argh-gila

what is available now in kl?

Saturday, May 30, 2009

wah krispy kreme dah ada kat kl, manyak bes..

kalau sebelum ni aku fikir akan merindui donut sodap, tapi since dah ada kat kl sekarang, saya senyum gembira. mana-mana pun dah ada ye =D

antara favorite utama; chocolate iced with kreme dan original glaze. simpan hari-hari pun tetap maintain lembut. tapi bolehkah disimpan berhari-hari jika surrounded by monsters donut?

jadi silalah bergegas ke berjaya time square untuk mendapatkan krispy kreme pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.. nanti jangan lupa update mana paling sedap, dah ramai bercerita pasal big apple.

krispy kreme, saya dah tolong ad baek punya, nak donut setahun juga macam minah ni boleh tak??

p/s: why berjaya time square? cam tak berapa strategik je. tapi aku sure mesti more to come soon kan kan kan

happenings

saya kena pergi away day..

Thursday, May 28, 2009

dulu-dulu bila o.h komplen pasal away day yang dia kena attend, aku selalu gelak-gelak je. pada aku apalah sangat pergi away day tu kan.

away day tu macam ala-ala family day, aku rasa la. kau boleh bawak family kalau nak. disebabkan aku join lsl group ni in may, maka pada tahun ini aku berkesempatan 'dipaksa' pergi. jadi turn aku pulak untuk komplen dan turn o.h pulak untuk memulangkan 'buah keras' (teruknya bahasa..)

by the way, kiterang tidak sama group ye walaupun berada di bawah fakulti yang sama, iaitu electronics and com. science (ecs). under fakulti yang super bapak besar ni ada banyak research groups dengan research yang pasti berbeza. ada group yang besar dan kecil skalanya, seperti group o.h yang tak silap aku tak sampai 15-20 orang. he belongs to sense (science and engineering of natural system) dan aku under learning societies lab (lsl). katanya group dia punya otai-otai programming antara yang terotai kat ecs nih. katanya lah kan, aku yang umpama anak-anak semut ni percaya sajalah, lagipon whom can i turn to when i'm in troubles??

kenapa o.h selalu komplen bila away day menjelang tiba? disebabkan bilangan membernya yang tak ramai mana, maka derang kena come up dengan aktiviti-aktiviti untuk membunuh masa, seperti a short presentation tentang research masing-masing (sangat tak disukai oleh o.h). aktiviti lain aku tak tau sangat, tapi aku rasa seperti berjalan-jalan menikmati pemandangan, bbq dan lain-lain. tahun lepas dia berjaya skipped the away day dengan alasan anak tak sihat kena warded. tengok, aaqilah juga jadi alasan kuikuikui

balik pada cerita asal, aku pun akan merasa kena pergi away day pada tahun ni. tapi disebabkan group yang besar dengan membernya reaching up to 40-50 people, mestilah takde personal presentation. dari tentatif program yang sudah diedarkan aktiviti utama ialah walking sejauh berkilometer i tell you. first thought ialah ish nak aku beranak cepat-cepat ke ni? o.h mestilah gelak-gelak je.

group aku ni pun boleh tahan skema, dengan attendance is mandatory unless you have a concrete reason. nak je aku balik attend wedding adik aku camtu muahahahaaha

tapela, teruskan hobi mengambil gambar nanti ok.

=} ada macam muka senyum terpaksa tak?

quizzical

masa yang mencemburui anda..

Wednesday, May 27, 2009

adeh semalam hari yang penuh dengan meeting. dari pagi sampai ke lunch break pastu sambung pulak dengan demo. nak tanak aku kena ada jugak huhu

mula-mula group meeting. lepas tu ada visitors datang dari dundee (kut) maka bersambunglah meeting sampai ke lunch hour tu. bila habis petang tu aku cabut pergi pos opis jap pos surat o.h, balik dari tu rasa cam drained. since en o.h sekarang ni tengah mengejar tarikh untuk vivanya dan mengemaskini thesis untuk submission maka aku takleh laa balik lambat sangat. pukul 5 camtu cabutlaa. apapun sampai rumah je semalam, memang nak tidur je la rasanya. kesian aaqilah, ayah busy maa pulak asyik fatigue je. itu la lately ni memang terasa sangat bila penat tu. walaupun aku ni tak buat apa as in duduk dan mengadap pc je, tapi bila otak jadi penat dia affected seluruh anggota particularly mata. mujur juga takyah nak masak dinner semalam, ayam kfc dan nasi goreng banyak lagi. ayam kfc? nanti lah kita cerita di lain entri ye..

setiap kali after meeting aku rasa yang masa yang tinggal tak berapa bulan ni macam tak cukup-cukup. sedangkan aku dan masa itu neck to neck. it's like, hasniza you've got this, gotta finish this, settle that.. lagi rasa yang time isn't on your side, lagi aku rasa macammana aku nak cabut in case plan c yang kena dilaksanakan. arrgghh

aku cerita pada o.h, then dia kata alaa buat je la kerja awak tu dulu. when the time comes, kita cerita kemudian la. tambah pening saja.

pagi ni gary tanya, camne bulan 8, resign ke camne. err saya mau stay dulu boleh tak??

daily life

Open de France 09 a commencé

Monday, May 25, 2009

Nampaknya sekarang ni berebut channel dengan aaqilah. dia dengan cbeebiesnya, kiterang nak tengok french open.

hari ni nadal main. tengah aku duk flipping channel, aaqilah pun tak henti-henti dengan demandnya. tapi nasib baik ada bbc iplayer muahahaha jadi semua orang dapat fair and square. cuma once habis dalam 15 minit (depends pada cerita) aaqilah akan bising-bising sebab cerita dah habis. rasanya tak macam youtube yang kau boleh buat playlist. lepas nadal setel, turn roger federer lak. nampaknya satu hari ni kita melayan tenis le ye.

most program kanak-kanak kat channel cbeebies ni berbentuk educational dan less cartoons. nama pun program kanak-kanak kan. walaupun certain watak-watak dia yang kiterang rasa macam nak 'lempengs' sahaja, tapi itulah yang budak-budak ni suka. lagi getik, lagi suka nampaknya. kadang-kadang tu bila tiba-tiba apa yang keluar dari mulut aaqilah tu kiterang jarang sebut, rupanya dia pick up dari rancangan dia. cuma yang merisaukan aku sikit, dia ingat southpark tu pun rancangan untuk dia jugak huhuhu.. itu memang ayah aaqilah dah banyak kali kena sound..

Je suis désolé aaqilah, il est français ouvert pour un autre tour de 2 semaines. tv est la nôtre

notakaki: err lepas ni musim confederation cup plak ;P

flickr

kelas kreatif

Sunday, May 24, 2009

cupcake in the making


there you go, 3 legs octopus, blue cupcake with 3 yellow dots, purple heartshaped and a square!


playdoh class, originally uploaded by hasniza.

daily life

busy bee

Thursday, May 21, 2009

current mode: fatigue

aku rasa minggu ni antara minggu yang paling busy. dengan back to back appointments aku dan aaqilah, juga termasuk aktiviti wajib dan optional.

meh ingat-ingat balik. isnin rasanya macam biasa, tade pape.atau aku sendiri yang dah terlupa apa aktiviti luar biasanya? hmm oh ya kononnya nak bid farewell kat satu kakak ni yang nak balik for good, turns out yang dia dah selamat sampai kat klia. ish aku ni boleh tersalah hari plak. dah le tu dengan konfidennya aku siap citer kat orang isnin plak tu, nasib baik kat sorang je. beg berat gile, dengan pc dan juga kamera. o.h gelak-gelak je dengan tag punyala semangat. dan juga happy birthday buat en md hisma =)

hari selasa juga macam biasa, tapi sakit kepala di tengahari membuatkan aku jadi malas. tapi rupanya ubat sakit kepala ni senang saja, pergilah makan lunch, insyaAllah sakit kepala anda akan tenang. tapi disebabkan aku dah tercerita kat o.h akan plan malas aku iaitu balik awal maka dia pun dah jadi semangat lantas mengajak aku 'bermeeting' di ikea. jadi aku cakap kat budak-budak ni husband saya ada meeting dan cabut around 4pm. setiap kali nak balik aku akan sentiasa bersemangat untuk sambung kerja kat rumah later, yang selalunya hangat-hangat tahi ayam saja. penat dan sakit kaki merayau kat ikea, tapi mula-mula sekali kita makan hotdog veggie untuk recharge tenaga. walaupun plan asalnya nak beli ayam/daging sahaja tapi macam mana boleh sesat sampai ikea, itu aku tak berapa pasti muahahahaaaa. tapi bila sampai asda, malangnya set thigh and drumstick ayam yang aku selalu beli tu dah habis. maka dengan muka penyek aku terima je la set drumstick yang ada (kes tak makan drumstick, mengada tak). malam tu kiterang berdinnerkan bihun ala-hailam yang cair, layan ooo (kes tak pernah buat). rahsianya, mestilah di kala kelaparan, apa sahaja jadi super sedap =D

hari rabu pulak bangun awal tapi aku terlambat dari biasa. sebabnya dah janji dengan cik puan durra nak ke sale mark and spencer celebrating 125 years. dalam kepala dah terbayangkan macam-macam tapi huhuhu, biasalah kalau kau expect lebih-lebih sangat. nak tengok apa yang aku beli silalah ke sini hehehe lebih kurang cuma aku tak beli air tin tu je ye. komen o.h kenapa awak tak beli mug ni banyak-banyak. hmm aku tak sure boleh buat ke tak ye, most people amik satu item up to 5 items yang berjumlah 5p. pastu terus gi kerja. petang pulak tunggu o.h datang since dia ada meeting around 5 dan terus balik dengan cik puan kecik. sampai rumah terus mulakan proses memasak sebabnya malam tu aku nak gi tengok theater pulak hehehe. balik sampai dekat pukul 10, makan nasi dan melepak. lepas-lepas tu paham-paham jela, tidur pon sedap je. bila pagi bangun rasa tak larat..

hari ni aaqilah ada appointment mata kat hospital at 4. jadi maknanya aku cabut terus la tu. sebab selalunya procedure dia lama jadi tade sebab rajin aku kena balik ke lab. baik balik dan sambung kerja kat rumah saja hehehe

esok o.h ada mentioned yang dia ada meeting lagi around 3 camtu. ada harapan aku balik tengahari dan tak balik ofis balik, maknanya work from home again =)

oh i can't wait for the arrival of saturday, and then sunday and monday. monday is an extra day's off, yahoo.. saya mau spend masa tidur, dan bangun lambat. alangkah indahnya..

quizzical

newsflash: perihal 'balik'

Tuesday, May 19, 2009

semalam dengan absent-mindedly aku set ym status kepada 'tak sabar nak balik'. di situ aku refer pada rumah to be precise.

ye, aku maklum yang balik dalam context kiterang ni bersifat subjektif dan kadangkala sensitif. bila pagi ni aku turned on pc screen dan nah, beberapa mesej bertanyakan bilakah kiterang akan balik? hmm patutla..

so sorry people

memang lately pencarian postdoc position o.h tidak encouraging, tidak seperti yang kiterang harapkan dan sudah plan (berangan). yang nampak sekarang mungkin pintu kl, atau plan C kata orang iaitu kemas barang dan balik for good. sekarang ini bergantung sepenuhnya pada viva o.h, bila dan bagaimana. selebihnya berapa lama lagi kiterang boleh bertahan dengan keadaan tak berapa menentu atau panggilan yang mandatory to be answered.

jadi camnilah, andaikata lepas viva kiterang balik, aku propose kat o.h untuk at least stay sini sikit masa lagi. aku rasa cam guilty plak untuk tinggalkan kerja in the middle, since most of team mates aku pon nak gi bercuti dan sebagainya in august, jadi cantek sangat la tu kalu aku blah august jugak. derang pon tau yang aku akan blah menurut maternity leave.

kalaulah hari untuk decide sampai satu hari nanti, adakah aku akan sanggup tinggal sini sorang-sorang? adalah dalam sebulan lebih camtu kut..

let's wait and see people, wait and see..

daily life

monday blues, again

Monday, May 18, 2009

belum pun pukul 11 pagi lagi, tapi kepala aku rasanya sudah tahap tepu. mata mengantuk toksah cakap, dan aku baru juga made myself cup of tea. dalam drawer aku sekarang ni sudah ada bekalan kopi dan teh, teh wangi lagi ye. kopi pulak specially blended diterbangkan khas dari semenyih hehe bukannya apa, aku nak menghabiskan stok berbulan kat rumah tu. eh entah-entah dah makan tahun, gila outdated.

semalam to be precise last nite sampai la very early morning tadi aku ada kelas berguru lagi dengan bakal doktor ayam (sbb dia suka sangat makan ayam, kidding ok). aku ni pon memang satu goofy la, dah pukul 11.30 baru nak bertanya soalan. aku memang salah estimate, next time sila ingat belajar programming bukanlah 15 minit sahaja, tapi makan masa dan menuntut kesabaran apalagi tengah mengantuk. aku pon tatau kenapa dan mengapa, kalau belajar dengan o.h ni aku jadi bongok semacam. jawab soalan pon dengan muka nak nangis. tapi aku lagi rela dia yang tau betapa bongoknya aku dari orang lain. aaa sebab itu la aku tak suka satu ofis dengan o.h, tak bes pon. aku yang makin tak progress ada la.

yelah, biasala monday blues, memang camni.. isnin pun selalunya bukanlah hari bekerja dengan cemerlang pon dan sangat slow. tomorrow promises a brighter one, harapnya.. amin..

oh ya simpanan biskut cap hup seng atau lebih dikenali cap ping pong officially habis hari ni =( sedihnya.. ada sesiapa baik hati nak kirim, sila contact yours truly untuk keterangan lebih lanjut. alang-alang biskut tu, apakata sebungkus dua teh tarik instant sekali ekekekekekee =D

parenting

kalau tanya dia..

Sunday, May 17, 2009

us: what is your name?
aaq: as name..

us: how old are you?
aaq: where are you?

us: name please
aaq: name please..

aiyo, pening la ini macam aaqilah. camne nak gi school nih??

daily life

hampir tiga minggu

Friday, May 15, 2009

it's been almost 3 weeks at the new workplace.

the first week went quite slow. i spent on reading stuffs and tweaking here and there (konon). well, nothing much at all, sebabnya saya tatau apa. and the guys couldn't help me much since they're fully occupied with the project's deadline which was supposed to be released on that end of the week but was put on hold later. oh ya, there's a mandatory introductory meeting in which i have to make a little speech, macam intro gitu.. thank god i wasn't the only one..

ok came the second week. apa aku buat?? i was becoming more active, in terms of works and social group. i discovered that apart from myself there're another 4 malaysians in the lab, all are phd student. saya is the only a programmer cabuk saja huhuhu. now i spend more time from bay to bay visiting new friends, also borak kosong with my teammates. sounds more like myself eh, borak dan borak dan borak.. dan borak dan borak..

the first 2 days of this week i worked from home, since o.h was away on his matters. monday started quite good, i managed to install groovy plugins in eclipse, finally. how long has it been i abandoned the installation stuffs since it brought me nothing but failures and problems. plugins, checked. and then when i run the program, it went smooth and gave me all the joy could bring. although i had to juggle between work and aaqilah, i was quite satisfied chewah. kejap-kejap nak peesh la, nak poo la, nak makan la, nak masak laa. by the end of the day it was like double tiring. unlike monday, tuesday was really slow, cold, lazy and sleepy. by today, i think i understand better. ok laa tu kan..

at the moment the team consists of 4 members, and 2 more are coming in july, if i'm not mistaken. mostly here are phd students, and then postdoctoral research staffs and technical staffs. coming from industry into an educational institution, there must be differences in working environment, job scope etc etc. here is much more open and flexible and i am very grateful working with nice and considerate managers all this while. sometimes it can be very quiet in the lab, but most of the time it is very lively and i don't mind that.

i would say that working here gives me much more experiences and exposures particularly in programming, something that i've been avoiding haha. tadelah aku apa orang kasi sumer belasah saja. like i've always said to people, "walaupon aku ni tadelah power mana tapi setakat berlakon dengan lebih convincing tu aku rasa boleh kut" =)

syiok sendiri

kalaulah aku jadi peserta amazon race..

Tuesday, May 12, 2009

kalaulah aku jadi peserta amazon race atau pertandingan seumpama..

aku rasa boleh tahan cekap as navigator, membaca map dan penunjuk arah. dengan partner aku yang mengaku ala brian o'connor, aku rasa kiterang boleh pergi jauh.

akan tetapi, krisis pasti timbul. takkanlah tak sesat jalan, takkanlah tak berselisih pendapat, takkanlah tak bergaduh baik saja. kelemahan aku ialah kurang daya tahan sabar dan agak pantang tersesat, dan terlepas simpang. partner ala brian o'connor pulak memenuhi kriteria yang disebutkan, tapi sangat memiliki daya tenang tahap ultima. bila aku yang dah berasap dan mula menyerang psikologi partner, dia terus relax dan bawak kereta macam takde pape.

haha sebenarnya cerita macam ni. semalam aku tolong membaca google map untuk o.h mencari tempat dituju, sebabnya dia main hafal dalam kepala tapi tak sangka la pulak tak semudah disangka. maklumlah kiterang takde kemudahan 3g dan real time mapping facility, hanya khidmat google map dan printed copy saja. lepas masuk simpang kiri dan straight dan kasi pusing satu round, sampailah jugak o.h ke destinasi..

waktu kiterang ke satu outlet kat outskirt liverpool ni pernah tersesat gara-gara ala brian o'connor tersalah hafal exit dan adakah gara-gara co-pilot tertidur penyumbang juga??

possibly yeah =)

enjoy food

edisi makan

Monday, May 11, 2009

dah dua hari aku duk melayan ni, =)


nasi minyak+dalca+ayam tandoori, originally uploaded by hasniza.

oh ya, hari jumaat lepas o.h masih dalam mood semangat roti dan mencuba ni plak, ciabatta. hmm sedap dan bertambah sedap sebab kiterang kelaparan. ingatnya nak try crostini (small toasted bread) tapi tak sempat sebabnya 3 out of 4 dah dibaham begitu saja. spread butter pon layan.. mungkin fresh from the oven, panas-panas dan bau semerbak roti yang menjadikan sedap tu. so far aku tak pernah buat roti melainkan doh pizza saja, aku tamo steal the thunder baker kat rumah ni hehehe


ciabatta, originally uploaded by hasniza.

flickr

about to start singing

Thursday, May 07, 2009


about to start singing, originally uploaded by hasniza.


dah lama aku berangan nak bergambar di kawasan bunga kuning ni, sori saya tatau apa jenis bunga ni ye. ini semua gara-gara dilwale dulhania le jayenge, one of my favorite movies of all time.. hehe blushing nih..

alaa, ingat tak bila scene simran (kajol) tensen sebab mengenangkan nak dikahwinkan dengan mamat yang dia tak kenal lalu berlari-lari hingga ke padang bunga kuning, ye klise tapi aku suke.. tiba-tiba masuklah lagu theme dan angin bertiup kuat sikit dari sepoi-sepoi bahasa. maka ternampaklah before her, seorang lelaki yang macam aku kenal tersenyum ala-ala aku ni hensem tak..

lalu aku membayangkan yang bunga ni setinggi di dalam movie, in fact selalu aku nampak dari dalam kereta macam tinggi. tapi rupanya yang ni adalah tinggi takat lutut ke peha. selalunya bunga ni terdapat di kawasan ladang dan selalu tumbuh around spring. tak silap aku ni bunga liar sebenanya, dia tumbuh sendiri. jadi sebelum summer arrives, ladang akan dibersihkan untuk tanaman baru. bunga kuning juga gone..

kebetulan ladang ni ada kawasan pagar terbuka.. macam nak kasi aku amik gambar je kan. dalam kepala aku lagu pon starts playing..

p/s: sebenarnya kan, aku sendiri tak sure adakah bunga kuning ni sama dengan bunga kuning dalam movie tu, mungkin tak sama tapi looks similar =)

flickr

berkelah di pantai yang indah

Wednesday, May 06, 2009



kita mulakan dengan acara makan-makan bbq yang dah siap-siap bakar, ayam tandoori dan lamb.


Ni dia sandbanks beach, salah satu pantai yang terkenal kat area poole ni. walaupun hari nampak sangat cantek dan cerah, tapi sebenanya sejuuuk around 13 darjah gitu..



turn untuk bergambar berdua.. shoo shoo aaqilah muahahahaa

walaupun mula-mula tu takut-takut tapi lepas tu dengan selamba mengejar ombak sejuk, hanya aaqilah yang serupa mandi laut. orang lain main takat basah kaki sahaja yang mampu..

bukti penyertaan piknik yang diadakan julung-julung kalinya

Poole-020509, originally uploaded by hasniza.

versi cerita, seperti biasa klik sini ye

ups and downs

doze off

Tuesday, May 05, 2009

teknik menghilangkan mengantuk dari hasniza,

  1. baca menda-menda yang menyeronokkan dan semestinya kurang berfaedah seperti melayan google reader,
  2. pergi toilet, kalau tak rasa nak pee pon saja-saja jalan ambil angin,
  3. buat air panas, sangat enak kalau ada biskut untuk dicelup-celup,
  4. kalau dah buat air panas tu, angkat mug tinggi close to muka, kemudian tiup perlahan-lahan sehingga asap naik ke muka. aa kan rasa fresh tak gitu hehehehe
  5. mencari mangsa chatting ;)

selamat mencuba untuk kaki ngantuk macam aku ni

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images