thoughtful me

senaman lantai perempuan

Friday, February 27, 2009

Seperti yang disarankan oleh health visitor yang datang melawat sewaktu aku dalam pantang dulu. Nampaknya aku kena start balik ni huhuhu

What are the pelvic floor muscles and why are they important?

The pelvic floor muscles form a broad sling between your legs from the pubic bone in front to the base of your spine at the back. They help to hold your bladder, uterus and bowel in place. These muscles also give you control over when you empty your bladder or move your bowels. If your pelvic floor muscles become weak, for example, as the result of being pregnant, they cannot do this effectively. An over-stretched or weak pelvic floor can lead to stress incontinence (where you might leak urine while coughing, sneezing, laughing or exercising) and decreased satisfaction during sex.

Later on, usually after the menopause, a weak or damaged pelvic floor can lead to prolapse - where the pelvic organs slip out of place and push up against the walls of the vagina. Stress incontinence affects up to a third of all new mothers and it is estimated that about 4 out of ten women over 50 show some signs and symptoms of prolapse. This all sounds very alarming. But the good news is that you can do something about it.

For more, here

kawaii

u go girl

Thursday, February 26, 2009

sudah boleh berbangga aku hari ini.

dah nak masuk 2 minggu aku dan aaqilah on off-pampers training. lepas dia bgn around tengahari, tukarkan pampers dan mula laa training. mungkin macam lambat, tapi sebelum 3 tahun mesti boleh off-pampers, yakin boleh aaqilah.

aku pon sekarang dah rasa betul-betul sihat, tak pening-pening lagi. bau-bauan pon tade hal, semua ok. jadi sementara aku tak ke mana lagi ni, bolehlah other half pening-pening all on thesis dia.

ok berbalik kepada cerita aaqilah. sakit kepala, ye. naik darah tinggi, ye. aaqilah nangis bukan kerana kena marah tapi dia yang marah tak dapat main-main atas potty. dia akan hanya cakap once sudah kencing sambil kasi muka nak nangis. ooo tau ye takut. kalau tak cakap pee, dapat 1 kat tapak tangan, 2 kalau tak cakap poo. macam semalam, aaqilah berjaya mengumpul 3.

tetapi hari ni maa sudah boleh berbangga. aaqilah sudah big big girl sekarang. walaupon 2 kali out of 3 hari ni dalam tub mandi, janji bukan luar toilet dan off-pampers. aaqilah sudah reedemed herself dari kes semalam. bukan setakat pee, malah poo sekali.

oh ya, sudah sebulan aaqilah stop breastfeeding. macam mana dan apa taktik tidaklah dapat aku recall yang mana satu. sebabnya ia berhenti secara natural, plus acting skill aku yang tak seberapa ni. "aaqilah, sakit, sakit..." hihihihi

keep it up girl!!

teringat semasa dulu

mana ada free?

Tuesday, February 24, 2009

ni aku nak share cerita tentang bola kat tv. ler, itu je ke

hari ni dan esok seperti yang fanatik dan peminat juga orang yang enjoy football sedia maklum, the first league of champions league second round matches. aku sure ramai la yang melepak dan bersidai kat kedai mamak tengah malam karang, since ada 2 english clubs bakal beraksi. err bila man u main, pagi esok ke pagi lusa? pasti berpesta walaupon belum menang hahaha

kalau kat mesia orang lepak kedai mamak mostly (selain tv), kat sini orang lepak kat pub. sapa yang dapat tengok kat stadium tu mestilah the ultimate kan, lain-lain melepak kat pub. selebihnya tengok tv kat rumah. seingat aku pernah juga rasanya tengok bola kat mamak, zaman-zaman world cup 2002 dulu, time tu sebab nak layan dengan other half dan beberapa orang geng lelaki. tensen juga dengan mulut masing-masing tu, rasa nak sumbat telinga dengan ear plug pon ada. kalau tak tahan telinga dan hati tu memang bergaduh-gaduh la lepas tu hahahaha ngek betul. ada juga pernah tengok game serie a kut.

aku rasa tv mesia sangat supportive towards bola sepak luar negeri ni. kalau kat sini, nak tengok bola hatta epl sekali pon kena la subscribe sky. keji no.1, ko kena subcribe sports channel. ok logik. keji no.2, every single channel sport tu kena charge lain-lain. sejak sky menang bid dalam beberapa tahun lepas, tiada lagi istilah bola free. keji tak keji la kan. champions league atau uefa cup ada kat tv standard. eh jap, ada kat satu channel dari tv standard. tv standard tu ada 5 channels je. kalau nak extra channels itu, depends pada area mana kita duduk ada kebarangkalian termasuk dalam digital coverage. jadi ko boleh beli top box dan layan channels banyak. lepas tu kalau dia dah tayang hari selasa, next week dia tayang hari rabu pulak. tadenya dia nak tayang on both days apalagi all games macam kat mesia.

sapa-sapa subscribe astro sport bolehla melayan hampir semua game. jangankan astro, rtm1, rtm2 dan tv3 pon tumpang sekaki. pendek kata klik di hujung jari saja dan kalau ko larat nak berjaga pagi-pagi buta.

atau ada extra channels sejak dua menjak ni, aku tatau la pulak.

quizzical

aduh sakit kepala

Wednesday, February 18, 2009

aku baru balik dari meeting dgn dr yang aku citer semalam.

ye, tahniah buat diri sendiri kerana mendapat job offer. kalau semuanya ok, start march ni pergi ofis balik lah aku. better pay alhamdulillah. job prospek pun bagus.

but the bottomline is, aku still in doubtful position. aku tak come clean lagi pasal kebarangkalian bulan 5 dan kepastian bulan 8. mula-mula memang rasa nak nak hide dulu tapi aku rasa cam tak fair plak untuk derang. lagipon job ni ada possibility long term yang boleh tahan. memang la aku nak kerja dan aku nak duit (who doesn't?) tapi aku sendiri tak senang hati. kalau aku tak cakap sekarang, somehow hr akan dapat sniff jugak.

aduuh, apa patut aku buat??

quizzical

virus demam dan ikea

Tuesday, February 17, 2009

ikea telah kasi aku virus demam, serius aku cakap. tatau samada 'accusation' aku ni berasas atau tidak, tapi itulah yang terjadi.

ikea baru saja dibuka kat southampton ni, mestilah rasa sangat excited. aku dan other half pergilah hari khamis lepas, sampai depan entrance saja. tengokkan queue yang maha panjang, kiterang terus blah. maklumlah first day buka.

mana tak ramai orang, rasanya within area belah bawah-bawah ni, inilah ikea terdekat. jangankan orang dari soton je, dari segala ceruk pon sume excited.

jadi sewaktu kawan aku datang visit weekend baru-baru ni, aku bawak le dia jalan-jalan ke ikea. tengok tade queue kat entrance jadi aku pon tersengih lebar terus masuk. tapi kat dalam tu rupanya boleh tahan crammed. nak turun escalator pon queue, kat cafe pon queue. aaqilah pulak boleh bantai tertidur waktu aku dah half way dalam ikea tu. kena lah berdukung huhuhu

balik dari city centre tu aku rasa cam tak berapa sedap badan. pelik tiba-tiba pulak rasa tak berapa sihat ni. malam tu yang agak pelik aku dan ernie dua-dua demam. alhamdulillah aaqilah ok saja. kalu dia tak sihat sure dah meragam punya. ni ok je lagi melompat-lompat.

rupanya bila aku borak-borak dengan kawan aku kat sini, dia dan husband dia jugak demam balik dari ikea. situasi dia lebih kurang aku, sakit tekak, batuk-batuk dan demam. jadi bolehlah disimpulkan ikea membawa virus demam.

sakitnya tekak. ada petua tak?

quizzical

k.i.v

Tuesday, February 17, 2009

k.i.v is an abbreviation for keep in view, am i right?

dulu-dulu sewaktu zaman mengapply kerja tru jobstreet, kiv adalah status paling banyak aku selalu terima after application sent. almaklumlah, rasanya zaman-zaman tu tough untuk mencari kerja untuk orang macam aku ni. lama-lama aku anggap kiv adalah status yang menyatakan tak dapat. jarang sekali magic berlaku bila status ko adalah kiv.

tetapi apa yang terjadi recently adalah sangat di luar jangkaan dan dugaan. aku tak ingat samada aku ada cerita atau tak interviews di bulan december tahun lepas, kalau tak cerita pon aku rasa ada mentioned 3 interviews yang aku pergi, semuanya kelabu asap resultnya. dan interview yang terakhir was with soton uni as research staff. aku pergi, belasah dan cuba menunjukkan enthusiasm sebaiknya. as a result ye saya tidak dapat job itu.

early last week aku dapat email dari salah sorang panel interview, seriously aku tak pasti yang mana satu. katanya ada job yang baru saja available dan bertanyakan tentang my availability dan interest. seperti ikan dalam pinggan takkan kucing tak makan. seperti orang mengantuk disorongkan bantal. sangat tepat untuk describe keadaan aku sekarang, desperate, pressure, bosan dan mula question tentang self-ability. of course aku cakap ya ya ya.

kita tengok apa akan jadi following meeting dengan dr itu nanti. to be frank aku sendiri sangat nak kerja tapi di masa yang sama aku mula terfikirkan tentang time limitation, pregnancy, itu, ini, visa and work permit, other half dan arggh macam-macam lagi. other half cakap senang saja, kerja je la. mana nak dapat di zaman gelap ni.

aku memang suka kasi tekanan pada diri sendiri, mengkomplekskan keadaan dan menyerabutkan kepala. senang saja kan, accept offer dan what comes later, later lah..

i am very grateful but blank!

argh-gila

half pipe dream?

Wednesday, February 11, 2009

pirlo in color

adeh sakit-sakit badan, pening dan sangat mengantuk mata. gara-gara sebok nak tengok bola la jadi begini. tapi plan awalnya nak tido je kat london tumpang rumah orang however terpaksa dibatalkan gara-gara hectic schedule pada hari ini. memang takleh nak postpone ye.

ada another version boleh dibaca sini. version yang lebih kelakar dan begitu selfless.

ye, memang sudah 2 bulan lebih since aku beli tiket di hari pertama tiket mula open kepada public. semangat tak semangat la kan. tapi sebab aku begitu bersemangat maka dapatlah row yang boleh tahan depan, row 4. aku takmo kejadian tiket paling mahal kononnya di konsert s07 dulu terjadi lagi hahaaha. nun sayup mata memandang itu sahaja boleh disimpulkan.

maka semalam kiterang bergerak ke london dengan harapan sempat makan elok-elok dan sampai di stadium dengan senang hati sambil 'cuci mata' tengok players beraksi warming up. sungguh tak bajet akan ada massive traffics di underground station. sepatutnya bila tube tak stop di holborn station kiterang dah boleh menelah dengan lebih tepat. dan satu lagi lesson learned, cuba avoid station-station utama. tapi sewaktu kena halau dari king cross lagi dah nampak semangat penyokong-penyokong fanatik kedua-dua pasukan. orang dah mula berbalas-balas menyanyi dan of course kiterang tak paham apa jadah. cuma boleh tangkap bahasa apa je kut. tapi yang aku rasa kelakar dan hampir buat, konon-kononnya nak ikut semut. tapi rupanya semut yang sah-sah bukan local ni bila sampai simpang bising berdiskasi nak ikut kiri ke kanan. aah, lantak korang la, aku rasa aku lagi local jadi kita ciao dulu.

kiterang naik bas dari king cross dan turun di euston station besar dan terus naik victoria line towards highbury/islington yang kiterang cuba elak dari mula. kononnya takmo jalan jauh. memang jauh pun, lepas tu kena jalan laju-laju macam lumba jalan kaki pon ada. uih, kalau tak kerana nak tengok derang nyanyi lagu kebangsaan memang tak kuasa aku nak buat macam semalam tu. other half sambil dukung aaqilah atas bahu pon boleh berlari-lari lagi. sampai di emirates bunyi orang bersorak dah bergema-gema dari dalam stadium. happening weh, dah berapa lama aku tak rasa gini. kerja nak cari gate mana pulak, dan syukur sangat hal-hal masuk dan mencari tempat duduk adalah sangat smooth.

ye row 4 memang bawah gila dan aku rasa kepala aku tinggi sikit je dari level padang. cuma yang tak berapa bes rupanya aku tersalah side, yakni bila players beratur nak menyanyi lagu kebangsaan, kiterang nampak la dari belakang itu pon boleh tahan jauh. cuba bayangkan bench players kat bawah ko je. but when the action got started, memang nampak muka sebiji-sebiji hehehe. gambar juga ada di sini, sini, dan sini. tapi jelas lense limitation, it'd be different kalau ada angkat yang elok sikit satu (maknanya harganya juga cantek huhuhu) sebelum tu aku ada baca kat website which says camera boleh bawak tapi tak boleh snap gambar sewaktu game on play. tapi disebabkan semua orang pon amik gambar, takkan kamera aku nak duduk bersembunyi di dalam beg kan kan kan. sila la menikmati hasil tangkapan kiterang berdua, aku pon takleh recall sangat sapa amik, jadi kiterang amik adalah lebih tepat. setting dah la lari macam haram dalam stadium huhuhu.

nampak jelas adriano gemuk. juga nampak ronaldinho bergelek pinggang bukan setakat menari samba lagi dah. nampak zambrotta dan grosso lari atas bawah on both halfs. juga nampak rambut pirlo yang cantik ditiup angin hahaha saya juga dapat menyaksikan bek itali menyepak kaki lawan instead bola yang patut disepak. apa lagi komen other half, "jahat gila. kat tv pon nampak, rupanya kat sini lagi obvious." eleh.. itu bukan tackle keras ke namanya? tak balaks aaa muahaha

memang dan sememangnya melayan game di stadium sangat bes. walaupun sejuk menggigil mula terasa, namun ku gagahkan jua. kalaula del piero ada, sempurna sudah impian aku rasanya. even tiket chelsea-juve sudah pun sold out. ye memang betul seperti dikata, bolos sebiji aku sengih-sengih. bolos dua biji pon sengih je. apa yang nak ditensionkan, ini hanya friendly game. it doesn't matter who won to me, we just wanna see good football match and fanatics antics. oh ya, i was sitting in between 2 brazilian supporters. mamat sebelah aku memang buat aku tensen, sebabnya dia sounded tensen sangat. team dia score pon macam marah-marah tensen tapi suka. mungkin hidup mati selecao kut.

apa cerita aaqilah? makan turkey sandwich dgn ayah, then join maa melayan kuetiaw goreng basah. sampai stadium minum air dan shortly after that followed by 2 apples. makan cookie lagi. jadi mula je second half, dia fell asleep. bising macammana pon, aaqilah tetap tidur tak peduli orang.

disebabkan sampai lambat, tak dapat aku nak beli scarf special edition brazil-italy. aku nak aku nak aku nak aku nak aku nak!!!

p/s: terima kasih ya =)

kawaii

cantik di mata

Tuesday, February 10, 2009

aku tengah duk meluaskan empayar sambil melayan grammy kat tv. aaqilah ada kat sebelah sambil makan cookie. makan tak henti-henti budak aaqilah ni. asyik lapar je ke?

tiba-tiba dia cakap "cantik, cantik" then tunjuk-tunjuk kat tv. there she is, presenting the next performance. orang itu ialah gwyneth paltrow.

aik, baru 31 months ye dia sudah pandai cakap orang cantik. bukan setakat orang, suka tunjuk katalog handbag dan tunjuk mana satu cantik. dan aku cakap kat aaqilah, tunjuk kat ayah untuk hadiah buat maa. =)

aaqilah, maa cantik tak? hihihihi

argh-gila

till the day comes

Saturday, February 07, 2009

Buffon, Amelia, De Sanctis, Bonera, Cannavaro, Dossena, Gamberini, Grosso, Legrottaglie, Zambrotta, Aquilani, Camoranesi, De Rossi, Montolivo,Pepe, Perrotta, Pirlo, Di Natale, Gilardino, Iaquinta, Quagliarella, Rossi, Toni.

I'll be seeing u soon =)
plus ronaldinho and kaka

more smilies hehehe

quizzical

we hope, we plan, we make it done

Thursday, February 05, 2009

babies, babies, babies..

baru pas baca entri sorang kawan aku ni yang baru dapat cahayamata ke-4. bolehla jugak nak kata kawan tu kan, i knew him from other half who knew him from other friends. aku tak berapa ingat pernah borak-borak atau tak (yeah, i pemalu) tapi setakat balas-balas senyum tu takkan tak pernah kut. tahniah buat mereka sekeluarga.

aku pernah plan, my own plan yang aku cerita kat other half. ok kita make babies when 26 (since dah dapat rezeki sebelum sempat plan bebetul hehehe), 29 or 30, then a year or two after that dan last sekali sebelum 35. ini kalau nak 4, kalau tuhan nak bagi rezeki lebih pon alhamdulillah tapi kalau bole dalam 35, 36 atau 37.

tapi baru-baru ini aku rasa nak tukar plan sikit. disebabkan aku ini seorang yang temperamental dan kurang daya tahan sabarnya, jadi mungkin better untuk aku tunggu sikit masa lagi. mungkin 2 orang dulu dan yang ketiga kita tunggu another 3-4 years dan terus lagi satu. doa aku in line dengan masa aku dapat menjadi seorang yang lebih penyabar dan relax.

good luck babe!!

jadi sebelum yang ketiga, target aku untuk achieve seperti di bawah:

  • lesen scuba
  • projek bisnes rahsia muahahaha
  • pegi umrah

argh-gila

the world has turned and left me here

Tuesday, February 03, 2009

seperti yang diharap-harapkan dari malam tadi (ahad malam isnin), akhirnya snow turun juga di southampton. memang heavier compared to tahun-tahun sudah. dari tengah malam aku sikit punya seronok bila ternampak bintik-bintik putih pada lampu jalan. sah le snowing nih.

bila bangun pagi, other half dengan excitednya mengejutkan aku dengan berita yang cukup putih. laman belakang rumah dah cantik dipenuhi salji. patutla sejuk je. aku rasa macam nak terus turun ke bawah amik gambar. tapi the main subject tengah sedap lena lagi ni.



lepas tengahari camtu salji turun balik. lebat tak lebat tu boleh tahan jugak terpejam-pejam mata bila kau jalan opposite the direction salji turun. kalau termasuk hidung boleh terbersin-bersin. aku dengan semangat boleh tahan poyo ajak keluar, dekat dengan rumah ni ada park. tapi kalau malas nak gi park, gi kedai beli susu pon takperla, janji keluar. aaqilah senyap je, mungkin terasa sejuk tu.







ja ne,


paperface
Originally uploaded by budakbijak

argh-gila

who rules? (for now..)

Monday, February 02, 2009

sekarang ni sejuk balik. seriously sejuk.

rupanya blizzard dari siberia telah menyebabkan uk dilanda snow. kiterang pon berharap juga dapat-dapatlah merasa snow pada tahun ini. some of the motorways are even closed down due to poor condition. tapi snow tetap juga tak sampai-sampai ke southampton ni. selain dari coastal area, kawasan southampton ini terlindung dek deretan bukit-bukau di bahagian utaranya. ni manager aku cerita dulu. aku sikit lagi nak melopong je.

nampaknya sesi berjaga malam sampai falling asleep di atas sofa, sampai bersambung pulak ke pagi hari sudah berakhir hari ini atau just past midnite di melbourne. "hari ini sangat mendukacitakan, " kata other half. pada dia, hero dari zaman kita sudah melepasi zaman kemuncak dan semakin menuju ke akhir jalan. walaupun favor aku bukan pada federer, tapi aku tak kisah sangat siapa yang menang. both deserved kan, tapi eventually crowned the one who is mentally stronger. aah, who am i kidding? bamos rafa!! =D

recent mental state: looking at how painful my current debt is, i think i am desperately in need for a job.

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images