fraudulent

Saturday, January 17, 2009

aku telah menjadi mangsa.

hari ni dah le dengan sangat tension aku cek balance account dengan harapan gaji masuk (ye ni pon haram ntah bila nak setel) tapi mata aku tertangkap beberapa anomalies yang nampaknya ludicrous. mm bila masa aku spent bila aku duduk rumah je selama ni? aku juga tidak spent online, maklumlah credit crunch.

jadi aku pon call bank, ya salah satu benda yang aku paling malas sekali nak buat ialah make a phone call kepada sapa-sapa pon. aku citer la, aku perasan transactions yang bukan aku punya. yang aku ingat last sekali aku buat payment ialah bayar hutang kredit kad. cek punya cek rupanya ada banyak lagi pending payments, adalaa dalam 8. sah frauds.

kata mamat bank itu lagi, debit kad lebih terdedah kepada risiko fraudulence berbanding kredit kad.

aii mujur jugak aku cek pasal gaji kalau tak mungkin aku sendiri buat tak peduli.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images