apa yang kita mau?

Monday, June 25, 2007

which one do u want? career or life? ya, itula antara bait kata-kata yang aku eavesdropped bebaru ni. issue yang menjadi salah satu turning point dalam milestone hidup kita.

adalah beberapa budak medic yang aku rasa nearly finish study kut, tanya kat sorang senior yang sekarang dah keje doktor sini. aku pon tumpang-tumpang dengar, mana tau ada point berguna. lagi satu mana tau ada gosip panas hehehe

career or life? jangankan budak medic yang pening memikekan specialism apa nak amik pas abis untuk kasi balance life, semua orang mesti pike camtu. yela, kalu nak kaya mesti ambitious, maknanya kena kerja kuat/tunjuk power/rajin/memang family kaya. kalu nak berjaya dalam career mesti commited. ini jalan straight yang aku tau, bukan jalan shortcut.

cost of living hari ini is undeniably menjadikan kita materialists.semuanya menuntut rm-rm. lifestyle lagi la membuatkan gaji yang tak berapa sen tu jadi negative, lalu mendapat bantuan kad kredit. sign dan hutang. ko bergaya aku pon nak bergaya. tak tipu last year waktu aku kerja starbucks tu jadi tempat lepak. tapi tahun ni tengok tingkap je, nak save punya pasal. orang sip cappucino atau sedut ice blended, aku pon tangkap leleh huhuhu kan lifestyle tu.

berbalik pada pokok-pangkal the meaning of success dalam hidup, adakah kita ada rumah besar, kereta 6 bijik, duit berkepuk-kepuk dalam bank, pangkat duper big bos dalam company, handbag beratur dalam almari (kes gile handbag hehehe), kasut beratur, hidup 0 hutang, anak-anak berjaya, and the list goes on, and on, and on.. pendek kata tepuk dada tanya selera.

malas nak pike, semua ni duniawi. yang bole bawak mati esok amalan dan doa anak-anak yang salih..

itu betul, tapi at least aku rasalaa, tamo memburdenkan pada anak-anak lak. instead kita tinggalkan something untuk derang, complete education, bekalan agama yang cukup dan juga savings sket-sket untuk aaqilah and adik-adik hehehe

hmm syukur,syukur,syukur. walaupon mungkin career path aku dah haru-biru sekarang, aku punya family kecik yang gembira dan doa aku kekal bahagia dan the same pray goes to family besar too. the hubby yang super duper baik, anak(as for now) yang sehat, bijaksana dan ceria. bila tensen pike keja, aku kena ingatkan yang aku punya the other priceless 'success'. ingat tu tau..

You Might Also Like

1 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images