cerita rahsia saya

Tuesday, February 14, 2012

jodoh.

dengan siapa, macam mana, kenapa, di mana?

coincidentally tarikh dia hari ni plak, saya tak sengaja. btw draft berabuk ni dah nak sebulan. hari-hari aku duk ngadap skrin yang sama terkebil-kebil mencari idea. jodoh oh jodoh, rezeki oh rezeki.

bukankah sudah tersurat di loh mahfuz ketentuan jodoh, rezeki, dan maut itu. jadi setiap dari kita ni ada other halfnya insyaAllah. tapi takdelah sampai tak berusaha langsung, mentang-mentanglah dah tertulis. adakah jodoh ini takdir yang kita pilih sendiri, jika dia passes by, that moment and that person won't be coming back. macam tu ke. atau seperti yang aku pernah baca, if he/she's meant to be, he/she's meant to be..

marriage ialah relationship kan, jadi takde kuasa magik yang membuatkan semuanya smooth sailing. marriage/relationship needs hard work from both ends and never to give up. apa yang aku nak cuba relatekan dengan cerita di atas ialah macam ni, sila baca untuk beberapa perenggan berikutnya hahaha. kadang-kadang ada hari matahari bersinar terang gemilang, langit biru siap ada burung terbang bebas riang. ada hari gerimis. ada hari hujan lebat, siap ada petir guruh lengkap. ye, dia pelengkap, tapi once in a while aku pon bole naik darah jugak. sama-sama tensen dengan macam-macam peel masing-masing. ops, baru kawen nak masuk 7 tahun ni ;)

have you ever thought, why me? dah le pendek, tak putih (ok, tanak mengaku aku gelap di sini), kasar, tomboyish, tak manja, menggelabah ayam, train wreck, temperamental dan sebagainya. on the other hand, dia adalah sebaliknya. physically attractive, berjaya, high self-esteem, ciri-ciri berjaya.

dia pernah cakap, awak cool. oh seriously kembang kuncup hidung aku bangga time tu. hati rasa bunga-bunga ria. jadi ada 1001 macam sebab kenapa aku dan dia. kalau nak list down mau berapa jam lagi aku tetap mengadap skrin ni memikirkan jawapannya. ultimately ialah saya jodoh awak dan awak jodoh saya. 

aku berdoa untuk lelaki yang baik, bukan setakat dia baik tapi baik hatinya. aku suka lelaki yang pandai, ye sangat pandai. aku ni macam keretapi tanah melayu dan dia macam shinkansen. aku suka lelaki yang ada ilmu dunia dan agama di dada, alhamdulillah dia punya. aku nak rasa sangat selesa, the comfy cushion physically and emotionally. aku suka lelaki yang sedap di pandang mata. despite whatever people used to say that he's too pretty, dia as a person came top on my list. that's the magic i guess, somehow the obvious appearance becomes unnoticeable. (told you, the list keeps going)

rupanya lambakan bunga, coklat, heart shaped balloons and v-day deco kat sunway pyramid tadi berjaya jugaklah menjadikan aku orang jiwa-jiwa malam ni. aiiii...

You Might Also Like

2 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images