cokelat cake i made ever since i started baking

Tuesday, August 11, 2009

Mana boleh takde mukadimah ;) Ye inilah kek yang telah saya pelajari sejak saya diberi kepercayaan dan kerana semangat poyo juga, lebih kurang 15-16 tahun lepas. But after that I also learnt that the process itself is very time consuming, adakah sebab itu mak aku suka bila aku took over? Tapi demi kecintaanku terhadap baking dan coklat.. tak kesah punya.

However, as time passes by, aku juga sudah menjadi malas hahahahaa

Sorry gambar lama. Nanti satu hari bila dapur saya menghasilkan cokelat kek yang comel sehingga orang yang melihatnya rasa sayang nak makan tapi drooly ah

Here goes the recipe - one of my best kept secrets, chelamak hihihihi


cokelat cake, originally uploaded by hasniza.
resepi kek cokelat

bahan A
4 oz koko powder - ayak
2 cwn air sejuk
8 oz gula
note: sebatikan, masak sampai agak pekat. seeloknya atas api perlahan to medium so that koko powder tak berketul.

bahan B
16 oz brown sugar
16 oz tepung
2 ketul butter
8 telur
2 tsp baking powder
2 tbsp ovalette atau quick 75 - kat sini tak jumpa-jumpa ovalette jadi saya substitute dgn soda bicarbonate (lebih kurang 1 tsp) - ini ialah agen stabiliser
2 tsp vanilla

1. creamkan butter + brown sugar
2. masuk telur sebiji demi sebiji sampai sebati
3. ovalette/bicarbonate soda then vanilla
4. tepung + baking powder (ayak dulu) sikit-sikit sampai sebati
5. last sekali masukkan bahan A yang dimasak tadi. lepas bahan A masak pekat, biar sekejap jangan mix in panas-panas, takut nanti tepung berketul-ketul.
6. masak temp 180 celcius dalam 30-40 min atau sampai masak (test dengan mencucuk toothpick, kalau keluar bersih tak melekat maka kek sudah masak).
7. sejukkan sebelum dihias.

note: yields 2 biji kek berat 1kg++. jadi kalau tanak banyak sangat dalam 1/2 adunan pon ok.

topping
1/2 cup koko powder
1 cup susu cair
1/2 tsp garam
2 kuning telur
1/2 cup butter
3/4 cup air
200gm gula
1 tsp vanilla
50gm tepung jagung

mix semua sebati except butter dan masak sampai pekat secara double boiler, periuk berisi air kat bawah,bekasnya kat atas. jadi maknanya kita masak dengan wap air tu,bukan direct atas api. memang agak lama,dalam 40min ke sejam lebih. once pekat, masukkan butter, tutup api dan kacau sebati. maka bolehlah dihias atas kek mengikut citarasa sendiri. adunan ni proportionate dengan adunan kek, bole cukup untuk 2 biji. selamat mencuba..

You Might Also Like

2 comments

  1. inilah kek ceklat yg paling sedap yg penah aku rasa dalam kehidupan di dunia fana ini! seriously.

    igt lagi ko takde dulu pun aku pi call aja mintak recipe. jadi, tapi bab topping tu cam renyah sikit sbb aku pemalas. nak buat lagi lah nnti!

    pulanglah ke kampung halaman dengan segera kak. aku nak makan kek belated bday! hehehe

    time kasih tepek recipe! =D

    ReplyDelete
  2. sama-sama babe

    haha bab call aja tu aku takleh recall atau aku tatau atau telupa diberitau.. mungkin kut

    kitchenaid... checked
    bahan-bahan.. bila-bila bole checked
    oven super bes.. not yet
    semangat membaking.. hampeh hahahaha

    insyaAllah okie ;)

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images