daily life

ain't that unusual

Wednesday, January 28, 2009

lama tak lama update, sebab utamanya memang takde cerita. bila takde cerita takde apa nak update. nak menulis pon takde idea yang bernas. event menarik pon takde.

aku dah stuck dalam rumah ni lebih dari 2 minggu tak keluar langsung. aaqilah lagi kesian, aku rasa lebih dari 2-3 minggu. bila sejuk-sejuk camni nak keluar rumah pon malas. jadi berharap pada other half je la bila barang-barang rumah perlu ditopup. yang bagusnya aku tak spend, lagipon aku dah tak berduit dah lama dah ni. duduk rumah diam-diam ialah satu satu consequences dari spending cam tak ingat dunia. cuma aku harap sejuk beku ni akan berubah very soon, ingat nak bawak aaqilah gi main kat playground.

lagipon bila malam berjaga melayan aussie open, siangnya jadi tanak bangun la.

argh-gila

the question and my answer

Thursday, January 22, 2009

aku..

mengiyakan tidak, mendenykan pon tidak.

those wishes us well and congrats, terima kasih diucapkan =) senyuman paling sweet aku kasi ni.

doa moga maha murah rezeki dan semua berjalan serba lancar, amin..

p/s: surprises itu mengujakan!!

quizzical

penyakit kulit malas

Thursday, January 22, 2009

aku rasa nak tukar skincare product.

kesinambungan dari kesedaran aku rasanya wajar jugak untuk menukar dari apa yang aku pakai sekarang. ini part of efforts aku secara kecil-kecilan.

apa yang aku pakai sekarang ni pon nak cerita tentang keberkesanannya, aku rasa not bad la. at least dia menjaga dan prevent dari blemish bermaharajalela. nak kata bertambah cerah, sudah tentu tidak hahahaha. tapi bila musim sejuk aku kena kontrol penggunaan toner, kulit aku menjadi sangat kering.

to be frank, tukar ke produk apa sekali pon, aku tengah mode malas yang melampau huhuhu muka pon tak berapa terjaga serius saya cakap

argh-gila

very early breakfast

Monday, January 19, 2009

ada dua beranak kelaparan dan membelasah lebih kurang 2 mangkuk bihun soto seawal 2.45 pagi.

aku lately susah le rasa berangin-angin je. kalau tak minum oat kena la makan, kalau tak angin satu badan siap naik ke kepala. mana tak cepat mengamuk ye tak. pastu mood swing le jawabnya. jangan dekat, jangan dekat huhuhuh

aaqilah ni pulak boleh terbangun, tadi dah elok je tidur. aish, kena la pasangkan night garden dia. pastu bila dah bosan apa lagi minta susu dengan selamba. makin kelaparan le mak dia ni.

sekarang kenyang alhamdulillah =)

aaqilah bukan main bulat lagi mata dia. entah bila nak tidur tu. aku pulak rasa ngantuk dah ni.

jom la tido aaqilah..

ups and downs

fraudulent

Saturday, January 17, 2009

aku telah menjadi mangsa.

hari ni dah le dengan sangat tension aku cek balance account dengan harapan gaji masuk (ye ni pon haram ntah bila nak setel) tapi mata aku tertangkap beberapa anomalies yang nampaknya ludicrous. mm bila masa aku spent bila aku duduk rumah je selama ni? aku juga tidak spent online, maklumlah credit crunch.

jadi aku pon call bank, ya salah satu benda yang aku paling malas sekali nak buat ialah make a phone call kepada sapa-sapa pon. aku citer la, aku perasan transactions yang bukan aku punya. yang aku ingat last sekali aku buat payment ialah bayar hutang kredit kad. cek punya cek rupanya ada banyak lagi pending payments, adalaa dalam 8. sah frauds.

kata mamat bank itu lagi, debit kad lebih terdedah kepada risiko fraudulence berbanding kredit kad.

aii mujur jugak aku cek pasal gaji kalau tak mungkin aku sendiri buat tak peduli.

daily life

supaya dia senang

Saturday, January 10, 2009

perbualan yang mungkin juga argument di saat ketegangan mula terasa. background music ialah suara kanak-kanak menangis dan mengamuk sekali-sekala.

me okla kiterang balik mesia le camni, so that awk leh buat kerja aman damai
him betul? (dengan cepat terus browse lastminute iaitu tempat kiterang selalu husya tiket flight). awak ada duit tak ni?
me mestilah takde. nanti saya tt dari mesia. one way one way
him (tengah concentrate isi pape yang patut) yela yela

suasana masih lagi tegang ni

him murah gak. emirates pon tak mahal sangat.
me cuba check return plak
him kata tadi tanak balik. korang balik sini lepas saya submit report, eh.

tiba-tiba

him eh korang mana boleh balik
me kenapa kenapa? (puas aku pikekan kenapa)
him mana ada passport. nak balik apa kemenda

semua orang gelak hahahahaahahaa

kiterang terlupa sebenanya yang passports udah dihantar ke home office untuk tujuan visa extension

parenting

aaqilah dan susu

Thursday, January 08, 2009

memang tak senang rupanya seperti yang mak dan orang-orang lebih berpengalaman nyatakan pada aku sebelum ni.

tapi mengenai apa? aku sekarang tengah berusaha untuk melepaskan aaqilah dari breastfeeding. ye aaqilah masih breastfeeding walaupun sudah menjangkau 2 tahun setengah. mulanya aku target by hujung tahun lepas boleh stop tapi obviously target tinggal target.

sekarang ni dia memang selalu mengamuk dan meragam tak tentu pasal. sebab musabab yang dikenal pasti ialah kerana catuan susu. dia merasakan tidak lengkap bila sudah tidak boleh dapat pada bila-bila masa dia mahukan.

mak aku cakap takpela aaqilah sampai 3 tahun pon ok. tapi... 3 tahun.. uih tidak dapat aku bayangkan.

setakat ni tricks yang aku cuba ialah ubat gigi - boleh tahan menjadi tapi bila waktu dia nak juga dia belasah saja. kemudian sirap dan berlakon sakit - mula-mula menjadi tapi lama-lama bila merah sirap dah mula hilang dia belasah juga. kemudian aku dapat tips dari kawan, mayonaise. ye inilah trip ultima yang aaqilah paling tak suka cuma hari tu aku terlupa dan terbuang botol mayonaise yang hampir kosong. hari ni aku cuba trick baru tapi tak menjadi langsung. butter is big no-no next time.

mungkin dalam diri aku sendiri ada 10% lagi yang sayang untuk lepaskan aaqilah huhuhu

ada sesapa ada tips lain tak? terima kasih diucapkan

argh-gila

terharu?terkejut?si bakat?

Wednesday, January 07, 2009

sebagai salah seorang dari jutaan orang yang enjoy mengambil gambar, sudah tentu aku rasa a bit terkejut dan terharu bila dapat email seperti ini,

Hi hasniza,

I am writing to let you know that one of your photos has been short-listed for inclusion in the sixth edition of our Schmap Vienna Guide, to be published at the end of this month.

.....

Bukannya apa, aku ini hanyalah minat dan suka-suka sahaja dengan knowledge yang tak seberapa. jika terpilih sudah tentu orang pertama yang sangat deserves terima kasih ialah tak lain tak bukan en effirul kita yang pertama-tamanya dengan baik hati ganti kamera aku yang hilang dan sentiasa rajin mempelajari teknik dan tips supaya dia pandai dan kemudian tunjuk ajar aku yang agak pemalas ni.

nampaknya aku ini semakin bersemangat untuk belajar dan terus mengambil gambar yeah yeah

sila klik sini untuk melihat photo submission


Schonbrunn Palace
Originally uploaded by budakbijak

quizzical

kerana ambitious kah?

Sunday, January 04, 2009

aku teringat akan salah satu apa yang kiterang bualkan bebaru ni. aku rasa entah macam mana boleh other half bertanyakan apa yang bakal sil aku buat?

tak silap dia bakal menjalani kpli this year or next coming year. ini kalau tak silap. then aku pon tiba-tiba mengeluarkan komen sebegini, ye ramai jugak kawan-kawan aku yang went into cikgu stuffs, mengajar dan settle down dan hidup aman damai tanpa risiko-risiko besar dan masih clueless tentang jalan apa yang sepatutnya kau pilih. "kenapa saya tak macam orang lain dan pilih jalan macam tu?"

dengan senang other half jawab, "sebab awak ambitious." mungkin terlalu agaknya. atau perkataan yang lebih sesuai, GILA

tidak sesekali terlintas niat aku di sini untuk mengatakan kerjaya cikgu itu tidak ambitious. kerana bagi aku ambitious itu sendiri bersifat subjektif dan luas skopnya. kerjaya cikgu mulia. ambitiousnya cikgu itu bila dia bercita-cita untuk score 100% straight A's dalam kelasnya. atau bercita-cita untuk mengajar kelas terbaik. atau walaupun bertanggungjawab ke atas kelas paling bermasalah tapi bercita-cita untuk 100% muridnya boleh membaca dengan baik.

instead of pilih jalan lurus yang mungkin panjang, aku sendiri kadang-kadang tak dapat jawab kenapa aku pilih certain pintu pada particular waktu tersebut. kalau aku diberi mesin waktu, ya, mungkin aku akan buat benda yang sama. dari bercabang-cabang jalan yang terbentang before aku sebelum ni, nampaknya satu demi satu dah tertutup agaknya. tapi kata orang, when one door is closed, insyaAllah Allah opens the other window of opportunity.

dalam proses untuk membuat pilihan dan memilih jalan, it's all about learning process. kau pilih dan bertanggungjawab.

oh ya btw, si dia yang ambitious itu masih jobless hmmmmm..

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images