cymru 09 - there and back again
Thursday, April 16, 2009kalau semalam kita dah jalan kaki sakan, hari ni kita slow down dengan cuci mata naik kereta. selain castle, wales ni terkenal dengan national park yang punya banyak options untuk trekking, mountain biking dan pelbagai outdoor activities. memang menarik tu tapi dengan keadaan aku sekarang ni (campur malas) tidaklah sesuai kan kan kan. camne laa nak dapat gambar cun tahap gold star ni (meminjam kata o.h) kalu amik dari dalam kereta je.
around 8.30 gitu kiterang gerak meninggalkan travelodge yang sangat menyenangkan. masing-masing dah berangan nak pekena welsh breakfast ni, dan destinasi pertama kita ialah caerphilly castle, the largest castle in wales. aku sangat berharap untuk stumble upon kedai makan ala-ala kedai kopi makcik leha tapi tak nampak pon. pekannya tak besar mana, tapi mengingatkan aku pada pekan-pekan lama such as kuala kangsar (kenapa eh).
ada beberapa orang sedang melayan fishing di sekitar kawasan castle. aku rasa agaknya kiteranglah antara visitors terawal kat sini. tak lama lepas tu terus gerak further up north ke brecon railway mountain yang rupanya takdelah jauh sangat. last year waktu kiterang pergi tempat tu tutup dan syukur tahun ni ada rezeki merasa naik train di lereng gunung. nasib baik gak sempat naik train terawal, next train queuenya sangat panjang. train yang boleh tahan slow itu mengambil masa lebih kurang 30-40 mins excluding melepak di atas bukit dalam 20 mins, jadi total adalah nearly an hour jugak.
turun bawah pon dah tengahari, perut mana yang tak rasa lapar nak-nak tak jumpa tempat breakfast. singgah makan kat festival park dan terus turun menghala ke bawah yang aku pun dah tak ingat. konon-kononnya nak tengok scenery, tapi aku pretty sure berjalan di bawah sana berbumbungkan biru langit dan terik matahari adalah lebih satisfying. akan tetapi badan saya tak larat...
pusing-pusing sekitar monmouth town and we decided not to stop. terus turun lagi sampai ke tintern abbey di tepi wye river, lagipon aaqilah sudah mula restless. penat duduk dan kelaparan tuu. apa ada kat sini?
lepas pusing-pusing kiterang gerak meninggalkan wales dengan 1001 macam kenangan. ye second visit always make me thinks better of the place, especially when we spent with family and a very good friend ahem ahem.
tidak dapat diekspresikan dengan kata-kata ucapan terima kasih dari kita bertiga, aaqilah, kenit dan has buat ernie aka auntie ernie yang aaqilah duk sayang tuu hihihihi
0 comments