tak pepasal..
Saturday, June 20, 2009passport aku dah nak expired end of july. kalau diikutkan hati, aku rasa waktu nak buat passport baby esok-esok(which is in ogos-sept) baru nak nak renew sekali. tapi kan semua orang cakap mana boleh camtu, nak-nak di negara orang. sahih status aku akan menjadi pendatang haram pulak. jadi marilah kita pergi renew passport lepas viva esok. sementara aku masih aktif berjalan ni kan. maklumlah, kena naik ke london tu haaa.. naik turun tube station nanti huhuhu
no 2, agak sedih la sikit sekarang. kenapa oh kenapa di saat inilah laptop kesayangan hamba nak buat lawak pulak. saat ini sangat alhamdulillah (please no jokes ok) aku mengadap screen laptop sendiri. sudah nearly 2 weeks rasanya aku kena pinjam monitor o.h untuk buat kerja atau surf internet or main games, lantaran skrin aku pengsan. eh, kalau kata dead karang macam serius pulak. aku tatau kenapa dan mengapa, tiba-tiba dia menggelapkan diri dan nanti tiba-tiba ok balik. adakah kerana graphic kad? sah-sah warranty dah habis, since aku beli end of 2007. bila aku cerita kat team mates aku, derang kata mm tadela lama sangat notebook aku nih. sungguh saya takde plan nak beli yang baru, betul wahai laptop tersayang. macbook mahal bebenor huhuhu (huh niat ke tu??) o.h pulak kata, dari awak anta repair skrin awak tu, saya rasa boleh dapat notebook baru. ish ish..
aku ni kalau dah distress karang, shopping adalah remedy yang sangat cepat dan mujarab hahaha. lepas tu distress balik.. come on summer sale, i'm impatiently waiting nih..
0 comments