festive seasons

di sini, aidil adha

Sunday, December 31, 2006

Selamat Menyambut Aidil Adha dan juga welcome 2007!

Kiterang bejalan sakan semalam diwaktu tak sure raya hari Sabtu ke Ahad. Initially nak jalan saturday tapi takut raya jatuh pada hari tu. sebab aku buat kira-kira sendiri agaknya raya boleh jatuh on saturday. then hubby kata ada orang emel raya ahad. so okla, jumaat kita jalan, sabtu bole masak. tetapi rupanya kiterang salah..

a brief tour to oxford, then the posh bicester village and finally swindon.

balik dari jalan, aku mula prepared pape yang patut. masak sikit my version of nasi impit, plus yang anom kasi. then my very first experiment of kuah kacang. ada dah tu nak makan di pagi/tengahari raya, depends pada waktu kita bangun ehehehe aku tido je dah dekat pukul 4, hubby lak sampai ke pagi..

ye, memang bangun agak lambat. kiterang bersiap-siap dan had our raya brunch iaitu nasi impit dan kuah kacang sahaja sebab soto akan dimasak kemudian. lepas tu bejalan kaki pegi beraya kat rumah sawal n anom, makan bes dengan adanya menu seperti nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, lontong, n sate goreng. after been there dekat nak 2 jam, kiterang balik nak-nak aaqilah dah mula mengamuk. kiterang pon beriya mengajak orang datang rumah, maka aku balik ni nak mula masak le.

sungguh ekspres proses memasak sebabnya aku dah kata bole datang after isya'. untuk makluman semua, sekarang ni isya' pukul 6, jadi aku ada 2 jam setengah je gitu. peh aku rasakan memang sungguh ekspres.

petang yang fun untuk kiterang. sesekali aaqilah menjadi host ye, once in a while aaqilah seronok ada ramai orang kat rumah aaqilah. terima kasih bangat pada yang sudi datang..

dalam dingin subuh
hatiku terusik
kenang nasib diri di rantauan
terdengar takbir raya
menitis air mata
terbayang suasana permai desa

sob..sob..sob..


bookworm

a 'birthday', the final book and the last kiss

Saturday, December 23, 2006

2 days ago was our aaqilah's 6th month bday. kira bday le tu. cadangnya nak pegi city beli cake n food tapi hazy sepanjang hari, sejuk ooo 0 darjah.



then, titi msg aku dengan soalan ko dah tau apa title buku-7? ntah, mana la aku tau, yang aku perasan lately banyak gak artikel pasal buku-7 and j.k.rowling. jengjengjeng inilah dia Harry Potter and the Deathly Hallow. wow what a title. tak sabar tunggu mid next year, tak sabar nak baca tapi unbelievable surprisingly it's coming to the end. macam lotr trilogy jugak, nampaknya macam tade buku cerita lagi yang aku sangat looking forward after this huhuhu

kalau ada sesapa nak layan movie, apa kata try the last kiss. hubby yang suggested, tapi aku ingat busan, in contrary aku silap besar. sesuai di usia-usia begini.

foodelicious

food-cravings:edisi pancake

Thursday, December 21, 2006

Pancake with Maple Syrup and Cream

Sesekali ku rasa teringin hehe pancake with maple syrup and creme. very ideally for breakfast, dessert mahupun brunch. for me, aku nak recommend as a dessert sebab maple syrup ni sweet rasanya. tambah lak cream, emm sedap sedap. nak lagi bes, makanlah bersama hirisan pisang atau strawberi kalau ada, kiwi pon bole gak. kalau cam tropical climate tu kan, buah seperti pisang, even mangga pon aku rasa boleh aja. sedap pon sedap, sehat pon sehat =)

daily life

rempah ratus kehidupan

Sunday, December 17, 2006



hidup ni kalau mundane je dull jugak kan. once in a while, drama perlu diadakan atau ditakdirkan untuk ada supaya life kite more merrier. aku rasa hari ni bole tahan dramanya.

hubby pegi main bola pagi tadi. tho tido pukul 6.30 pagi, tekeja-keja dia siap nak pegi main bola jugak. takut gemuk katanya. aku lak tido pengsan sampai noon, as usual le tu. itu pon aaqilah dah bising-bising, mak wake up, wake up hehehe then, bersihkan aaqilah, kasi dia makan, masak bubur untuk aaqilah, reheat bihun last nite sambil tetiba rajin nak buat iced lime. tetiba hubby balik dan all of a sudden dia suggest keluar jejalan pegi city. ironinya aku dah citer-citer kat aaqilah nak bawak dia jejalan pegi kedai siam shops for groceries sket. duduk dalam rumah je jadi sengal jugak aku ni.

on the way to city, kiterang duduk dekat dengan satu couple ni. sweet je, teringat lak zaman memuda bechenta sakan dulu. sambil kiterang pon leka citer-citer, ada beberapa tense moments between them, gaduh-gaduh manja kut. kekadang tu dengar tinggi gak suara mamat ni, yg girl ni pon sayu je suara pujuk. bila turun bas mamat ni jalan laju ke depan. aku yang still dalam bas bising kat kenit, itu la lelaki bla bla bla merajuk le tu bla bla bla dominion le tu bla bla kasi lempang sket bla bla bla

bukannya apa, bila dah sekarang ni aku pon tergelak kalau teringat masa-masa camtu. muda dan kurang sabar. kalau sakit hati tu mulalah cakap yang bukan-bukan, nak kasi orang tu sakit hati juga. kesian jugak aku kat that girl. drama drama..

akhirnya the drama goes back backfired kiterang. on the way balik dalam bas aaqilah tetiba mengamuk. memula dia buat muka mencebik dia, jerit sket je. hubby memula tanggalkan carrier nak tenangkan aaqilah, aik lagi kuat dia jerit. mata dah start berair tuu. nak tambah drama, traffic kebetulan jem sebab orang dan kereta berasak-asak pulang dari tengok bola. aiseh, ni tak bagus ni.

bila aaqilah mengamuk sakan, aku dan hubby tau dia lapa, hubby suh aku kasi dia makan. aku lak reluctant, dalam bas yang agak penuh tu. sebenanya aku malu nak selak baju dan orang nampak =( air mata aaqilah dah mengalir-ngalir. jerit makin kuat. kiterang stop kat portswood, dengan harapan dia akan calm down since dia suka kalau berjalan dan lagi sejuk. tapi lain lak halnya, aaqilah tak stop menangis. sejuk, gelap, dan kiterang bertiga nampaknya kena jalan kaki balik rumah yang still jauh lagi.

aaqilah menangis, aku senyap dan sesekali dengar suara hubby. aku tau dia bengang sebab hesitation pasal kasi aaqilah makan tadi. yang aku lak dengan bengangnya tatau nak marah kat sapa. takkan nak marah kat aaqilah, dia lah kesian dalam drama ni. takkan nak marah kat hubby yang tamo naik bas cepat tadi. jadi marah je la kat diri sendiri.

lama-lama aaqilah pon tetido. dengan sejuk angin petang, aku pon cool off sendiri. terasa bersalah kat aaqilah, kat hubby sebab marah-marah and kutuk dia dalam hati. rasa bodoh sendiri.

jadi inilah drama kehidupan kiterang hari ni. dari gelak ketawa boleh jadi merajuk dan bermasam muka, and again, and again..

p/s: hubby, saya minta maaf ye..

happenings

good news and a market survey

Saturday, December 09, 2006

holla back,
we've reached a decision - untuk bisnes dengan lebih produktif!

ye, kenit and misha akan open semula end of the year order, insyaAllah. pada sesiapa yang never heard of this before, kitereang akan amik order kasut semula. last time was quite encouraging. parents aku yang datang sempena aaqilah, memasing balik dengan more than 10 pairs. first ayah aku, plus 6-8 pairs untuk family. then my mom, memang semua orang punya order.

but this time kiterang ingat untuk pergi lebih jauh. nak bisnes dengan lebih serius. it's time to seize this opportunity as part of our income, not only for shoe-luvs and fun anymore. jadi that's the reason of this post, as a market survey on stuffs that we gonna sell. aku pon tade idea adakah blog ini dibaca oleh kawan-kawan sahaja (kawan-kawan yang bz laktu hehe) atau blog readers di luar sana (perasan).

jadi sesiapa yang ingin menjawab survey ini, anda boleh menjawab dalam apa bentuk yang ada suka, short essay, bullet points, apa saja

  1. apakah barang yang most probably orang akan beli, brand name dan berapa yang anda willing to pay (diharap realistic number here)
  2. berapa lama anda sanggup tunggu for your order, soalan ni related dengan no.3
  3. delivery methods - sebelum ni buyers akan amik kat my house since derang ni sumer member-member baik yang besemangat nak amik order memasing.
this is just a market survey, which turns out to be something quite a fun to take to. seperti contoh, aku berminat nak jual handbags, tapi tak sure apakah brand dan price yang orang sanggup beli. yep, memang kat sini derang consider murah, since cheaper dari highstreet shops pon. tapi logiknya aku pike, and after conversion rate semua tu, tadela murah giler. jadi tu la aku nak tau.

cuma untuk kasut, seperti biasa sila tinggalkan pesanan anda di sini pon bole jugak. sbb previous buyers yang lain derang tau apa nak buat, saiz in cm, kasi pada kenit dan kalau ada korang punya wish kiterang akan carikan, kalu tak kiterang akan belikan.

harapnya sukses!

daily life

sengal, sebu, bebal

Thursday, December 07, 2006

aku dapat rasakan kalu lagi lama aku duk umah lagi tak produktif le jawabnya. duit tak masuk, kepala sebu, maybe makin naik badan agaknya. tapi bahagianya dapat tengok aaqilah membesa depan mata

jadual harian, tido very early in the morning, bangun dah dekat nak zuhur. sekarang ni zuhur masuk nearly pkl 12. selalunya hubby akan masuk tido lambat gile, kekadang dia tido pas subuh. aaqilah lak akan bangun paling awal, aku pon tak berapa sure pukul berapa selalunya depends pada pukul bape dia tido. mood dia di pagi hari memang bes, dia akan memain sorang-sorang sebab orang lain tamo bangun sampaila dia dah start bising. so selalunya by 11++ aku dah bersihkan aaqilah, kasi aaqilah makan dan main-main lagi dengan dia sebab dia selalunya getting sleepy balik.

quite funny bila kita dah duduk dekat dengan kedai ni makin malas plak rasanya nak pegi beli barang. sekarang kalau nak dapatkan groceries senang dah. makin senang dan suka hati sebab ada kedai siam near here. baik aku member dengan tokey dia yg suka panggil orang darling tu mana tau senang dapat diskaun. jap sebenanya tade diskaun le. dia panggil aaqilah doll.

cuma kali ni rasanya nak makan lebih variety. resepi tebaru yang aku sangat suka, soto ayam! kalau layan gordon ramsay's lak akan influence untuk masak western style, dengan presentation yang kewl. tapi sudah jadi style kita, makan hidang.

wat are these craps i'm babbling about? aduhh pening pening

daily life

immunisation day

Tuesday, December 05, 2006

yesterday morning i took aaqilah to uni's nhs for her immunization's appoinment. chee speaking london nampak hehehe

kesian aaqilah, bukannya satu, atau dua tapi 3 shots terus dapat. satu 3rd dpt/hib/polio kat left thigh, 2nd men C kat left thigh jugak and the new introduced injection untuk pneumococcal (ntah camne eja) kat right thigh plak. maka 3 kali jugak la aaqilah melalak. berabai air mata hari ni..

unlucky for us, ayah aaqilah takde sebab ada temujanji dia lak dgn supervisor dia. maka tadela satu lagi tukang pujuk aaqilah huhuhu

aaqilah juga dah pandai meragam. sepanjang hari nak bedukung, then aku kena le carry dalam baby bjorn. err buleh tahan jugak semangat ye..

aaqilah, aaqilah oo aaqilah

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images