daily life

it's been a while

Wednesday, April 29, 2009

hello world

owh rindu gak pada blog sendiri =) during day so far memang aku tak punya banyak masa, malam pulak dah masak, dinner then mestilah terus lalok. lepas ni should be ok kut..

so far kerja ok saja, penat gak aku pon agak pelik. padahal naik bas dalam 15 minit gitu sampai dah, seronok betul eh bila ofis cam belakang rumah je. mungkin sebab ada muatan lebih hahahha. walau apapun, aku sangat suka dapat jalan kaki sikit-sikit tu, a good excercise juga, maklumlah aku dah makin terasa kesan naik di sini sana ni huhuhu. tengoklah mana tau akan continue swimming balik ke in the future, bila ada geng.

tade komen sangat, mungkin perlu lebih aktif, u go girlfriend.

hingga ketemu lagi, wassalam

argh-gila

house hunting, again

Saturday, April 25, 2009

sudah lama aku rasa tidak begini down.. =(

apa kau rasa agaknya sudah jumpa rumah yang dah jatuh suka, it's like u know it when u know it. layout yang nice, dengan white goods, unfurnished (ye kiterang sudah stuck dgn furniture sendiri, sangat sayang utk let go), location cantek, alaa senang cakap memang kau dah suka..

then bila kiterang nak pergi book rumah, alih-alih kau dapat tau pulak dari agent yang landlord rumah tu takmo budak kecik, apalagi expecting another one. blank kejap.. kemudian dalam awan atas kepala aku rumah idaman slowly vanished..

aku masih bitter, o.h kata owh besarnya rumah tu compares dgn rumah kita..

uwaaaa (for now sampai aku jumpa rumah lagi hot yang mengatasi rumah semalam huhuhu)

daily life

midwife day

Friday, April 24, 2009

recently aku ada appointment dengan midwife. biasalah dalam peringkat tengah-tengah ni, jumpa pun dalam 4-6 weeks sekali.

mula-mula aku cheated urine sample, pada aku la. konon-kononnya nak minum air banyak dalam minggu ni, tapi tetap macam tak berapa cukup juga. jadi malam sebelum dan pagi sebelum aku minum la air banyak-banyak. disebabkan aku rasa nak ke toilet lagi waktu on the way ke health service, aku buang urine sample yang aku bawak dari rumah dan ganti baru. komen midwife, ni air tap ke ni. bukannya apa, dah dua kali yang lepas asyik ada protein traced je. kali ni, crystal clear =)

aku ada mengadu kadang-kadang rasa mengah especially lepas makan. dari pengalaman lepas, tak patut berlaku lagi, si kecik itu masih ada banyak lagi space. mungkin simptom anemic, tapi dari iron test yang aku buat awal-awal ari tu resultnya cantek saja. aku pun takde penat-penat tak tentu pasal. jadi dia suggested sila la jumpa gp kalau berterusan rasa mengah. dan juga kena amik darah lagi untuk further tests.

aku gained 5 kg in 3 bulan setengah. hmmm... sejak lepas musim pening di awal first 2 months, kemudian pemakanannya kemain lagi huhuhu itu pun mostly orang kata oh, awak ini sangat kecik..

aku bawak aaqilah dan o.h ada sama sebabnya dia nak gi meeting pas aku jumpa midwife itu hari. next time memang elok pegi sorang, dibantainya memunggah toys dalam tong mainan tuu. hyper sungguh huhuhu

aa sekali sekala aku citer pasal pregnancy plak kan kan kan =)

precious

si nakal

Wednesday, April 22, 2009

aku main game teka/baca dengan aaqilah. out of 5 words yang aku tulis dia berjaya teka/baca/reckoned the first 3. bole laa tu kan hahaha

cbeebies
scrubs
tesco
asda
argos


mula-mula tu aku tak berapa perasan sangat, ingatkan dia main suka-suka sebut tapi dia boleh recognize kebanyakan kedai dan brands. mula-mula aku agak teruja hahaha, wah aaqilah dah boleh membaca ke. tapi sebenarnya kan, dia kenal dari segi kaler, font dan rupa bentuk. jadi patutlah aaqilah suka pakai cantik-cantik. bila tanya nak pergi mana, sopping jawabnya. ish sukati noo..

kalau tetiba aaqilah boleh membaca aku dah terkejut sakan sakit jantung sebab over excited. pastu mulalah memikirkan education plan untuk aaqilah pulak, chelamak hahahahaha

kadang-kadang tu aku ada sedikit risau memikirkan tentang necessity nursery untuk aaqilah. yelah, baik untuk development dia as in social skills, bahasa dan semestinya belajar huruf dan numbers. bukannya nak hantar hari-hari pon, adalah dalam 1-2 days in week. sini nurserynya mahal ooo. kalu belajar dengan kiterang boleh tahan mengada dan ikut mood. nak belajar abc pon asik skip je ke huruf yang dia suka. seronok je aku baca blog orang anak dah pandai macam-macam =)

tapi kan aku rasa takpelah aaqilah tak ke sekolah lagi. once dia ke sekolah esok, maknanya dia akan in the education system for the next 12-13 years non stop. sementara ni, let her be in child mode as long as she can. membesar tanpa paksaan dan pressure dalam pembelajaran. ye, usaha untuk yang terbaik itu a must tapi harapnya tidak sampai menjadi burden kepada dia pulak. (ayat menyedapkan diri sendiri hehehe)

tapi aku rasa macam elok jugak letak dia kat nursery sehari dua. asik ngamok je kat kiterang, lately dia sudah sayang uncle. padahal baru la jumpa for like 2,3 rd time dalam beberapa bulan ni. sudah pandai ye untuk pegi approach budak-budak..

entah-entah memang aaqilah kena duduk nursery pasni, sapa tau kan..

syiok sendiri

the good life

Monday, April 20, 2009

pernah rasa baju penuh satu almari tapi macam takde baju nak pakai?

pernah rasa cd beratur tapi cam tade lagu nak dengar?

pernah rasa ada macam-macam menda nak makan tapi nak makan apa? hehehe jarang rasa..

tu mulalah tu alasan untuk spending tak tentu hala muahahaha

flickr

selambe je derang nih

Friday, April 17, 2009

finally after 3 months and a half of waiting, we got back our passport. very little yeay..

yesterday i got an email from my boss in uni which triggered today's event. he was asking how i was doing and inquiring whether i am still interested with the job. i was a bit down at first, possibly the way i comprehend the email. o.h's respond then cheered me up a little bit and later he made efforts to contact home office and student union.

what we got from home office was beyond our expectation. they told us that they've already sent some packages to the uni like end of march and ours should be within that too, it's just that they weren't sure who's whose. then o.h contacted student union in uni and has been told that they've already had ours, but the reason we weren't informed is because the id cards are not with the passports. i called my friend whom was anxiously in waiting too, after a few minutes i was told that hers all available, passport and id. good for her but crap for us.

we went back and forth of going or not going to the uni to confront people from student union. nowadays the id card contains all the information about visa, not in the passport as previously. so there's no need to collect passport instantly if there's no id card since all i need is the visa info to settle my contract. at last we went to the student union too to test our lucks. fingers crossed.. amin

by the way, i got informed by a friend that the office has moved to another building. oh this's a news to us. after a while we managed to locate the new office and o.h met with the officer while aaqilah kept running inside the office and collecting as many pamphlets and brochures as she could hold. the officer came back with our package supposed containing our passports but then he told us that they actually had our id cards. quite puzzled eh. we decided to collect the ids first then came back for passport later. at least now i can proceed with my pending matter.

i emailed the school admin but she's out of the office until next monday. so we headed to city centre before went home around 4. o.h checked his emails and was surprised when student union emailed him regarding our passport. they indeed have both our passports and ids but someone put in a different safe. i think they had to move office before the easter break and soon somebody forgot to notify the others.

should they inform us at the end of last month, things would be different unlike today. i guess now i'll be getting my first month's pay, and possibly we could have traveled across the sea.

i don't know, should i be thankful or be mad
"they've no idea what they've put us tru.." o.h


ID card aaqilah, originally uploaded by hasniza.

flickr

cymru 09 - there and back again

Thursday, April 16, 2009

kalau semalam kita dah jalan kaki sakan, hari ni kita slow down dengan cuci mata naik kereta. selain castle, wales ni terkenal dengan national park yang punya banyak options untuk trekking, mountain biking dan pelbagai outdoor activities. memang menarik tu tapi dengan keadaan aku sekarang ni (campur malas) tidaklah sesuai kan kan kan. camne laa nak dapat gambar cun tahap gold star ni (meminjam kata o.h) kalu amik dari dalam kereta je.

around 8.30 gitu kiterang gerak meninggalkan travelodge yang sangat menyenangkan. masing-masing dah berangan nak pekena welsh breakfast ni, dan destinasi pertama kita ialah caerphilly castle, the largest castle in wales. aku sangat berharap untuk stumble upon kedai makan ala-ala kedai kopi makcik leha tapi tak nampak pon. pekannya tak besar mana, tapi mengingatkan aku pada pekan-pekan lama such as kuala kangsar (kenapa eh).


ada beberapa orang sedang melayan fishing di sekitar kawasan castle. aku rasa agaknya kiteranglah antara visitors terawal kat sini. tak lama lepas tu terus gerak further up north ke brecon railway mountain yang rupanya takdelah jauh sangat. last year waktu kiterang pergi tempat tu tutup dan syukur tahun ni ada rezeki merasa naik train di lereng gunung. nasib baik gak sempat naik train terawal, next train queuenya sangat panjang. train yang boleh tahan slow itu mengambil masa lebih kurang 30-40 mins excluding melepak di atas bukit dalam 20 mins, jadi total adalah nearly an hour jugak.


turun bawah pon dah tengahari, perut mana yang tak rasa lapar nak-nak tak jumpa tempat breakfast. singgah makan kat festival park dan terus turun menghala ke bawah yang aku pun dah tak ingat. konon-kononnya nak tengok scenery, tapi aku pretty sure berjalan di bawah sana berbumbungkan biru langit dan terik matahari adalah lebih satisfying. akan tetapi badan saya tak larat...

pusing-pusing sekitar monmouth town and we decided not to stop. terus turun lagi sampai ke tintern abbey di tepi wye river, lagipon aaqilah sudah mula restless. penat duduk dan kelaparan tuu. apa ada kat sini?


lepas pusing-pusing kiterang gerak meninggalkan wales dengan 1001 macam kenangan. ye second visit always make me thinks better of the place, especially when we spent with family and a very good friend ahem ahem.

tidak dapat diekspresikan dengan kata-kata ucapan terima kasih dari kita bertiga, aaqilah, kenit dan has buat ernie aka auntie ernie yang aaqilah duk sayang tuu hihihihi

flickr

cymru 09 - mostly cardiff

Tuesday, April 14, 2009

kata orang rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari..

setelah hampir pasti bahawa cuti easter akan dihabiskan di rumah saja, tetiba kiterang dikejutkan dengan proposal ke wales oleh ernie. pucuk dicita ulam mendatang, lebih kurang macam tu lah. tapi mula-mula tu agak hesitate jugak, segan pun ada hehehe

hari khamis kiterang gerak awal jugak merayau-rayau, sementara nak masuk central london after 6. ni pasal tanak bayar congestion charge sebanyak GBP8 tak silap aku, which is from 7-6 monday to friday. dari hari tu lagi ernie duk ajak tido rumah dia tapi baru la berkesempatan. sampai terus dinner dan relaks sambil aku sebok menyalin instruction jalan, gara-gara tertinggal kat notebook aku di rumah. chet..

esok paginya seawal pukul 6.30 am kiterang gerak meninggalkan london towards wales atau lebih spesifik bridgend sementara menunggu after 3. tapi ada orang itu lebih bertujuan kenapa kita patut pergi ke outlet bridgend. seperti biasalah mencari deal yang hampir impossible. dan seperti biasa juga memang impossible. lepas pusing-pusing terus gerak menuju next destination, iaitu cardiff city centre.

kiterang melawat cardiff buat second time after a year. kali ni a different cardiff we saw since the last time. orang ramai, happening dan slightly less sejuk. selepas spent masa yang boleh tahan lama bergambar sakan di taman bunga dan city hall area, seterusnya mestilah cardiff castle.

dan berjalan nun boleh tahan jauh menuju hard rock cafe, dah menjadi semacam last resort dalam mencari souvenir. then wales millenium stadium aka stadium ragbi, tengah jalan-jalan tu terjumpa satu eaterie ni, yang sampai sekarang konsepnya aku rasa impressive. boleh saya tiru tak hehehehe next time untuk aku, rice noodle + chicken breast strips + hot asian, mesti ngam!!


perut masing-masing pon dah full, jadi untuk instantly membakar lemak-lemak yang sedia ada aku telah mencadangkan kiterang husya cardiff bay. dari dalam kereta nampak orang-orang di luar yang pakai tshirt dan shades semata, hampir terjebak aku. tapi sejuknya tak serupa sinaran mentari yang sikit punya garang. maklumlah tepi laut, as the name suggested bayu laut di lewat petang ni sejuk. ernie pulak teringin nak makan waffle, tapi rupanya waffle supermarket yang dia ngidam tu. tapi rupa waffle yang dia dapat, boleh tengok seperti di bawah, memang layan. lawan pulak dengan teh panas, fuuuhhh.. kiterang layan kuda pusing seround, o.h plak terpecahkan latte mug huhuhu

makan dah, jalan-jalan pon dah. maka bergerak le kiterang menuju ke caerphilly yang dalam 15-20 mins drive mencari travelodge. kononnya nak pit stop sebentar kat castle coch tapi memandangkan ahli-ahli rombongan sudah kepenatan, aku plan nak visit dalam mimpi malam nanti, how's that? mandi, solat, rehat dan terus tidur...

cerita hari berikutnya akan saya sambung pada hari berikut ye hehe
tata..

flickr

one fine day

Tuesday, April 07, 2009

welcome to the big big world, as it began 29 years ago.

satu tahun berlalu pergi, dan satu tahun saja lagi (insyaAllah) sebelum menginjak thirty. sebenarnya dari tadi aku duk staring at the screen, sambil mencari ayat dan memujuk idea. well, half was written in english, tapi macam haram je. tak best langsung bunyinya.

turning 30 and turning 20 adalah sangat tidak sama perasaannya. waktu 20 dulu adalah lebih relaks seperti terasa aku masih punya banyak masa. bila close to 30 adalah sedikit gelabah mengenangkan apa yang aku achieved dan apa yang aku ada. gelabah bila tinggal setahun untuk cuba dapat close to apa yang pernah aku aim. ye aku ini ambitious dan career driven yang boleh tahan.

tapi yang ajaibnya aku rasa makin cool down, less worries pasal benda-benda remeh, dan tak rasa untuk impress orang, kecuali job interview. does it mean that i am more matured? jika ye, alhamdulillah.

sebut pasal achievement, ia tidak limit pada berapa big bucks kau bawa pulang setiap hujung bulan atau berapa tinggi tahap education. education determines kejayaan, dengan syarat usaha dan kemudian rezeki yang telah tuhan tetapkan. dengan pendidikan juga menjadikan kau manusia yang lebih baik dan bertamadun. aku tidak punya big savings, juga tidak earn big bucks di hujung bulan. tapi aku sangat bersyukur kerana punya keluarga yang bahagia, parents yang beri aku freedom dengan bijaksana, husband yang sangat comforting (listnya sangat panjang haha), aaqilah yang seperti makna namanya, dikurniakan kesihatan yang menyenangkan dan at least aku dapat apa yang aku nak, somehow. walaupun tidak grande tapi ye menyenangkan.

are you sincerely happy?

alhamdulillah.. =D

tanti auguri


piece of cheesecake, originally uploaded by hasniza.

daily life

bunga di musim bunga

Tuesday, April 07, 2009

another entry bergambar. selamat melayan ye ;)
venue: southampton city centre
nota: part time aku sekarang, jurugambar syiok sendiri also tak bertauliah haha








originally uploaded by hasniza.

flickr

Archaically known as Winton

Sunday, April 05, 2009


Winchester view, originally uploaded by hasniza.
hari ini kita jalan-jalan yeaa

matahari bersinar dengan terang, mat salih ni aku tengok dah duk melepak kat kafe berbumbungkan sinar matahari sambil melayan beer mostly. masing-masing bergaya dengan tops yang hampir-hampir summer dan shades aliran terkini. aku pon hampir terpedaya, rupanya angin sepoi-sepoi bahasa tetap menyejukkan. sikit lagi aku nak bercardigan je huhu

setelah agak bosan dengan southampton city centre ni, hari ni kita naik bas dan menuju ke town yang terletak boleh kata utara southampton, winchester. dah beberapa kali lalu sambil naik bas ekspress tapi tak berkesempatan untuk sightseeing lagi. bas pon ambil betul-betul depan rumah, walaupun takdelah semurah mana. sangat convinient laa bak kata orang. lebih kurang dalam 30 minit sampailah ke tempat dituju. kalau naik kereta aku rasa within 10-15 minit boleh sampai dah.

macam terasa di york barangkali, tidak semoden, sebesar dan semuda southampton.

walaupun jalannya tak jauh mana, yang penting kita keluar dan pergi somewhere yang tak pernah sampai ye tak. bila lagi?

more pics here


gr 048, originally uploaded by hasniza.

quizzical

pintu mana satu?

Friday, April 03, 2009

clueless tapi optimistic

seperti yang o.h sudah ulang kali tekankan dan aku sendiri faham, bulan ini adalah kritikal dan akan menjadi turning point bagi keluarga effirul dan hasniza jeng jeng jeng

ye aku masih tak kerja walaupon secara lisannya job offerred. tapi itu kan dari last meeting aku dengan bakal bos beberapa minggu lepas, 2 ke 3 minggu lepas. haa kan dah lama tu. kiterang sekarang boleh tahan dalam wondering state, awak ni ada kerja lagi atau dia dah pass kat orang lain? aku diam, gary pon diam, hr pon diam jadi apakah indicationnya? dengan selambanya jawapan aku ialah kontrak dah ada, tinggal untuk fill in tarikh saja.

aku diam sebab passport takde untuk ditunjukkan dan tak nak bagi janji atau harapan palsu lagi. gary diam mungkin sebab dia pon busy dan expects aku tengah study huhuhu. hr diam sebab memang takde update. mungkin betullah kan or otherwise.

so sekarang here we are stucked in southampton with no passports and no money. nak berjalan keluar passportnya ngak ada. nak travel jauh sikit duit pun takde walhal sekarang ialah masa terbaek bak kata orang. o.h dah siap report sambil tunggu feedback. aaqilah pulak sentiasa welcomes dan excited tentang jayan-jayan. kawan-kawan aku ramai travel ntah ke mana-mana, baik dalam atau luar negara. tumpang envy boleh tak hehe

setiap tahun macam-macam hal aku hadapi dalam bulan april ini baik sangat memberansangkan atau macam haram tahap setan. so far it's a good start walaupun tak produktif. by end of the month akan dapat disahkan samada moving house atau isi barang dalam kontena. ye akan aku sahkan di kemudian hari.

whatever is the outcome, i'll take it as another road that has been hampered in front and tackle along the journey. betul kan. pintu kl atau pintu non-kl.

be silent. be still.

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images