dendang perantau

Thursday, October 02, 2008

menyambut lebaran di tempat orang adalah satu pengalaman julung-julung sekali. dan ini adalah kerana memang tak dapat nak balik. it wasn't so bad to be truth.

kat sini adilfitri diraikan sehari awal dari mesia, iaitu 30hb september 2008. hari isnin tu aku pergi kerja macam biasa, tade plan juga nak balik awal. walaupon rumours ada mengatakan macam ada harapan raya jatuh pada selasa. kiterang pon tade prepare pape lagi untuk masak-masak. kalau raya hari rabu, esok baru nak beli dan masak. kalau raya esok nak tanak hari isnin kena jugak masak. 

balik rumah je aku pon discussed dengan the hubby persuading him pergi kedai beli pape yang patut. cakap pon tak berapa convincing jadi request pon tak berapa nak layan. last sekali agaknya sebab dia terpike dan kesian jadi dia agreed. bagi list pape yang patut so he off walked to the halal shop.

aku cuma plan nasi impit + kuah kacang + rendang ayam. the hubby made his personal request of rendang daging. aku pike ok jugak since bahan-bahannya sama cuma divide elok-elok between ayam dan daging. jadi lepas buka, solat maghrib dan lepak-lepak depan tv aku pon memulakan kerja-kerja memasak. biasalah, preparation proses as in mengupas, membasuh, menghiris, dan sebagainya took most of the time. after that, menumis dan mula merendang bersama-sama the assistant. in between the big boss aka miss aaqilah keluar masuk dapur requested cookie laa, nak susu laa, pointing out cutlery laa dan last sekali mengamok nak tido. aku pon rasa bole tahan flat (balik kerja -> masak buka -> confirmed esok raya jadi kena masak raya). rasa cam superwoman lak huhuhu. to all superwomen out there, very good job!! i always amaze how well you manage time and juggle between work, home, kids and stuffs.

aku pon tak sure pukul berapa setel dan terima kasih pada my assistant yang tolong mengacau rendang. tak sempat punya pasal, aku tido before 1 dan bangun around 4.30 for the kuah kacang. paling tensen kulit pon tak kupas lagi. errr i hate this job, mengupas kulit kacang. 3 hours later, alhamdulillah semua settled. jadi aku pon mandi-mandi dan siap-siap nak pergi semayang raya (which turned out tak sempat jugak) aaqilah pon elok je bangun awal jadi sementara dia tengah gedik-gedik semangat nak ikut aku yang dah cantek ni maka siapkan dia sekali dan kiterang pon pergi makan-makan raya yang dianjurkan mesian community kat sini. happening jugak. sangat bulat mata aaqilah ternampak bouncy castle yang ada kat luar hall ni. paling tensen dan sayang aku tak bawak kamera pulak huhuhu.

lepas jamuan sini kiterang gerak ke rumah pertama untuk beraya iaitu en basheer dan pn jerina. menu yang first time untuk kiterang di pagi raya, putu mayam served with curry or brown sugar. aku sangat excited memandangkan dah bertahun-tahun tak makan putu mayam. the hubby was excited to try both. 

lepas tu gerak ke satu lagi rumah iaitu en sawal dan pn anom. kat sini kuah lodeh dan rendang ayam. satu lagi menu yang konfirm tade kat rumah hehehee. memang kenyang. lepas the hubby layan game raya (pro-evo le) satu dua round kiterang pon gerak balik. malam ni turn rumah en effirul plak.

balik rumah sempat lagi untuk aku buat kek. memang nak buat ye untuk raya tapi semalam tak sempat. terasa happening bila orang datang beraya. aaqilah punya seronok bila ayah dia bukak pintu dia yang meluru kluar greeted dulu. sungguh terkinja-kinja keseronokan bila orang datang beramai-ramai ke rumah aaqilah.

terima kasih daun keladi. 

ye begitu laa serba sederhana kiterang menyambut aidilfitri tahun ini. tahun depan kita balik beraya insyaAllah (cuma tataulaa short stay or otherwise hehehe)

You Might Also Like

1 comments

  1. kak jaa!

    yer, aku pun paling mencik buang kulit kacang. tapi mase kacang dah betuka menjadi kuah adalah sangat bahagia skali!!

    slamat hari raya!!!

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images