geram geram geram

Thursday, December 15, 2005

Aku geram betul. Ni dah masuk kali ke-3 or 4 aku takleh main FF7, sebab nanti dia stuck before prompting windows error message. Untuk kali terakhir aku main tadi, terus aku cek out berapa harga FF XI hahaha hangin hangin

Tapi my dearest hubby telah solvekan problem bodoh tu. Rupanya memang FF7 bila main kat Windows XP akan encounter problem bila sampai Chocobo Race, which he pronounced it as Chochobo hehehe kiut kiut Tak sangka, orang yang tak main FF langsung cam dia bole kasi aku main balik.. Tenkiu so so much.. Sebenanya aku memang dah patah hati tadi uhuhuhuhu

Hubby citer ada kawan aku beli FF XI dulu harga dia RM400,uih mahal betul..Tapi mesti waktu tu baru klua, mesti cam hot cakes lagi.. Aku jumpa kat Amazon less then GBP1o.00..Hehehe tapi aku rasa aku akan punya masalah lain plak kot, graphic card tak power la... =(

Nasi goreng cina

Wednesday, December 14, 2005

Aku sebenanya tak berapa pandai masak nasi goreng. First time belaja masak nasi goreng dulu, pakai perencah nasi goreng Adabi.. yep, perencah nasi goreng Adabi antara perencah yang tersedap, cuma mak aku cakap rasa sangat belacan dia. So bila aku masak aku suka put in some cili boh, kasi pedas rasa dia.. Sebab aku rasa tak berapa sedap nasi goreng aku, so concentrate lebih pada masak lauk je hehe

Bila dah tinggal sendiri-sendiri ni, hari-hari makan nasi putih dengan satu atau dua main course pon rasanya bole muak jugak. Jadi untuk tak hari-hari makan nasi putih, aku selang-selangkan dengan pasta ke, masak sup atau tomyam yang bole makan dengan bihun ke...atau nasi goreng. Pasta senang je, beli spaghetti sos dan customize sendiri. Dah siap tu, eat while its hot.. jangan lupa kalo ada grated cheese, tabur atas pasta kita tu.. wallaaaa berasap-asap..

Luckily I enjoy cooking so much. Dalam banyak-banyak menda bagi la aku masak, insyaAllah beres. Dan hubby selalu tolong basuh pinggan hehehehe tenkiu tenkiu sebab tu saya setuju kawen dengan awak huhuhuhuhuhu gurau-gurau je.. Maklumlah dalam dunia yang semakin maju dan laju nih, perempuan nowadays ramai yang tak suka masak. Careers consume most of our time. Lagipon kalau kat Malaysia, kedai mamak 24 jam lak tu tumbuh macam cendawan lepas hujan. Gerai-gerai dan kedai-kedai makan tak susah nak jumpa. Maybe kalau aku kat KL sekarang ni pon, akan selalu makan kat luar agaknya. Yelah selain tolong orang kita kasi maju berniaga, bole la merasa camne crapnya derang ni masak (kalau yang crap tu maksud aku).. Average makan dua orang ari ni agaknya berapa, kalau kedai mamak tu 2 orang dalam RM 10 boleh dapat kan.. Lagi satu, aku kira affordable sebenanya untuk kita selalu makan luar. Ternyata banyak tolong kita-kita yang penat balik kerja then nak masak pulak atau sememangnya kita malas atau tatau masak?

Sebenanya masak tak susah. Asalkan rajin untuk cuba sure jadi punya. Aku pernah baca artikel kat majalah dulu, Lelaki ni prefer wife dia pandai masak atau rajin masak. Ada this one guy cakap, saya tak kesah dia tak berapa pandai masak sebab kalau dia rajin masak dia akan rajin cuba.. Macam kes kiterang nak tanak kena la masak sendiri sebabnya faktor halal haram makan tu la. Other than that, aku kira makan luar hari-hari macam kedai kebab (halal ye), atau fish and chip bole menyebabkan kiterang miskin lepas ni. Tak berbaloi.. Lagipon muntah aaa hari-hari makan sandwich, uwek.. Kalau dah perut melayu tu, perut melayu la jugak..

Sementara aku dah citer panjang-panjang ni, meh sini aku sertakan satu resepi nasi goreng cina yang aku baru try hari ni, taken from mesra.net (Tenkiu so much).. Alaaa, nasi goreng je =)

Bahan-bahan:

200gm nasi putih
1 biji bawang putih (diketuk dan dihiris)
2 biji telur ayam (dipukul sehingga sebati)
80gm isi ayam (dipotong halus)
20 gm mix veggie
Minyak untuk tumis
1 tsp kicap cair
1 tsp minyak bijan
1 tsp serbuk lada putih
Garam dan perisa secukup rasa

Cara:
Panaskan kuali dan masukkan minyak sehingga betul-betul panas. Masukkan ayam seketika dan toskan ayam sampai minyak turun.

Panaskan semula kuali, kemudian gunakan minyak menggoreng tadi dan masukkan telur. Kacau cepat-cepat supaya telur berderai.

Kemudian masukkan bawang putih dan goreng sehingga garing. Masukkan nasi, ayam, kicap cair, lada putih, mix veggie dan garam secukup rasa.

Kacau sehingga sebati sampai nasi berderai baru masukkan minyak bijan dan kacau seketika.



++ Cuba jaya ++

new look

Tuesday, December 13, 2005

Ho ho ho WELCOME WELCOME to my new blog. Untuk ntah kali keberapa aku tukar template dengan harapan aku tak bosan tengok blog sendiri..hehehe mesti orang ingat aku syok sendiri? hmm kinda ;)

Memula ingat nak tido-tido ayam jap,tapi peliknya mata tak bole pejam. Hubby kata aku dah banyak sangat tido,betul jugak tu. Sebenanya aku tengah frust, tengah syok-syok layan FF7, tetiba windows error prompt..uwaaargghh!! terus sangap. aku surf internet, rasa mata aku dah sakit dan berair, tu simptom ngantuk..tu yang masuk bilik ingat nak nap jap..

Tetiba aku rasa semangat blogging kembali. Lalu aku pon google, blog template.. hehehe aku pon try and error beberapa template yang rasa-rasanya bole tahan,konon-konon kewl la tu. Tetiba besemangat, hubby kata uih tak sangka awak leh jadi seseronok camni hahaha layan punya layan,dekat 5.30 dah, maghrib pon belum lagi..

alamak,patutlah perutku bebunyi-bunyi..hari makin malam,masak belum lagi..ari ni mau masak apa ye??

semoga aku terus semangat, amin..

wat a beautiful life, of mine..

Tuesday, December 06, 2005



aku baru je abis baca latest updet dr hubby tesayang ekekekeke klaka lak rasanya.tp menci ah,sebelum aku rasa nak tulis dulu,dia dah buat dah.tapi,entry ni bukan nak tiru dia,cuma dari view aku je.. =)

sambil tv tu duk tayang germany dalam world cup season,sambil aku duk heran kenapa laa germany je dia tayang ari ni..sambil tu jugak aku duk gelak baca hear u me oh ya,dia tayang germany je most probably sebab jumaat ni undian world cup kut.aku agak je la.. sambil tu aku pon pelik gak kenapa kenit tak balik-balik lagi,sebab dia cakap he'll try asap.kata nak gi print kat lab then library je.mungkin lepak browse buku atau print byk papers kut.maklumlah target sekarang nak anta paper by next february..

sebenanya dah lama dia menyatakan kebosanan hidup kat sini as well as phd life nih..bila aku tanya tak best ke buat keje-keje scientist nih,particularly research stuffs.katanya bes, mencabar..tp the fact yang dia rasa keje-keje dia tu somehow lead to nowhere tu upset him much..aku paham,penah rasa,penah buat menda yang sama..cuma aku tau keje-keje dia lagi susah,burden dia lagi berat.tho kita kat sini speak english,tapi tatau kenapa rasanya english kita dengan english mat saleh ni maksudnya lelain,kita paham lain,dia paham lain.. macam dulu aku selalu heran,aku tak berapa paham greeks speak english,tapi anyhow english akan paham..same goes to learning language,camne someone tu boleh menguasai beberapa bahasa,which eventually made me realized one thing: ada certain bahasa ni came from the same root..camtu la lebih kurang wakakakaka

memang betul aku tengah berjoli-joli lagi kat umah.tatau kenapa this time around aku malas nak klua bejalan-jalan.aku cakap kat kenit, kali ni memang aku tak tahan sejuk. agaknya datang kali ni dah sejuk,jadi badan lambat nak adapt. lepak umah je.masak.makan.layan tv.main games.tido.baca buku cerita.indah tak hidup? hahahahaha lagi indah hidup ni kalau buat semua menda di atas dan duit masuk poket jugak, in fact memang pon hahahaha tetapi teramat indah kalau duit yang banyak terus masuk poket. somehow aku kena keje gak pas nih. nak stay fit. nak shopping sakan since impian terbaru kiterang, pegi semua outlets kat uk. last time gi portsmouth, memang best.rupanya ada lagi outlets lagi besar dari kat portsmouth, lagi besar impian kiterang dan lagi banyak duit kena save nih. tu la aku kena keje,kalo tak camne nak gi short honeymoon nih dan shopping dan shopping dan shopping dan jejalan

ayah aku once said, phd ni tough,awak kena support dia all de way..


Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images