monday blues, again
Monday, May 18, 2009belum pun pukul 11 pagi lagi, tapi kepala aku rasanya sudah tahap tepu. mata mengantuk toksah cakap, dan aku baru juga made myself cup of tea. dalam drawer aku sekarang ni sudah ada bekalan kopi dan teh, teh wangi lagi ye. kopi pulak specially blended diterbangkan khas dari semenyih hehe bukannya apa, aku nak menghabiskan stok berbulan kat rumah tu. eh entah-entah dah makan tahun, gila outdated.
semalam to be precise last nite sampai la very early morning tadi aku ada kelas berguru lagi dengan bakal doktor ayam (sbb dia suka sangat makan ayam, kidding ok). aku ni pon memang satu goofy la, dah pukul 11.30 baru nak bertanya soalan. aku memang salah estimate, next time sila ingat belajar programming bukanlah 15 minit sahaja, tapi makan masa dan menuntut kesabaran apalagi tengah mengantuk. aku pon tatau kenapa dan mengapa, kalau belajar dengan o.h ni aku jadi bongok semacam. jawab soalan pon dengan muka nak nangis. tapi aku lagi rela dia yang tau betapa bongoknya aku dari orang lain. aaa sebab itu la aku tak suka satu ofis dengan o.h, tak bes pon. aku yang makin tak progress ada la.
yelah, biasala monday blues, memang camni.. isnin pun selalunya bukanlah hari bekerja dengan cemerlang pon dan sangat slow. tomorrow promises a brighter one, harapnya.. amin..
oh ya simpanan biskut cap hup seng atau lebih dikenali cap ping pong officially habis hari ni =( sedihnya.. ada sesiapa baik hati nak kirim, sila contact yours truly untuk keterangan lebih lanjut. alang-alang biskut tu, apakata sebungkus dua teh tarik instant sekali ekekekekekee =D
0 comments