half pipe dream?

Wednesday, February 11, 2009

pirlo in color

adeh sakit-sakit badan, pening dan sangat mengantuk mata. gara-gara sebok nak tengok bola la jadi begini. tapi plan awalnya nak tido je kat london tumpang rumah orang however terpaksa dibatalkan gara-gara hectic schedule pada hari ini. memang takleh nak postpone ye.

ada another version boleh dibaca sini. version yang lebih kelakar dan begitu selfless.

ye, memang sudah 2 bulan lebih since aku beli tiket di hari pertama tiket mula open kepada public. semangat tak semangat la kan. tapi sebab aku begitu bersemangat maka dapatlah row yang boleh tahan depan, row 4. aku takmo kejadian tiket paling mahal kononnya di konsert s07 dulu terjadi lagi hahaaha. nun sayup mata memandang itu sahaja boleh disimpulkan.

maka semalam kiterang bergerak ke london dengan harapan sempat makan elok-elok dan sampai di stadium dengan senang hati sambil 'cuci mata' tengok players beraksi warming up. sungguh tak bajet akan ada massive traffics di underground station. sepatutnya bila tube tak stop di holborn station kiterang dah boleh menelah dengan lebih tepat. dan satu lagi lesson learned, cuba avoid station-station utama. tapi sewaktu kena halau dari king cross lagi dah nampak semangat penyokong-penyokong fanatik kedua-dua pasukan. orang dah mula berbalas-balas menyanyi dan of course kiterang tak paham apa jadah. cuma boleh tangkap bahasa apa je kut. tapi yang aku rasa kelakar dan hampir buat, konon-kononnya nak ikut semut. tapi rupanya semut yang sah-sah bukan local ni bila sampai simpang bising berdiskasi nak ikut kiri ke kanan. aah, lantak korang la, aku rasa aku lagi local jadi kita ciao dulu.

kiterang naik bas dari king cross dan turun di euston station besar dan terus naik victoria line towards highbury/islington yang kiterang cuba elak dari mula. kononnya takmo jalan jauh. memang jauh pun, lepas tu kena jalan laju-laju macam lumba jalan kaki pon ada. uih, kalau tak kerana nak tengok derang nyanyi lagu kebangsaan memang tak kuasa aku nak buat macam semalam tu. other half sambil dukung aaqilah atas bahu pon boleh berlari-lari lagi. sampai di emirates bunyi orang bersorak dah bergema-gema dari dalam stadium. happening weh, dah berapa lama aku tak rasa gini. kerja nak cari gate mana pulak, dan syukur sangat hal-hal masuk dan mencari tempat duduk adalah sangat smooth.

ye row 4 memang bawah gila dan aku rasa kepala aku tinggi sikit je dari level padang. cuma yang tak berapa bes rupanya aku tersalah side, yakni bila players beratur nak menyanyi lagu kebangsaan, kiterang nampak la dari belakang itu pon boleh tahan jauh. cuba bayangkan bench players kat bawah ko je. but when the action got started, memang nampak muka sebiji-sebiji hehehe. gambar juga ada di sini, sini, dan sini. tapi jelas lense limitation, it'd be different kalau ada angkat yang elok sikit satu (maknanya harganya juga cantek huhuhu) sebelum tu aku ada baca kat website which says camera boleh bawak tapi tak boleh snap gambar sewaktu game on play. tapi disebabkan semua orang pon amik gambar, takkan kamera aku nak duduk bersembunyi di dalam beg kan kan kan. sila la menikmati hasil tangkapan kiterang berdua, aku pon takleh recall sangat sapa amik, jadi kiterang amik adalah lebih tepat. setting dah la lari macam haram dalam stadium huhuhu.

nampak jelas adriano gemuk. juga nampak ronaldinho bergelek pinggang bukan setakat menari samba lagi dah. nampak zambrotta dan grosso lari atas bawah on both halfs. juga nampak rambut pirlo yang cantik ditiup angin hahaha saya juga dapat menyaksikan bek itali menyepak kaki lawan instead bola yang patut disepak. apa lagi komen other half, "jahat gila. kat tv pon nampak, rupanya kat sini lagi obvious." eleh.. itu bukan tackle keras ke namanya? tak balaks aaa muahaha

memang dan sememangnya melayan game di stadium sangat bes. walaupun sejuk menggigil mula terasa, namun ku gagahkan jua. kalaula del piero ada, sempurna sudah impian aku rasanya. even tiket chelsea-juve sudah pun sold out. ye memang betul seperti dikata, bolos sebiji aku sengih-sengih. bolos dua biji pon sengih je. apa yang nak ditensionkan, ini hanya friendly game. it doesn't matter who won to me, we just wanna see good football match and fanatics antics. oh ya, i was sitting in between 2 brazilian supporters. mamat sebelah aku memang buat aku tensen, sebabnya dia sounded tensen sangat. team dia score pon macam marah-marah tensen tapi suka. mungkin hidup mati selecao kut.

apa cerita aaqilah? makan turkey sandwich dgn ayah, then join maa melayan kuetiaw goreng basah. sampai stadium minum air dan shortly after that followed by 2 apples. makan cookie lagi. jadi mula je second half, dia fell asleep. bising macammana pon, aaqilah tetap tidur tak peduli orang.

disebabkan sampai lambat, tak dapat aku nak beli scarf special edition brazil-italy. aku nak aku nak aku nak aku nak aku nak!!!

p/s: terima kasih ya =)

You Might Also Like

1 comments

  1. aaahh sekarang ingat dah, del piero aku kenal!!!

    ur half pipe dream finally came true babe! ini dah macam tahap tony fernandez dah ni!! hehe.

    "it's okay to dream!"

    dan inilah hasilnya!!

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images