lagi kesah miss klutzy
Tuesday, October 21, 2008ada la orang itu, semalam dah la tak pergi kerja, interview plak salah harinya..
mungkin sebab makan-makan banyak sangat kat open house telah menyebabkan orang itu sakit perut dia pagi hari dan ke toilet berkali-kali. sakit macam awal period yang memang lazim pada orang itu. sampai ke peha semua. pukul 2 lebih dah bangun, pukul 4 lagi bangun, lepas tu terlelap kejap sambil tunggu queue waktu pukul 5 lebih sebabnya waktu ni the hubby pon mula rasa perut meragam. kemudian pukul 6 lebih the hubby tolong buatkan milo. lepas minum milo baring mengudang sambil the hubby gosok belakang. huhuhuh terima kasih, milonya kaw.
awak: awak ni pergi kerja ke tak?
saya: perut sakit lagi
awak: awak malas ye
saya: hehehehe (sakit tau)
jadi orang itu masuk bilik dan sambung tido sambil peluk lil missy. kurang sakit perut rasanya. tetiba teringat kena hanta text kat mr manager nih. tengah-tengah half asleep atau kata lain mamai tu orang itu menulis text dan tetido. tebangun balik pukul 10 dan cek kenapa laa mr manager tak reply. rupanya message tak habis karang la. nasib baik gak tak go tru, ntah apa kemenda rupanya message tu.
asal makan je tak lama lepas tu nak ke toilet. orang itu sudah agak risau, camne nak pergi intebiu nih dan perut masih meragam. haisshh
maka dalam pukul 2.15 gitu orang itu sudah menunggu bas. hujan gerimis pulak. walaupon tak lebat tapi angin yang kuat menyebabkan bole basah jugak. walaupun map dia tangan namun building 27 tade la sesenang yang disangka untuk dijumpa. bila dah jumpa entrancenya pulak tak tak jumpa. konpius betul.
yeay akhirnya orang itu jumpa jugak. tetapi bila dah jumpa ini pula yang jadi.
me: saya ada interview pukul 2.50
rec: errr tade pon
me: err ye, interview saya pukul 2.50
rec: nama apa ye
me: hasniza
rec: (check kertas lain) hari rabu le miss
me: (aiyo sambil mencari surat) errr, haah laaa
jadi kesimpulannya lain kali baca betul-betul surat/emel appointment anda. sila laa highlight pape yang patut.
notes: mujur 2 hari awal, kalau 2 hari lambat? hi and bye je laa jawabnya huhuhuhu
itula cerita orang itu pergi interview di lain hari
5 comments
jaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletehahah ok la.. bole fight ngan aku jugak. tp ko menang! hehe.
all the best esok ja!!! tapi make sure esok tu hari rabu ok?? RABU!!!
esok RABU kan =)
ReplyDeletetq,moga hilang nerves dan konpiden sehabis baek
kat msia lg 10 mins nak masuk hari RABU! hehe.
ReplyDeletebreak a leg kak! mudah-mudahan sumenyer baik2 aja k? best wishes.
xxx
Selamat Maju Jaya :)
ReplyDeleteganbatte neh V(^_^)V
ReplyDelete