siri seriau

Sunday, May 23, 2010

seriau I
lokasi, dalam lift hospital, dari gf menuju tingkat 6. aku, baru balik dari koperasi hospital beli suratkhabar. sedang mula nak tekun layan headlines papers, dan mula nak seriau once terbaca satu berita ni, sila rujuk seriau II di bawah. all of a sudden, lift stop bergerak serentak dengan lampu padam. berderau seh. perasaan seriau mula menjalar. within 5-7 seconds, lampu hidup semula, terus abang yang dalam lift tu picit alarm dan informed yang lift suddenly stopped. lift tak bergerak, dan terasa macam bergerak turun ke bawah tapi tingkat 5 tu macam tak berubah. oklah, dipendekkan cerita, tak sampai 5 minit kemudian lift bergerak balik dan aku akhirnya sampai kat gf. tapi perasaan dan pengalaman selama 5 minit tu macam beberapa jam ye. once sampai gf, aku cepat-cepat keluar lift. rupanya lif-lif yang lain pon macam problem. seriau dengan lif, terus aku panjat tangga sampai tingkat 6. ketar lutut beb..

seriau II
ok, sapa baca paper hari ni mesti perasan ada satu berita pasal baby 9 bulan yang jatuh tingkat 3 tu. seriau saya rasa. probably sebab aku ada baby about the same age. memang headline sajalah yang aku baca, tak sanggup nak layan the whole story. nanti aku rasa blues. dalam kepala aku boleh terbayangkan pulak insiden malang tu.. nauzubillah..

seriau III
ye, ini adalah entri special perasaan seriau. tapi adakah penggunaan aku tepat dan betul?

menurut pemahaman aku, seriau tu macam kau rasa ngeri, gerun, frantic yang bercampur aduk jadi 1 perkataan yang paling sesuai ialah seriau.

menurut kamus dewan pulak, perasaan ngeri atau seram (kerana melihat luka yang besar dll); 2. kd ngilu (rasa yang tidak enak kerana gigi dikikir dsb).

ye, pemahaman aku betul ;)

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images