tales of two cities

Thursday, January 19, 2006

cousin yang sebaya aku nak kawen this friday night..

awal pagi-pagi tadi aku mengambil kesempatan tho malas mulanya,call mesia.memula aku call mak aku.dari malas nak citer panjang-panjang(sebab tendency aku untuk begayut) akhirnya 40 minit jugak hehehe seronok aku dengar mak citer pasal cousin aku nih,dengan adik aku dah pegi tolong-tolong derang from a day before.mak cakap dela call aja suh datang tolong-tolong..hmmm another long hmmmmmm aku terbayang kalaula aku kat sana time-time gini.dengan gelak-gelak aku cakap gini,"yela,jaja dah tade,aja le pulak"..tapi aku bepiker sebenanya..one deep thought.
lepas tu tetiba aku rasa nak call cousin aku plak.so aku pon call la dela,since no dia je aku ingat.betapa seronoknya suara dia aku rasa,waktu jawab tepon.aku terus rasa seronok.lepas tu sedar tak sedar tepon pas ke sorang sorang,dela,inah,along,dela balik,aja lak,nenek aku pon sempat,finally aja before we hung up.

kiterang memang dah lama tak contact sesama sendiri.maklumla semua orang dah besar-besar,dah ada life sendiri.aku dulu yang selalu melepak sana pon lama gile dah tak pegi sg penchala.last time we met was on my wedding day.inah tade sebab termiss flight.call jarang,sms pon jarang,jumpa apatah lagi..

tapi apa yang aku sedar lepas phone call tu yang kiterang sebenanya tetap rapat.still rasa bonding cam adik beradik tu tetap ada..tu yang buat aku lagi miss mesia,especially bila ada gathering besar camni..huhuhu

sampaikan aku bangun tido sangat rasa cam hari jumaat..dan terbayang je apa yang tengah jadi..

musim-musim kawen-tunang 2006 bermula

Friday, January 13, 2006

dua malam lepas,waktu aku dan hubby tengah tunggu nasi masak nak dinner,tetiba kiterang dapat satu surpise call dr mesia.hubby suh aku jawab sebab dia tgh busy betulkan tali seluar dia.so aku tengok nombornya secara lalu dan terus jawab.

me: hello
titi : hello,ni aku ni titi
me : eh,hi titi (suaraku tengah tekejut ni)
titi : titi said something,aku tak berapa dengar
me : oo,ko dah amik buku harry potter ye
titi : ape lak harry potter,aku nak tunang la lagi 10 hari

salah satu event besar yang pertama yang akan terjadi tahun 2006 ni.event kawan tunang dan cousin kahwin.oh ya,cousin aku ,inah is getting married too.majlis resepsi dia jatuh pada hari yang sama dengan titi tunang nanti,venue pon dekat-dekat..congats!congrats to inah + remy, titi + chern. =( well,ni la event-event yang memang aku nanti-nantikan,dan sedihnya tak dapat le nak datang dan meraikan besama-sama..aku suka makan nasi minyak orang kawen..

seperti yang aku notice,titi's engagement news dah juga diuar-uarkan di blog kawan-kawan,dengan beberapa pesanan untuk titi dan not forgetting jin hahaha aku pon sebenanya ada juga becerita menda-menda sama dengan hubby,aku rasa lebih kurang jugak dengan apa yang kawan-kawan lain duk gossip bila relate dengan 2 org ni hehehe mungkin ada tak masuk lagi satu nama?wallahualam..

dan botak jugak yang mesti tengah sebok prepare untuk hari besar dia,aku doa-doa semoga bahagia ke anak cucu,enjoy le masa-masa bujang yang tinggal ni hehehehe kiterang tengok dari jauh je..

untuk titi juga,eeh ko dah nak tunang ye =)

Eid Adha

Wednesday, January 11, 2006

Selamat Hari Raya AidilAdha semua.Nampaknya untuk kali kedua aku berhari raya kat nun jauh di tempat orang,cuma kali ni ada company senasib beraya di perantauan..

Even dah besar-besar gini perayaan raya haji tu tak terasa sangat dah,maklumlah kalo kat Mesia pon cuti satu hari je,tapi satu menda yang aku rasa tak miss mesti ada makan-makan raya tho tak semeriah Aidilfitri.Last year,kiterang sambung raya haji dengan pegi kelas di waktu pagi,nasib baik ada gap sampai petang bole pegi makan-makan kat umah kakak-kakak dan abang-abang family.Sampaikan sembahyang raya pon aku tak pegi,sebab tengah kelas.Begitula adanya..

Tapi tahun ni,kiterang berdua beraya dengan melawat hospital lak dulu.Last week hubby ada appoinment untuk tuberculosis,dia kena amik satu test ni,Heaf Test nama dia.Test ni untuk check samada dua BCG jabs yang kita amik waktu budak-budak dulu tu effektif lagi ke tak.Caranya dia macam tembak kat lengan kita ni(which aku tak kena buat hehehe),then dia suruh datang the next weeknya untuk tengok result.Kalau (+) tu rupa dia macam gegelang rounded by small red dots,maknanya jabs kita dulu tu ok lagi,otherwise kena la cucuk lagi gamaknya.So lepas seminggu campo berkat raya-raya ni hahaha resultnya (+). Lepas tu kiterang jalan kaki pegi city centre,sebab ari tu hubby dah janji kali gi outing nak beli cawan kat mns ehehehe sebiji 50 pence,aku amik la 4 biji dengan pinggan lagi 3 biji..teringin jugak nak beli barang-barang rumah ni kat satu kedai ni,habitat tapi alaaa mahal tak mampu lagi even ada sales pon..barang-barang dia cun.

Lepas tu merayau-rayau,aku dari ari tu mau beli iron,kiterang pegi la argos,belek punya belek katalog kat argos tu ada orang tu pegi la beli sony discman yang dia kata offer at 15 pound.tengok gamba macam bes,lepas bincang punya bincang dia pon baya dan beratur nak amik barang.bila dah dapat tu,alaa rasa frust je orang tu sebab dah le tade kotak,lepas tu in reality tak secun gambanya,tade adapter dan rasa tak worth je,in fact kalu nak tolak kat adik aku $100 pon dia tamo tu..terus kiterang pegi refund balik dengan alasan we not really happy with the product,dapatle 15 pound balik hehehe

sebelum balik,singgah asda dan beli ayam(ye kat sini ada ayam halal) dan beberapa groceries yang dah abis dengan niat malam ni nak makan makanan ala-ala raya,nasi minyak hehe..

disebabkan penat tak cukup tido semalam,aku gi bantai tido petang ke malam sampai 3 jam.hubby pon tetido waktu dia tengah layan movie..niat nak masak nasi minyak dengan ayam masak merah diganti dengan sambal udang sahaja,bole la tu dah 2 bulan kiterang ni tak makan udang tau huhuhu

awal pagi raya at 2 in the morning called family kat mesia dulu,mak aku tanya la nak masak apa?dia ingatkan aku ada bawak nasi impit dengan kuah kacang itu hari tapi rupanya tade..memang akhirnya nasi impit tiada,kuah kacang pon jua,nasi minyak tak jadi,ayam pon tak jadi,next time ya..


new year party

Monday, January 09, 2006

semalam,for the first time kiterang pegi edwina's new year gathering.antara sebab kenapa derang delay gath ni yela sebab students still on vacation dan tak balik-balik lagi dari kampung memasing..aku rasa kalau derang buat jugak 1.1 ari tu ada berapa kerat je datang..memang ada berapa kerat je datang semalam pon..hmmm

weekend minggu kiterang baru sampai ari tu,sebenanya dah ada party untuk newcomer,tapi kiterang malas nak pegi since malu-malu segan,maklumlah baru 2-3 hari je sampai sini.sampai subwarden datang bilik invite kiterang pegi tapi disebabkan dia nampak betapa sleepy headnya kiterang ni dia pon cakap tape la..lagipon tatau nak bawak apa..

so,kiranya baru semalamla kiterang baru nak kenal-kenal neighbors sini.aku tau flat depan ni dah kosong since mexican depan ni pindah ke flat lain yang satu floor dengan aku gak.leakage prablem katanya..neighbor sebelah no 13 ni tak penah nampak gak.kiterang cuma kenal talal kat flat 1 sebab dia tolong hubby sort out menda-menda waktu kiterang memula sampai ari tu.pastu jin and san,couple cina yang pindah masuk sebulan pas kiterang,satu floor dengan kiterang(tak sure berapa,19 kut).pastu subwarden momoh sebab beberapa kali jumpa dia mintak kunci.pastu ada beberapa familiar faces yang kiterang angguk-angguk,senyum-senyum je kalo-kalo la terjumpa..

kiterang beli kek dengan apple juice nak bawak pegi perty tu.sampai kat lounge nearly 6.30,aku agak surprise sebab tade orang..pastu datang momoh angkut extra meja nak letak makanan,hubby pon tolong dia sekali.kejap tak lama tu,jin ngan san pon sampai..alamak,takkan ni je kut tskk kiterang pon borak-borak la dengan sumer yang ada.momoh tetiba time tu menjadi seorang yang concern dan friendly,hubby pon cakap kat aku,eeh baik lak dia ni tetiba..

bila kerisauan kiterang makin naik dan rasa 'kalo tak dtg pon tape',tetiba masuk lagi satu couple.yang partnernya pompuan cina terus borak sakan dengan momoh.mamat tu datang approach kiterang sambil perkenalkan diri dia.'hi,i'm vans' dan salam dengan semua orang.yang kelakanya rupanya couple ni lah neighbor kiterang,yang duk kat flat 13..after some time,dia tanya la kiterang sumer ni dari mana,dengan pastu hubby tanya where u from?another seprise aku rasa,oh i'm from italy,but my mom is indonesian.then dengan tak disangka-sangka hubby terus declare,oh my wife suka italy.dia sebok nak gi italy..dengan couple cina tu pon excitedly terus citerkan pengalaman derang gi rome..aku pon excited gak sebenanya hehehe terus bisik-bisik kat hubby nanti kita mintak tips tau hehehehe oh ya,yang pompuan cina duk borak sakan dengan momoh tu girlfriend dia..tak lama pastu dia datang borak kat couple cina tu..

aku rasa jam dah pukul 7.tetiba datang lagi satu couple dengan kawan derang datang bawak pizza.hubby tanya aku,kita bole makan tak pizza tu bila jap je pastu sumer orang bzkan diri sendiri mengisi cawan dan pinggan memasing.aku rasa tak bole nak-nak bila ada sausage,bab-bab daging ni sensitif sket..aku tau hubby terliur bila dia tgk pizza tu,nak-nak lagi kiterang ni agak lapar.aku makan kentang masak chinese style,kek sendiri dan chips dengan bercawan-cawan apple juice yang kiterang sendiri bawak.hubby tak kasi aku minum pepsi walopon aku teringin nak minum sket hehehe last-last aku terasa sangat full dengan apple juice nih..yang klakanya ramai ingat kek yang kiterang bawak tu aku yang baked hahahha kek mark n spencer memang bes!!

borak punya borak sampai tak sedar le yang time flies.aku tgk jam,eeh pkl 9 dah.masa untuk berangkat pulang..

malam semalam kiterang mengenyangkan diri dengan nasi putih,ikan masin masak sambal,telur goreng dengan bayam goreng belacan..

peh,cam kasi menu kat kedai makan je hehe



there and back again

Monday, January 02, 2006


WELCOME 2006,Happy New Year everybody!!

Aku tau,lately entries aku penuh dengan craps je hehehe aku tengah ketandusan idea.Since aku duk umah tak buat apa,jadi memang ni telah memberikan impact sedikit sebanyak kepada perkembangan mentality sendiri (dem,apa aku cakap ni)

Okie,sebenanya bukan ketandusan idea yang aku nak citer,my early intention ialah untuk share dengan semua orang seseorang punya kegembiraan and of course, full satisfaction demi cinta dia hahaha ye,dia always works very hard to make me clear yang ni sumer
for the luv.. aku kadang-kadang bukan tak paham,sebab aku ingat eventually menda yang penah kita gilekan ni akan faded until one day we let it go.. tapi untuk dia,tapela.. selagi ada luv itu dan most importantly dari segi financialnya, bole afford ke tak?

























- he liked, he tried, he queued, he paid, he got paperback! -
for full story, here



My uncle datang, jadi mak aku mengambil peluang untuk tolong bawakkan barang yang aku request hari tu. aku sebenanya at first call mak mintak tolong kalau-kalaulah dia rajin untuk poskan sket food, tapi since pakca aku fly ke london hari tu, dia cakap bole je. maka,mak aku isi la penuh-penuh satu beg kecik yang dia kata tak berat sangat,padahal ummm bole tahan sakit belakang hubby tolong bawak,kesian dia aku tengok..tapi belakang dia sakitnya immediately hilang bila beli kasut,aku tau tuuu..

Sekian,adanya..


Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images