u go girl
Thursday, February 26, 2009sudah boleh berbangga aku hari ini.
dah nak masuk 2 minggu aku dan aaqilah on off-pampers training. lepas dia bgn around tengahari, tukarkan pampers dan mula laa training. mungkin macam lambat, tapi sebelum 3 tahun mesti boleh off-pampers, yakin boleh aaqilah.
aku pon sekarang dah rasa betul-betul sihat, tak pening-pening lagi. bau-bauan pon tade hal, semua ok. jadi sementara aku tak ke mana lagi ni, bolehlah other half pening-pening all on thesis dia.
ok berbalik kepada cerita aaqilah. sakit kepala, ye. naik darah tinggi, ye. aaqilah nangis bukan kerana kena marah tapi dia yang marah tak dapat main-main atas potty. dia akan hanya cakap once sudah kencing sambil kasi muka nak nangis. ooo tau ye takut. kalau tak cakap pee, dapat 1 kat tapak tangan, 2 kalau tak cakap poo. macam semalam, aaqilah berjaya mengumpul 3.
tetapi hari ni maa sudah boleh berbangga. aaqilah sudah big big girl sekarang. walaupon 2 kali out of 3 hari ni dalam tub mandi, janji bukan luar toilet dan off-pampers. aaqilah sudah reedemed herself dari kes semalam. bukan setakat pee, malah poo sekali.
oh ya, sudah sebulan aaqilah stop breastfeeding. macam mana dan apa taktik tidaklah dapat aku recall yang mana satu. sebabnya ia berhenti secara natural, plus acting skill aku yang tak seberapa ni. "aaqilah, sakit, sakit..." hihihihi
keep it up girl!!
0 comments