aaqilah dan susu

Thursday, January 08, 2009

memang tak senang rupanya seperti yang mak dan orang-orang lebih berpengalaman nyatakan pada aku sebelum ni.

tapi mengenai apa? aku sekarang tengah berusaha untuk melepaskan aaqilah dari breastfeeding. ye aaqilah masih breastfeeding walaupun sudah menjangkau 2 tahun setengah. mulanya aku target by hujung tahun lepas boleh stop tapi obviously target tinggal target.

sekarang ni dia memang selalu mengamuk dan meragam tak tentu pasal. sebab musabab yang dikenal pasti ialah kerana catuan susu. dia merasakan tidak lengkap bila sudah tidak boleh dapat pada bila-bila masa dia mahukan.

mak aku cakap takpela aaqilah sampai 3 tahun pon ok. tapi... 3 tahun.. uih tidak dapat aku bayangkan.

setakat ni tricks yang aku cuba ialah ubat gigi - boleh tahan menjadi tapi bila waktu dia nak juga dia belasah saja. kemudian sirap dan berlakon sakit - mula-mula menjadi tapi lama-lama bila merah sirap dah mula hilang dia belasah juga. kemudian aku dapat tips dari kawan, mayonaise. ye inilah trip ultima yang aaqilah paling tak suka cuma hari tu aku terlupa dan terbuang botol mayonaise yang hampir kosong. hari ni aku cuba trick baru tapi tak menjadi langsung. butter is big no-no next time.

mungkin dalam diri aku sendiri ada 10% lagi yang sayang untuk lepaskan aaqilah huhuhu

ada sesapa ada tips lain tak? terima kasih diucapkan

You Might Also Like

6 comments

  1. aku hmmm takde tips!

    hehe. saje nak nyibuk! =p

    ReplyDelete
  2. As, try letak honey. Biasanye kekanak tak berapa suke kalu melekit.

    ReplyDelete
  3. hehehe, try letak habuk rokok kihkihkih cam kejam jerk (jgn buat ek, saya acah jer)

    ReplyDelete
  4. has,

    adik aku yg num bape ntah, aku tak igt dah..mak aku letak, again aku tak igt apa benda alah tu..tp benda tu pahit

    it works..terus adik aku tak mo..mcm kejam la sket kan..apa nak buat..

    tp ko kat sana, aku tak tau la senang ke nak dpt benda tu..

    jap aku sms mak aku tanya

    ReplyDelete
  5. has, mak aku kata akar seruntum..ish aku pun tak penah dgr

    tp mak aku penah jugak buat petua nih

    tumbuk bawang putih + gula merah..aku tak tanya la pulak berkesan ke tak..

    ReplyDelete
  6. Yg jue ckp tu Jadam kot. hitam dan sgt pahit. tapi rasa pahit dia sgt lambat utk hilang...

    Anak adik ipar aku still BF wpun dah masuk darjah DUA...

    Masa anak 1st n 2nd aku stop BF, aku sgt2 sedih. Utk anak 3rd ni aku cuba sampai dia weaning sendiri la... Ko biar je la sampai dia stop sendiri. Or tampal plaster je. haha.

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images