perbualan biasa;
me: natalia, natalia.. aaqilah mana?
n.a.a: (all of a sudden) aa.. qi.. lah
me: (terkejut dan sangat excited) hah! natalia, natalia, aaqilah mana?
n.a.a: aa..qi.. lah
me: natalia, natalia.. ayah mana?
n.a.a: aa.. yaah
me: natalia, natalia nenek mana?
n.a.a: nee.. neek
seriously, aku sangat surprised, thrilled, bangga gila. tak hingat ni.. tiba-tiba aku terkejut. slowly aku bukak mata, dalam blur tu nampak aaqilah dan natalia tengah sedap tidur lagi.
ler, mimpi ke huhuhu cheh
aksi unggul bergaya lagi dari natalia. bila taknak tido, macam-macamlah kerja dia, sungguh aktif sekali
nenek, aaqilah dan natalia sentiasa doakan nenek cepat sembuh dan lekas-lekas sihat. maa nak belanja nenek makan prawn mi at little penang ni ;) aminn..
p/s: d80, u're dearly missed =(
semalam, biasalah kalau borak-borak mesti melalut punya. aku tak ingat cerita pasal apa, tapi ada kena mengena dengan counterfeit. aku citer kat o.h pasal guiliana & bill, yang mulanya aku ingat dia tau, but then he kept asking sapa?
o.h: sapa bill ni?
me: bill rancic la, the apprentice 1 punya winner tu
o.h: rancangan apa awak tengok ni?
me: giuliana & bill aa, 712 (dan dengan gembiranya aku cerita)
o.h: saya rasa macam nak cancel je, bukannya tengok.
me: (very persuasive konon) jangan, jangan. saya tengok 711, 712, 715
o.h: awak ni memang takde kerja. bby, go get a job la.
me: ler, kan ke saya memang takde keje. kadang-kadang sebab tulah saya bergaduh dengan aaqilah di siang hari (kes 613 vs 711 muahahaaa)
o.h: bby seriously, pergi cari kerja
seriau I
lokasi, dalam lift hospital, dari gf menuju tingkat 6. aku, baru balik dari koperasi hospital beli suratkhabar. sedang mula nak tekun layan headlines papers, dan mula nak seriau once terbaca satu berita ni, sila rujuk seriau II di bawah. all of a sudden, lift stop bergerak serentak dengan lampu padam. berderau seh. perasaan seriau mula menjalar. within 5-7 seconds, lampu hidup semula, terus abang yang dalam lift tu picit alarm dan informed yang lift suddenly stopped. lift tak bergerak, dan terasa macam bergerak turun ke bawah tapi tingkat 5 tu macam tak berubah. oklah, dipendekkan cerita, tak sampai 5 minit kemudian lift bergerak balik dan aku akhirnya sampai kat gf. tapi perasaan dan pengalaman selama 5 minit tu macam beberapa jam ye. once sampai gf, aku cepat-cepat keluar lift. rupanya lif-lif yang lain pon macam problem. seriau dengan lif, terus aku panjat tangga sampai tingkat 6. ketar lutut beb..
seriau II
ok, sapa baca paper hari ni mesti perasan ada satu berita pasal baby 9 bulan yang jatuh tingkat 3 tu. seriau saya rasa. probably sebab aku ada baby about the same age. memang headline sajalah yang aku baca, tak sanggup nak layan the whole story. nanti aku rasa blues. dalam kepala aku boleh terbayangkan pulak insiden malang tu.. nauzubillah..
seriau III
ye, ini adalah entri special perasaan seriau. tapi adakah penggunaan aku tepat dan betul?
menurut pemahaman aku, seriau tu macam kau rasa ngeri, gerun, frantic yang bercampur aduk jadi 1 perkataan yang paling sesuai ialah seriau.
menurut kamus dewan pulak, perasaan ngeri atau seram (kerana melihat luka yang besar dll); 2. kd ngilu (rasa yang tidak enak kerana gigi dikikir dsb).
ye, pemahaman aku betul ;)
namanya agak catchy. bukan nama orang, apalagi satu boy/girl band dari korea (boleh ke). tapi aku sendiri tak sure berapa peratuskah orang akan tau once mentioned. aku sendiri termasuk dalam peratusan orang yang tak tahu.. jadi saya sendiri kena lebih tahu, mulai 2 minggu lepas..
Lymphoma is a cancer that begins in the lymphatic cells of the immune system and presents as a solid tumor of lymphoid cells (source Wikipedia). atau seperti dalam satu poster yang aku baca, limfoma ialah sejenis barah sel limfosit di dalam sistem pertahanan badan. ianya treatable dengan treatments seperti chemotheraphy, radiotheraphy atau bone marrow transplant.
note: marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan kesihatan buat emak saya, semoga cepat sembuh dan sihat, insyaAllah. semoga Allah membalas dengan sebaik-baiknya buat kamu semua, amin..
sekian terima kasih =)
stress management
satu masa dulu aku kira dengan spending. tak kiralah on groceries, atau accessories. nak makan apa, nak masak apa, belasah je. merayau-merayau nampak baju comel, kalau harga ok, aku rasa aku beli je tak pike panjang sangat. in fact aku pernah hadiahkan diri sendiri lipstick sebab tengah down. weh, jangan tanya sejak bila minah ni pakai lipstick haha
lately, antara terapi yang aku rasa menenangkan ialah basuh dan jemur baju. sangat bersemangat. lipat kain ok lagi, tapi tang nak menyimpannya, aduuih super slow like a sloth.
anda bagaimana?
happy belated mother's day, semalam kan?
aku baca blogs kawan-kawan, facebook status, it sounds merry. last week memang busy, aku ulang-alik semenyih-cheras-kinrara, memang tak sempat nak update pape. nak blogging pon takde mood dan malas. kalau tak kerana tv, aku pun tatau yang mother's day in may. dan kalau tak kerana sms wish dari cousin aku semalam, aku pon tak aware.
nampaknya tahun ni memang banyak tests (see, i put s indicating a lot). doa aku untuk yang baik-baik saja.. amiinn..
truutt.. truuutt..
aduuh, lama gak aku duk fikir apa nak blog? mula-mula ada idea pandai sikit, tapi disebabkan kemengantukan, idea pandai tadi jadi cam si$l plak. then ada cerita bengong sikit, tapi takleh nak jadi kelakar.. chess
jadi, tuan-tuan dan puan-puan, selamatlah menatap wajah kiterang bertiga setelah sekian lama menghilangkan diri.. taraaa..
nota: mereka dua orang itu kepenatan, sampaikan aaqilah pun boleh tertidur, ajaib ajaib