saya kena pergi away day..

Thursday, May 28, 2009

dulu-dulu bila o.h komplen pasal away day yang dia kena attend, aku selalu gelak-gelak je. pada aku apalah sangat pergi away day tu kan.

away day tu macam ala-ala family day, aku rasa la. kau boleh bawak family kalau nak. disebabkan aku join lsl group ni in may, maka pada tahun ini aku berkesempatan 'dipaksa' pergi. jadi turn aku pulak untuk komplen dan turn o.h pulak untuk memulangkan 'buah keras' (teruknya bahasa..)

by the way, kiterang tidak sama group ye walaupun berada di bawah fakulti yang sama, iaitu electronics and com. science (ecs). under fakulti yang super bapak besar ni ada banyak research groups dengan research yang pasti berbeza. ada group yang besar dan kecil skalanya, seperti group o.h yang tak silap aku tak sampai 15-20 orang. he belongs to sense (science and engineering of natural system) dan aku under learning societies lab (lsl). katanya group dia punya otai-otai programming antara yang terotai kat ecs nih. katanya lah kan, aku yang umpama anak-anak semut ni percaya sajalah, lagipon whom can i turn to when i'm in troubles??

kenapa o.h selalu komplen bila away day menjelang tiba? disebabkan bilangan membernya yang tak ramai mana, maka derang kena come up dengan aktiviti-aktiviti untuk membunuh masa, seperti a short presentation tentang research masing-masing (sangat tak disukai oleh o.h). aktiviti lain aku tak tau sangat, tapi aku rasa seperti berjalan-jalan menikmati pemandangan, bbq dan lain-lain. tahun lepas dia berjaya skipped the away day dengan alasan anak tak sihat kena warded. tengok, aaqilah juga jadi alasan kuikuikui

balik pada cerita asal, aku pun akan merasa kena pergi away day pada tahun ni. tapi disebabkan group yang besar dengan membernya reaching up to 40-50 people, mestilah takde personal presentation. dari tentatif program yang sudah diedarkan aktiviti utama ialah walking sejauh berkilometer i tell you. first thought ialah ish nak aku beranak cepat-cepat ke ni? o.h mestilah gelak-gelak je.

group aku ni pun boleh tahan skema, dengan attendance is mandatory unless you have a concrete reason. nak je aku balik attend wedding adik aku camtu muahahahaaha

tapela, teruskan hobi mengambil gambar nanti ok.

=} ada macam muka senyum terpaksa tak?

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images