teringat semasa dulu

satu budak zaman 80-an

Monday, February 14, 2011

on the way ke usj 5 tadi hujan sangat lebat, siap ada kilat memancar kat sebelah kereta. terus aku tengok kuku..

bila tengok kuku aku teringat antara habit waktu zaman kanak-kanak dulu. waktu kiterang sekolah agama, kalau hujan lebat dan kilat sabung menyabung nanti kiterang akan tengok kuku. sapa kuku yang panjang sikit mulalah risau, sebab takut syaitan menyorok bawah kuku. maka kalau syaitan dan iblis menyorok bawah kuku, nanti kilat akan cari kita untuk dipanah. bila aku cerita kat o.h dia gelak je.

lagi habit budak-budak especially waktu tadika dan mula-mula masuk sekolah rendah ialah tulis alif lam lam ha' kat barang-barang. sapa amik dia berdosa, kalau berani dan tak takut tuhan amiklaa. ada yang siap tulis, alif lam lam ha', sapa amek berdosa. time tu dengar perkataan dosa pon rasa takut. 

haha cerita budak-budak..

heart it

cuteness

Thursday, February 03, 2011

kata nak raya kan, terasa la nak bergaya dengan purse baru hehehe..

takdela, aku jumpa blog ni via women's weekly. first impression, cantiknya. jadi kemudian aku pon sedang browsing produk kat minah ni punya blog. memang comel-comel. ada satu design with parisian corak, sangat comel tapi dah sold out. lepas kira-kira aku rasa boleh la beli, first time ni nak pakai purse panjang.

cute, kemas, sleek, yang paling saya suka ialah flatness.

Artchala Handmade

yang ni pon aku suka, terasa nak mengorder passport holder, comel =) Syasya Creative Handmade Bags


packaging itself impresses you a lot

oh la la


originally uploaded by hasniza.

heart it

as in today

Wednesday, February 02, 2011

ada orang cakap aaqilah dah macam anak dara. ada orang pulak cakap aaqilah sebijik muka maknya, bukan maknyah ye hahaha. tapi kalau sesapa rindu kat budak 2 orang ni, tadaaa.. kadang-kadang tu bolehlah main secara aman, aaqilah one page, natalia another one menempek. natalia bukan boleh tengok aaqilah drawing, dia mesti nak join sama.





originally uploaded by hasniza

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images