cymru 09 - mostly cardiff

Tuesday, April 14, 2009

kata orang rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari..

setelah hampir pasti bahawa cuti easter akan dihabiskan di rumah saja, tetiba kiterang dikejutkan dengan proposal ke wales oleh ernie. pucuk dicita ulam mendatang, lebih kurang macam tu lah. tapi mula-mula tu agak hesitate jugak, segan pun ada hehehe

hari khamis kiterang gerak awal jugak merayau-rayau, sementara nak masuk central london after 6. ni pasal tanak bayar congestion charge sebanyak GBP8 tak silap aku, which is from 7-6 monday to friday. dari hari tu lagi ernie duk ajak tido rumah dia tapi baru la berkesempatan. sampai terus dinner dan relaks sambil aku sebok menyalin instruction jalan, gara-gara tertinggal kat notebook aku di rumah. chet..

esok paginya seawal pukul 6.30 am kiterang gerak meninggalkan london towards wales atau lebih spesifik bridgend sementara menunggu after 3. tapi ada orang itu lebih bertujuan kenapa kita patut pergi ke outlet bridgend. seperti biasalah mencari deal yang hampir impossible. dan seperti biasa juga memang impossible. lepas pusing-pusing terus gerak menuju next destination, iaitu cardiff city centre.

kiterang melawat cardiff buat second time after a year. kali ni a different cardiff we saw since the last time. orang ramai, happening dan slightly less sejuk. selepas spent masa yang boleh tahan lama bergambar sakan di taman bunga dan city hall area, seterusnya mestilah cardiff castle.

dan berjalan nun boleh tahan jauh menuju hard rock cafe, dah menjadi semacam last resort dalam mencari souvenir. then wales millenium stadium aka stadium ragbi, tengah jalan-jalan tu terjumpa satu eaterie ni, yang sampai sekarang konsepnya aku rasa impressive. boleh saya tiru tak hehehehe next time untuk aku, rice noodle + chicken breast strips + hot asian, mesti ngam!!


perut masing-masing pon dah full, jadi untuk instantly membakar lemak-lemak yang sedia ada aku telah mencadangkan kiterang husya cardiff bay. dari dalam kereta nampak orang-orang di luar yang pakai tshirt dan shades semata, hampir terjebak aku. tapi sejuknya tak serupa sinaran mentari yang sikit punya garang. maklumlah tepi laut, as the name suggested bayu laut di lewat petang ni sejuk. ernie pulak teringin nak makan waffle, tapi rupanya waffle supermarket yang dia ngidam tu. tapi rupa waffle yang dia dapat, boleh tengok seperti di bawah, memang layan. lawan pulak dengan teh panas, fuuuhhh.. kiterang layan kuda pusing seround, o.h plak terpecahkan latte mug huhuhu

makan dah, jalan-jalan pon dah. maka bergerak le kiterang menuju ke caerphilly yang dalam 15-20 mins drive mencari travelodge. kononnya nak pit stop sebentar kat castle coch tapi memandangkan ahli-ahli rombongan sudah kepenatan, aku plan nak visit dalam mimpi malam nanti, how's that? mandi, solat, rehat dan terus tidur...

cerita hari berikutnya akan saya sambung pada hari berikut ye hehe
tata..

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images