virus demam dan ikea
Tuesday, February 17, 2009ikea telah kasi aku virus demam, serius aku cakap. tatau samada 'accusation' aku ni berasas atau tidak, tapi itulah yang terjadi.
ikea baru saja dibuka kat southampton ni, mestilah rasa sangat excited. aku dan other half pergilah hari khamis lepas, sampai depan entrance saja. tengokkan queue yang maha panjang, kiterang terus blah. maklumlah first day buka.
mana tak ramai orang, rasanya within area belah bawah-bawah ni, inilah ikea terdekat. jangankan orang dari soton je, dari segala ceruk pon sume excited.
jadi sewaktu kawan aku datang visit weekend baru-baru ni, aku bawak le dia jalan-jalan ke ikea. tengok tade queue kat entrance jadi aku pon tersengih lebar terus masuk. tapi kat dalam tu rupanya boleh tahan crammed. nak turun escalator pon queue, kat cafe pon queue. aaqilah pulak boleh bantai tertidur waktu aku dah half way dalam ikea tu. kena lah berdukung huhuhu
balik dari city centre tu aku rasa cam tak berapa sedap badan. pelik tiba-tiba pulak rasa tak berapa sihat ni. malam tu yang agak pelik aku dan ernie dua-dua demam. alhamdulillah aaqilah ok saja. kalu dia tak sihat sure dah meragam punya. ni ok je lagi melompat-lompat.
rupanya bila aku borak-borak dengan kawan aku kat sini, dia dan husband dia jugak demam balik dari ikea. situasi dia lebih kurang aku, sakit tekak, batuk-batuk dan demam. jadi bolehlah disimpulkan ikea membawa virus demam.
sakitnya tekak. ada petua tak?
0 comments