleh sesat sampai ikea, itu aku tak berapa pasti muahahahaaaa. tapi bila sampai asda, malangnya set thigh and drumstick ayam yang aku selalu beli tu dah habis. maka dengan muka penyek aku terima je la set drumstick yang ada (kes tak makan drumstick, mengada tak). malam tu kiterang berdinnerkan bihun ala-hailam yang cair, layan ooo (kes tak pernah buat). rahsianya, mestilah di kala kelaparan, apa sahaja jadi super sedap =D
hari rabu pulak bangun awal tapi aku terlambat dari biasa. sebabnya dah janji dengan cik puan durra nak ke sale mark and spencer celebrating 125 years. dalam kepala dah terbayangkan macam-macam tapi huhuhu, biasalah kalau kau expect lebih-lebih sangat. nak tengok apa yang aku beli silalah ke sini hehehe lebih kurang cuma aku tak beli air tin tu je ye. komen o.h kenapa awak tak beli mug ni banyak-banyak. hmm aku tak sure boleh buat ke tak ye, most people amik satu item up to 5 items yang berjumlah 5p. pastu terus gi kerja. petang pulak tunggu o.h datang since dia ada meeting around 5 dan terus balik dengan cik puan kecik. sampai rumah terus mulakan proses memasak sebabnya malam tu aku nak gi tengok theater pulak hehehe. balik sampai dekat pukul 10, makan nasi dan melepak. lepas-lepas tu paham-paham jela, tidur pon sedap je. bila pagi bangun rasa tak larat..
hari ni aaqilah ada appointment mata kat hospital at 4. jadi maknanya aku cabut terus la tu. sebab selalunya procedure dia lama jadi tade sebab rajin aku kena balik ke lab. baik balik dan sambung kerja kat rumah saja hehehe
esok o.h ada mentioned yang dia ada meeting lagi around 3 camtu. ada harapan aku balik tengahari dan tak balik ofis balik, maknanya work from home again =)
oh i can't wait for the arrival of saturday, and then sunday and monday. monday is an extra day's off, yahoo.. saya mau spend masa tidur, dan bangun lambat. alangkah indahnya..
0 comments