a walk to remember

Friday, August 06, 2010

it's already august.

sekejap je kan. next week natalia turns 1. hey dah berjalan anak dara bulat sorang ni. mata bulat. muka bulat. jalan pun bulat-bulat. aaqilah sekarang ni tahap manja pon boleh tahan, kadang-kadang aku pon agak kagum dengan tahap kesabaran aku ni. maa awesome!

pencarian kerja pon rasanya makin malas. malas dah nak pergi interview dengan tahap aku yang macam setan. down tau, Allah je yang tau. o.h cakap, bby maybe that's what universe is telling you, to stop. dah le tuu.. ok. tapi aku mohon Tuhan kasi satu ketetapan yang firm untuk aku buat sesuatu. sesungguhnya aku on the crossroads. a few paths to choose, tapi semua tanda jalan sangat blur. aku tak nampak satu pon. errr boleh difahami ke metaphore aku ni ehehe

next week juga bermula puasa. memang dah lamalah aku tak merasa ramadhan, tahun lepas dengan natalia's arrival a week before puasa menyaksikan aku terlepas. kesian kat o.h, dia kata tak macam puasa pon. hari-hari kena makan lauk orang pantang. black pepper salmon. black pepper ayam. nasi kosong. buns buns and buns. maka tahun ni aku kenalah mengganti puasa kan. setelah aku berjaya mengganti 10 hari di awal tahun, memang liat nak buat sikit-sikit ni. dengan natalia yang still breastfeeding, aku rasa macam tak larat je. eheh alasan je tu. bila july datang, datang jugak menggelabah aku. aku pon mengganti dengan giatnya, tapi perempuan matter last week buat aku di tahan hidung sekarang. campur hari ni, ada balance 2 hari. tapi temptations macam-macam ni buat aku pening sikit.

temptation pertama. hari ni aku nak balik terengganu. oh ya last sekali aku menjejak kaki was in 2007, sebelum kamera aku kena curi. hari tu dah terbayang dah my list of must makan place. dari siang sampai ke malam ni. bihun sup perut kat pasar payang. keropok lekor. lepak-lepak batu buruk sambil makan ais krim goreng ke. air buah besar kat seberang takir kalau sempat. seafood at kelulut. oklah, ni sekadar contoh. lagipon makteh pakteh aku tau banyak hidden eaterie yang perlu dicari sendiri. argh drooling aku dibuatnya.

temptation kedua. boleh ke aku tahan tengok derang ni makan sedap otw balik kl hari ahad nanti. insyaAllah =(

temptation ketiga. aku nak pergi lunch at upm area, boleh tak hahaha.. hari isnin, ingat nak ganti puasa. hari selasa pulak mak aku kena pergi daycare, cek darah. jadi takde sesapa kat rumah kut, hence tade sesapa nak mintak tolong tengokkan aaqilah and natalia. haisshh..

insyaAllah the complete kuih raya list will be ready by next monday. come on hasniza!!

ok people, we'll be away this weekend. kuala terengganu, here we come =) kena tukar slang aa nampaknya hehehehe

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images