after 3 years and a half..
nak letak gambar banyak-banyak pon penat juga, jadi seperti biasalah kan, dengan berbesar hati saya persilakan melayan here hihihihi
after 3 years and a half..
many congratulations!!!
alhamdulillah and we so proud of ayah =D
first and foremost, it's a happy birthday wish to dearest little missy, probably that's why she's still like a little girl to me, and physically petite to be honest. some people won't believe that she's already 3.
and then, happy father's day to aaqilah's ayah and my ayah.
indescribable. indefinitely. much much loves. thank you =)
passport aku dah nak expired end of july. kalau diikutkan hati, aku rasa waktu nak buat passport baby esok-esok(which is in ogos-sept) baru nak nak renew sekali. tapi kan semua orang cakap mana boleh camtu, nak-nak di negara orang. sahih status aku akan menjadi pendatang haram pulak. jadi marilah kita pergi renew passport lepas viva esok. sementara aku masih aktif berjalan ni kan. maklumlah, kena naik ke london tu haaa.. naik turun tube station nanti huhuhu
no 2, agak sedih la sikit sekarang. kenapa oh kenapa di saat inilah laptop kesayangan hamba nak buat lawak pulak. saat ini sangat alhamdulillah (please no jokes ok) aku mengadap screen laptop sendiri. sudah nearly 2 weeks rasanya aku kena pinjam monitor o.h untuk buat kerja atau surf internet or main games, lantaran skrin aku pengsan. eh, kalau kata dead karang macam serius pulak. aku tatau kenapa dan mengapa, tiba-tiba dia menggelapkan diri dan nanti tiba-tiba ok balik. adakah kerana graphic kad? sah-sah warranty dah habis, since aku beli end of 2007. bila aku cerita kat team mates aku, derang kata mm tadela lama sangat notebook aku nih. sungguh saya takde plan nak beli yang baru, betul wahai laptop tersayang. macbook mahal bebenor huhuhu (huh niat ke tu??) o.h pulak kata, dari awak anta repair skrin awak tu, saya rasa boleh dapat notebook baru. ish ish..
lately jangankan budakbijak, aku rasa banyak blog sudah mula menyepi. hear you me super duper busy, there she goes juga busy dan bila di rumah rasanya sudah tidak punya idea dan kuasa juga tenaga untuk blogging.
kadang-kadang ada cerita atau idea yang tiba-tiba ada. aku dah tulis half way but then, idea diminished dan terus lenyap begitu saja. kadang-kadang bunyi macam poyo pon ada. kadang-kadang terasa nak tulis technical stuffs, tapi hehehe aku tak rasa orang yang sebegitu. gosip artis aku tak minat, baca tu okla. cerita sports kan kadang-kadang ada. asyik gambar food tapi resepinya sikit punya malas nak letak hahaha..
okla, lately memang saya ini cepat penat. balik around 5++ dan sofa atau katil ialah destinasi pertama kalau boleh bila sampai rumah. once dah baring, kalau tak napping alamatnya memang susah nak bangun. akhirnya aku sudah mula merasai keberatan muatan berlebihan. jalan pun tak selaju dulu. itupun pada mata sesetengah orang, aku masih aktif ke sana sini..
lagi satu cerita, for the first time ever aku membeli maternity top. waktu aaqilah dulu aku banyak pinjam tshirt other half. kali ni terasa macam nak bergaya sikit, boleh la kan hehehe.. cuma aku je yang tak berapa comfy, nanti peyutnya sangat obvious. errr at least orang tak assume aku buncit ekekeekekeke
later people..
aku belikan aaqilah cokelat semalam. cakap dengan aaqilah, mintak tolong dengan ayah bukak. terus dia hilang cari ayahnya.
kemudian aku dengar komen dari o.h, ish aaqilah ni kedekut la sekarang. mesti dia mintak sebiji dua dari aaqilah tu. dan diikuti dengan next komen, anak sulung ni memang kedekut.
wei, wait.
saya tak rasa saya kedekut, sampuk aku dari dapur. sekarang mungkin tak tapi dulu?? o.h terus dengan cubaan defending his point.
nampaknya aku kena mengumpul statistik ni haha. aku rasalah kan, aku ni boleh tahan pemurah jugak. tapi adakah sebab aku ni boros maka aku tak berapa kisah spending on adik-beradik? atau perempuan sulung less kedekut dari lelaki sulung. hmmm tapi ayah aku juga tidak kedekut dengan adik-beradik dia. ini dari observation aku dan cerita dari makcik pakciks.
adakah aku yang tersilap antara kedekut dan berjimat cermat. apa pun, aku ni neither kedekut nor penjimat hahaha
mood yang tidak menentu lately nih, the graph seems to fluctuate between the very high and the very low point..
dalam dua minggu lepas, aku ni macam down gile sebab utamanya ialah kerja. memang rasa nak give up (tp bukan sekarang la) lepas ni. kiranya inilah assignment terakhir aku dalam dunia it yang makin bosan ini, cheee.. hari-hari balik muka masam je, ngadap pc cuba untuk sambung kerja tapi blank aje pandangan tu. bosan betullah. hari-hari o.h tanya apa progress, dengan muka masam mencuka itulah jawapan aku. pendek kata terseksa je rasa huhuhu
tapi mid last week dah rasa makin ok. somehow nasihat o.h supaya relax-relax aja dan cuba jaya mula berkesan. daripada blank aku dah mula dapat idea. walaupun to date masih tak jalan seperti yang aku bayangkan, at least aku dah mula nampak hala tuju. oh ya last week juga aku ada meeting in terms of contract aku, apa cerita lepas maternity leave nanti. not so bad aku rasa, mungkin sebelum tu aku dah expect the worst possible outcome. hari jumaat tu pulak aku rasa dah banyak sangat gelak..
tapi semalam aku pun tatau kenapa, dan salah apa, aku rasa macam pening berpusing lepas makan lunch. adakah sebab teh kosong bersama bihun goreng (really??) atau udara yang tidak circulate di dalam lab. seating location aku terletak nun di dalam, dan walaupun aku sit next to window glass tapi bukannya jenis boleh bukak. ada rasa macam nak muntah dan aku mula peluh-peluh. apa lagi, aku pun cakap le kat mamat belakang aku ni, err aku rasa nak sambung kerja kat rumah. pening semacam. terus kemas beg dan chaloo..
pagi ni derang tanya camne aku rasa? ada ok tak. aku siap cerita kat gary ingat nak sambung kerja tapi aku tido je petang semalam. seperti biasa respond yang 'merisaukan' aku, tape tape jangan risau-risau. dari hari tu katanya, don't beat yourself up. err bukanlah saya tak risau, kerja saya bukannya setel lagi pon. mati laa kalu itu jugak tak jalan-jalan dan tade progress yang menyakinkan, betul tak.. being pregnant isn't an excuse..
budak-budak ni lagi bertuah, kata dierang aku punya alasan kukuh untuk balik bila-bila masa bila tak sihat, boleh relaks-relaks dan boleh saja buat kerja kat rumah. ada ka camtu pulak??
macam aku cakap kat budak-budak ni, this time around it's somehow different. sangat hormonal, sangat ill tempered. mujurlah o.h tak layan sangat bila aku berangin tu, kang kalu dua-dua berangin ribut taufan pulak rumah ni. aaqilah le kesian dia terpusing-pusing dalam tornado gile tu.
again, shouldn't be an excuse ye..
Some of pics from lsl away day. enjoy people..
June 05, 2009.
Queen Elizabeth country park near Petersfield, Hants
Some of the ladies and there's a guy all of a sudden popping up
Petite build with big smile, big laugh, big heart (hope so). Bigger Dream(s). Technical person now a certified financial planner. Self-proclaimed nerd. That's her